Saturday 31 December 2011

Happy New Year

Salam Diaries...

Aku tahu semua orang sibuk nak bagi ucapan nie kat semua orang...jadi aku pun nak menyibuk, menyemak aka menjadi salah seorang dalam dunia nie untuk bagi ucapan nie jugak...

Selamat Tahun Baru - 2012...


See Ya...

Sunday 25 December 2011

Selamat Hari Natal



Salam Diaries...

Aku cuma nak ucapkan Selamat Hari Natal aka Merry Christmas utk semua yang menyambut perayaan nie yang  jatuh pada 25 Dec setiap tahun...


Selalu bila krismas, tukar hadiah dgn sahabt, keluarga adalah satu tradisi@adat...Kat office aku, memang diamalkan...tapi jgn salah faham plak - yang mengamalkannya adalah kaum Cina jer...tapi terkena jugaklah tempiasnya kat aku...tempias mcmana???aku pun dapat hadiah tiap kali Krismas menjelma...tapi aku xderlah bagi@tukar2 hadiah dgn diaorg...2 tahun aku kat sana, dua2 tahunlah aku dapat hadiah...Thanks to my boss...:))

2011 - Christmas Present

- Siap ada ucapan lagi - 
2010 - Christmas Present (ala2 yg mcm dalam gambar nielah)

See Ya...

Tuesday 20 December 2011

Tengok Wayang - Ombak Rindu (Part II)

Salam Diaries...

Ingat lagi tak dengan entry yang lebih kurang macam kat ada cuma yang beza kat hujung jer - Part I...hehehhe...nie ala2 sambungan untuk entry tue jerlh...Al-kisahnya, aku dah pun tengok cite 'Ombak Rindu' tue...malam tue aku tengok mid nite punya movie...Fuhhhh (bukan rancangan kat TV3 yer...) nasib baik aku dan booking tiket awal2...mana taknya, even tayangan mid nite pun - Full House tuee... Masa aku sampai kat kaunter tiket tue, adalah 2,3 couple yang dok menyoal budak2 yang jual tiket pasal 'seat reservation'...tapi semuanya hampa sebab :-
1) seat tue belum dibuka
2) memang tinggal yang aku punya jer belum ambil (hehehehehhee)

Malam tue, lambat jugaklah kitaorg sampai sebab MIS sampai PJ lambat...dengan nak makan lagi, nak cari parking lagi...tapi kitaorg still bernasib baik...Tapi yang wat aku sedikit bengang (mungkin orang2 lain jugalah) wayang start lambat...bukan setakat start lambat, bukak panggung pun lambat...bukak panggung???macam ritual untuk 'wayang kulit' plak...wayang jugak...(dah jangan dok membebel)..

Berbalik pada cerita 'Ombak Rindu' tue, yang aku boleh cakap 'Wayang Terbaik 2011'...Itu pendapat akulah...kalau ada yang tak setuju, lantak diaorglah...Cuma terasa yang citer nie slow sikit, terlelap jugaklah kejap masa tgh tengok tue...hohhoohoho...(maybe sebab time tue kan time tido)...Dan yang paling pentingggg.............aku tak nangis pun...rasa2nya orang2 yang tengok malam tue pun xnangis sebab xder dgr pun bunyi orang menangis...Tapi xnafilah yang cite dia memang sedih, asyik,mendayu-dayu, menyentuh jiwa, emosi...Tapikan, ada sesetengah babak tue, audiens gelak, ketawa...sedangkan babak tue tak lawak pun...Bila fikir2 balik, ingat2 balik, renung2 balik - diaorg gelak sebab Aaron Aziz berdialog...yelah selalu tengok Aaron nie watak dia baik, dialog pun sopan..tapi masa awal2 citer nie, dialog dia cam kasar2 sikit...Dan semestinya dia tersangat comel, sweet masa ucap dialog tu...

Dari segi lakonan, memang Maya Karin boleh menang kot Pelakon Terbaik...Lakonan dia memang mantap cuma yang kurang bagi aku pertuturan dia...yelah orang dah pelat Inggeris mmg xboleh nak hilang pelat dia tue...cam akulah, orang Kelantan...pergi mana2 pun pelat Kelantan tetap kuar jugakkan...Aaron Aziz plak xpayah cakap...memang Awesome...memang dia comel masa dia menangis...Lisa plak, mungkin boleh perbaiki lagi kot...Bront pun lebih kurang mcm Aaron..Terbaik.. Yang lain2 pun semuanya hebat2...Cuma watak Datuk Sufiah...kenapa perlu cakap mcm pelat orang Inggeris???? (tak faham...????)

Apapun keseluruhannya memang menariklah...teringat yang Cik Fauziah (penulis novel) complaint yang dia tak berapa berpuas hati dengan citer nie - banyak benda dlm novel x dimasukkan dlm filem...Bagi aku yang pernah baca novel nie bertahun2 lepas - filem dgn novel hampir 90% sama...rasanya xder part penting yang tertinggal pun...Maybe Cik Fauziah terasa sebab dia xterlibat dlm penulisan skrip utk filem nie...Harap lepas nie kalau ada producer2 nak filemkan novel2 popular, jemputlah penulis novel tersebut together2 dalam penghasilan skripnya...

Memang xrugilah tengok citer nie...Apapun kauorg layan dulu 'trailer' dia :-



P/s : Semua yang ditulis dalam entry nie adalah pendapat peribadi...harap kauorg semua boleh terima dengan terbuka

See Ya...

