Friday 14 December 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Thailand (Semi Final)


 
Salam Diaries,

Pertama2 kalinya, selamat tinggal AFF SUZUKI CUP 2012…lagi 2 tahun kita jumpa lagi…dengan kekalahan 2-0 dengan Thailand semalam (13/12/12) pada pusingan timbang balik peringkat separuh akhir kedua menyingkirkan Harimau Malaya untuk mara ke pentas akhir…nampaknya skrip pada 2010 hanya separuh sahaja yang berjaya disiapkan…sedih memang sedih tetapi aku tetap berbangga dgn semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh team Harimau Malaya…

Pada separuh akhir pertama yang berlansung pada 9/12/12, kesilapan Harimau Malaya hanya satu iaitu gagal mempertahankan satu gol yang berjaya dijaringkan oleh Mat Yo… permainan pada malam tersebut memang menarik…momentum perlawanan bergerak laju…Harimau Malaya sememangnya menunjukkan prestasi sebenar mereka masa tue…Cuma kesilapan bahagian pertahanan menyebabkan Thailand Berjaya menyamakan kedudukan…keseluruhannya memang seronok menyaksikan perlawanan pada malam tersebut…lagi seronok rasanya kalau dapat menyaksikannya secara live di Stadium Bukit Jalil bersama-sama ribuan penyokong Malaysia yang lain…suasana yang ditunjukkan macam itu adalah perlawanan final…

Pada separuh akhir kedua yang mana Harimau Malaya tersingkir…game malam tue menyakitkan hati…bukan sakit hati dgn Harimau Malaya tetapi dengan pengadil dan team Thailand…jelas nampak yang diaorg semuanya main dengan cara kotor dan hina…yang si pengadil pulak macam makan rasuah…asal dengan pemain Malaysia ada saja kesalahan yang dilakukan tetapi bila pemain Thailand wat kesalahan yang jelas2 depan mata, dia boleh buat tak tahu…rasa nak masuk dalam TV tu pergi cungkil2 biji mata pengadil bangang tue…nak sekeh2 kepala dia…bengang giler kot…yang pemain Thailand plak mmg tak payah cakaplah…dahlah main kasar, suka hati mak mertua bapak tiri laki adik dia dok tolak2 pemain Malaysia…saja jer nak naikkan angin pemain Malaysia…bukan setakat main kasar, penipu nombor satu…kena tolak sikit jatuh, tergelincir sikit nak salahkan pemain lawan…memang dasar penipu…puihhh….yang paling tak boleh terima bila pemain Harimau Malaya dilayangkan kad kuning kedua (maknanya automatic dapat kad merah)…boleh nampak kot yang tue bukan salah dia…mmg pengadil berat sebelah…dah kena bayar gamaknya…emmmm….kalau nak luahkan kemarahan kat sini sampai esok pun tak habis…bukan tak boleh terima kenyataan yang Harimau Malaya kalah tapi dengan mutu pengadilan dan corak permainan lawan yang macam sial tue…kalau kena kat mana2 pasukan pun mesti diorang marah…

Apapun semangat juang yang ditonjolkan oleh pemain Harimau Malaya malam tue memang boleh dibanggakan…walaupun bermain dengan 10 pemain mereka berjaya mempertahankan gol dari terus dibolosi oleh Thailand…tapi pelik dgn K.Rajagopal…kenapa malam tue dia gunakan taktikal 4-5-1?????? bagi aku sepatutnya K.Rajagopal sepatutnya mengekalkan taktikal 4-4-2…sebab kenapa??? Sbb malam tue kita nak kena menang tmbah plak kita tak bawa bekalan gol yang selesa ke sana…kita boleh lihat kot bagaimana diaorg ‘rantai’ Mat Yo malam tue…sorang lawan 3, mana adil…sekurang2nya kalau diletakkan 2 penyerang Mat Yo taklah keseorangan…itu sajalah yang aku tak puas hati dengan team Harimau Malaya… bahagian pertahanan tak payah cakaplah…memang hancur bila main 10 orang….tengah pulak macam dah kena bomoh siam…asal bila dapat bola, tak lekat kemas kat kaki… ‘Man of The Match’ malam tue, aku bagi kat Farizal Marlias – penjaga gol Malaysia…walaupun bolos 2 gol tapi dia dah berjaya mengawal gawang gol dari terus dibolosi terus-terusan…siap kena sepak kat muka dengan pemain Thailand kot…tapi pengadil??? buta, sial…

Dengan kemenangan semalam, nampaknya Thailand juga menang dengan permainan psikologi diaorg…kita dapat tgk/baca kat paper2 yang mana kemudahan latihan utk Harimau Malaya disediakan macam ‘melepaskan batuk kat tangga’…dgn padang latihan yang dikongsi dgn orang awam, last2 minute tak boleh wat latihan kat stadium perlawanan, kononnya nak jaga kualiti rumput…puihhh…kualiti rumput apanya????dgn padang Merbok (yang kat KL) tue lagi bagus….itulah Malaysia dan FAM – macam peribahasa ‘beruk dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’…harap FAM (terutamanya) dapat belajar dari apa yang berlaku sekarang..bukannya goyang kaki sambil duduk kat kerusi empuk dalam bilik aircond SAHAJA!!!!!!! Lain kali kalau boleh layan semua orang sama rata…tak perlu bagi yang 5 star punya services tapi bila kat tempat orang, ada diaorg bagi 5 star jugak???? Rasanya 1 star pun belum tentu…

Dengan tempoh 2 tahun akan datang, harap Harimau Malaya kembali mengaum, menjulang kembali kejuaraan ini…semua orang yang terlibat dalam bola sepak Malaysia dah kena tukar…cuba pemain baru, jurulatih baru serta kepimpinan yang baru…jangan pulak bila tahun 2014 nnti, semuanya masih yang sama…walaupun tak dapat masuk ke final, mara ke semi final tetap cukup membanggakan…apapun kami tetap bersamamu – Harimau Malaya…jatuh bangun tetap bersama…kalah menang setia dibelakang…jumpa lagi pada edisi 2014…Inyaallah…

Selamanya Harimau Malaya
Selamanya Sokong Malaysia

p/s : ini hanya pendapat dari seorang peminat bola sepak Malaysia…walaupun tak berapa arif, apa yang disampaikan dibuat berdasarkan pemerhatian/apa yang disaksikan..kalau rasa tak setuju, saya minta maaf…

 

Friday 7 December 2012

Tengok Wayang - Pontianak vs Orang Minyak


Salam Diaries,

Asyik story mory pasal bola jer...cam bosanlah plak kan...emmm kali nie nak review pasal wayang yang baru2 nie aku pergi tgk...rasanya dah berbulan2 aku tak tgk wayang nie...ingt2 yang pling last aku tgk citer ‘The Amazing Spiderman’...dan akhirnya pada 24 November hari tue, aku jejakkan kaki ke pawagan...niat hati masa tue nak tgk cite Hindustan lakonan Shah Rukh Khan – Jab Tak Haai Jaan...tapi malangnya tiket sold out...terpaksalah tukar plan tengok citer ‘Pontianak vs Orang Minyak’...watak utama dalam citer nie dilakonkan oleh Nabil (Pontianak) dgn Johan (Orang Minyak) dan diarahkan oleh Afdlin Shauki...

