Thursday 26 January 2012

DIY - Mee Goreng style Meksue

Salam Diaries..

Disebabkan kebosanan yang selalu sgt dialami kat tempat kerja nie, terasa nak kongsi satu masakan dengan kauorg semua...tapi masakan nie comfirm2 kauorg suma dah pandai wat..bukan susah pun...kalau kauorang kata kauorg tak tahu, memang aku tak dapat nak tolonglah...tapi tak apa dengan resepi nie, kauorg comfirm dapat wat masakan nie...Masakan apa???Jeng2..masakan Mee Goreng style Meksue... hehhehehhehe...Ececeh...cam nak jadi tukang masak pulak...saja jerlh nak kongsi pengetahuan...

Bahan-bahan :
Minyak
3 ulas bawang putih (suka hati nak tumbuk@hiris halus)
Cili padi + cili api (cili merah+hijau yang kecil2 tue) ditumbuk - *kalau tak suka pedas abaikan bahan ini
Isi ayam (ikut suka), Udang, Fish Ball@Fish Cake
Sos Cili
Sos Tomato
Kicap (kalau suka mee warna gelap, lebihkan kicap. begitulah sebaliknya)
Sepeket mee kuning
Sayur Sawi
Lobak (hiris halus) - *kalau tak suka sayur abaikan bahan ini
Cili merah@hijau (cili yang besar)
Tomato
Garam, Gula, Ajinomoto
Sedikit air

Cara-cara :
*Panaskan minyak didalam kuali. Bila minyak panaskan, masukkan bawang putih
*Kacau sehingga naik bau. Masukkan cili padi+cili api yang ditumbuk (kalau tak suka pedas, abaikan step ini)
*Masukkan isi ayam, udang, fish ball@fish cake. kacau sehingga isi ayam tersebut masak
*Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau sehingga sekata. sekiranya pekat, tambahkan sedikit air
*Masukkan mee, gaul sehingga sekata
*Masukkan sawi, lobak, tomato dan cili merah@hijau. Kacau sehingga sekata. (jangan kacau terlalu lama, takut sayur 'layu')
*Akhir sekali, masukkan garam, gula dan ajinomoto mengikut selera anda


Selamat mencuba..

See Ya...

No comments:

Post a Comment