Sunday 18 December 2011

Puisi untuk Bella

Maafkan aku Teman
Kerna tidak dapat penuhi undanganmu
Walaupun sudah berminggu ianya bertandang kepadaku

Demi dia
Aku turuti kehendaknya
Untuk tidak menghadirkan diri ke majlismu
Demi dia
Aku rela walaupun hati ini meronta, menjerit, memujuk
Untuk memeriahkan majlismu itu

Sekurang-kurangnya ketidakhadiranku ini
Membuatkan semua orang selesa
Terutama diri dia

Friday 16 December 2011

Tengok Wayang - Ombak Rindu (Part I)

Salam Diaries,

Nak bagitahu yang malam nie aku nak pergi tengok wayang citer yang tengah HOT GILER skrg nie..Cite apa lagi kalu bukan - OMBAK RINDU...Nak gie tengok wayang pun nak kepohci2...Saja jer, excited katakan...Maklumlah baru jer baik dengan MIS, lepas tue dia belanja tengok wayang plak...tue yang jadi kepohci2 nie...hohohohooh...(semangat Christmas gitu...)

Yang nak jadikan citernyer, bukan aku yang pilih citer nie tapi MIS yang beriya2 ajak aku tengok... emm..hebat betul penangan cite nie yer...sampai kaum lelaki pun beriya2 ajak buah hati diaorg gie tengok..Masa mula2 dia bgth nak belanja tgk wayang tue aku ingatkan dia nak ajak tengok cite SONGLAP (masa tue cite nie baru kuar) tapi tekaanku meleset...Xkisahlah cite apa sekalipun, janji orang belanja...

Best sangat ke cite OMBAK RINDU nie???Kalu novel dia (yang aku dah baca beberapa tahun lepas) memang bestlah...terbuai2, mendayu2 perasaan...Tapi bila dok baca paper, blogger2 yang review pasal citer nie, keseluruhannya bgth cite nie BEST!!!...Yang tak boleh blah lagi, kakak office aku siap suruh aku bawak sapu tangan...Katanya tisu leceh...Kenapa meh??? Sebab menurut kakak office tue, cite tue memang akan buat aku menangis...menangis???seingat aku dalam seumur hidup aku nie, sekali jer aku menangis bila tengok wayang...citer apa????------------"My Name Is Khan" (cite hindustan lor...)...Apapun kita tengok jerlh macamana mlm nanti...huhuhuu...Kita layan sekejap sinopsis cite nie - mengikut novel :-

Izzah adalah seorang yatim piatu yang kematian kedua ibubapanya akibat kemalangan jalan raya. Dari situ, dia mula dipelihara oleh pakcik saudaranya, Pak Cik Taha. Pak Cik Taha seorang yang kuat berhutang. Disebabkan menanggung hutang yang banyak, Pak Cik Taha telag menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam untuk dijadikan pelacur. Disitu Izzah berkenalan dengan Hariz, seorang lelaki kaya dan angkuh. Izzah telah meminta bantuan Hariz untuk membawanya keluar dari tempat tersebut dan Hariz setuju. Dan atas permintaan Izzah juga, mereka berdua berkahwin tetapi Hariz meminta supaya perkahwinan tersebut dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, mengugat cinta Izzah kepada Hariz yang baru berputik. Pelbagai konflik mula timbul apabila Hariz perlu mengahwini Mila termasuklah reaksi dari Datuk Sufiah, ibu Hariz tentang perkahwinan rahsia Hariz dan Izzah.
(semangat gitu aku menaip sinopsis cite nie)

- Muka Depan novel asal 'Ombak Rindu' -
Tunggu update utk Part II...

See Ya...

English?? @ Bahasa Melayu jer???

Salam Diaries,

This whole week, memang minggu yang membosankan...why???My boss on annual leave - she's going to overseas which means LANGKAWI...Hehhehehe...Dahlah kerja macam aku jenis yang xbanyak kerja tapi kalu bos aku xder lagilah bosan...

Ok, berbalik pada tajuk entry kali nie...English@Bahasa Melayu...Disebabkan memang aku xder kerja jadi aku ber'google' kat internet - baca blog2 yang famous2 kat Malaysia atau maybe famous kat Asia jugak...Dalam kebanyakkan blog2 yang aku baca tue, kebanyakkannya menggunakan dua bahasa nie (include aku jugak, hehehehe)...Kekadang aku terfikir juga, perlu ke aku menggunakan dua2 bahasa dalam setiap penulisan entry aku nie...Yelah nak kata aku nie terror Bahasa Inggeris pun tak sangat...tapi bolehlahhh...atau lebih baik aku guna jelah Bahasa Melayu jer...

Tapi kekadang aku rasa  sedikit cemburu juga (cemburu yang baik, ok...) bila dok baca blog2 blogger kat Malaysia yang famous2 nie...Sebab diaorg bila tulis dalam English, memang terror...Kalau dari segi umur, diaorg memang muda dari aku...(dah tua ke aku nie???) Maybe didikan yang diaorg terima dari family memang yang terbaik (almost all of them golongan yang berada/kaya)...Tapi tak boleh cakap jugak sebab ada jer golongan2 yangs sederhana boleh terror cakap English...Didikan yang bagus dari awal, dari kanak2 sebetulnya faktor utama...Cam kata pepatah - Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya -

Rasanya aku akan terus menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan blog nie...Kalu ada terselit sikit2 English tue, boleh dimaafkan...Dengan cara nie, kita boleh memperbaiki lagi kemahiran utk menulis & bercakap dalam English...Apapun hargailah Bahasa Kebangsaan Kita - Bahasa Melayu...(mcm iklan plak...huhuhuhu...)

