Wednesday 17 December 2014

Trip to Desa Cattle @ Kundasan

Salam semua...

Dah lama giler aku tak update apa2 kat blog nie since 'boyfriend' yang paling aku sayang kat dunia pergi 'menghadap' penciptaNya bulan September hari tue...nak kata aku berkabung tue xde sangatlah...tapi alasan biasa - KEMALASAN melanda diri...itulah tak ter'update' blog nie...

Entah kenapa tetiba datang kerajinan aku utk update pasal trip nie...as semua orang tahu yang aku skrg bekerja di Sandakan, Sabah...jadi adalah 2,3 tempat menarik yang aku dah lawati sepanjang almost 7 bulan (saat entry nie ditulis) aku kat sini...Kundasan - salah satu tempat yang aku memang teringin sesangat nak pergi...konon2nya nak ber'honeymoon' kat sana dengan MIS nnti...tapi tup2 aku yang dahulu sampai...maaf yer, MIS...

Asalnya trip ke Kundasan nie mmg tiada dalam plan lawatan pihak hospital...sebenarnya aku ikut lawatan pihak hospital ke hospital Kudat...masa otw nak ke Kudat, kami punya driver ikut jalan lain yang mana Tuhan jer tahu betapa terseksanya aku masa tue...dia punya 'corner' kalah ular yang kena palu...serius kalau diajak lagi sekali utk melalui jalan tersebut memang aku surrender...huhuhuhu..... jadi disebabkan hal itu, driver buat keputusan utk ikut jalan kundasan bila pulang ke Sandakan....maka terjadilah trip ke Kundasan...Apa yang ada di Kundasan??? Agak2 kauorang pernah perasan tak kat packaging susu tepung Fernleaf - gambar ladang ternakan Lembu di New Zealand tue??? Cantik kan??? Tapi nak ke New Zealand tue entah bilalah...tapi xper kat Malaysia nie pun ada....di mana lagi kalu bukan di Kundasan iaitu Desa Cattle, Kundasan..sepanjang perjalanan nak ke sana kauorang boleh nampak puncak gunung kinabalu...
Ingat lagi tak susu tepung nie???
Puncak Gunung Kinabalu





Masa dekat2 nak sampai ke Kundasan dah terasa suhu sejuk kat sana..alhamdullilah perjalanan kami lancar tanpa sebarang kesesakan lalulintas...bila dah sampai di pekan kecil kat sana, perjalanan diteruskan lagi dengan mendaki bukit...rasanya aku sendiri pun tak berani nak drive 'my Hitam' aku ke sana dengan keadaan jalan yang berbatu besar...dah sampai sana setiap orang dikenakan bayaran iaitu RM4.00 utk dewasa dan untuk kanak-kanak pulak lupa nak tengok...hehehhehe....orang sememangnya ramai..al-maklumlah musim cuti sekolah tambah kami pergi on weekend...turun je dari kereta kami disambut dengan bau 'lembu'...mula2 rasa gatal2 juga hidung nie tapi bila ke'eksited'an menguasai diri, bau tue macam hilang macam tue saja....malas nak menaip panjang2, layan jerlah gambar2 yang berjaya di'monopod'kan oleh aku and the geng...

Hi...We'll at Kundasan
Rasanya kalau lembu tue ada tangan, confirm mereka pun buat 'peace' mcm kitaorg...pandai lembu2 nie posing tau...
Tengoklah tue...betapa terujanya aku bergambar dengan lembu2 tue semua...huhuhuhuu


Keterujaan dapat aiskrim fresh dari ladang..perisa Vanila highly recommand...
Selit gambar - memang tersangat disiplin lembu2 nie..
Keterujuan belum habis lagi nie...
Kat sini memang wajib ambik gambar...yang penting 'peace' di dahi tue memang tak boleh tinggal

Macam kat overseas kan??? Really LOVE this Pic...

Oklah, itu saja setakat hari nie...See ya....












Friday 19 September 2014

Random Entry V

Assalamualaikum...


Kerinduan

Hi Semua...

Harap semuanya dalam keadaan ok...this few week emosi still xstabil...of course lah sebab aku 'merindui' arwah BABA...depan orang terutama di ofis memang aku ketawa, bergelak sakan tapi bila di kamar tidur aku menangis sepuas-puasnya...

Memang aku terlalu dan terlalu sangat rindukan arwah....rasa xpuas lagi hidup bersama beliau...pemergian BABA bermakna aku kehilangan satu2nya kawan yang paling baik, kehilangan lelaki pertama yang bertahta di hati aku, kehilangan seorang ayah yang sangat mengambil berat pasal anak2 (even kekadang tue rasa terkonkong sangat...)...dan yang paling utama aku kehilangan 'bahu' untuk aku menangis...