Bagi aku cerita nie kalau setakat nak release tension oklah...jalan cerita dia memang wat orang gelak jer memanjang...tengoklah sapa pulak pelakonnya...tapi bagi aku personally rasa sedikit terganggu dgn cara percakapan atau cara lontaran dialog dalam filem nie...taulah nak tunjuk konon2nya citer tue berlaku zaman dulu kala tapi cara percakapan diaorg bukannya mcm orang dulu kala tapi lebih kepada cara orang Indonesia bercakap...lebih baik guna jer bahasa Melayu yang betul (mcm kita cakap dlm seharian kita...)...lagi satu, teknik perceritaan dalam cerita dimana suara latar oleh Afdlin...itupun rasa sedikit terganggu...rasanya kalau tak der tukang pencerita lagi bagus kot....

Keseluruhannya memang cerita nie ok...maaflah kalau ada sapa2 yang tak setuju dgn pandangan aku nie...nie cuma pendapat peribadi aku jer...kiranya xderlah membazir duit, dgn beratur panjang utk beli tiket nie...


 

p/s : teringin sangat nak tgk Istanbul Aku Datang tapi dah tak der kat pawagan...kena pandai2lah ‘google’...emmmm...

Monday 3 December 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Indonesia


 
Salam Diaries,
 
Akhirnya Harimau Malaya berjaya melangkah ke separuh akhir...seperti yang disangka suasana perlawanan semasa bertemu dgn Indonesia seolah2 kita bermain di final...stadium penuh dgn ribuan penyokong...memang seronok menyaksikan suasana malam tue...walaupun hujan turun renyai2 tapi itu tidak mematahkan semangat utk para penyokong utk menyaksikan perlawanan tersebut dpan mata...bukan terpaksa berhujan tapi terpaksa berhimpit2 masa nak beli tiket...rupanya ramai yang beli tiket last minute malam tue...mungkin diaorg semua lebih kurang mcm aku juga...mulanya tak confident nak pergi tapi tetiba semangat tue datang berkobar2...hehehehhe....
 
Menyaksikan pertembungan antara Harimau Malaya dengan Sang Garuda (nama timangan utk Indonesia) mmg mendebarkan...masing2 perlukan kemenangan...tapi mungkin nasib masih berpihak pada Harimau Malaya...dan Sang Garuda terpaksa terbang pulang lebih awal...walaupun mencatatkan kemenangan tetapi dengan menduduki tangan ke 2 kumpulan, seolah-olah Harimau Malaya suka melalui perjalanan yang sukar dan penuh rintangan...kenapa??? sebab Harimau Malaya akan bertemu Sang Gajah (nama timangan utk Thailand) diperingkat separuh akhir nanti...seperti yang kita sememangnya sedia maklum yang Thailand is one of the team ‘terkuat’ in Asia....
 
Malam tue apa yang dapat aku perhatikan, kelemahan komunikasi antara pemain masih menyelubungi pemain2 Harimau Malaya...tapi nasib baik jugaklah kecekapan beberapa pemain membantu mempertahankan gol daripada dibolosi Sang Garuda...harap barisan pertahanan dan juga barisan tengah dapat memperbaiki masalah komunikasi antara satu sama lain...dengar2 Thailand mmg kuat bahagian serangan dgn tengah....jadi kita kena kukuhkan bahagian pertahanan, mantapkan bahagian tengah dan tajamkan bahagian serangan...selain itu, sikap tergopoh-gapah masa nak jaringkan gol yang masih ada perlu diketepikan...kalau tengok situasi sekarang yang paling membimbangkan adalah kecederaan yang dialami oleh beberapa pemain utama...tapi dgn jangka masa seminggu untuk ke match separuh akhir harap dapat memulihkan kecederaan dan mengembalikan kecergasan kepada semua pemain....
 
Kalau ikutkan kita mungkin boleh dapat lebih dari 2 jaringan malam tue tapi tak apalah...yang penting skrg kita dah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir...secara jujurnya dah sampai ke tahap nie aku dah cukup berbangga dengan team Harimau Malaya...katakanlah kalau kita tersungkur diperingkat separuh akhir, Harimau Malaya tetap di hati...aku tetap berbangga...tapi kalau kalah tue biarlah kalah dengan bermaruah...tapi (eh, eh...banyak pulak ‘tapi’nya...) kalau kita berjaya melangkah ke final, satu kejayaan utk Harimau Malaya...tambah pulak kalau kita merangkul juara, satu bonus berganda buat Harimau Malaya dan juga para penyokong...(harap ini bukan angan2 kosong..)
 
Chaiyok2 Harimau Malaya....

Friday 30 November 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Laos


Salam Diaries,

Sepatutnya lepas jer match antara Malaysi dgn Laos, terus aku update tapi sbbkan satu bencana alam yang tertiba berlaku kat rumah terpaksalah aku postpone entry nie sehinggalah hari nie..nnti aku akan kongsikan pasal bencana alam tue dlm entry lain...

Ok, berbalik pada match kedua kumpulan B - mmg dah dijangka yg Harimau Malaya akan menunjukkan prestasi yang bagus (belum cemerlang lagi yer...) apabila bejaya menundukkan Laos dgn 4 - 1..kemenangan tersebut mmg menggembirakan hati seluruh rakyat Malaysia...mana tidaknya hampir setiap sudut media massa memuji, menyanjung Harimau Malaya...kalau masa kalah dgn Singapura hari tue semua kutuk, kritik teruk2...emmmm...manusia, manusia...

Walaupun menang tetap terselit jugak sedikit kekecewaan...kalau kita tgk dri match mlm tue Harimau Malaya sepatutnya blh dpat lebih dari 4 gol...tgk sajalah pada Safee Sali...ada 8 percubaan ke arah pintu gol yang tidak berjaya disudahkan olehnya...nasib baiklah last2 bejaya jgak 1 gol...mcm yang tertulis di media mas  sa, siap diakui sendiri oleh tuan punya badan - sikap tergopoh gapah punca byk peluang keemasan dilepaskan begitu saja...harap Safee takkan ulangi sikap yg sama msa bertemu dgn Indo nanti...