(P/s : Entry yang mana motifnyer entah apa2 entah...)
See Ya...

Tuesday 13 December 2011

Bergambar dengan Artis Pujaan

Salam Diaries...

Hari nie, aku balik dari kerja awal...jadi xder benda nak wat (memang hidup yang membosankan) aku updatelah blog nie...Kali nie aku nak story pasal artis pujaan...Kauorg suma mesti ada artis pujaan kan????Paling2 sikit pun mesti ada sorang...betul tak? betul tak?

Kalau kauorg tanya aku, siapakah artis pujaan itu????Tak lain dan tak bukan - Dato Siti Nurhaliza...Tapi nak kata yang aku betul2 minat gila2 kat Dato Siti nie xderlah sangat...xderlah sampai suma album dia aku beli...Tapi dalam banyak2 artis kat Malaysia nie dia adalah pujaanku...

Berbalik pada tajuk entry nie, kauorang pernah tak bergambar dengan artis pujaan????Dengan rasa bangga yang amat sangat beserta keterujaan yang melampau dan kejakunan yang terserlah - aku pernah bergambar dengan Dato Siti...Kauorg mesti boleh bayangkan macamana saat itu....huhuhuhuuhu...HARUUUUU!!!!!

Actually, aku dapat bergambar dengan Dato Siti nie masa satu event yang membabitkan company tempat aku kerja...Dan malam tue aku ditugaskan jadi Tukang Pendaftar...Memang xsangka yang Dato Siti akan datang..Bila dapat tau, memang excited giler...Sekali Dato Siti lalu kat depan, tak terkata wa cakap sama lu...Fuhhh...memang dia sangat cantik....cantik sangat2...Dan senyum kat aku...fuhhhhh...tak tido malam dibuatnya...Masa bergambar, Dato Siti siap peluk aku lagi...Ya Tuhan...wangi giler...bayangkan baju yang aku pakai malam tue boleh lekat bau perfume dia....SEMINGGU aku xbasuh baju tue...

Memang excited giler kan aku nie...Yelah, bila lagi nak dapat bergambar dengan Dato Siti personally... Lantaklah kauorg nak cakap aku nie apa, yang penting aku dapat bergambar dengan Dato Siti (siap dipeluk lagi...)....Kau ada????

Malam tue, Dato Siti dengan berbesar hatinya menyanyikan 2 lagu dengan FREE - 1 lagu Cina (majoriti kaum Cina that nite) dgn 1 lagu P.Ramlee (duet dengan big boss company)...

-Keterujaan terserlah-
- Dato Siti yang sangat cantik...hehehe-
See Ya...

Monday 12 December 2011

DIY - Apam Lapis

Salam Diaries...

Rasa hari nie nak kongsi satu resepi dengan kauorg semua...Resepi - Kuih Apam Lapis...rasanya ada antara kauorang yang dah tahu pasal resepi nie kan...tapi xper, aku tetap nak kongsi juga...SEbenarnya kuih nie dah lama aku wat tapi baru nak publish kat blog nie...Boleh kata nie antara entry yang dah lama terperak...

Asal2nya aku nak wat kuih Apam Dot Dot tapi macam malas jer nak wat dot dot tue, aku pun dengan pandai2nya ubahlah dari Apam Dot Dot kepada Apam Lapis...Oklah, kalau kauorang nak tahu macamana nak buat kuih nie, kat bawah nie aku sediakan bahan2 dgn cara2 membuatnya :-

Bahan2 :
3 biji telur
1 1/2 cawan gula halus (kalu xnak manis boleh kurangkan)
1 camca ovallete
1 camca esen vanilla@apa2 perasa yang anda suka
1 cawan susu segar (selalunya guna susu HL yang kotak kecil)
2 cawan tepung naik sendiri
Pewarna yang disukai
Jem@Kaya

Cara2 :
*Pukul telur, gula halus dan ovallete sampai kembang
*Masukkan esen vanilla dan terus kacau
*Masukkan tepung dan diikuti dengan susu segar
*Kacau sehingga semuanya sebati
*Asingkan adunan mengikut beberapa bahagian (ikut berapa pewarna yang akan digunakan)
*Titiskan sedikit pewarna kedalam setiap adunan. Kacau sehingga warna sekata
*Rebus air dalam pengukus
*Masukkan adunan kedalam loyang (sebaik saja air rebusan dah mendidih)
*Kukus adunan selama lebih kurang 5 minit
*Ulang slangkah yang sama sehingga semua adunan siap dikukus
*Bila kesemua adunan dah siap, sapukan setiap satu lapisan dgn jem@kaya

Dah siap...Bila dah siap letak semua adunan berlapis-lapis, aku akan kukus lagi sekali dalam 2 minit...saja jer nak bagi diaorng melekat antara satu sama lain...Inilah hasilnya :-

- Inilah hasilnya dari seorang yang baru belajar -
- Keratan RentasApam Lapis-

Memanglah nampak mcm xmenarik...al-maklumlah first time wat Apam Lapis nie...maybe bila buat yang kali kedua, kali ketiga lepas nie mesti cantik...(huhuhhuu...puji diri sendiri...)Apapun selamat mencuba...

