Saturday 31 December 2011

Happy New Year

Salam Diaries...

Aku tahu semua orang sibuk nak bagi ucapan nie kat semua orang...jadi aku pun nak menyibuk, menyemak aka menjadi salah seorang dalam dunia nie untuk bagi ucapan nie jugak...

Selamat Tahun Baru - 2012...


See Ya...

Sunday 25 December 2011

Selamat Hari Natal



Salam Diaries...

Aku cuma nak ucapkan Selamat Hari Natal aka Merry Christmas utk semua yang menyambut perayaan nie yang  jatuh pada 25 Dec setiap tahun...


Selalu bila krismas, tukar hadiah dgn sahabt, keluarga adalah satu tradisi@adat...Kat office aku, memang diamalkan...tapi jgn salah faham plak - yang mengamalkannya adalah kaum Cina jer...tapi terkena jugaklah tempiasnya kat aku...tempias mcmana???aku pun dapat hadiah tiap kali Krismas menjelma...tapi aku xderlah bagi@tukar2 hadiah dgn diaorg...2 tahun aku kat sana, dua2 tahunlah aku dapat hadiah...Thanks to my boss...:))

2011 - Christmas Present

- Siap ada ucapan lagi - 
2010 - Christmas Present (ala2 yg mcm dalam gambar nielah)

See Ya...

Tuesday 20 December 2011

Tengok Wayang - Ombak Rindu (Part II)

Salam Diaries...

Ingat lagi tak dengan entry yang lebih kurang macam kat ada cuma yang beza kat hujung jer - Part I...hehehhe...nie ala2 sambungan untuk entry tue jerlh...Al-kisahnya, aku dah pun tengok cite 'Ombak Rindu' tue...malam tue aku tengok mid nite punya movie...Fuhhhh (bukan rancangan kat TV3 yer...) nasib baik aku dan booking tiket awal2...mana taknya, even tayangan mid nite pun - Full House tuee... Masa aku sampai kat kaunter tiket tue, adalah 2,3 couple yang dok menyoal budak2 yang jual tiket pasal 'seat reservation'...tapi semuanya hampa sebab :-
1) seat tue belum dibuka
2) memang tinggal yang aku punya jer belum ambil (hehehehehhee)

Malam tue, lambat jugaklah kitaorg sampai sebab MIS sampai PJ lambat...dengan nak makan lagi, nak cari parking lagi...tapi kitaorg still bernasib baik...Tapi yang wat aku sedikit bengang (mungkin orang2 lain jugalah) wayang start lambat...bukan setakat start lambat, bukak panggung pun lambat...bukak panggung???macam ritual untuk 'wayang kulit' plak...wayang jugak...(dah jangan dok membebel)..

Berbalik pada cerita 'Ombak Rindu' tue, yang aku boleh cakap 'Wayang Terbaik 2011'...Itu pendapat akulah...kalau ada yang tak setuju, lantak diaorglah...Cuma terasa yang citer nie slow sikit, terlelap jugaklah kejap masa tgh tengok tue...hohhoohoho...(maybe sebab time tue kan time tido)...Dan yang paling pentingggg.............aku tak nangis pun...rasa2nya orang2 yang tengok malam tue pun xnangis sebab xder dgr pun bunyi orang menangis...Tapi xnafilah yang cite dia memang sedih, asyik,mendayu-dayu, menyentuh jiwa, emosi...Tapikan, ada sesetengah babak tue, audiens gelak, ketawa...sedangkan babak tue tak lawak pun...Bila fikir2 balik, ingat2 balik, renung2 balik - diaorg gelak sebab Aaron Aziz berdialog...yelah selalu tengok Aaron nie watak dia baik, dialog pun sopan..tapi masa awal2 citer nie, dialog dia cam kasar2 sikit...Dan semestinya dia tersangat comel, sweet masa ucap dialog tu...

Dari segi lakonan, memang Maya Karin boleh menang kot Pelakon Terbaik...Lakonan dia memang mantap cuma yang kurang bagi aku pertuturan dia...yelah orang dah pelat Inggeris mmg xboleh nak hilang pelat dia tue...cam akulah, orang Kelantan...pergi mana2 pun pelat Kelantan tetap kuar jugakkan...Aaron Aziz plak xpayah cakap...memang Awesome...memang dia comel masa dia menangis...Lisa plak, mungkin boleh perbaiki lagi kot...Bront pun lebih kurang mcm Aaron..Terbaik.. Yang lain2 pun semuanya hebat2...Cuma watak Datuk Sufiah...kenapa perlu cakap mcm pelat orang Inggeris???? (tak faham...????)

Apapun keseluruhannya memang menariklah...teringat yang Cik Fauziah (penulis novel) complaint yang dia tak berapa berpuas hati dengan citer nie - banyak benda dlm novel x dimasukkan dlm filem...Bagi aku yang pernah baca novel nie bertahun2 lepas - filem dgn novel hampir 90% sama...rasanya xder part penting yang tertinggal pun...Maybe Cik Fauziah terasa sebab dia xterlibat dlm penulisan skrip utk filem nie...Harap lepas nie kalau ada producer2 nak filemkan novel2 popular, jemputlah penulis novel tersebut together2 dalam penghasilan skripnya...