Kesluruhannya skuad yg diturunkan mlm tue mmg menjadi...perthan masih prlu diprkuatkan lagi...komunikasi antara satu sama lain perlu dipertingkatkan lagi...jangan buat kesilapan2 mudah mcmana yg terjadi masa gol tunggal dari Laos malam tue...kepada penjaga gol pulak, harap bila jumpa Indo nanti jgn cuak pulak yer... hehehhehe....bahagian tengah boleh kata kira hiduplah malam tue...kiranya diaorg dah tak confius nak bagi bola kat sapa, tak confius sapa yg nak ambil bola...utk serangan tak der apa nak komen sbb mmg terbaik...pandai coach wat strategi yer...keseluruhannya kemenangan malam tue mampu menyuntik kembali semangat Harimau Malaya dan juga para penyokong utk terus memberikan sokongan yang padu bila bertemu dgn Indo nanti... jom ramai2 kita serbu Bukit Jalil, sabtu nanti...sambil2 tue boleh pergi jom heboh TV3...heheheehe...salah info dahh...

Apapun perjuangan kita belum selesai...bertemu dgn Indo (yang merupakan musuh tradisi) perlukan kemenangan...itu sajalah harapan kita utk terus melangkah ke peringkat seterusnya...jadi lupakan (sekejap) kemenangan dgn Laos malam tue...mungkin Harimau Malaya boleh menganggap pertemuan dgn Indo nanti sama seperti pertemuan final..maruah kita sebagai Tuan Rumah perlu dipertahankan...para penyokong perlukan kemenangan dan Harimau Malaya perlukan sokongan dari penyokong...penyokong dan Harimau Malaya saling memerlukan antara satu sama lain...semoga berjaya...Selamanya Harimau Malaya...Selamanya Sokong Malaysia...

P/s : separuh dari skrip 2010 dah diulang balik pada match kali nie...harap2 keseluruhan skrip 2010 akan diulang sehingga ke final
 


Tuesday 27 November 2012

Pertama Kali - dapat cabutan bertuah


Salam Diaries,

Pertama kali dalam hidup..setiap manusia yang hidup kat dunia nie mesti akan alami sesuatu perkarautk pertama kali dlm hidup diaorg..begitu jgaklah dgn aku..byk benda yg aku alami utk pertama kalinya..dan aku nak share kat sini satu perkara yg pertama kali aku alami...kalau ikutkan ceita nie dah lapuk dah..

Oklah...berblik pda landasan asal...pada 09 Nov 2012 (friday) company tempat aku keje tlh adakan Annual Dinner kat Mandarin Oriental Hotel (mmg tiap2 tahn wat kat ctu pun...)tema utk dinner kali nie adlh Malaysian Nite...sbbkan tema yg begitu mudah dan senang, aku just pakai kurung moden...masa otw nk ke hotel tue mmg aku dan pasang angan2/impian/harapan agar nama aku akan dicabut utk cabutan bertuah nanti..kalau ikutkn mmg slma ini nama aku tak prnah bertuah pun...bahkan kalu msuk contest apa2pun xprnah menang...huhuhuuhuuhu....sedih sangat....lagipun aku tak derlh menghrapkan hadiah2 yg grand - sekadar kipas meja jer, takpun cooler portable...kalau dapat aircond lagi best...hehehehhe...kenapa nak benda2 alah mcm nie?? Sbbnya kebetulan masa tue kipas kat bilik aku dah rosak...kalu dpt dah xpyh nak kuarkan duit utk beli...

Dan akhirnya, masa yg ditunggu pun tiba...masa tue aku sdg dok rnck berborak dgn Kak Nina (HR department) dan tiba2 nama aku dipanggil...mmg terkejut giler...dahlah nama pertama yg dicabut...tapi sdkit sedihlh sbb aku tak dpat hadiah yang aku nak...hohohohohohoh...mlm tue aku dpat mesin urut belakang brand OSIM...disebabkan aku tak guna jadi aku dah transfer benda alah tue ke kampung...tapi xperlh, kiranya utk pertama kali nama aku bertuah malam tue....winkkk!!!


Monday 26 November 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Singapura

Salam Diaries,

 
 
 
Lama betul gamaknya aku tak menulis kat blog nie...terbiar macam tue jer...kalau blog nie kebun, confirm2 dah penuh dengan lalang...oklah, malas nak intro panjang2...takut kebosanan yang melampau plak (sebab entry nie panjang...)...dan mungkin bermula dari entry ini, aku akan senantiasa men’udpate’ blog ini...kenapa??? sepertimana yang kita semua tahu bermula dari 24 Nov 2012 – Malaysia akan menjadi tuan rumah bersama dgn Thailand untuk salah satu kejohanan bola sepak yang terkenal di rantau Asia (terkenal ek???) iaitu AFF SUZUKI CUP...dah nama pun Asia maknanya negara2 yang main dalam kejohanan nie confirm2lah negara2 Asia jer iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Laos, Myammar, Filipina dan Vietnam....dan aku akan men’update’ pasal kejohanan ini selagi Malaysia tidak tersingkir awal...harap2 tidaklah...
 
 

  
Oklah, serba sedikit pasal sejarah AFF SUZUKI CUP nie (pada sesiapa yang tak tahu termasuk diri sendiri) - AFF SUZUKI CUP, sebelumnya dikenali dengan nama  Piala Tiger (Tiger Cup)...Ianya di gelar Tiger Cup sempena nama sponsor utamanya iaitu pengeluar bir terkenal - Tiger Beer. Pada 2007, nama kejuaraan ini menjadi Kejuaraan Sepak Bola ASEAN dan diselenggarakan oleh Federasi Sepak Bola ASEAN (AFF) dan pada 2008, berubah lagi menjadi Piala Suzuki AFF.

Dan untuk edisi kali ini, Malaysia diletakkan sebagai juara bertahan selepas memenangi kejohanan ini buat kali pertama pada tahun 2010....memang besar harapan yang diberikan kepada Harimau Malaya (nama yg diberi kepada team Malaysia) untuk terus mempertahankan kejuaraan ini...tapi nampak gayanya harapan tersebut kemungkinan hanya tinggal harapan...kenapa???? sebab kalau ditengokkan dari prestasi semasa dimana perlawanan2 persahabatan antara Harimau Malaya dengan beberapa Negara lain semuanya teruk... sehinggakan menimbulkan rasa kerisauan, kebimbangan, kegusaran (dan yang sewaktu dengannya) yang melampau kepada seluruh penyokong Malaysia...Dan kerisauan (serta perasaan yang seangkatan dgnnya) makin melampau2 di hati setiap penyokong Malaysia apabila bermulanya ‘sepak mula’ yang mana Malaysia bertembung dengan Singapura untuk pusingan pertama kumpulan B...dan Harimau Malaya telah dimalukan didepan penyokong sendiri dengan 3 – 0....

