Wednesday 1 February 2012

Trip to Taiping - Majlis Perkahwinan Haniff & Ina

Salam Diaries,

Kali nie nak kongsi trip aku ke Taiping...jauhnya ke Taiping, wat apa?? aku pergi sana semata-mata nak attend kenduri one of MIS besprend - Haniff...Diaorg kahwin on 22 Jan 2012 bersamaan hari Ahad...Dalam ramai2 kawan MIS, he's the first one yang kahwin dulu..dah sampai seru+jodoh katakan (aku jer yang belum..huhuhuhuhu)...

Berbalik pada trip tue, perjalanan ke Taiping selalunya makan masa lebih kurang 3 jam (mengikut kata MIS)...hari tue kitaorg bertolak dalam kul 9.30am...ingat nak gerak awal sebab takut stuck in jam...yelah esoknya CNY...dalam perjalanan,kitaorg singgah kat restoren jejantas Rawang utk breakfast...dalam kul 11.00am kitaorg pun gerak ke Taiping.. sebelum terlupa, selain aku dgn MIS ada lagi sorang kawan MIS yg ikut - Nasrul wit his girlprend merangkap bakal tunang..
-Restoren Jejantas Rawang-
Dalam perjalanan tue, kitaorg terperangkap kejaplah dekat area2 nak masuk Sungkai..seperti yang diduga ada kemalangan yang berlaku...dan macam biasalah, Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap prihatin...kenapa?sebabnya semua sibuk memperlahankan kenderaan semata2 nak tengok accident tue...yang lagi tak boleh blah, kemalangan tue diarah yang bertentangan (means menghala ke Kuala Lumpur sedangkan time tue kitaorg menghala ke Ipoh)...betul tak aku cakap yang kita semua memang prihatin...hehehehhehe...as semua orang dah tahu, otw nak ke Ipoh dan kawasan2 yang sewaktu denganya, kita akan dapat lihat air terjun iaitu air terjun Lata Kijang...masa nie dah dekat2 nak sampai Tapah dah...
-View from highway-
Lepas je kawasan kemalangan yang berlaku tue, jalan terus jadi lenggang balik...sebaik saja kitaorg smpi dekat simpang nak ke Taiping means Plaza Tol Changkat Jering, hujan turun (menyukarkan sedikit perjalanan kitaorg)...dalam dok meraba-raba, tercari-cari rumah pengantin akhirnya kitaorg pun sampai...xderlah susah sangat nak mencarinya...Yang lawaknya (lawak ke???) dah sampai kat kawasan kenduri, kitaorg terpaksa telefon pengantin tanya betul ke tak tempat tue...mana taknya dlm otw nak ke rumah pengantin tue ada 2 sign - satu yang Hanif punya & satu lagi yang org lain punya...risau gak kot2 tersalah kenduri plak yang kitaorg attend...Alhamdullilah, betullah tempatnya...rupa2nya yang lagi satu sign tue sehari seblm Haniff punya majlis...

Dah sampai, kitaorg tunjuk muka kat pengantin dulu lepas tue baru makan...niat hati nak makan nasi minyak xkesampaian sebab time kitaorg smpai nasi minyak dah habis, tengah masak...terpaksalah makan nasi putih jer...dah xder rezeki katakan...yang pasti lauk-pauk kenduri tue memang sedap...sampai skrg masih terasa kesedapannya...diaorg tak guna katering..biasalah orang kampung-gotong royong...even tak banyak lauk tapi puas hatilah..lauk-pauk yang disediakan hari tu adalah gulai daging, ayam goreng, pajeri nanas & daging masak hitam...lauk-pauk kampung katakan...
-Gambar ambil dari Google sebab xsempat tangkap-
Perut pun dah terisi, maka kitaorg pun dengan penuh kekenyangan pergilah jumpa dengan si pengantin..dapatlah bergambar bersama wat kenang-kenangan...bila tengok Hanif teringat dekat 0ne of my bestprend yang dah kahwin...kenapa boleh teringat tertiba nie???sebab dua2 pengantin menjadikan warna merah sebagai tema majlis diaorg...bila aku buka FB Ina(wife Hanif) tengok gmbar masa majlis akad nikah diaorg pakai baju warna biru langit, begitu jugaklah dengan my bestprend tue...
Akad Nikah
Majlis Bersanding
Dan akhirnya tibalah masa untuk kitaorg berangkat kembali ke KL...sebelum berangkat balik, alang2 dah sampai Taiping kitaorg pergi meng'round' bandar Taiping kejap..ingat nak singgah ke Zoo Taiping tapi terpaksa pendamkan niat sebab....tuppppp!!!malas nak tulis...takut kontroversi plak...tapi senang cakap, susah kalu berjalan dengan orang yang xsekepala + susah nak kuarkan duit + selalu wat muka nak balik cepat + banyak songeh...Faham2 jelh...

Sebabkan sepanjang perjalanan pergi ke Taiping MIS yang drive sorang2, masa perjalanan balik aku take over...kesian plak aku tengok MIS...Penat sangat...tapi kalu ikutkan MIS mmg xbagi aku drive... mcm biasalah, dgn MIS memang aku jenis yang degil..last2 MIS mengalah dgn membenarkan aku bawak kereta tapi selepas TAPAH...means dah masuk KL...tapi xpelh janji aku dapat drive...:) Sekurang2nya dapatlah MIS rehat...disebabkan aku yang drive, maka perjalanan kitaorg mengambil masa yang lama...hehehehhehehe...macam yang dok selalu iklan kat TV serta media elektronik lain - Biar Lambat Asal Selamat...

See Ya...

No comments:

Post a Comment