Even aku perempuan, segala masalah, suka-duka, perit-jerih, manis-pahit yang aku tempuhi, lalui, hadapi semuanya aku bgth kat BABA...tapi sekarang semua tue aku terpaksa pendam sorang2 sebab aku dah xder tempat untuk luahkan semua nie...habis2 pun aku menangis sampai bengkak mata...itupun mmg x dapat untuk hilangkan segala apa yang aku pendam...

Sejujurnya aku memang tak dapat terima pemergian BABA...sampaikan aku terfikir kalaulah aku tak terima tawaran kerja goverment nie mesti BABA xkan pergi secepat nie...macam orang2 ramai selalu cakap, selalunya Tuhan akan ambik sesuatu yang kita sayang untuk digantikan dengan sesuatu yang kita inginkan atau dengan kata lain 'ada hikmah disebaliknya'...ikutkan yer mmg kerja goverment nie aku nak sangat2 tapi kalau aku tahu Tuhan gantikan kerja nie dengan BABA memang aku xkan terima...

Terukkan pemikiran aku nie??? Seolah2 orang yang xder akal fikiran...aku bukan hendak menidakkan takdir tapi ada masa2nya perkara2 macam nie yang terlintas di fikiran aku...Ampunkan aku, Tuhan kerana mempertikaikan suratan takdir BABA yang telah tertulis sejak azali...

Apa yang mampu aku buat, hanya berdoa dan terus berdoa agar roh BABA dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..hanya Al-Fatihah serta Surah Yassin mampu aku hadiahkan kepada BABA sempena Hari Kelahiran BABA hari nie....



P/s : Ma sokmo oyak "lepah nie xdok doh lah posmen mari atar kad hari jadi tiap2 kali 19 September"...

Thursday 18 September 2014

Random Entry IV

Hi Semua...

Sekali-sekala bermadah... :)

Tuesday 26 August 2014

Al-Fatihah untuk BABA

Assalamualaikum...

Dugaan yang berat utk aku hadapi pada mulanya tapi sekarang alhamdullilah aku mampu tabah untuk menempuhinya...Pada 24 Ogos 2014 (Ahad) bersamaan 28 shawal 1435 hijrah tepat jam 1.18am kami sekeluarga telah kehilangan KETUA KELUARGA iaitu BABA...setelah hampir 27 hari ditempatkan di hospital akhirnya BABA menghembuskan nafasnya yang terakhir disamping seluruh ahli keluarga kecuali aku...terkilan sgt2 sbb aku xsempat utk bersamanya utk kali terakhir...walaupun begitu aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan utk menatap wajah dan mengucup dahinya utk kali terakhir....

Aku redha dgn permergiannya walaupun ketika itu aku tidak berada disisi bahkan di hari2 terakhir nya aku tidak sempat menemaninya...maafkan ana, BABA...Sedih itu memang tidak mampu aku ungkap dengan kata2...lagi2 bila mengenangkan yg aku akan menamatkan zaman bujang ku nanti...mmg menjadi impian aku sejak dulu - BABA menikahkan aku dengan bakal suami ku...tapi Tuhan semmgnya lebih menyayangi dia...

BABA...ana minta maaf sgt2 atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah ana lakukan sepanjang hayat BABA..harap BABA memaafkan ana...semoga kita berjumpa di 'sana' nanti...Ya Tuhan..aku memohon kepadaMu agar cucurilah rahmat atas rph arwah BABA...ampunilah segala dosa2nya yang lalu dan tempatkanlah dia kalangan hamba2Mu yang beriman...AMIN...

Monday 4 August 2014

SS - One Step Closer


Hi Semua,

Alhamdullilah, akhirnya setelah 7 tahun menjalinkan hubungan cinta hubungan aku dengan MIS di ikat dengan 1 ikatan iaitu pertunangan...semuanya berlangsung pada raya puasa ke 2 iaitu 29 Julai 2014 di Dewan Sri Rambai, Paya Rambai Kelantan...

Ececeh..intro bukan main kan...sesaja jer buat intro macam nie sebab rasa macam dah lama tak menulis....rasanya aku memang xder bgth apa2 even bagi 'hint' kat kauorang semua yang aku akan bertunang...bukan xnak bgth tapi masalahnya benda nie semuanya last minute arrangement...ikutkan salasilah atau kronologi cerita, asalnya aku dengan MIS akan diijabkalbu pada 31 Ogos 2014 nnti...tapi tup2 family MIS ubah fikiran nak wat ikut adat...bincang punya bincang diaorang tetapkan tarikh pada hari raya ke 2 (seperti di atas)...

