Friday 16 December 2011

Tengok Wayang - Ombak Rindu (Part I)

Salam Diaries,

Nak bagitahu yang malam nie aku nak pergi tengok wayang citer yang tengah HOT GILER skrg nie..Cite apa lagi kalu bukan - OMBAK RINDU...Nak gie tengok wayang pun nak kepohci2...Saja jer, excited katakan...Maklumlah baru jer baik dengan MIS, lepas tue dia belanja tengok wayang plak...tue yang jadi kepohci2 nie...hohohohooh...(semangat Christmas gitu...)

Yang nak jadikan citernyer, bukan aku yang pilih citer nie tapi MIS yang beriya2 ajak aku tengok... emm..hebat betul penangan cite nie yer...sampai kaum lelaki pun beriya2 ajak buah hati diaorg gie tengok..Masa mula2 dia bgth nak belanja tgk wayang tue aku ingatkan dia nak ajak tengok cite SONGLAP (masa tue cite nie baru kuar) tapi tekaanku meleset...Xkisahlah cite apa sekalipun, janji orang belanja...

Best sangat ke cite OMBAK RINDU nie???Kalu novel dia (yang aku dah baca beberapa tahun lepas) memang bestlah...terbuai2, mendayu2 perasaan...Tapi bila dok baca paper, blogger2 yang review pasal citer nie, keseluruhannya bgth cite nie BEST!!!...Yang tak boleh blah lagi, kakak office aku siap suruh aku bawak sapu tangan...Katanya tisu leceh...Kenapa meh??? Sebab menurut kakak office tue, cite tue memang akan buat aku menangis...menangis???seingat aku dalam seumur hidup aku nie, sekali jer aku menangis bila tengok wayang...citer apa????------------"My Name Is Khan" (cite hindustan lor...)...Apapun kita tengok jerlh macamana mlm nanti...huhuhuu...Kita layan sekejap sinopsis cite nie - mengikut novel :-

Izzah adalah seorang yatim piatu yang kematian kedua ibubapanya akibat kemalangan jalan raya. Dari situ, dia mula dipelihara oleh pakcik saudaranya, Pak Cik Taha. Pak Cik Taha seorang yang kuat berhutang. Disebabkan menanggung hutang yang banyak, Pak Cik Taha telag menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam untuk dijadikan pelacur. Disitu Izzah berkenalan dengan Hariz, seorang lelaki kaya dan angkuh. Izzah telah meminta bantuan Hariz untuk membawanya keluar dari tempat tersebut dan Hariz setuju. Dan atas permintaan Izzah juga, mereka berdua berkahwin tetapi Hariz meminta supaya perkahwinan tersebut dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, mengugat cinta Izzah kepada Hariz yang baru berputik. Pelbagai konflik mula timbul apabila Hariz perlu mengahwini Mila termasuklah reaksi dari Datuk Sufiah, ibu Hariz tentang perkahwinan rahsia Hariz dan Izzah.
(semangat gitu aku menaip sinopsis cite nie)

- Muka Depan novel asal 'Ombak Rindu' -
Tunggu update utk Part II...

See Ya...

No comments:

Post a Comment