Selepas mempamerkan persembahan yang hambar sepanjang perlawanan persahabatan (kalah 2 kali dan seri 2 kali), ianya masih belum mampu melunturkan semangat aku dan MIS utk pergi menyaksikan perlawanan pertama Malaysia dan Singapura...sebelum perlawanan, aku yakin yang Harimau Malaya mampu memenangi prlwnan tersebut...paling2 tidak pun mencatat keputusan seri...nampaknya keyakinan aku meleset...dari segi pemerhatian aku (walaupun tak berapa arif dgn bola sepak), kelemahan yang paling ketara wujud dalam pasukan Harimau Malaya adalah tahap kesefahaman antara pemain tersangat2 teruk...mereka seolah2 tak serasi antara satu sama lain...bila diaorg dapat bola, diaorg tak idea nak bagi bola tue kat sapa...lepas tue dua, tiga orang yang tunggu bola tue mcm blur sebab tak tahu sapa nak ambik bola yang akan di pass kat diaorg (kau ambik ke aku yang nak ambik nie???? – maybe ini kot yang dok bermain kat kepala diaorg) last2 bola terlepas kat lawan...

Menurut MIS, bahagian midfield pun langsung tak berfungsi malam tue...itu aku tak perasan tapi yang aku nampak bahagian pertahanan mmg teruk giler...boleh diaorg biarkan pemain lawan bergerak bebas tanpa kawalan...sedangkan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha – our striker) dikawal dgn seketat2nya oleh team lawan...walaupun aku suka/minat kat Khairul Fahmi Che Mat aka Apek (our TOP/GLAMOURS goalkeeper) tapi aku sedih sgt2 tgk prestasi dia malam tue...teruk kot....keseluruhannya mmg persembahan Harimau Malaya malam tue mengecewakan hati para penyokong...disebabkan hal itulah sebaik sahaja Singapura menjaringkan gol ke 3, kebanyakkan penyokong mula angkat punggung meninggalkan stadium...bahkan Ultras Malaya (satu2nya kumpulan penyokong yang paling setia dgn Harimau Malaya) berhenti bersorak, berhenti menyanyi setelah gol ke 3 dijaringkan lawan...aku dgn MIS pun ambik kptusan utk keluar stadium awal...memang sedih sgt2 masa tue...

 
Tertanya-tanya, apa yang Harimau Malaya buat selama ini (yakni selepas menang pada tahun 2010???) apa yang coach ajarkan kat mereka selama nie???Itulah, asyik sangat buat eksperimen...sikit2 eksperimen konon nak tgk keserasian antara pemain tapi apa yang jadi skrg????...sepatutnya starting early 2012 coach dah tetapkan barisan kebelasan utama barulah diaorg boleh ada keserasian...inilah padahnya kalau asyik nak wat kejutan...last2 kejutan makan diri sendiri...sekarang nak bagi alasan apa lagi kat para penyokong??? Lagi satu, kat Malaysia nie ada ramai pemain yang bagus tapi kenapa coach still nak guna pemain lama??? Kalau coach jadikan cara pemainan/prestasi diaorg semasa dalam liga Malaysia sbgai satu syarat untuk layak mewakili Negara – yang coach senaraikan sekrg pun bukannya hebat sgt semasa dalam liga Malaysia...ada jugak yang prestasi diaorg teruk tapi ttap dipilih...emmmm, pelik2....kalau still nak guna pemain lama kenalah tukar corak permainan...ini tidak, corak permainan tetap sama...lawan confirm2 dah boleh baca corak permainan kita...harap coach serta pemain dapat belajar dari kesilapan...dan jgn asyik dok tuding jari dok menyalahkan org lain....

Harap perlawanan ke 2 nanti dengan Laos, Harimau Malaya mampu bangkit...manalah tahu kot2 skrip sama pada tahun 2010 nak diulang balik...ala2 lagu Newboyz – Sejarah Mungkin Berulang’...kenapa cakap mcm nie??? Sebab masa tahun 2010, Harimau Malaya kena baham dgn Indonesia 5-1 pada perlawanan pertama...memang kaw2lah diaorg kena baham pulak dgn pra penyokong...tup2 diaorg berjaya sampai ke final dan jumpa balik dgn Indonesia dan akhirnya menang...sebagai penyokong, memang harapan kami tinggi untuk kita memenangi kejohonan ini dan mempertahankan kejuaraan...tetapi kalau kita terkandas pada peringkat separuh akhir itu boleh diterima...jangan tersingkir awal sudahlah...apapun Harimau Malaya tetap di hati dan akan terus disokong...

p/s : mengharapkan keajaiban berlaku...Inyaallah...

Tuesday 4 September 2012

Piala Malaysia (Peringkat Kumpulan) - Kelantan Lawan ATM




Salam Diaries,

Entry kedua untuk hari nie....kerajinan meng’update’ blog meluap2...hehhehehe...ok, kalau tadi kita bercerita mengenai kemerdekaan Negara..kali nie aku nak bercerita tentang apa yg berlaku sepanjang cuti hari kemerdekaan hari tue...malam Merdeka hari tue aku dah on the way balik ke kota bharu...kalau ikutkan baru 4 hari sebelum malam Merdeka aku balik PJ lepas cuti raya seminggu...memang jenis yang xder keje...dah aku balik malam Merdeka confirm2 pagi 31 Ogos aku selamat sampai ke Kota Bharu...on that day there’s nothing istimewa yg berlaku – just attend open house my BFF – Aida & lepak2 with other BFF – T’hah...

Ok, itu bukan cerita sebenar yg aku nak story-mory kat sini...itu hanya intro saja even lari jauh giler dari tajuk entry...hehehehhe...pada 01 sept 2012 bersamaan hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu telah berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Malaysia peringkat kumpulan diantara Kelantan (The Red Warriors) menentang ATM...wah2 mcm wat karangan utk darjah 6 pula...dan semestinya dah alang2 aku ada kat sana, confirm2lah aku pergi tengok...siap sponsor tiket utk abg long aku lagi semata-mata nak ajak dia gie tgk sekali...yang tak beragak-agak lagi, aku siap beli jersi bola baru kot semata2 nak gie tgk match nie...melayang RM45 aku...huhuhhuu...

Cerita bermula – cuaca hari tue siang hari mmg terang-bederang...tapi ku sangka panas smpi ke petang rupanya hujan di tghari...tapi hujan tue bukan turun masa tghari tapi dekat2 Maghrid...msa pukul 6 ptg tue angin bertiup bukan sepoi2 bahasa lagi dah tapi bertiup kencang...langit mmg dh gelap...dalam hati cuma berharap agar tak hujan...tapi harapan hanya tinggal harapan msa Maghrid tetiba jer hujan turun dgn lebat bercampur dgn ribut petir lagi...family2 aku yg lain dah siap2 dok perli aku kata bola akan ditunda...bengang jer... tapi dekat2 kul 8 aku dgn abg Long ttap pergi ke Stdium ditemani buah hati tersayang – Rizal...msa tue hujan still lebat tapi ribut dah tak der...dlm hati, kesiannya kat penyokong2 yg dtg awal ke stadium..kat mana diaorg berteduh? Ke diaorg suma dah gerak balik? Manalah tahu kot2 perlawanan dibatalkan...tapi semua sangkaanku meleset...smpi2 je kat stdium, mmg terkejut giler...tak ku sangka rakyat Kelantan begitu ramai kat sekitar stdium tue even dlm keadaan hujan lebat...mmg terserlah ke’jakunan’ aku mlm tue...mana taknya, aku ingatkan satu barisan yg panjang giler tue org tgh nak beli tiket tapi rupanya diaorg berbaris nak masuk dlm stadium....sayang sgt2 tak smpt ambik gmbar, tak dapat nak tunjuk bukti...