See Ya...

Friday 9 December 2011

Yes!! Aku berjaya... :))

Salam Diaries...

Wah2...mcm gembira semcm jer dgr dari tajuk tue...dapat 'durian tuntuh' ke??? atau....MIS dah masuk pinang??? ke menang loteri???

Heheheheh...(senyum lebar sampai ke telinga)...Aku gembira sebab aku dah berjaya 'Naikkan berat badan' aku...hehehehhehehehe....

Aikkk??? naik berat badan pun gembira ke??? terencat ke apa budak nie??? tak terencat pun, still normal....huhuhuhuhu....memanglah pelik aku gembira sebab berjaya naikkan berat badan...kalau orang lain sibuk nak turunkan berat badan, aku pulak sibuk nak naikkan berat...yelah aku selama nie pun kurus cekeding jer...tue yang aku berjaya naikkan berat...dari berapa ke berapa???? nak tahu, nak tahu????hoohohohoo....(sengal yang melampau...)

42 Kg ------- 45 Kg

Tak banyak pun naiknyer...3 kilo jer tapi sekurang2nyer aku berjaya dan sampai target...sampai MIS pun tumpang happy bila aku berjaya dalam misi nie...ingat lagi apa yang dia cakap bila aku bgth pasal hal nie :-

"Baru seronok ckit peluk mama lepas nie. Agak2 part mana yang naik tue??? (soalan minta pelempang)" - MIS mula mengarut-garut...(abaikan sajalah...)

Rasa2nya dah ok kot dengan berat nie even tak ideal dgn ketinggian aku nie...Apapun kepada yang tengah berusaha utk turunkan berat badan @ tgh naikkan berat badan - selamat berjaya!!!Chaiyok2x..

- Aku Berjaya!! -
See Ya...

Thursday 8 December 2011

Tengok Wayang - Happy Feet 2

Salam Diaries,

Dah alang2 habis lunch awal, rasanya nak update ckit entry kat blog nie...sebenarnya dah lama nak review pasal cite nie tapi sakit 'kemalasan' yang melampau menyerang..al-jawabnya review tue ditunda pada hari nie...Lagi satu penyebabnya - citer nie xmenarik perhatian aku pun...

Kalu ikutkan mula2 tue memang excited nak tengok wayang nie sebab dah pernah tengok yang pertama dulu...Jadi aku bajet mesti best mcm yang first...Tapi betullah apa yang orang2 dok cakap...selalunya sekuel seterusnya dah xmenarik...Begitulah yang terjadi dengan Happy Feet 2...

Tapi ini just my opinion jerlh...kalu orang lain kata cite nie best, tue hak diaorg dan ini blog aku, hak aku, suka hati akulah nak bagi opinion mcmana pun...(emosional kejap...)Apapun yang first lagi tinggal kesan kat aku...Kenapa xsuka dengan yang kedua?? Citer dia asyik menyanyi jer...hampir keseluruhan citer menyanyi jer...(rasanya yang first dulu, xderlah asyik menyanyi je...ada juga story dia...)Tapi apapun kalu untuk tontonan family dgn anak2 yang kecil oklah...



See Ya...

Wednesday 7 December 2011

Tukar Template lagi...

Salam Diaries...

Untuk kali ketiga rasanya, aku asyik dok tukar template untuk blog aku nie...kalaulah kauorg2 yang sudi menjenguk kat blog nie comfirm2 perasan...Tapi sebetulnya aku nak tukar balik first template yang aku guna dulu tapi cari punya cari, google punya google - langsung tak jumpa...

Tapi rasanya template yang nie dah boleh puaskan hati aku sendirilah even orang lain x suka...agak2 kauorg suka x???

See Ya...

Monday 5 December 2011

Tengok Wayang - Puss In Boots

Salam Diaries...

Last weekend, aku dengan MIS pergi tengok wayang citer 'Puss in Boots'...Mula2 tue nak tengok Ombak rindu tapi bila fikir2 balik, ambik kira atas apa yang dah & sedang berlaku antara kitaorang berdua..Jadi diputuskan cite 'Puss in Boots' jadi pilihan...

Kitaorg mcm biasalah boleh kira bernasib baik sebab selalu dapat beli tiket pada saat2 akhir, dapat seat yang paling strategik@best gitu...Mula2 tue ingat nak tengok yang kul 7.25pm tapi sebabkan kitaorg  sampai dah kul 7.30pm, terpaksalah ambik yang 8.30pm...Berbalik pada cerita 'Puss in Boots' nie, penuh panggung...Overall citer dia memang menarik, best..Even citer kartun tapi yang penuhkan dewan panggung tue majoritinya orang dewasa, included aku dgn MIS...

Memang best...Tapi yang paling tinggal kesan - maybe kat semua penonton adalah watak pembantu yang cuma cakap - 'opss' sambil tutup mulut dengan matanya terbuntang luas...even 3 scenes jer dia kuar tapi memang tinggal kesan...Kat sini aku letakkan trailer citer nie, watak tue ada dalam trailer nie...Enjoy...



See Ya...

'Sisa' Kenduri Kahwin

Salam Diaries...

