Wednesday 29 February 2012

Will You Marry Me

Salam Diaries,

Kauorang semua tahukan yang tarikh hari nie hanya akan muncul setiap 4 tahun sekali...jadi bila dah jadi dewasa nie terfikirlah mcm2 idea yang tak berapa betul kat dalam kepala otak...masa zaman kanak2 ribena, muda remaja dulu tak der pun nak terfikir idea2 nie semua....jadi hari nie aku 'terjemahkanlah' idea yang dlm imaginasi aku nie ke dalam realiti....begitu rajin yang tak bertempat aku hari nie gara-gara nak siapkan idea aku nie...

Bagi aku apa yang aku buat nie sekadar suka2...mungkin bila muncul lagi tarikh 29 Februari, aku akan teringat akan apa yang aku wat nie...tak kisahlah kauorang nak cakap apapun janji dan yang penting aku bahagia...even nie bukan idea asli dari kepala otak aku tapi kreativiti yang dipamerkan atas usaha sendiri...huhuhuuhu...masuk bakul angkat sendiri... :)





See Ya...

Tuesday 28 February 2012

Tengok Wayang - Adnan Sempit 2

Salam Diaries,

Last weekend, hari Sabtu aku dengan MIS merayau-rayau dekat Viva Home...tahu tak apa itu Viva Home??Tak tahu???tak pernah dengar ek??? sebetulnya Viva Home nama shopping complex yang baru beroperasi kat Jalan Loke Yew dekat-dekat dengan bulatan Chan Sow Ling (salah eja rasanya nie...)...alaa bangunan lama yang terletak tepi jalan nak ke Cheras, Taman Connought tue...lagi satu dia dekat dengan LRT Taman Miharja...tak tahu lagi kat mana???pandai2lah kauorang google kat internet...

Sebetulnya aku ajak MIS kesana sebab nak tengok pameran kucing...dah puas tengok kucing-kucing yang begitu comel, yang rasa geram sangat nak peluk, cium (sori tak sempat ambik gmbar sbb org ramai kot) kitaorg pun berjalan-jalanlah kat dlm kompleks tue...boleh tahan besar jugaklah tapi tak meriah sangat...maybe tempat tu still baru dan lagi satu tak berapa strategik kot kat situ...dah berjalan-jalan barulah kitaorg tahu kat situ ada panggung wayang MBO...dan akhirnya MIS ajaklah menonton Adnan Sempit2...orang tak ramai pun jadi tak payah risau pasal seat...

Honestly aku cakap, yang aku lagi suka Adnan Sempit satu....memang aku jenis yang susah nak terima sekuel filem-filem Melayu nie...tak tahulah kenapa...tapi apapun Adnan Sempit 2 tetap menghiburkan... yang paling tak boleh blah bila part Intan Ladyana dgn Sam mengelar diri mereka sebagai 'papa' & 'mama'...itu yang bagi aku lawak sikitlah...kauorg pun mesti dapat bayangkan...dengan muka sengal Sam lepas tue panggil mama papa...huhuhhuuu...

Kemunculan watak sepupu Intan (lupalah nama dia) mungkin lakonan dia boleh diperkemaskan lagi pada masa akan datang...sebab first filem kot jadi impak dia tak berapa...lagi satu watak minah rempit yang ditonjolkan dalam satu babak...tak tahulah apa motif sebenar watak tu diwujudkan...rasanya tak sesuai kot watak minah rempit ditonjolkan sebagai perempuan yang menutup aurat (even dia tak pakai tudung labuh)...watak-watak pembantu lain macam watak Yana, Along dgn Angah Raja Lawak tak der apa yang boleh dicomplaint...

Sofar, bolehlah kalu sesiapa yang nak relief tension, bolehlah layan cerita ni...tapikan rasa-rasanya memang tue ajelah cerita Melayu yang tengah dok tayang sekarang...kalau ada pun 1 Mac nnti kot...apapun selamat menonton...

P/s : maybe this is first and last kot aku pergi tengok wayang kat MBO...kenapa? seat dia tak best langsung..bagi orang yang kurang ketinggian macam aku memang tak seronok...seat dia mcm duduk kat dalam kapal terbang...lepas tue skrin kat atas kepala...huuhuuuuu...

