Monday 5 December 2011

'Sisa' Kenduri Kahwin

Salam Diaries...

Seperti semua sedia maklumlahkan...Bulan 12@Disember, bukan saja bulan budak2 cuti sekolah tetapi juga bulan majlis orang kahwin...mesti kauorg dapat banyak jemputan kan??? Aku xbanyak pun, dua jemputan jer...Dan dua-dua jemputan tue pun dah lepas...

Dalam dua-dua jemputan yang aku attend tue, yang paling menarik perhatian aku adalah door gift diaorang...Selain doorgift, ada juga yang sebut cenderahati, cenderamata, 'bontrok' (dalam bahasa jawa), 'sisa' (dalam dialek Kelantan) dan macam2 lagilah...Dah aku nie pun asalnya anak Kelantan Jati, jadi aku akan gunakan perkataan 'sisa'...senang...

Apa yang menariknya dengan 'sisa' diaorg???Tak menarik pun, cuma wat aku terfikir2 - mungkin disebabkan wang hantaran ataupun kos perbelanjaan yang tinggi maka 'sisa' tue pun disediakan ala kadar jer..Apa 'sisa' tue??? Untuk kenduri pertama, 'sisa'nya adalah sebungkus popcorn dan untuk kenduri yang kedua, jajan super ring dgn bahulu ikan...Aku bukannya ada niat nak mengata tentang hal ini, sebabnya kalu dulu, 'sisa' yang disediakan memang orang kata 'berbaloi'...

Mana taknya, dulu orang akan bagi telur, poppuari (tah betul tah tidak ejaannya), kadang2 tue pen, tuala kecil yang digubah...Kalu orang kata zaman sekarang dah xblh bagi telur, boleh terima jugalah sebab telur dah mahal...Apapun, tue semua bergantung pada orang yang wat kenduri tue...Maybe faktor kewangan menyebabkan 'sisa' nie disediakan ala kadar jer...Fikir-fikirlah...

See Ya...

1 comment:

  1. Ejaan "bontrok" itu tidak betuk. Yang betulnya BONYROT dan sebenarnya bontrot itu sama sekali tidak sama dengan "sisa" yang anda katakan itu.Bontrot juga disebut BERKAT. Untuk bontrot yang kebiasaannya ialah makanan iaitu nasi dan lauk-pauk.Orang Jawa kalau nak memberi bontrot/berkat ni bukan sisa²..ianya memang dimasak sama seperti hidangan yang disediakan untuk tetamu. Kalau setakat telur/gula² tu orang Jawa sebut jajan.Orang Jawa kalau nak buat kenduri kalau kecil-kecilan itu akan hanya menjemput kenalan² dekat sahaja tapi kalau Jawa tulen kendurinya kurang² 2-3 hari.

    ReplyDelete