Seperti semua sedia maklumlahkan...Bulan 12@Disember, bukan saja bulan budak2 cuti sekolah tetapi juga bulan majlis orang kahwin...mesti kauorg dapat banyak jemputan kan??? Aku xbanyak pun, dua jemputan jer...Dan dua-dua jemputan tue pun dah lepas...

Dalam dua-dua jemputan yang aku attend tue, yang paling menarik perhatian aku adalah door gift diaorang...Selain doorgift, ada juga yang sebut cenderahati, cenderamata, 'bontrok' (dalam bahasa jawa), 'sisa' (dalam dialek Kelantan) dan macam2 lagilah...Dah aku nie pun asalnya anak Kelantan Jati, jadi aku akan gunakan perkataan 'sisa'...senang...

Apa yang menariknya dengan 'sisa' diaorg???Tak menarik pun, cuma wat aku terfikir2 - mungkin disebabkan wang hantaran ataupun kos perbelanjaan yang tinggi maka 'sisa' tue pun disediakan ala kadar jer..Apa 'sisa' tue??? Untuk kenduri pertama, 'sisa'nya adalah sebungkus popcorn dan untuk kenduri yang kedua, jajan super ring dgn bahulu ikan...Aku bukannya ada niat nak mengata tentang hal ini, sebabnya kalu dulu, 'sisa' yang disediakan memang orang kata 'berbaloi'...

Mana taknya, dulu orang akan bagi telur, poppuari (tah betul tah tidak ejaannya), kadang2 tue pen, tuala kecil yang digubah...Kalu orang kata zaman sekarang dah xblh bagi telur, boleh terima jugalah sebab telur dah mahal...Apapun, tue semua bergantung pada orang yang wat kenduri tue...Maybe faktor kewangan menyebabkan 'sisa' nie disediakan ala kadar jer...Fikir-fikirlah...

See Ya...

Tuesday 29 November 2011

Cinta Monyet - Part II

Salam Diaries,

Ingat lagi tak entry pasal Cinta Monyet??Rasa macam nak citer lagi pasal entry tue dengan lebih terperinci...Sebenarnya kisah ex-boyprend T'hah tue hanya aku dengan dia jer yang tahu...kawan2 yang lain xtau sangat pasal budak lelaki tue...yang diaorg tahu cuma nama dengan sekolah budak tue...sebabnya aku dengan T'hah nie boleh kata 'kembar pagi'...hehehehe...bukan kembar siang@kembar malam...kenapa???sebab dari darjah 1 sampailah ke tingkatan 5, kitaorg xpernah berpisah sekolah bahkan sememangnya akan dok 1 kelas..cuma seingat aku masa tingkatan 2 & 3 jer kitaorg berpisah kejap lepas tue tingkatan 4 & 5 satu kelas balik...sebab tue panggil kembar pagi sebab time persekolahankan waktu pagi...(macam2lah kau nie...)

Berbalik pada cerita Cinta Monyet kitaorg...dulu aku dgn T'hah belajar kat SMK Zainab (1) - The Elite Girl School (elite sangatlah kononnya...)...bersebelahan dengan sekolah kitaorg SIC (Sultan Ismail College)...korang faham2lah kalau sekolah 1 jantina dok bersebelahan dgn sekolah 1 jantina lain, macamana...(faham2 jelah sendiri)...nak dijadikan cerita masa tingkatan 5, kelas kitaorg bersebelahan dgn jalan utama...jalan yang menjadi laluan utk budak2 SIC lalu-lalang - dengan niat@tanpa niat...ditakdirkan masa tue adalah 1 group budak2 SIC yang selalu lalu depan sekolah kitaorg...tengok dari gaya, diaorg budak2 form 6...group diaorg ada dalam 5 org seingat aku...dan salah seorg jadi tumpuan aku dan sorang lagi jadi tumpuan T'hah...kitaorg punya taste lain2...kalau diingat2 balik memang boleh wat tergelak sorang2...mana taknyer tiap kali budak2 SIC tue lalu, suma leher budak2 Zainab tetiba jer jadi panjang semcm, mata tertiba jer jadi juling - sebabnya dok pandang kearah budak2 SIC tue..even kat depan cikgu tengah mengajar sekalipun...yang paling haru, time exam pun sama...

Yang lagi tragiknyer, kitaorg siap selidik lagi kat mana budak2 SIC tue dok menyewa, diaorg selalu naik bas kat mana (bila balik every weekend)...yang paling xboleh blah, kitaorg siap tahan diaorng utk tahu nama diaorg...ganaskan budak2 Zainab nie...hohohohoh...apapun usaha kitaorg berhasil sebab T'hah dapat couple (even sekejap) dengan salah seorang budak2 SIC tue..aku plak syok sendiri jer sebab budak lelaki tue xlayan aku pun...yelah time tue aku selekeh, budak2 lagi...huhuhuhuuh...

Tapi semua tue just kenangan...sebabnya lepas SPM, kitaorg pun dah tinggalkan sekolah tue jadi semua hubungan terputus...rasanya nak citer lebih2 takut meleret-leret plak, jadi biarlah ianya jadi kenangan semata2...

See Ya...

Friday 25 November 2011

Cinta Monyet

Salam Diaries..