Jadi aku & family(abg Long+Rizal) pun trut beratur...tapi bila masuk dlm stadium ke’jakunan’ aku lagilah terserlah...full house kot stadium mlm tue....mmg penuh, mmg ramai giler penyokong mlm tue even hujan still xberhenti dan still lebat...last2 aku & family dok kat atas sekali...full view kot tmpt kitaorg duduk..oh ya, terlupa plak nk bgth yg stdium Kelantan tak der bumbung...tmpt duduk pun simen semata2...sebabkan hujan jadi pemandangan warna-warni dapat dilihat...kenapa? sbb majoriti penyokong pakai baju hujan yang kaler2 tue...Agak2kan kalu negeri lain mcm nie juga ker???yelah dgn hujan lebat, ribut petir, kemungkinan utk ditunda perlawanan – ada tak penyokong2 diaorg ‘giler’ mcm penyokong Kelantan??? Confirm tak der, kan, kan....

Sofar, ini pengalaman pertama aku menyaksikan match bola kat Kelantan...memang mengujakan sgt2...even aku diasak dgn mcm2 perkara buruk tentang sikap para penyokong tapi alhamdullilah malam tue nothing bad happen...maybe sbb hujan kot...kalau setakat baling botol ke dlm padang tue mmg adalah...itupun sbb pengadil...cakap pasal pengadil, satu benda para penyokong akan buat if pengadil tak mengadili perlawanan dgn betul – they will sebut ‘pengadil gila’ berulang kali...satu stadium kot sebut bukan seorg dua...Ok, dah melalut panjang pasal situasi mlm tue skrg kita bercerita ckit pasal game pulak...boleh dikatakan mlm tue mmg aksi yg dipamerkan kedua2 pasukan penuh tegang, dramatik, emosi...mula2 tue bengang juga bila setiap kali Kelantan jaringkan gol, ATM turut jaringkan gol smpilah hbis first half...tapi bila masuk second half Kelantan mula melakukan serangan dan akhirnya berjaya tundukan ATM dgn jaringan 4 – 3...

Habis cerita pasal bola, ada cerita selingannya – perihal Rizal...yelah mlm tuekan hujan lebat tapi sbbkan dia beriya2 sgt nk ikut kitaorg bawa sekali...jadi pakaikan sweater yg kalis air utk dia...knonnya nak kurangkan basah...masa mula2 game mmg dia seronok sgt...tapi tgh2 game first half tue tetiba dia nak duduk atas riba aku...tak disangka2 rupa2nya dia nak tidur...yg duduk sebelah aku suma tersenyum siap cakap lagi – ‘dlm hujan pun dia boleh trlelap’...sebetulnya kesian jugak kat dia tapi kalau tak bgi pglman nie skrg bila lagi...tapi dekat2 nak hbis game dia tersedar..yg kesiannya masa on the way balik umah badan dia punya mengigil kuat giler...terpksalah abg long dukung smpi umah...Emmm...lepas nie, kalau ada peluang lagi untk tgk match kat Kota Bharu mmg aku nak pergi sgt2...memang seronok, mengujakan...


See Ya...

Selamat Hari Kemerdekaan



Salam Diaries,

Rasanya belum terlambat lagi utk aku ucapkan ‘selamat hari kemerdekaan yang ke 55’ untuk suma rakyat Malaysia...

Sedar tak sedar dah 55 tahun kita Merdeka, hopefully kemerdekaan yang kita capai sekarang dapat bertahan selama-lamanya even sekrg nie banyak pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengkucar-kacirkan keamanan Negara Malaysia...kadang2 tue terfkir juga apalah yg diaorg nie tak puas hati sgt dgn kerajaan sekarang??? Tipulah kalau aku katakan kat sini yg aku mmg berpuashati dgn kerajaan skrg...mmg taklah...ada juga sesetgh perkara yg menimbulkan rasa ketidakpuasan hati aku terhadap kerajaan skrg tapi takderlah smpi mengugat keamanan...

Secara jujurnya (ini pendapt peribadi akulah) apa yg berlaku sekrg adalh utk kepentingan individu...semuanya nak jadi pemimpin Negara tapi sedangkan diri sendiri pun belum tentu terpimpin...kadg2 tue diaorg nie tak sedar diri...ygj adi pengikut pun kdg2 tue sebtul2nya tak tahu apa yg diaorg wat...mcm lembu kena cucuk kat hidung...ikut jer apa yg org suruh...apa yg dapat??? Populariti kot sbb muka masuk paper...emmm...malaslah nak tulis byk2 nntikan tak pasal2 kena saman....apapun kita ada akal fikiran yang waras utk tentukan mana satu pilihan yang terbaik tanpa perlu menghuru-harakan keamanan Negara Malaysia...

See Ya..

Monday 3 September 2012

Tuhan Jagakan Dia



MIS had dedicated this song to me... :)


Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku


Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepada mu


Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku


Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepada mu


Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku



Thursday 16 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Salam Diaries,

Dikesempatan ini, aku susun sepuluh jari tangan memohon kemaafan dan keampunan dari anda semua yang sudi menjengah ke blog ini..sekiranya ada yg terasa, ampun dan maaf dipinta..


See Ya..

Sunday 12 August 2012

Iklan Raya oleh BERNAS



Salam Diaries,

Rasanya semua orang mesti tgh kepohci bercerita tentang iklan raya yang dikeluarkan oleh BERNAS..mula2 tue aku mcm ketinggalan sikit pasal iklan tue tapi lepas terbaca dlm satu blog pasal nie terus aku google cari video iklan tue..

Dalam tgh2 dok google tertiba iklan tue disiarkn kat TV3..first time tgk mmg tanpa segan silunya air mata meembes kuar dgn lajunya..mmg touching giler kot iklan dia..rasanya inilah iklan raya yg paling sedih dan terkesan yang pernah aku tgk..

Syukur sgt2 kat Tuhan sebab masih beri peluang kat aku utk nikmati hidup sekarang..cukup serba serbi dan yg paling penting masih mempunyai ibu bapa..


See Ya..

Monday 30 July 2012

Berbuka di Putrajaya


Salam Diaries,

Hari nie kauorg suma berbuka kat mana? Kali nie nk story pasal aku dgn MIS yg berbuka kat Putrajaya weekend lepas..wah!! berbuka di putrajaya? Kat dlm cruise ke? atau kat Alamanda? Tapi jauhnya kitaorg berbuka kan??