See Ya...

Tuesday 21 February 2012

Terukir Di Bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Monday 20 February 2012

JJCM - Pizza Hut

Salam Diaries,

Sepaptutnya entry nie dah lama aku nak publish tapi asyik tertangguh jer...biasalah dan macam yang selalu aku cakap - penyakit 'M' besar melanda...tapi rasanya belum terlambat lagi kot nak kongsi pasal entry nie dgn kauorg suma...

Before Chinese New Year (CNY) hari tue (beberapa hari sebelum sambutan Tahun Baru Cina lagi senang statement dia...), aku dgn MIS pergi makan kat Pizza Hut kat S14, Petaling Jaya...kalu ikutkan aku xder selera pun nak makan kat Pizza Hut hari tue (tambah aku jugak bukan seorang pengemar Pizza) tapi sebabkan MIS yang beriya tambah dia yang nak belanja, gagahkan jugaklah kaki melangkah...

Sebetulnya, MIS nak sangat makan satu hidangan yang hanya ada sempena CNY iaitu Treasure Plate dimana kat dlm dia ada "Garlic Bread dimana kat atas dia ada sambal ayam aka serunding ayam" , "kentang goreng yang nak kata empat segi tapi sebenarnya tak" dgn "daging ayam yang dibalut dengan roti pasta kot??"...yang daging ayam berbalut tue sedap sebab kat dalam dia mcm cream2 sikit....I like it...Hidangan nie disertakan dengan mayonis...



Untuk pizza pulak, aku ambik bahagian dalam sesi meng'order'nya maka aku orderlah "Ultimate Cheesy Bites 7 Pizza dgn topping ayam"... ada lagi ek pizza tue???nasib aku baik, hari yang aku pergi makan kat Pizza Hut tu adalah hari terakhir utk pizza tue...dapatlah aku merasa juga pizza yang kononnya ada banyak giler chesse itu...tapi as bukan seorang peminat Pizza dan juga bukan peminat chesse maka aku rasa pizza yang biasa tue lagi sedap...hehehehe...dan akhir sekali, untuk air aku order Asam Boii Fizz... Air tue memang favorite aku...kalu tetiba aku ajak gie makan kat Pizza Hut - sebabnya aku teringin nak minum air asam boii tue...




See Ya...

Saturday 18 February 2012

Got One Comment

Salam Diaries,

Kalu kauorg baca tajuk entry pun maybe buleh wat kauorg tergelakkan...dapat 1 comment pun nak kecoh sedunia kot...macam satu peribahasa (kot?) - ayam bertelur sebiji, kecoh sekampung...hehehehhe... lantaklah kauorg nak cakap apapun...

As someone yang baru berjinak2 dalam penulisan blog nie, memang a little bit excitedlh bila ada orang bagi komen...bukanlah niat tulis blog nie nak suruh org komen tapi bila ada someone yang sudi tinggalkan komen boleh menaikkan semangat utk meneruskan lagi bidang penulisan blog nie...

Apapun, thanks to 'Farah Liyana' coz sudi membaca blog yang tak seberapa nie...maybe secara tak sengaja terjumpa blog nie...keep in touch and salam perkenalan...

See Ya...

Wednesday 15 February 2012

Valentine's Day

Salam Diaries,

Mesti kauorg suma perasankan asal nak tiba atau dah lepas atau pada tarikh 14 Februari mesti suma org akan bercakap pasal Valentine's Day atau dalam bahasa yang mudah difahami, Hari Kekasih...dalam ramai2 org dok bercerita pasal date tue, aku pun nak tumpang menyemak, menambahkan lagi entry2 pasal 14 Februari tue...

Sambut ke?? Celebrate ek??...bukan dua2 perkataan tue maksud yang sama ke???huhhuhuhu...Aku dgn MIS mmg xsambut pun Valentine nie...xder sebab nak menyambutnyer...lagipun kalau kauorg suma perasan, asal nak munculnya 14 Februari mesti akan kuar fatwa2 Islam yang menyatakan 'HARAM' utk umat Islam menyambutnya...kata org2 agama lagi - hari2 boleh tunjuk kasih sayang apa kat org2 yang kita sayang...cuma aku nak bgth atau lebih kepada nak berkongsi dgn kauorg suma yang sempena Valentine tue aku dapat hadiah...

