Friday 19 September 2014

Kerinduan

Hi Semua...

Harap semuanya dalam keadaan ok...this few week emosi still xstabil...of course lah sebab aku 'merindui' arwah BABA...depan orang terutama di ofis memang aku ketawa, bergelak sakan tapi bila di kamar tidur aku menangis sepuas-puasnya...

Memang aku terlalu dan terlalu sangat rindukan arwah....rasa xpuas lagi hidup bersama beliau...pemergian BABA bermakna aku kehilangan satu2nya kawan yang paling baik, kehilangan lelaki pertama yang bertahta di hati aku, kehilangan seorang ayah yang sangat mengambil berat pasal anak2 (even kekadang tue rasa terkonkong sangat...)...dan yang paling utama aku kehilangan 'bahu' untuk aku menangis...

Even aku perempuan, segala masalah, suka-duka, perit-jerih, manis-pahit yang aku tempuhi, lalui, hadapi semuanya aku bgth kat BABA...tapi sekarang semua tue aku terpaksa pendam sorang2 sebab aku dah xder tempat untuk luahkan semua nie...habis2 pun aku menangis sampai bengkak mata...itupun mmg x dapat untuk hilangkan segala apa yang aku pendam...

Sejujurnya aku memang tak dapat terima pemergian BABA...sampaikan aku terfikir kalaulah aku tak terima tawaran kerja goverment nie mesti BABA xkan pergi secepat nie...macam orang2 ramai selalu cakap, selalunya Tuhan akan ambik sesuatu yang kita sayang untuk digantikan dengan sesuatu yang kita inginkan atau dengan kata lain 'ada hikmah disebaliknya'...ikutkan yer mmg kerja goverment nie aku nak sangat2 tapi kalau aku tahu Tuhan gantikan kerja nie dengan BABA memang aku xkan terima...

Terukkan pemikiran aku nie??? Seolah2 orang yang xder akal fikiran...aku bukan hendak menidakkan takdir tapi ada masa2nya perkara2 macam nie yang terlintas di fikiran aku...Ampunkan aku, Tuhan kerana mempertikaikan suratan takdir BABA yang telah tertulis sejak azali...

Apa yang mampu aku buat, hanya berdoa dan terus berdoa agar roh BABA dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..hanya Al-Fatihah serta Surah Yassin mampu aku hadiahkan kepada BABA sempena Hari Kelahiran BABA hari nie....



P/s : Ma sokmo oyak "lepah nie xdok doh lah posmen mari atar kad hari jadi tiap2 kali 19 September"...

No comments:

Post a Comment