Nie suma gara2 MIS lah..entah kenapa dia beriya2 sgt nk pergi putrajaya..risik punya risik rupanya ada Jualan Hari Raya kat sana dan tmpt jualan tue dekat dgn pasar ramadhan yg kononnya paling besar kat sana..tapak pasar ramadhan tue kat presint 2..

Berbalik pada kisah tempat berbuka..kitaorg berbuka kat tepi2 kaki lima kat tepi jln jer..berlantai mozek jln raya dan berbumbungkan langit yg tiada bintang..yg ada mlm tue cuma bulan separa jer dan disinari dgn chya lmpu jln..jgn ingtkn aku dgn MIS jer yg berbuka kat situ..ada ramai org..ada yg berkeluarga, ada yg ber'couple' (mcm aku dgn MIS, hehehe) dan ada jugak dgn kwan2..kira seronok jugaklh melalui pengalaman mcm tue..

-mcm byk jer mknan yg dibeli?-

See Ya...


Friday 27 July 2012

Mini Popia


Salam Diaries,

Tiap kali Ramadhan menjelma, mak aku menjadi salah seorang wanita yg sangat sibuk..sibuk kenapa?sibuk memasak makanan y sdap2 utk family ke?mak aku sibuk dok gulung mini popia..utk tmphan sempena raya nnti..aku pun dah tak ingat bila kali pertama mak aku wat bisnes nie tapi yg aku ingat sejak aku sekolah rendah lagi..

Popia mak aku lebih kepada yg jenis gulung..tapi kalu ada permintaan utk yg simpul mak aku buat jerlah..popia mak aku berisikan sambal ikan..sambal tue mmg mak aku yg wat sendiri sblum puasa..kalu kauorg nak tahu (tapi kalu dah tahu tak perlh) proses nak wat sambal nie mmg lama giler..mana taknya hindustan yg tayangan 3 jam, itupun sambal tue belum masak..

Dulu masa mula2 wat bisnes nie popia tue hanya bungkus dlm plastik lepas tue tekap dgn satu alat yg mcm lilin..tapi skrg mak dah letak dlm bekas yg elok dah..seronok masa abah aku still keje dulu..tempahan beratus2 ribu smpi terpksa upah org utk gulung skali..tapi skrg abah dah pencen jadi dri beratus ribu dah krang ke beratus ratus jer..

Kalu nak bandingkan aku dgn mak sememangnya mak aku gulung popia tue lagi laju dari aku..aku baru 1 biji mak aku dan 3 biji..mmg laju..last2 aku tukang asingkan (tapi aku gelar 'koyak') kulit popia mak aku tukang gulung..mmg seronok sgt kenangan tue..tapi skrg sbb aku dah keje jauh sumanya dah jadi kenangan terindah..

Skrg apa yg mmpu aku buat just tlg sebarkn popia nie kat kawan2..kalu ada yg berminat nak beli Alhamdullilah tapi kalu tak der tak perlh..cuba nasib..

See Ya..



Wednesday 25 July 2012

Salam Ramadhan


Salam Diaries,

Nampaknya Ramadhan sekali lagi mengunjungi kita
Orang selalu kata Ramadhan bawa bersama isterinya - Rezeki
Dua org anaknya juga turut sama iaitu Sahur & Iftar
Cucu mereka yang bernama Rahmat, Barakah & Makfirah pun ikut sama
Mereka akan bersama kita selama 30 hari
Dan selepas itu mereka akan pulang dengan menaiki pesawat EID airline..



Salam Ramadhan untuk anda semua..See Ya..

Sunday 15 July 2012

Cinta Bersatu

This song specially dedicated to MIS...really2 LOVE him... :)




Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu


Tengok Wayang - The Amazing Spiderman

Salam Diaries..

Untk kesekian kalinya aku pergi tgk wayng dgn MIS setelah hmpi sebln lbih tak jjakkn kaki kat panggung..yeke sebln lbih?? yelh kot..dan kali nie ktorg tgk citer The Amazing Spiderman..semmgnya aku mmg tunggu tyngan citer nie..tak tahulh kenpa..disbbkn itulh aku dgn pnuh smngat wajar menapak di panggung kegemaran-cineleisure damansara pada hari pertama tayangan..ponteng keje meh?? mana ada ponteng ambik cuti jer kbtlan pgi tue aku ada intrview kat putrajaya..

Skrg kita story psal citer spiderman nie..keseluruhan citer dia mmg tak se'amazing' tajuknya..permulaan citer mmg trlalu slow - bagi akulh..yg part pling amazing semestinya part last dimana hero nak selamatkan dunia..mmg terujalh tgk..mmg ada byk kot perbezaan yang dpt kita tgk dlm spiderman skrg dgn spiderman yg dulu..antaranya kisah percintaan spiderman dgn gadis idaman..kalau yg lama mcm susah jer si Peter Parker nie nk ngorat awek idaman dia tapi dlm sekuel yg baru nie mmg tak der halangan...lagi satu kalau kauorg yg dah tgk citer nie - acu cuba try perhatikn betul2 mcmana benang labah2 tue keluar dari tgn spiderman...kalau yg lama ianya kuar semulajadi dari tgn si Peter tue tapi dlm yg the latest nie benang tue terhasil dari sejenis alat (gajet kot) yg dipakai di pergelangan tangan spiderman tue...kalau org tnya aku yg mana lgi aku suka - version yg lama pilihan aku..kenapa?sbb jln citer cepat dan tak meleret2 sgt..tapi kalu bab hero pilihan confirm2 aku pilih yg the latest..lagi hensem kot bnding dgn yg lpas..rsanya yg latest nie pling sesuai dgn watak spiderman..

Apapun masih terhburlh tgk wayang nie..tak derlh rasa kerugian menontonnya..dan yg pling penting dan dgn confiden lever yg tinggi aku percaya akan ada sekuel yg seterusnya..



See Ya...

Wednesday 27 June 2012

DIY - Pavlova

Salam Diaries...

Mcm dah lama tak buat segmen DIY - Do It Yourself...bkn saja tak nak update apa2 psl DIY tapi sbb mmg xder wat benda2 yg boleh dikongsi kat sini...berblik pada DIY kali nie - kauorg pernah dgr pasal Pavlova tak??? secara jujurnya aku tahu pasal Pavlova nie pun sejak aku mula berjinak2 dgn blog nie...kalau tak confirm2 smpi skrg aku tak tahu wujudnya Pavlova tue...

Berbalik pada kisah Pavlova..setelah beberapa kali mencuba akhirnya aku berjaya hasilkan Pavlova dgn jayanya...'mcm ayam bertelur sebiji kecoh sekampung' - itulah perumpamaan yg boleh diberikan kat aku atas kejayaan yang tk seberapa nie...lntaklah kauorg nak ckap apa jnji aku puas hati sgt2 dgn kejayaan nie..entah apa2lah labu...

Dah namanya pun DIY - Do It Yourself...jadi aku nk kongsi resipi Pavlova kat sini (walaupun resipi nie pun aku copy & paste dari internet)...harap dgn resipi kat sini, kauorg berjaya hasilkan pavlova nie...tak per kalau yg first tak jadi, yg kedua dan setrusnya confirm akan menjadi...

