Monday 9 January 2012

JJCM - Restoren Rasamas

Salam Diaries...

Dah lama rasanya aku tak update pasal kedai2 makan kat dlm blog nie...bukan xnak update tapi kemalasan nak update pasal hal ini melanda diri...tue yang banyak jer entry yang terperak kat dalam kepala aku nie...sumanya gara2 kemalasan nak transfer gambar2 makanan yang diambik dari phone@camera kedalam komputer...huhuhuhuu...

Sebagai permulaan tahun baru 2012 - aku dgn MIS menjengah ke Restoren Rasamas di Giant Hypermarket Kota Damansara...Giant nie boleh kata tempat kegemaran aku dgn MIS bershopping2... kalu ikutkan dah lama dah MIS ajak aku masuk restoren nie tapi aku yang x nak...keinginan nak makan kat situ belum wujud lagi dlm diri aku...Dan pada 01 Jan 2012 hari tue, aku pun tunaikanlah permintaan MIS yang dah banyak kali diutarakan..Masa sampai tu, ada lebih kurang 1 jam jer lagi nak tutup...Tapi kejap...kauorg tau tak pasal restoren nie???Kalu xtau, nie logo dia -

-Nie logo diaorg-
Kalu kauorg nak tahu, Rasamas nie adik-beradik dgn KFC, dgn PizzaHut..mereka ada lebih kurang 26-28 outlet kat 10 buah negeri...kalu nak tahu lebih2, pandai2lah kauorg check website dia - www.rasamas.com.my... berbalik pada hal aku dgn MIS - mlm tue kitaorg order Family Special yang mengandungi 1/2 ayam panggang (boleh pilih antara pepper/percik - kitaorg ambik pepper), 2 nasi, 2 sup (sup dia boleh tahan) dgn 3 hidangan sampingan (suka hati kauorg nak pilih apa) iaitu Coleslaw, Tofu Goreng Rangup & Sayur Campuran (dgn kata lain - sayur goreng)...Coleslaw dia sejibik2 sama mcm yg Pizza Hut punya..
Sayur Campur & Coleslaw

1/2 Ayam Panggang Pepper

Tofu Goreng Gangup





Bab air plak, mlm tue aku dgn MIS order ais blended iaitu vanilla oreo (utk MIS) & mochacinno (utk aku)..air dia sama jer mcm ais blended kat mana2...Keseluruhannya puas hatilah makan kat sana...hampir terlupa - sos pencicah@sambal lada@air lada diaorg memang sedap..ayam panggang memang xpayah cakaplah...even kitaorg ambik 1/2, tuepun xdapat dihabiskan...Servis dia pun boleh tahan cepat jugaklah...tapi xtaulah kalu time peak hours@siang hari...sebabnya kitaorg dtg dah malam, xder customer - maybe sebab tu cepat kot...



Jadi, kalu rasa nak makan ayam panggang bolehlah makan kat restoren nie...digalakkan utk datang dgn family sebab family set dia lagi murah berbanding single set...

See Ya...

No comments:

Post a Comment