Hadiah???Hadiah apa???Sapa yang bagi???MIS ek???Kata tak celebrate???...Mak aii...banyak betul soalannya ala2 lagu Najwa Latif gitu -- "banyak persoalan yang berada diminda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja....bla,bla,blaa...." Nampaknya aku dah mengarut...Ok2, berbalik pada cerita asal...sebetulnya suma org kat ofis aku dapat hadiah tue...tahun lepas pun dapat juga...memang tiap2 tahun bila Valentine's Day kitaorg akan dapat hadiah dari big boss company iaitu Dato John Coyle...tapi tahun nie aku dapat 2 hadiah...yang lagi 1 dari supplier Abbott...nak tahu hadiah apa???layan gambar2 kat bawah...:-



- saja jer nak letak gambar nie sebab kebetulan Kak Wan tengah nak clearkan stock2 gula2 kat meja dia..hehhehe..-
 See Ya...

Friday 10 February 2012

Kedai Makan Al-Razzaq

Salam Diaries,
As usual, kebosanan melanda kat tempat kerja...even bos ada sekalipun, tetap bosan..sampai ada sorang kakak ofis cakap kerja yang paling senang dekat HQ nie adalah kerja aku...mana taknya, asyik buat pandai jer selalu...selalu orang wat bodoh kan...heheheheh...bilalah aku nak dapat kerja baru???...

Berbalik pada maksud asal, sebenarnya aku nak perkenalkan @ mempromosikan kedai makan mak aku... nak iklan@promosi kat dalam media2 elektronik mahupun media cetak rasa mcm tak berbaloi (sebab xder duit, hehehehhe...)...Jadi aku promosi kat dlm blog jerlah...kalu ikutkan dh hampir 6 bulan dah mak aku buka kedai nie...nama kedai makan nie - KEDAI MAKAN AL-RAZZAQ - Mak aku start berniaga pada 10 Oktober 2011...tapi sebetulnya kedai nie mak aku sewa dengan orang... katanya tuan asal dah tak mampu nak berniaga sebab kesihatan yang tidak mengizinkan...jadi dari biarkan kedai tue terbiar, dia tawarkan mak aku untuk disewa...Nama Al-Razzaq dipilih oleh ayah aku..katanya Al-Razzaq tue bermaksud 'Pemberi Rezeki' (ingat2 lupa maksud dia kot...)

Tapi nama lain untuk kedai nie adalah "kedai ter'kepit' "...kenapa ter'kepit'??? sebab kedai mak aku nie betul2 terletak antara dua bangunan rumah kedai...Menu utama kat kedai nie adalah nasi berlauk tengahari, ulam-ulaman+budu, sup tulang dan daging bakar cicah air asam...maknanya lebih tertumpu untuk lunch hour jelah..tapi kalau ada yang nak makan masakan panas pun disediakan jugak tapi bukan dari mak aku... kalau nak tahu, ada lagi sorang yang sewa kedai tue sama2 dengan mak - Mak Long...kiranya mak sewa dengan tuan asal, Mak Long pulak sewa dengan mak aku...biasalah adat berniaga...

So far, setakat hari nie bisnes mak aku, Alhamdullilah...tiap2 hari lauk yang dimasak - HABIS!! (tetiba je guna huruf besar...hehehhehe) tapikan, biasalah dalam bisnes mesti ada yang xpuas hati dgn kitakan...mcm kedai mak aku, pernah jugaklah terkena buatan jahat nie...cerita mak aku, ada 1 hari tue she felt very2 drowsy...sama jugaklah dgn Mak Long + pekerja2 yang lain...bila customer datang, they just looked at the lauk-pauk, lepas tue kuar...the next morning, mak aku menyapu lantai kedai dia ternampak ada paku di'paku' kat salah satu tiang kedai...mak tak berani jadi disuruhnya Mak Long buangkan paku tue...Alhamdullilah, pelanggan kembali mcm biasa...Bila dengar cerita mak aku tue, nak percaya dgn tak nak percaya sama banyak...yang penting, bisnes mak aku berjalan lancar...

