Wednesday 9 November 2011

JJCM - Restoren Big Plate

Salam Diaries,

Tetiba jer terasa nak sangat kongsi dengan kauorang suma pasal restoren nie...nama restoren nie 'Big Plate'...restoren nie terletak kat Subang...kalu kita lalu kat highway yang nak ke Guthrie(x taulah betul ke tak ejaan nie) restoren tue boleh kata terletak kat sebelah jalan highway tue...orang panggil tempat tue Subang Permai...emmm...macamana ekk nak bgth dgn lebih terperinci???pandai2lah kauorang cari sendiri kat internet yer...

Oklah berbalik pada cerita tentang restoren nie, sesuailah dengan nama kedai - hidangan yang disediakan memang dalam pinggan yang besar...buka setakat pinggan yang besar tapi gelas minuman pun besar...restoren nie menyediakan hidangan western2 food jer...kalu nak nasi goreng @ kuey tiaw goreng, sila ke kedai mamak yang berdekatan...

Nak dijadikan cerita, aku dapat tahu pasal restoren nie lepas tengok cite 'Best In The World' kat 8TV...alaaa...yang bersiaran setiap hari Khamis tue, pukul 9.30 mlm...takkan xpernah tengok kot???kalu tak pernah nanti kauorg rajin2lah buka website 8TV - search for Best In The World...banyak tempat2 yang menarik untuk kita kunjungi...lebih kurang samalah dengan Jalan2 Cari Makan yang kat TV3 tue...cuma yang nie versi 'kurang sopan' (my opinion lorr...) and giler2 ckit...

Oppsss, sebelum terlupa - nak komen ckit pasal kedai nie...kedai dia memang xder entertainment langsung.. bukan setakat xder TV, radio pun xdipasang...kalu jenis yang suka dok makan kat tmpat2 yang nak kata Aman tapi Tak Aman - bolehlah ke restoren nie...lagi satu yang aku xberapa puas hati dengan restoren nie - services dia memang lembap giler...jadi janganlah kauorang mengharapkan yang makanan kauorang akan samapi dengan cepat...Restoren ini time operation dia xlama..malam kul 11 dah tutup dah...mahunyer xtutup awal, kat area situ mlm2 sunyi...jadi kalu kauorang nak gie makan kat sana memang kena gie awal...

Malas nak citer panjang lebar, kauorang tataplah makanan yang telah diorder oleh aku dengan MIS that nite...Order xbanyak pun sebab terlupa nak kuarkan duit...makan tue kira 'catu' jugaklah sebab takut xcukup duit...hehehehhehe...harga dia - kauorang digalakkan untuk pergi ke restoren tersebut masa time2 baru lepas dapat gaji...kenapa????faham2 jer...

Chicken Chop untuk MIS

Mushroom Soup (diletak dalam home made bun)

Chezzy Chicken
See Ya...

No comments:

Post a Comment