Kauorang ada rasa pelik tak??? Sebenarnya xderlah pelik sangat tapi yelah...diikutkan untuk perjalanan aku dengan MIS dlm menempuh gerbang perkahwinan, hampir semua perkara ditentukan oleh pihak lelaki sedangkan kami di pihak perempuan lebih banyak mengikut sahaja...

Nak dijadikan cerita, dahlah aku skrg dok seberang laut...memang stress jugaklah dlm nak arrange benda alah nie semua...nak harapkan family aku memang tak lah kan...maklumlah semuanya lelaki...kakak ipar pun susah nak harap...huhuhu...nasib baiklah ada si Aida...dialah yang banyak membantu aku dari A sampai Z...tapi bertunang jer kan???memanglah bertunang tapi aku kena pakai dewan (yang biasa2 utk seminar mcm tue) sebab al-maklumlah rumah aku kecik jer...plus family MIS dengarnya ramai yang nak datang...

Dah ada dewan confirm2lah nak pelamin, katering, photographer, pakaian bagai kan...emmmm....mmg menyusahkan sangat2...tapi dengan bantuan Aida semuanya ok...nasib baiklah dapat dewan plus pelamin pun kat butik pengantin sebelah dewan tue jer...katering plak terpaksalah menyusahkan mak aku...bayangkan raya pertama orang beraya, kitaorang bertukus-lumus memasak untuk esoknyer...

Oklah, malas dah nak citer panjang lebar...layan jelh gmbr2 yang dah di ambik pada hari kejadian...Oh ya, sebelum terlupa...Inyaallah kalu xder aral melintang, menegak maybe kitaorang naik pelamin tahun baru cina tahun depan (2015)...Tapi tuelah..dalam2 gembira dengan semua benda nie kitaorang satu family sedih sebab malam raya pertama tue Baba (abah aku) di masukkan ke wad...kesian sangat kat dia...terbayang2 kesungguhan, keinginan dia nak manage majlis pertunangan aku tue...al-maklumlah aku nie jelh sorang2 jer anak perempuan dia...memang sepanjang majlis aku kuatkan semangat...tapi jauh sudut hati aku 'terkesan' sebab Baba xder kat majlis...Ana doakan Baba cepat sembuh...Amin...

Last Minute Pelamin by Syaa Gaya Anggun

Hantaran : 7 (Perempuan) balas 5 (Lelaki)

Detik2 Kejadian

Alhamdullilah...First Step Dah Selesai :)



Wednesday 16 April 2014

Alhamdullilah

Hi Semua...

Lama aku menyepikan diri...bukan sengaja tapi sememangnya terlalu byk benda yg unexpected terjadi...lagi satu sebab aku masih ternanti akan satu surat...once surat tue dh berada depan mata baru aku publish...dan akhirnya surat tue muncul jua...ececeh statement...

Alhamdullilah after 5 kali interview since after aku graduate akhirnya rezeki berpihak pada aku....dgn situasi skrg yg serba serbi tak kena, masalah yg muncul bertimpa2 Tuhan bagi rezeki nie kat aku...mungkin ada hikmah disebaliknya..Inyaallah...
Lepas nie aku akan jadi org Sabah (berangan betul)...tunggu Sabah aku datang...hahahahahaha....

Friday 14 March 2014

R.I.P SAYANG


Mak Tam in memories

Sunday 2 March 2014

Tengok Wayang - Sejoli

Hi Semua...

Hari tue selain tengok citer Robocop kitaorang sambung tengok citer Sejoli pulak...kalu ikutkan aku mula follow filem arahan Osman Ali nie sejak filem 'Cun' diikuti dgn Ombak Rindu dan kemudiannya Sejoli...sofar kesemua citer yang aku pernah tengok nie tak menghampakan..

Oklah berbalik pada kisah Sejoli...citer nie pada pendapat aku sesuai untuk ditonton bagi sesapa yang tengah serabut fikiran...sebab dia boleh release kan stress, tension kita...lawak dia biasa2 jer cuma mungkin keserasian yang terjalin antara Bront dgn Maya Karin nampak neutral...lakonan Izara dgn Remy pun boleh tahan...yang lagi dua orang iaitu Izat dgn Dira, tak payah cakaplah...memang terbaik...