Kat sini aku attachkan gambar2 kedai makan tue beserta lauk pauk yang disediakan...kalu kauorg singgah kat Kota Bharu bolehlah singgah...

-Menu hasil kerja tangan aku..hehehehe (promote diri sendri..)-

-Bahagian Dalam Kedai-

-Ulam-ulaman (makan dgn budu memang terangkat)-

-Sebahagian Lauk-Pauk -

-Gulai aka Kuah...Ikan Singgan my favorite..-

-Dari Luar Kedai-

See Ya...

Wednesday 8 February 2012

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah


Tuhan...memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia...anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah
Ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Atas restu Allah
Ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa...bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu...satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu


Thursday 2 February 2012

'Smile' karektor versi Jepun

Salam Diaries,

Hari tue, aku adalah terbaca 1 blog..ada satu entry dia pasal karektor 'smile' versi Jepun katanya... sorrylh sebab dah terlupa apa nama blog tue...rasanya kauorg pun mesti dah tau pasal karektor2 niekan...alaa.. yang selalu kita guna bila ber'facebook', ber'twitter', ber'msg2'...dan aku dengan kerajinan yang amat sangat, bersungguh2 meng'copy' karektor2 'smile' tue kat dalam buku catatan...Semangat gitu!!

Selain utk mengelakkan aku kehilangan hasil kerja meng'copy' aku tue, jadi aku 'paste'kan kat dalam blog nie...maaf kepada tuan punya entry tue sebab 'copy' and 'paste' entry dia...harap dimaafkan..kat sini aku 'copy' and 'paste'kan karektor2 tersebut utk kauorg semua..

(^_^) = tersenyum
(^-^) = senyum sopan sikit
(^0^) = ketawa
\(^0^)/ = bersorak riang
(^3^) = berseru
(*^-^*) = senyum malu, tersipu2
(0^-^0) = senyum merona (konon pipi merah)
("-";) = merasa terganggu
(-_-;) = gugup
f(^_^) = mengaru kepala
(T_T) = menangis
(;_;) = menitiskan air mata
("~") = mengantuk
(>_<) = geram
(-_-#) = marah
(x_x) = pening
(?_?) = tertanya-tanya
(@_@) = hairan
(_ _)zzZZ = tidur
(_ _') = bosan sampai tertidur
m(_ _ )m = memohon
w(^_^) = mendengar
(*^3^) = mencium
(*^.^*) = dicium
(=_=) = malu
(#^^#) = tersipu-sipu
(_ _ ),,ooOO = bermimpi
(0_ _)0 = putus asa
(^_^)v = tanda peace

Tengoklah bertapa semangatnya aku meng'copy' and paste karektor2 nie semua...

See Ya...

Wednesday 1 February 2012

Trip to Taiping - Majlis Perkahwinan Haniff & Ina

Salam Diaries,

Kali nie nak kongsi trip aku ke Taiping...jauhnya ke Taiping, wat apa?? aku pergi sana semata-mata nak attend kenduri one of MIS besprend - Haniff...Diaorg kahwin on 22 Jan 2012 bersamaan hari Ahad...Dalam ramai2 kawan MIS, he's the first one yang kahwin dulu..dah sampai seru+jodoh katakan (aku jer yang belum..huhuhuhuhu)...