Bahan-bahan :
  • 4 biji telur - ambik putihnya sahaja
  • 1 cawan gula halus (bahagi 2 - 1/2 utk whipping cream)
  • 1 camca esen vanila
  • 1 sudu besar air perahan lemon (ada sesetgh org guna cuka)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 paket whipping cream 
  • Buah-buahan (strawberry,kiwi,peach,blueberry)
Cara-cara :

  1. Panaskan oven terlebih dahulu. 
  2. Pukul putih telur sampai kembang
  3. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit. pukul sampai kembang
  4. Masukkan esen vanila, air perahan lemon & tepung jagung. masa ni, gaul dgn senduk smpi sbati
  5. Lukis bentuk bulat kat tgh2 kertas minyak. cedokkan adunan keatas kertas minyak tersebut. Bentukkan sama bentuk bulat yg dilukis.
  6. Bakar selama 1 jam dgn suhu 150-180 darjah celsius. sampai kuning @ luarannya keras
  7. Masa tunggu pavlova tue masak, pukul whipping cream dgn gula halus smpi kembang. msukkan esen vanila.
  8. Pavlova dah masak, biar dia sekejap kat dlm oven dgn pintu oven dibuka.
  9. Sapu pavlova dgn whipping cream tadi kemudian hiaskan dgn buah-buahan.
  10. Sedia untuk dihidang

 



Selamat mencuba...See Ya...

Thursday 21 June 2012

Happy Birthday to Rizal & Sara

Salam Diaries,

Hari nie - 21 Jun adalah bersamaan dengan hari lahir buah hati aku iaitu Rizal aka 'Jaja'...tapi aku lupalah pulak nie birthday yang keberapa...apalah punya makcik...huuhuhuhu...kalau ikutkan dlm buln Jun, family akan celebrate 2 birthday..satu birthday Rizal yang jatuh pada 21 Jun dan lagi satu birthday Sara yang jatuh pada 18 Jun...for Sara - this is her first birthday celebration...dah setahun dah...:)

Apapun, Cik Na (they used to called me that name) doakan semoga Rizal dgn Sara sihat...nanti Cik Na balik kg kita wat birthday party besar-besaran...(wah2..melampau betul...)...Happy Birthday to both of You...:)

-Siti Nureina Qaisara-
-Noor Rizal Akmal-
Seee Ya...

Wednesday 30 May 2012

Tiada Lagi


Sia-sia sudahKita jalin cintaBila hati selalu berbeda
Sampai kapan lagiAku harus menahanRasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatuTak mungkinkan menyatuWalau masih ada sisa cintaBiarkan saja berakhir sampaiDi sini
Tiada lagi yang ku harapkanTiada lagi yang ku impikanBiar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintamuTakkan lagi ku bersama muBiar ku simpan semuaKenangan ku bersamamu

Monday 21 May 2012

My Best Friend Wedding - T'hah


Salam Diaries,

Entry kedua dalam masa 1 hari...wah!!!..hebat2...tadi bukan main kata tak der benda nak kongsi...nie apa ke halnya tetiba ada 1 lagi entry yg muncul???hehehhehe...nak buat mcmana mood menulis tetiba je datang menjelma...

Ok, kalau tadi aku kongsi pasal bola sepak skrg aku nak kongsi pasal majlis perkahwinan one of my best friend – T’hah...T’hah nie kalu kauorg ingat aku ada tulis pasal dia dalam entry yg terdahulu... ala...yang pasal cinta monyet tue...tapi tue semua dah tinggal kenangan sebab dia dah pun tukar title..dah jadi isteri orang dah pun...majlis tue pada 12 May 2012...selalunya org Kelantan wat majlis hari Jumaat sbb kat sana Jumaat adalah weekend tapi sbbkan bbrapa org kawan kitaorg termasuk aku dok keje kat KL terpksalah dia buat hari Sabtu...


Kalau nak diceritakan kisah cinta diorg, aku tak berapa tahu sangat..yelh aku pun jarang kot balik kampung...kalau balik pun lebih suka spend masa dgn anak2 buah...Cuma yang aku tahu diaorg kenal masa diaorg satu tempat kerja dulu...masa tue T’hah nie tgh tnggu utk smbung degree...maknanya hubungan diaorg dah lebih 4 tahun terjalin dan alhamdullilah berakhir dgn ikatan perkahwinan...tapi dgr2 citer hbungan diaorg nie tak berapa direstui oleh adik-beradik T’hah tapi her mom ok jer...restu atau tak, dah memang jodoh diaorg bersatu juga akhirnya...



Hari tu, T’hah sangat cantik.. baju yang dia pakai semuanya cantik2...yang paling aku suka masa majlis akad nikah...tapi ada satu story disebalik majlis dia yang melibatkan aku...apa dia???kek utk sesi potong-memotong telah dibawakan dari Kelana Jaya oleh AKU (saja je nak highlightkan diri sendiri...hehehhehe)...bayangkan mcmana aku bawa balik kek tu dgn selamatnya ke KB...kalau org lain bawak kereta ditemani oleh manusia kat seat sebelah driver, aku pulak hari tue ditemani kek tersebut...siap pakai ‘seat belt’ kot kek tu (terlupa nak ambik gambar)...manalah tahu kot2 ter’brek’ emergency tak derlah kek tue terpelanting...masa mula2 pergi ambik kek tue kat KJ memang aku terkejut giler – “mak aii..besar giler kek nie...”Memang sedikit terseksa tapi demi kawan baik aku sanggup...gara2 bawa kek tersebut, aku terpksa bawa kereta dgn perlahan2 dan penuh berhati2... kalau boleh segala lubang yang ada kat atas jalan raya tue aku cuba elakkan...ingat lagi masa lalu kat tol (aku bayar tunai sbb t n’g aku tak topup) kakak dkat tol tue tegur – “eh,eh..dia bawa kek kahwinlah...”Alhamdullilah, kek tue tersebut smpi dgn selamatnya dan tanpa cacat cela atau kerosakan...lega sangat2 rasanya...


Keseluruhan majlis berjalan dengan jayanya...kepada T’hah, aku ucapkan selamat pengantin baru, semoga kekal ke anak cucu dan akhir hayat...seorang lagi geng aku dah jadi isteri orang...yang tinggal cuma aku dengan wanie...emmmm...



See Ya...

Final Piala FA - Kelantan vs Sime Darby


Salam Diaries...

Dah lama tak kongsi apa2 story dgn kauorg semua...sorrylah bukan tak nak story tapi memang tak der benda nak kongsi...kali nie aku nak cerita pasal bola sepak...kalau nak tahu aku nie kaki bola tapi bola sepak tempatan aka Malaysia jelh...bola Inggeris aku jarang layan...dan team yang aku sokong adalah THE RED WARRIOR (TRW) – Kelantan dan semestinya team HARIMAU MALAYA...sabtu lepas (19 May 2012) aku telah berpeluang untuk menyaksikan perlawanan akhir piala FA antara TRW dgn Sime Darby FC kat bukit Jalil...pergi tgk dgn sapa? Dgn kawan zaman sekolah menengah hari tu... tuepun last minute janji utk jumpa kat sana...


