Monday 26 November 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Singapura

Salam Diaries,

 
 
 
Lama betul gamaknya aku tak menulis kat blog nie...terbiar macam tue jer...kalau blog nie kebun, confirm2 dah penuh dengan lalang...oklah, malas nak intro panjang2...takut kebosanan yang melampau plak (sebab entry nie panjang...)...dan mungkin bermula dari entry ini, aku akan senantiasa men’udpate’ blog ini...kenapa??? sepertimana yang kita semua tahu bermula dari 24 Nov 2012 – Malaysia akan menjadi tuan rumah bersama dgn Thailand untuk salah satu kejohanan bola sepak yang terkenal di rantau Asia (terkenal ek???) iaitu AFF SUZUKI CUP...dah nama pun Asia maknanya negara2 yang main dalam kejohanan nie confirm2lah negara2 Asia jer iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Laos, Myammar, Filipina dan Vietnam....dan aku akan men’update’ pasal kejohanan ini selagi Malaysia tidak tersingkir awal...harap2 tidaklah...
 
 

  
Oklah, serba sedikit pasal sejarah AFF SUZUKI CUP nie (pada sesiapa yang tak tahu termasuk diri sendiri) - AFF SUZUKI CUP, sebelumnya dikenali dengan nama  Piala Tiger (Tiger Cup)...Ianya di gelar Tiger Cup sempena nama sponsor utamanya iaitu pengeluar bir terkenal - Tiger Beer. Pada 2007, nama kejuaraan ini menjadi Kejuaraan Sepak Bola ASEAN dan diselenggarakan oleh Federasi Sepak Bola ASEAN (AFF) dan pada 2008, berubah lagi menjadi Piala Suzuki AFF.

Dan untuk edisi kali ini, Malaysia diletakkan sebagai juara bertahan selepas memenangi kejohanan ini buat kali pertama pada tahun 2010....memang besar harapan yang diberikan kepada Harimau Malaya (nama yg diberi kepada team Malaysia) untuk terus mempertahankan kejuaraan ini...tapi nampak gayanya harapan tersebut kemungkinan hanya tinggal harapan...kenapa???? sebab kalau ditengokkan dari prestasi semasa dimana perlawanan2 persahabatan antara Harimau Malaya dengan beberapa Negara lain semuanya teruk... sehinggakan menimbulkan rasa kerisauan, kebimbangan, kegusaran (dan yang sewaktu dengannya) yang melampau kepada seluruh penyokong Malaysia...Dan kerisauan (serta perasaan yang seangkatan dgnnya) makin melampau2 di hati setiap penyokong Malaysia apabila bermulanya ‘sepak mula’ yang mana Malaysia bertembung dengan Singapura untuk pusingan pertama kumpulan B...dan Harimau Malaya telah dimalukan didepan penyokong sendiri dengan 3 – 0....

Selepas mempamerkan persembahan yang hambar sepanjang perlawanan persahabatan (kalah 2 kali dan seri 2 kali), ianya masih belum mampu melunturkan semangat aku dan MIS utk pergi menyaksikan perlawanan pertama Malaysia dan Singapura...sebelum perlawanan, aku yakin yang Harimau Malaya mampu memenangi prlwnan tersebut...paling2 tidak pun mencatat keputusan seri...nampaknya keyakinan aku meleset...dari segi pemerhatian aku (walaupun tak berapa arif dgn bola sepak), kelemahan yang paling ketara wujud dalam pasukan Harimau Malaya adalah tahap kesefahaman antara pemain tersangat2 teruk...mereka seolah2 tak serasi antara satu sama lain...bila diaorg dapat bola, diaorg tak idea nak bagi bola tue kat sapa...lepas tue dua, tiga orang yang tunggu bola tue mcm blur sebab tak tahu sapa nak ambik bola yang akan di pass kat diaorg (kau ambik ke aku yang nak ambik nie???? – maybe ini kot yang dok bermain kat kepala diaorg) last2 bola terlepas kat lawan...

Menurut MIS, bahagian midfield pun langsung tak berfungsi malam tue...itu aku tak perasan tapi yang aku nampak bahagian pertahanan mmg teruk giler...boleh diaorg biarkan pemain lawan bergerak bebas tanpa kawalan...sedangkan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha – our striker) dikawal dgn seketat2nya oleh team lawan...walaupun aku suka/minat kat Khairul Fahmi Che Mat aka Apek (our TOP/GLAMOURS goalkeeper) tapi aku sedih sgt2 tgk prestasi dia malam tue...teruk kot....keseluruhannya mmg persembahan Harimau Malaya malam tue mengecewakan hati para penyokong...disebabkan hal itulah sebaik sahaja Singapura menjaringkan gol ke 3, kebanyakkan penyokong mula angkat punggung meninggalkan stadium...bahkan Ultras Malaya (satu2nya kumpulan penyokong yang paling setia dgn Harimau Malaya) berhenti bersorak, berhenti menyanyi setelah gol ke 3 dijaringkan lawan...aku dgn MIS pun ambik kptusan utk keluar stadium awal...memang sedih sgt2 masa tue...

 
Tertanya-tanya, apa yang Harimau Malaya buat selama ini (yakni selepas menang pada tahun 2010???) apa yang coach ajarkan kat mereka selama nie???Itulah, asyik sangat buat eksperimen...sikit2 eksperimen konon nak tgk keserasian antara pemain tapi apa yang jadi skrg????...sepatutnya starting early 2012 coach dah tetapkan barisan kebelasan utama barulah diaorg boleh ada keserasian...inilah padahnya kalau asyik nak wat kejutan...last2 kejutan makan diri sendiri...sekarang nak bagi alasan apa lagi kat para penyokong??? Lagi satu, kat Malaysia nie ada ramai pemain yang bagus tapi kenapa coach still nak guna pemain lama??? Kalau coach jadikan cara pemainan/prestasi diaorg semasa dalam liga Malaysia sbgai satu syarat untuk layak mewakili Negara – yang coach senaraikan sekrg pun bukannya hebat sgt semasa dalam liga Malaysia...ada jugak yang prestasi diaorg teruk tapi ttap dipilih...emmmm, pelik2....kalau still nak guna pemain lama kenalah tukar corak permainan...ini tidak, corak permainan tetap sama...lawan confirm2 dah boleh baca corak permainan kita...harap coach serta pemain dapat belajar dari kesilapan...dan jgn asyik dok tuding jari dok menyalahkan org lain....

Harap perlawanan ke 2 nanti dengan Laos, Harimau Malaya mampu bangkit...manalah tahu kot2 skrip sama pada tahun 2010 nak diulang balik...ala2 lagu Newboyz – Sejarah Mungkin Berulang’...kenapa cakap mcm nie??? Sebab masa tahun 2010, Harimau Malaya kena baham dgn Indonesia 5-1 pada perlawanan pertama...memang kaw2lah diaorg kena baham pulak dgn pra penyokong...tup2 diaorg berjaya sampai ke final dan jumpa balik dgn Indonesia dan akhirnya menang...sebagai penyokong, memang harapan kami tinggi untuk kita memenangi kejohonan ini dan mempertahankan kejuaraan...tetapi kalau kita terkandas pada peringkat separuh akhir itu boleh diterima...jangan tersingkir awal sudahlah...apapun Harimau Malaya tetap di hati dan akan terus disokong...

p/s : mengharapkan keajaiban berlaku...Inyaallah...

No comments:

Post a Comment