Sunday 2 March 2014

Tengok Wayang - Sejoli

Hi Semua...

Hari tue selain tengok citer Robocop kitaorang sambung tengok citer Sejoli pulak...kalu ikutkan aku mula follow filem arahan Osman Ali nie sejak filem 'Cun' diikuti dgn Ombak Rindu dan kemudiannya Sejoli...sofar kesemua citer yang aku pernah tengok nie tak menghampakan..

Oklah berbalik pada kisah Sejoli...citer nie pada pendapat aku sesuai untuk ditonton bagi sesapa yang tengah serabut fikiran...sebab dia boleh release kan stress, tension kita...lawak dia biasa2 jer cuma mungkin keserasian yang terjalin antara Bront dgn Maya Karin nampak neutral...lakonan Izara dgn Remy pun boleh tahan...yang lagi dua orang iaitu Izat dgn Dira, tak payah cakaplah...memang terbaik...

Sinopsis Citer :

bermula dengan percutian ke Phuket dengan misi membawa diri sebaik sahaja kegagalan episod cinta masing-masing iaitu Joe dan Gina...konflik mula timbul apabila Gina menemui gambar kekasih kepada Joe iaitu Nita yang merupakan tunang kepada bekas kekasihnya iaitu Hardy...

disebabkan masih ada rasa sayang terhadap bekas kekasih masing2, mereka berdua sepakat untuk menghancurkan hubungan antara Nita dan Hardy dan plan mereka dibantu oleh sepupu dan rakan baik iaitu Lola dan Tompy...

Macam2 cara yang mereka lakukan dalam usaha untuk menghancurkan perkahwinan antara NIta dan Hardy...dan disinilah bermula pelbagai babak yang mencuit hati...



See Ya..

No comments:

Post a Comment