Sinopsis Citer :

bermula dengan percutian ke Phuket dengan misi membawa diri sebaik sahaja kegagalan episod cinta masing-masing iaitu Joe dan Gina...konflik mula timbul apabila Gina menemui gambar kekasih kepada Joe iaitu Nita yang merupakan tunang kepada bekas kekasihnya iaitu Hardy...

disebabkan masih ada rasa sayang terhadap bekas kekasih masing2, mereka berdua sepakat untuk menghancurkan hubungan antara Nita dan Hardy dan plan mereka dibantu oleh sepupu dan rakan baik iaitu Lola dan Tompy...

Macam2 cara yang mereka lakukan dalam usaha untuk menghancurkan perkahwinan antara NIta dan Hardy...dan disinilah bermula pelbagai babak yang mencuit hati...



See Ya..

Tengok Wayang - Robocop

Hi semua (nak tukar pembuka bicara start dis entry..:)) )...

Dah lama sebetulnyer aku x review pasal cite2 yg aku gie tgk wayang...sebetulnya aku dh jarang sesgt2 gie tgk wayang...tak tahulh kenapa....hehehe...lagi 1 mungkin semenjak kehadiran 3 ekor sweetheart aka kucing kat dalam hidup aku nie, rasanya aku lebih rela spend masa dgn mereka2 berbanding keluar tgk wayang...yg penting duit pun tak habis...

Oklah untuk pertama kalinya dlm tahun 2014, aku nak review pasal wayang yang aku pergi tgk baru2 nie iaitu Robocop...orang kali filem robocop ni bukan yang pertama kali difilemkan (tak sure sgt kali ke berapa...)....tak kisahlah dah kali ke berapa yang aku tahu ini pertama kali aku tgk...kalu yg versi kartun yang dimainkan setiap hari sabtu kat tv tue lain kiralah...

Sofar apa yang aku boleh katakan citer nie oklah...tak rugilah bg yang beli tiket...tapi yang nyata korang jangan terlalu expect yang citer nie byk aksi...boleh kata 40% jer aksi yang dipaparkan dan selebihnyer lebih kepada permainan emosi...

Sinopsis Cerita :

cerita nie berkisar tentang seorang detektif yang bernama Alex Murphy yang mana telah 'ditukarkan' menjadi robot demi menyelamatkan nyawanya (itu niat asal wife dia, Clara)...kisah hidupnya bermula apabila Alex mengalami kecederaan yang parah setelah keretanyer meletup akibat pemasangan bom oleh seorang penjahat yang paling dikehendaki (Alex menyiasat kesnyer)...

Walaupun hampir 80% dirinya telah bertukar menjadi robot, emosi dan ingatannya sebagai seorang manusia tidak pernah hilang...hal ini menyebabkan dia masih mengingati akan kejadian yang menimpa dirinya lalu membuat keputusan untuk menghapuskan orang yang bertanggungjawab mengubah dirinya menjadi robot...Maaflah kalau sinopsis kali nie ringkas seringkasnya...mengejar masa..tapi seperti yang aku cakap tadilah, tak rugi beli tiket untuk menonton filem ini...


See Ya..



Monday 3 February 2014

Baju Baru

Salam Diaries,

Perasan tak blog nie dah berwajah baru??? Hehehehe...maknanyer blog nie 'tukar baju' lagi...tak tahulah dah berapa kali entah blog nie tukar baju...susah kalu manusia nie jenis yang mudah bosan...siapa tue??? akulah...huhuhuhuuhu...

Harap sangat2 (pada diri sendiri) yang 'baju baru' nie akan kekal untuk 1 tempoh masa yang lamaaaaaa....oklah, get to go now...

See Ya.. :)

Saturday 4 January 2014

Tahun Baru, Permulaan Baru

Dear Diaries,

Hopefully belum terlambat untuk aku wish 'selamat tahun baru'...as usual lah awal tahun orang lain dok rehat kat umah tapi aku kena kerja...fuhh...citer pasal kerja mmg tak cukup nafaslah aku hari tue...huhuhuhu...

Untuk tahun 2014 nie, untuk kali pertamanyer aku ada azam...terukkan aku nie...selama nie tak pernah ada azam...apa punya manusialah...hahhahahaha....bukan tak pernah ada cuma tahun nie azam aku mcm besar sgt..apa yg besar sgt azam tue yer???? - - - -- aku nak beli rumah pertama...Inyaallah, Amin...

Oklah malas nak membebel panjang, Selamat Tahun Baru 2014... :)


See Ya...