Berbalik pada trip tue, perjalanan ke Taiping selalunya makan masa lebih kurang 3 jam (mengikut kata MIS)...hari tue kitaorg bertolak dalam kul 9.30am...ingat nak gerak awal sebab takut stuck in jam...yelah esoknya CNY...dalam perjalanan,kitaorg singgah kat restoren jejantas Rawang utk breakfast...dalam kul 11.00am kitaorg pun gerak ke Taiping.. sebelum terlupa, selain aku dgn MIS ada lagi sorang kawan MIS yg ikut - Nasrul wit his girlprend merangkap bakal tunang..
-Restoren Jejantas Rawang-
Dalam perjalanan tue, kitaorg terperangkap kejaplah dekat area2 nak masuk Sungkai..seperti yang diduga ada kemalangan yang berlaku...dan macam biasalah, Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap prihatin...kenapa?sebabnya semua sibuk memperlahankan kenderaan semata2 nak tengok accident tue...yang lagi tak boleh blah, kemalangan tue diarah yang bertentangan (means menghala ke Kuala Lumpur sedangkan time tue kitaorg menghala ke Ipoh)...betul tak aku cakap yang kita semua memang prihatin...hehehehhehe...as semua orang dah tahu, otw nak ke Ipoh dan kawasan2 yang sewaktu denganya, kita akan dapat lihat air terjun iaitu air terjun Lata Kijang...masa nie dah dekat2 nak sampai Tapah dah...
-View from highway-
Lepas je kawasan kemalangan yang berlaku tue, jalan terus jadi lenggang balik...sebaik saja kitaorg smpi dekat simpang nak ke Taiping means Plaza Tol Changkat Jering, hujan turun (menyukarkan sedikit perjalanan kitaorg)...dalam dok meraba-raba, tercari-cari rumah pengantin akhirnya kitaorg pun sampai...xderlah susah sangat nak mencarinya...Yang lawaknya (lawak ke???) dah sampai kat kawasan kenduri, kitaorg terpaksa telefon pengantin tanya betul ke tak tempat tue...mana taknya dlm otw nak ke rumah pengantin tue ada 2 sign - satu yang Hanif punya & satu lagi yang org lain punya...risau gak kot2 tersalah kenduri plak yang kitaorg attend...Alhamdullilah, betullah tempatnya...rupa2nya yang lagi satu sign tue sehari seblm Haniff punya majlis...

Dah sampai, kitaorg tunjuk muka kat pengantin dulu lepas tue baru makan...niat hati nak makan nasi minyak xkesampaian sebab time kitaorg smpai nasi minyak dah habis, tengah masak...terpaksalah makan nasi putih jer...dah xder rezeki katakan...yang pasti lauk-pauk kenduri tue memang sedap...sampai skrg masih terasa kesedapannya...diaorg tak guna katering..biasalah orang kampung-gotong royong...even tak banyak lauk tapi puas hatilah..lauk-pauk yang disediakan hari tu adalah gulai daging, ayam goreng, pajeri nanas & daging masak hitam...lauk-pauk kampung katakan...
-Gambar ambil dari Google sebab xsempat tangkap-
Perut pun dah terisi, maka kitaorg pun dengan penuh kekenyangan pergilah jumpa dengan si pengantin..dapatlah bergambar bersama wat kenang-kenangan...bila tengok Hanif teringat dekat 0ne of my bestprend yang dah kahwin...kenapa boleh teringat tertiba nie???sebab dua2 pengantin menjadikan warna merah sebagai tema majlis diaorg...bila aku buka FB Ina(wife Hanif) tengok gmbar masa majlis akad nikah diaorg pakai baju warna biru langit, begitu jugaklah dengan my bestprend tue...
Akad Nikah
Majlis Bersanding
Dan akhirnya tibalah masa untuk kitaorg berangkat kembali ke KL...sebelum berangkat balik, alang2 dah sampai Taiping kitaorg pergi meng'round' bandar Taiping kejap..ingat nak singgah ke Zoo Taiping tapi terpaksa pendamkan niat sebab....tuppppp!!!malas nak tulis...takut kontroversi plak...tapi senang cakap, susah kalu berjalan dengan orang yang xsekepala + susah nak kuarkan duit + selalu wat muka nak balik cepat + banyak songeh...Faham2 jelh...

Sebabkan sepanjang perjalanan pergi ke Taiping MIS yang drive sorang2, masa perjalanan balik aku take over...kesian plak aku tengok MIS...Penat sangat...tapi kalu ikutkan MIS mmg xbagi aku drive... mcm biasalah, dgn MIS memang aku jenis yang degil..last2 MIS mengalah dgn membenarkan aku bawak kereta tapi selepas TAPAH...means dah masuk KL...tapi xpelh janji aku dapat drive...:) Sekurang2nya dapatlah MIS rehat...disebabkan aku yang drive, maka perjalanan kitaorg mengambil masa yang lama...hehehehhehehe...macam yang dok selalu iklan kat TV serta media elektronik lain - Biar Lambat Asal Selamat...

See Ya...