Monday 3 December 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Indonesia


 
Salam Diaries,
 
Akhirnya Harimau Malaya berjaya melangkah ke separuh akhir...seperti yang disangka suasana perlawanan semasa bertemu dgn Indonesia seolah2 kita bermain di final...stadium penuh dgn ribuan penyokong...memang seronok menyaksikan suasana malam tue...walaupun hujan turun renyai2 tapi itu tidak mematahkan semangat utk para penyokong utk menyaksikan perlawanan tersebut dpan mata...bukan terpaksa berhujan tapi terpaksa berhimpit2 masa nak beli tiket...rupanya ramai yang beli tiket last minute malam tue...mungkin diaorg semua lebih kurang mcm aku juga...mulanya tak confident nak pergi tapi tetiba semangat tue datang berkobar2...hehehehhe....
 
Menyaksikan pertembungan antara Harimau Malaya dengan Sang Garuda (nama timangan utk Indonesia) mmg mendebarkan...masing2 perlukan kemenangan...tapi mungkin nasib masih berpihak pada Harimau Malaya...dan Sang Garuda terpaksa terbang pulang lebih awal...walaupun mencatatkan kemenangan tetapi dengan menduduki tangan ke 2 kumpulan, seolah-olah Harimau Malaya suka melalui perjalanan yang sukar dan penuh rintangan...kenapa??? sebab Harimau Malaya akan bertemu Sang Gajah (nama timangan utk Thailand) diperingkat separuh akhir nanti...seperti yang kita sememangnya sedia maklum yang Thailand is one of the team ‘terkuat’ in Asia....
 
Malam tue apa yang dapat aku perhatikan, kelemahan komunikasi antara pemain masih menyelubungi pemain2 Harimau Malaya...tapi nasib baik jugaklah kecekapan beberapa pemain membantu mempertahankan gol daripada dibolosi Sang Garuda...harap barisan pertahanan dan juga barisan tengah dapat memperbaiki masalah komunikasi antara satu sama lain...dengar2 Thailand mmg kuat bahagian serangan dgn tengah....jadi kita kena kukuhkan bahagian pertahanan, mantapkan bahagian tengah dan tajamkan bahagian serangan...selain itu, sikap tergopoh-gapah masa nak jaringkan gol yang masih ada perlu diketepikan...kalau tengok situasi sekarang yang paling membimbangkan adalah kecederaan yang dialami oleh beberapa pemain utama...tapi dgn jangka masa seminggu untuk ke match separuh akhir harap dapat memulihkan kecederaan dan mengembalikan kecergasan kepada semua pemain....
 
Kalau ikutkan kita mungkin boleh dapat lebih dari 2 jaringan malam tue tapi tak apalah...yang penting skrg kita dah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir...secara jujurnya dah sampai ke tahap nie aku dah cukup berbangga dengan team Harimau Malaya...katakanlah kalau kita tersungkur diperingkat separuh akhir, Harimau Malaya tetap di hati...aku tetap berbangga...tapi kalau kalah tue biarlah kalah dengan bermaruah...tapi (eh, eh...banyak pulak ‘tapi’nya...) kalau kita berjaya melangkah ke final, satu kejayaan utk Harimau Malaya...tambah pulak kalau kita merangkul juara, satu bonus berganda buat Harimau Malaya dan juga para penyokong...(harap ini bukan angan2 kosong..)
 
Chaiyok2 Harimau Malaya....

No comments:

Post a Comment