Kauorang pernah tak alami Cinta Monyet ??Mesti pernah kan...oklah kali nie aku nak story pasal kisah 'Cinta Monyet' aku dengan one of my bestprend  -T'hah masa zaman kitaorg sekolah menengah dulu...cite nie selalunya watkan aku tersengih-sengih sorang2... :))

Al-kisahnya, sedang aku tengah dok baca online newspaper tetiba telefon aku berbunyi...nombor yang naik memang xkenal langsung cuma yang dapat agak nombor tue dari Kelantan...dengar suara perempuan kat hujung talian buat aku tertanya2 siapa...dah lama sikit barulah tahu - that's call from T'hah..One of my bestprend...T'hah bagitahu yang dia terjumpa dengan one of her ex-boyprend...kalu nak tahu, T'hah nie memang seorang yang banyak boy prend masa zaman muda2 dulu...tapi jangan risau - sekarang dia setia pada yang satu...betul ek???

Aku mula2nya pelik jugak, takkanlah gara2 ex-boyprend dia telefon aku...tapi memang betul pun...dia tel aku sebab hanya aku jer yang tahu kisah nie...kauorg bayangkan benda nie terjadi masa kitaorg form 5 (masa tu tahun 2004)..this year tahun 2011...dah 7 tahun kitaorg tinggalkan kisah nie tetiba kenangan (kenangan ekk???) muncul kembali...nak dijadikan cerita, T'hah jumpa dengan ex-boyprend dia masa budak lelaki nie datang collect duit dekat bank tempat T'hah kerja...kata T'hah budak lelaki tue yang tegur dia dulu...

Kata T'hah, budak lelaki nie memang dah lain sangat2...makin x handsome katanya...tue yang wat dia rasa lawak sangat2...kalau nak tahu, ex-boyprend dia nie dulu memang hensem...ala2 macam Shahir AF...tapi skrg memang dah lain giler...sebab tuelah T'hah terus called aku bgth pasal nie..betapa kecilnya dunia nie...dah hampir 7 tahun xjumpa, tup2 terjumpa kat tempat kerja...kata T'hah lepas jumpa dengan budak lelaki tue, dia rasa mcm bodoh pun ada bila teringat masa zaman dulu2...yelah dulu dok terkejar2 akan mamat tue sebab dia hensem, skrg dah xhensem dah xdilayan..bahkan jadi bahan jenaka plak..dunia2...

p/s : teringin sangat nak jumpa dengan first puppy love...rasanya dah 10 tahun xjumpa dia...

See Ya...

Wednesday 23 November 2011

Tahniah HARIMAU MALAYA

Salam Diaries..

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku wish a big congratulation untuk team HARIMAU MALAYA yang dah berjaya memenangi ibu segala pingat emas dalam SEA Games kat Indonesia...yang paling wat aku bangga, Malaysia menang dengan mengalahkan musuh tradisi - Indonesia...

Memang rasa berbaloi-baloilah tengok match malam tue...bayangkan dari pukul 8.30mlm sampai 12.00tgh malam match tue (termasuk dgn upacara penyampaian pingat)...wajib tunggu sehingga Lagu NEGARAKU dimainkan...even rasa mcm dah malas nak tengok, tetap digagahkan jugak biji mata nie utk tengok match tue sampai habis..Even Indonesia mendahului, hati tetap cakap yg Malaysia akan dapat score...dan akhirnya kata hati jadi kenyataan...Boleh cakap team Malaysia kuat jugaklah sebab dapat tarik Indonesia main sampai sepakan penalti...Jaringan kemenangan oleh Badrol Bathiar (penuh dramatik) kemuncak segalanya...

Rasanya...bukan rasa tapi sememangnya semua rakyat Malaysia berbangga dengan kemenangan nie...kauorg bayangkanlah Indonesia - boleh kata salah satu bangsa yang X BERTAMADUN - bukan mainlah provokasi diaorg kat team Malaysia...bukan setakat team bola sepak tapi boleh kata semua acara yang melibatkan Malaysia pasti diaorg acting macam bangsa yang sememangnya xbertamadun...padan muka Indonesia sebab Malaysia dah calarkan maruah diaorg two times - berturut-turut plak tue...cuma lepas nie kalau boleh pemain2 Malaysia kena lebih cekap, pantas, kemas, dan semua yang sewaktu dengannya...kalau ikutkan sakit hati jugak bila tengok performed a few player malam tue...

Apapun, I'm proud to be Malaysian...Setinggi-tinggi tahniah lagi sekali untuk team HARIMAU MALAYA... xnak puji lebih2...apapun kita layan video2 kat bawah nie...

-Selamanya Harimau Malaya-

-Jaringan KEMENANGAN Harimau Malaya-

P/s : Rasanya lepas nie kena bagi klafikasi untuk siaran langsung bola sepak terutama yang libatkan Team Harimau Malaya - IBU MENGANDUNG DAN ORANG YANG MENGALAMI LEMAH JANTUNG TIDAK DIGALAKKAN MENONTON - Boleh tak??? (Faham-fahamlah kenapa yer...)

See Ya...

Tuesday 15 November 2011

Pergi Kerja - tak mandi!!

Salam Diaries,


Baca tajuk kat atas pun dah macam teruk kan???sebetulnya nak kongsi 1 experience dgn kauorang suma pasal tajuk entry nie...kauorang pernah tak gie kerja dengan x mandi???hehehehhe...untuk pertama kalinya dalam hidup aku, pergi kerja dengan xmandi...yang sempat wat cuma gosok gigi, basuh muka & lap badan dengan tuala basah...tue jerlah...