Memang seronok tengok bola kat stadium...sememangnya tak sama langsung dengan tengok kat TV dia punya feeling...bayangkan bila para pemain bawa bola ke bahagian gol lawan secara automatik kita akan berdiri...kat rumah mana ada...yang tak boleh blah lagi kalau kita nie jenis yang tak cukup ketinggian, sampai berdiri atas kerusi kot nak tengok kot2 bola tadi berjaya dijaringkan...itu baru part pemain bawa bola ke bahagian gol lawan...kalau time tue ada sepakan sudut dekat gol lawan masing-masing bersorak – Gol! Gol! Gol!....seolah-olah diaorg baca mantera utk bagi gol...bila dah gol apalagi bersorak tak ingat dunia dan perkataan Gol tue lagi panjang disebutnya – Goooollllllllllll......!!!!!!!!!....tapi bila tak gol semuanya mengeluh...aduhhhhhhh....!!!!! ada yang tepuk dahilah, ada yang tumbuk tapak tangan sendirilah...macam2 gaya...





Lagi satu bila pergi tgk kat stadium nie, semangat-semangat para penyokong lain yang terlalu ghairah adakalanya turut merasuk diri kita...kalau nak kontrol2 ayu tue baik tak payah pergi stadium sbbnya bila kat sana boleh lupa diri kot...tapi tak derlah smpi ter’over’ tak ingat dunia...mcm2 style penyokong yang kita boleh tgk...ada yang pakai baju yang ada huruf2 utk membentuk perkataan, ada yang conteng muka, conteng badan, pakai topeng hantu (aku rasa hantu pun takut tgk diaorg..huhuuu)...yang seronok bila diaorg semua sepakat buat ‘ombak’...ala yang dok hayung@angkat tangan keatas bergilir2 tue (tak tahu nak tulis mcmana...kauorg faham2lah)...benda baru yang aku dapat tengok mlm tue, diaorang angkat bendera, sepanduk, mafela ikut rentak gendang...memang menarik...

Berbalik pada cerita final FA malam tue, stadium bukit jalil yang katanya boleh muatkan 80,000 penyokong dipenuhi dengan lautan merah putih...memang gaya mcm dok tonton final piala Malaysia pulak rasanya... itulah untungnya FAM kalau final melibatkan pasukan TRW...tiket sold out!!!...naiklah berapa banyak harga tiket sekalipun penyokong TRW tetap akan dtg menyokong... mana ada diaorg wat bising bila tetiba je harga tiket naik...opsssss, terkeluar topik FAM plak...hehehhehe...tak nak cakap banyak nnti kena saman...

Malam tue, kemenangan berpihak pada TRW...memang tak berapa nak bangga sebab menang dengan sepakan penalti...kalau ikutkan TRW main malam tue mmg teruk...langsung tak tunjukkan permainan yang sebenar...Sime Darby pula mmg main bersungguh2 tapi nak wat mcmana rezeki berpihak pada TRW...tak tahulah kenapa TRW main mcm tue...katanya final FA tue sekadar aksi pemanas badan utk TRW yang akan berdepan dgn Terengganu utk piala AFC nnti...mcm2 spekulasi yg keluar disebabkan persembahan yang sedikit hambar dan mungkin boleh dikatakan terlalu berhati2 oleh team TRW...apa2pun harap pada game masa hadapan mereka akan bermain dgn besungguh2...chaiyok2!!!!!

Dalam pada dok seronok2 tue ada jugalah yang kurangnya...sikap tak bertanggungjawab sesetgh penyokong yng membaling botol kearah penyokong lain...kalau baling kat penyokong lawan tak pe juga, ini tidak baling kat penyokong satu pasukan...apa kejadahnya tu????harap para2 penyokong lepas ini jadi lebih bijaklah...tak elok dok baling botol atau apa2 benda kat orang lain...mcmana kalau org baling kat kita confirm naik minyak kan????Apapun lepas nie aku nak jejakkan kaki lagi ke stadium terutama bila ada game yang libatkan TRW....seronok!!!!

Tahniah utk The Red Warrior....semoga banyak lagi piala kejohanan yang dapat digengam...

See Ya...

p/s : Selamat Pengantin Baru & Selamat Hari Lahir untuk Kak Pnatz...(hari yang sama dgn match nie..)

Friday 4 May 2012

JJCM - Pappa Rich

Salam diaries..


Rasanya blum terlmbt nk wish 'selamat hari pekerja' utk semua..entry kali nie nk cite pasal tmpt mkn yg trbaru aku dgn MIS try..nak kata tmpat mkn nie baru tak jugak sebb hmpir kat mana2 shopping cmplex yg besar2 akan ada tmpt makan nie..kitaorg je yg baru nak men'try'..nama tmpat mkn nie adalah 'Pappa Rich' (mesti bapak dia kayakan??)


Bagi aku tmpt makan nie lbih kurang je dgn kedai2 kopitiam yang lain..yg pling glamour (tah yer tah tdak) adlh old town white coffea..kenapa ckap mcm tue? Sbb variasi mknan diaorg hmpir sma dan yg pling pnting skli ada nasi lemak..mlm tue aku dgn MIS order asam laksa dgn nasi goreng special (kononnyalah special tpi aku pun blh wat jugak kot..huhuhu..) untk air plak kitaorg order ice cocolate dgn white coffea dan tmbahan roti kopi aka Pappa Bun...roti nie sama mcm roti yg ada jual kat KLCC...ala..kalau kita trun dri LRTnak ke KLCC tue mesti kan lalu dpan satu kedai roti yg bau dia boleh menyebabkan kita tetiba kelaparan...hehehhehe..


Berbalik pada menu yg kitorg ordr mlm tue..Asam Laksa dia mmg.......tak sedap (bg akulah...)...dua mulut jer kot aku malam tue...kuah dia cair giler...tak taulh nie stail kedai tue atau tak, kat dlm laksa tue dia letak sepotong ikan sardin...manalah nak kena ikan sardin dgn laksa...mmg jimat kos betul...tapi nasib baiklah nasi goreng yg MIS order boleh tahan...bab air plak, sama je mcm kat kedai2 kopitiam yg lain...tak der yg special langsung...



Macam yg aku selalu cakaplah, lain org lain pendpatnya...jadi jgnlah plak sbb entry aku nie kauorg terus tak berani nak makan kat sana..


p/s : Kalau kauorg ingt pasal entry 'Food Poisoning'...lepas aku makan kat kedai makan nielah terus aku kena keracunan makanan..huhuhuu...dah tak nak masuk kedai makan nie lagi...


See Ya...