Friday 14 December 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Thailand (Semi Final)


 
Salam Diaries,

Pertama2 kalinya, selamat tinggal AFF SUZUKI CUP 2012…lagi 2 tahun kita jumpa lagi…dengan kekalahan 2-0 dengan Thailand semalam (13/12/12) pada pusingan timbang balik peringkat separuh akhir kedua menyingkirkan Harimau Malaya untuk mara ke pentas akhir…nampaknya skrip pada 2010 hanya separuh sahaja yang berjaya disiapkan…sedih memang sedih tetapi aku tetap berbangga dgn semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh team Harimau Malaya…

Pada separuh akhir pertama yang berlansung pada 9/12/12, kesilapan Harimau Malaya hanya satu iaitu gagal mempertahankan satu gol yang berjaya dijaringkan oleh Mat Yo… permainan pada malam tersebut memang menarik…momentum perlawanan bergerak laju…Harimau Malaya sememangnya menunjukkan prestasi sebenar mereka masa tue…Cuma kesilapan bahagian pertahanan menyebabkan Thailand Berjaya menyamakan kedudukan…keseluruhannya memang seronok menyaksikan perlawanan pada malam tersebut…lagi seronok rasanya kalau dapat menyaksikannya secara live di Stadium Bukit Jalil bersama-sama ribuan penyokong Malaysia yang lain…suasana yang ditunjukkan macam itu adalah perlawanan final…

Pada separuh akhir kedua yang mana Harimau Malaya tersingkir…game malam tue menyakitkan hati…bukan sakit hati dgn Harimau Malaya tetapi dengan pengadil dan team Thailand…jelas nampak yang diaorg semuanya main dengan cara kotor dan hina…yang si pengadil pulak macam makan rasuah…asal dengan pemain Malaysia ada saja kesalahan yang dilakukan tetapi bila pemain Thailand wat kesalahan yang jelas2 depan mata, dia boleh buat tak tahu…rasa nak masuk dalam TV tu pergi cungkil2 biji mata pengadil bangang tue…nak sekeh2 kepala dia…bengang giler kot…yang pemain Thailand plak mmg tak payah cakaplah…dahlah main kasar, suka hati mak mertua bapak tiri laki adik dia dok tolak2 pemain Malaysia…saja jer nak naikkan angin pemain Malaysia…bukan setakat main kasar, penipu nombor satu…kena tolak sikit jatuh, tergelincir sikit nak salahkan pemain lawan…memang dasar penipu…puihhh….yang paling tak boleh terima bila pemain Harimau Malaya dilayangkan kad kuning kedua (maknanya automatic dapat kad merah)…boleh nampak kot yang tue bukan salah dia…mmg pengadil berat sebelah…dah kena bayar gamaknya…emmmm….kalau nak luahkan kemarahan kat sini sampai esok pun tak habis…bukan tak boleh terima kenyataan yang Harimau Malaya kalah tapi dengan mutu pengadilan dan corak permainan lawan yang macam sial tue…kalau kena kat mana2 pasukan pun mesti diorang marah…

Apapun semangat juang yang ditonjolkan oleh pemain Harimau Malaya malam tue memang boleh dibanggakan…walaupun bermain dengan 10 pemain mereka berjaya mempertahankan gol dari terus dibolosi oleh Thailand…tapi pelik dgn K.Rajagopal…kenapa malam tue dia gunakan taktikal 4-5-1?????? bagi aku sepatutnya K.Rajagopal sepatutnya mengekalkan taktikal 4-4-2…sebab kenapa??? Sbb malam tue kita nak kena menang tmbah plak kita tak bawa bekalan gol yang selesa ke sana…kita boleh lihat kot bagaimana diaorg ‘rantai’ Mat Yo malam tue…sorang lawan 3, mana adil…sekurang2nya kalau diletakkan 2 penyerang Mat Yo taklah keseorangan…itu sajalah yang aku tak puas hati dengan team Harimau Malaya… bahagian pertahanan tak payah cakaplah…memang hancur bila main 10 orang….tengah pulak macam dah kena bomoh siam…asal bila dapat bola, tak lekat kemas kat kaki… ‘Man of The Match’ malam tue, aku bagi kat Farizal Marlias – penjaga gol Malaysia…walaupun bolos 2 gol tapi dia dah berjaya mengawal gawang gol dari terus dibolosi terus-terusan…siap kena sepak kat muka dengan pemain Thailand kot…tapi pengadil??? buta, sial…

Dengan kemenangan semalam, nampaknya Thailand juga menang dengan permainan psikologi diaorg…kita dapat tgk/baca kat paper2 yang mana kemudahan latihan utk Harimau Malaya disediakan macam ‘melepaskan batuk kat tangga’…dgn padang latihan yang dikongsi dgn orang awam, last2 minute tak boleh wat latihan kat stadium perlawanan, kononnya nak jaga kualiti rumput…puihhh…kualiti rumput apanya????dgn padang Merbok (yang kat KL) tue lagi bagus….itulah Malaysia dan FAM – macam peribahasa ‘beruk dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’…harap FAM (terutamanya) dapat belajar dari apa yang berlaku sekarang..bukannya goyang kaki sambil duduk kat kerusi empuk dalam bilik aircond SAHAJA!!!!!!! Lain kali kalau boleh layan semua orang sama rata…tak perlu bagi yang 5 star punya services tapi bila kat tempat orang, ada diaorg bagi 5 star jugak???? Rasanya 1 star pun belum tentu…

Dengan tempoh 2 tahun akan datang, harap Harimau Malaya kembali mengaum, menjulang kembali kejuaraan ini…semua orang yang terlibat dalam bola sepak Malaysia dah kena tukar…cuba pemain baru, jurulatih baru serta kepimpinan yang baru…jangan pulak bila tahun 2014 nnti, semuanya masih yang sama…walaupun tak dapat masuk ke final, mara ke semi final tetap cukup membanggakan…apapun kami tetap bersamamu – Harimau Malaya…jatuh bangun tetap bersama…kalah menang setia dibelakang…jumpa lagi pada edisi 2014…Inyaallah…

Selamanya Harimau Malaya
Selamanya Sokong Malaysia

p/s : ini hanya pendapat dari seorang peminat bola sepak Malaysia…walaupun tak berapa arif, apa yang disampaikan dibuat berdasarkan pemerhatian/apa yang disaksikan..kalau rasa tak setuju, saya minta maaf…

 

No comments:

Post a Comment