Teruknyer???Ek'eleh, macamlah kauorang xpernah wat...nak dijadikan cerita, dat morning aku bangun mcm biasalah, dah siap kemas katil terus capai towel n terus menuju ke bilik air...masa tue one of my housemate baru jer siap mandi...sampai2 kat bilik air, tengok kat dlm baldi tadahan - empty...dan yang paling aku terharu-biru, buka pili air xder...jawabnya that morning umah aku XDER AIR...


Memang rasa masa tue sedih sangat..dahlah dh lambat, air plak xder...sampai hati diaorg xtinggalkan sikit pun air untuk aku, boleh wat basuh badan dengan sekali jirusan pun kira jadilah..ini tidak lansung xditinggalkan...aku pun ke sinki, nasib baik kat situ ada air lagi jadi dapatlah aku tadah untuk wat gosok gigi n basuh muka...kesian kan!!!


Dan kesimpulan ceritanya, aku pergi kerja dengan xmandi...nasib baikla xberbau... hehehhehehe... yelah xder orang pandang aku pelik pun maknanya xberbaulah...the moral of the story, lepas nie aku kena beli 1 baldi untuk simpanan air...manalah tau kot2 lepas nie terjadi lagi kes macam nie...sekurang2nya aku dapatlah basuh badan aku sikit...


Tapi yang penting, sifat pentingkan diri sendiri harus dipupuk sebaik saja baldi untuk simpanan air itu wujud...kenapa???sebab baldi tue aku yang beli, aku yang tadah dan isi air kat dalam, jadi simpanan tue untuk kegunaan aku sorang jer...bukan niat nak berdendam tapi disebabkan sentiasa mendahulukan orang lain sampai aku teraniaya macam nie...maafkan aku Tuhan...


See Ya...

Saturday 12 November 2011

11-11-11

Salam Diaries..

Saja2 nak tulis entry nie...boss xder..hehehehe...Kalau tengok pada tajuk kat atas actually tue tarikh hari nie - 11 November 2011...Bila baca paper hari atau dengan kata lain the whole week nie, memang ramai orang yang merancang untuk berkahwin @ disatukan dengan pasangan mereka pada tarikh...Katanya tarikh nie unik dan boleh bawak Tuah (terutama untuk kaum Cina)...Sebenarnya tarikh nie bukan saja dipilih untuk melangsungkan perkahwinan tapi dipilih untuk melahirkan anak juga (khas untuk yang perlu melalui pembedahan)..

Kalu ikut aku, tarikh nie takkan jadi pilihan untuk apa2 event sekalipun..aku lebih berminat dengan 20 Disember 2012...kenapa???cuba tengok bila ianya ditulis dalam bentuk angka -


2012012 @ 20-12-2012


Bagi aku tarikh nie more bermakna@menarik sebab lepas 2012, comfirm2 2013 kan???dalam kalendar mana ada bulan ke 13...betul tak, betul tak????


Apapun sumanya bergantung pada seseorang individu tue sendiri...tapikan agak2 apa event yang nak dilangsungkan pada tarikh tue????kalu boleh aku nak dinikahkan pada tarikh tersebut... tapi kalau xdapat tarikh tue tarikh yang lagi 1 nie pun kira ok jugaklah :- 31 March 2013 @ 31-3-13... InyaAllah... Amin..

See Ya...

Thursday 10 November 2011

Doaku Untukmu SayangKu



Kau mau apa, pastikan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau Harus aku, terlelap dan letih
Ini demi kamu, Sayang

Aku tak kan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di Syurga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

(Tuhan tolong aku, jaga-jaga dia,
Tuhan ku pun sayang dia)







Wednesday 9 November 2011

JJCM - Restoren Big Plate

Salam Diaries,

Tetiba jer terasa nak sangat kongsi dengan kauorang suma pasal restoren nie...nama restoren nie 'Big Plate'...restoren nie terletak kat Subang...kalu kita lalu kat highway yang nak ke Guthrie(x taulah betul ke tak ejaan nie) restoren tue boleh kata terletak kat sebelah jalan highway tue...orang panggil tempat tue Subang Permai...emmm...macamana ekk nak bgth dgn lebih terperinci???pandai2lah kauorang cari sendiri kat internet yer...

Oklah berbalik pada cerita tentang restoren nie, sesuailah dengan nama kedai - hidangan yang disediakan memang dalam pinggan yang besar...buka setakat pinggan yang besar tapi gelas minuman pun besar...restoren nie menyediakan hidangan western2 food jer...kalu nak nasi goreng @ kuey tiaw goreng, sila ke kedai mamak yang berdekatan...

Nak dijadikan cerita, aku dapat tahu pasal restoren nie lepas tengok cite 'Best In The World' kat 8TV...alaaa...yang bersiaran setiap hari Khamis tue, pukul 9.30 mlm...takkan xpernah tengok kot???kalu tak pernah nanti kauorg rajin2lah buka website 8TV - search for Best In The World...banyak tempat2 yang menarik untuk kita kunjungi...lebih kurang samalah dengan Jalan2 Cari Makan yang kat TV3 tue...cuma yang nie versi 'kurang sopan' (my opinion lorr...) and giler2 ckit...

