Sunday 2 March 2014

Tengok Wayang - Robocop

Hi semua (nak tukar pembuka bicara start dis entry..:)) )...

Dah lama sebetulnyer aku x review pasal cite2 yg aku gie tgk wayang...sebetulnya aku dh jarang sesgt2 gie tgk wayang...tak tahulh kenapa....hehehe...lagi 1 mungkin semenjak kehadiran 3 ekor sweetheart aka kucing kat dalam hidup aku nie, rasanya aku lebih rela spend masa dgn mereka2 berbanding keluar tgk wayang...yg penting duit pun tak habis...

Oklah untuk pertama kalinya dlm tahun 2014, aku nak review pasal wayang yang aku pergi tgk baru2 nie iaitu Robocop...orang kali filem robocop ni bukan yang pertama kali difilemkan (tak sure sgt kali ke berapa...)....tak kisahlah dah kali ke berapa yang aku tahu ini pertama kali aku tgk...kalu yg versi kartun yang dimainkan setiap hari sabtu kat tv tue lain kiralah...

Sofar apa yang aku boleh katakan citer nie oklah...tak rugilah bg yang beli tiket...tapi yang nyata korang jangan terlalu expect yang citer nie byk aksi...boleh kata 40% jer aksi yang dipaparkan dan selebihnyer lebih kepada permainan emosi...

Sinopsis Cerita :

cerita nie berkisar tentang seorang detektif yang bernama Alex Murphy yang mana telah 'ditukarkan' menjadi robot demi menyelamatkan nyawanya (itu niat asal wife dia, Clara)...kisah hidupnya bermula apabila Alex mengalami kecederaan yang parah setelah keretanyer meletup akibat pemasangan bom oleh seorang penjahat yang paling dikehendaki (Alex menyiasat kesnyer)...

Walaupun hampir 80% dirinya telah bertukar menjadi robot, emosi dan ingatannya sebagai seorang manusia tidak pernah hilang...hal ini menyebabkan dia masih mengingati akan kejadian yang menimpa dirinya lalu membuat keputusan untuk menghapuskan orang yang bertanggungjawab mengubah dirinya menjadi robot...Maaflah kalau sinopsis kali nie ringkas seringkasnya...mengejar masa..tapi seperti yang aku cakap tadilah, tak rugi beli tiket untuk menonton filem ini...


See Ya..



No comments:

Post a Comment