Oppsss, sebelum terlupa - nak komen ckit pasal kedai nie...kedai dia memang xder entertainment langsung.. bukan setakat xder TV, radio pun xdipasang...kalu jenis yang suka dok makan kat tmpat2 yang nak kata Aman tapi Tak Aman - bolehlah ke restoren nie...lagi satu yang aku xberapa puas hati dengan restoren nie - services dia memang lembap giler...jadi janganlah kauorang mengharapkan yang makanan kauorang akan samapi dengan cepat...Restoren ini time operation dia xlama..malam kul 11 dah tutup dah...mahunyer xtutup awal, kat area situ mlm2 sunyi...jadi kalu kauorang nak gie makan kat sana memang kena gie awal...

Malas nak citer panjang lebar, kauorang tataplah makanan yang telah diorder oleh aku dengan MIS that nite...Order xbanyak pun sebab terlupa nak kuarkan duit...makan tue kira 'catu' jugaklah sebab takut xcukup duit...hehehehhehe...harga dia - kauorang digalakkan untuk pergi ke restoren tersebut masa time2 baru lepas dapat gaji...kenapa????faham2 jer...

Chicken Chop untuk MIS

Mushroom Soup (diletak dalam home made bun)

Chezzy Chicken
See Ya...

Tuesday 8 November 2011

Salam AidilAdha

Salam Diaries...


Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Salam AidilAdha untuk semua..
Bersama-samalah kita saling mensyukuri dan memperingati akan peristiwa yang pernah berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s...


Kalau ada sapa-sapa yang tak berapa tahu tentang Hari Raya AidilAdha nie, check it below :-


The meaning of Hari Raya Aidiladha

Aidiladha is also commonly known as Hari Raya Korban or Hari Raya Haji in Malaysia. Celebrated about two months after Hari Raya Aidilfitri, on the 10th day of Zulhijjah, the 12th (last) month of the Muslim calendar, it marks the end of the haj pilgrimage period (about two weeks).
 
Every year, millions of Muslims make the journey to Mecca in Saudi Arabia to perform the haj, one of the five basic tenets of Islam. Aidiladha also commemorates the sacrifices made by the Prophet Ibrahim (hence the word 'korban,' which means sacrifice in Arabic), who demonstrated immense faith when he was put to the test by God.
 
Prophet Ibrahim was commanded to offer his son Ismail up for sacrifice, and though it grieved him greatly, he made ready to perform the task. However, as he was about to strike his son, God stopped him and revealed that it was a trial. Ismail's life was spared, and a ram was sacrificed in his place.
As such, during Aidiladha, the sacrifice of four-legged animals such as lambs, goats, cows, bulls and camels is performed. The slaughter of the animal is done after the congregational prayer in the morning of Aidiladha.The animals are killed in accordance with the proper religious rites and the meat is then distributed.
 
One third of the meat is given to the individual who made the sacrifice, while the rest is given to the poor and deserving people in the community. Making the sacrifice (korban) is not a compulsory religious duty, but an obligations for those who are able to afford it. The rest of the day is celebrated by visiting relatives and friends.


See Ya...

Wednesday 26 October 2011

Tengok Wayang - Reel Steel

Salam Diaries,

Last weekend, on Saturday aku dgn MIS going to watch a movie at Cineleisure@Curve...That place memang tempat favorite kitaorg..kenapa???sebab kat sana xramai orang...kalau kat shopping complex ada lagi ramai orang...hehehehehhe...

Oklah berbalik pada citer tengok wayang tadi...pada mulanya aku bercadang nak tgk 'Klip 3gp' tapi MIS xberapa nak...katanya takut 'teransang'...hohohohohoo...pandai MIS buat lawak...sampai2 dekat panggung - time tu dah 3.15pm manakala wayang citer tue plak kul 3.30pm...MIS tanya - whether nak tgk citer 'Klip 3gp' skrg atau tgk citer lain...sebenarnya dia nak sangat tgk citer 'Reel Steel' nie...Jadi mengenangkan yang kitaorg pun belum makan lagi, jadi aku dgn berat hati wat keputusan untuk tengok 'Reel Stee'..wayang citer tue kul 4.50pm...jadi dapatlah kitaorg makan kejap...

Maka saat yang ditunggu pun tiba...kul 4.50pm kitaorg pun masuk panggung...mula2 tue mcm xder oranglah...kononnyerlah...tapi xsampai beberapa minit lepas-Full House...memang penuh panggung lah...dan ceritanya pun bermula...Mula2 tue macam perlahan jer citer dia...tapi bila dah masuk minit ke-10 momentum citer dah mula bergerak pantas...kemunculan Max Kenton - anak kepada Charlie Kenton lakonan Hugh Jackman memang menghidupkan perjalanan cerita ini...


Tak padan dengan umur, lakonan Dakota Goya sebagai Max Kenton memang menghiburkan, 'menjadi' - bak kata orang Malaysia...suka sangat tengok scene Max menari dengan robotnya- Atom...scene yang paling best masa dah nak habis cerita....time tue Atom menyertai Liga Tinju (lupa plak apa nama liga dia tue)...memang seronoklah scene bertinju antara robot tue...rasanya suma orang yang kat dlm panggung tue teruja dengan scene tersebut termasuklah aku...hehehehehehe...


Aku malas nak citer panjang lebar pasal movie nie...kalau rasa nak tengok, baik pergi tengok wayang sendiri..xpun beli jer DVD dia...2 jam kat dalam panggung memang xterasa...sebabnya - Citer nie memang BEST!!!Oklah kat bawah nie aku serta trailer citer nie...selamat menonton...Memang xkan menyesal...


 Official Trailer - Reel Steel

See Ya...