Memang xrugilah tengok citer nie...Apapun kauorg layan dulu 'trailer' dia :-



P/s : Semua yang ditulis dalam entry nie adalah pendapat peribadi...harap kauorg semua boleh terima dengan terbuka

See Ya...

Sunday 18 December 2011

Puisi untuk Bella

Maafkan aku Teman
Kerna tidak dapat penuhi undanganmu
Walaupun sudah berminggu ianya bertandang kepadaku

Demi dia
Aku turuti kehendaknya
Untuk tidak menghadirkan diri ke majlismu
Demi dia
Aku rela walaupun hati ini meronta, menjerit, memujuk
Untuk memeriahkan majlismu itu

Sekurang-kurangnya ketidakhadiranku ini
Membuatkan semua orang selesa
Terutama diri dia

Friday 16 December 2011

Tengok Wayang - Ombak Rindu (Part I)

Salam Diaries,

Nak bagitahu yang malam nie aku nak pergi tengok wayang citer yang tengah HOT GILER skrg nie..Cite apa lagi kalu bukan - OMBAK RINDU...Nak gie tengok wayang pun nak kepohci2...Saja jer, excited katakan...Maklumlah baru jer baik dengan MIS, lepas tue dia belanja tengok wayang plak...tue yang jadi kepohci2 nie...hohohohooh...(semangat Christmas gitu...)

Yang nak jadikan citernyer, bukan aku yang pilih citer nie tapi MIS yang beriya2 ajak aku tengok... emm..hebat betul penangan cite nie yer...sampai kaum lelaki pun beriya2 ajak buah hati diaorg gie tengok..Masa mula2 dia bgth nak belanja tgk wayang tue aku ingatkan dia nak ajak tengok cite SONGLAP (masa tue cite nie baru kuar) tapi tekaanku meleset...Xkisahlah cite apa sekalipun, janji orang belanja...

Best sangat ke cite OMBAK RINDU nie???Kalu novel dia (yang aku dah baca beberapa tahun lepas) memang bestlah...terbuai2, mendayu2 perasaan...Tapi bila dok baca paper, blogger2 yang review pasal citer nie, keseluruhannya bgth cite nie BEST!!!...Yang tak boleh blah lagi, kakak office aku siap suruh aku bawak sapu tangan...Katanya tisu leceh...Kenapa meh??? Sebab menurut kakak office tue, cite tue memang akan buat aku menangis...menangis???seingat aku dalam seumur hidup aku nie, sekali jer aku menangis bila tengok wayang...citer apa????------------"My Name Is Khan" (cite hindustan lor...)...Apapun kita tengok jerlh macamana mlm nanti...huhuhuu...Kita layan sekejap sinopsis cite nie - mengikut novel :-

Izzah adalah seorang yatim piatu yang kematian kedua ibubapanya akibat kemalangan jalan raya. Dari situ, dia mula dipelihara oleh pakcik saudaranya, Pak Cik Taha. Pak Cik Taha seorang yang kuat berhutang. Disebabkan menanggung hutang yang banyak, Pak Cik Taha telag menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam untuk dijadikan pelacur. Disitu Izzah berkenalan dengan Hariz, seorang lelaki kaya dan angkuh. Izzah telah meminta bantuan Hariz untuk membawanya keluar dari tempat tersebut dan Hariz setuju. Dan atas permintaan Izzah juga, mereka berdua berkahwin tetapi Hariz meminta supaya perkahwinan tersebut dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, mengugat cinta Izzah kepada Hariz yang baru berputik. Pelbagai konflik mula timbul apabila Hariz perlu mengahwini Mila termasuklah reaksi dari Datuk Sufiah, ibu Hariz tentang perkahwinan rahsia Hariz dan Izzah.
(semangat gitu aku menaip sinopsis cite nie)

- Muka Depan novel asal 'Ombak Rindu' -
Tunggu update utk Part II...

See Ya...

English?? @ Bahasa Melayu jer???

Salam Diaries,

This whole week, memang minggu yang membosankan...why???My boss on annual leave - she's going to overseas which means LANGKAWI...Hehhehehe...Dahlah kerja macam aku jenis yang xbanyak kerja tapi kalu bos aku xder lagilah bosan...

Ok, berbalik pada tajuk entry kali nie...English@Bahasa Melayu...Disebabkan memang aku xder kerja jadi aku ber'google' kat internet - baca blog2 yang famous2 kat Malaysia atau maybe famous kat Asia jugak...Dalam kebanyakkan blog2 yang aku baca tue, kebanyakkannya menggunakan dua bahasa nie (include aku jugak, hehehehe)...Kekadang aku terfikir juga, perlu ke aku menggunakan dua2 bahasa dalam setiap penulisan entry aku nie...Yelah nak kata aku nie terror Bahasa Inggeris pun tak sangat...tapi bolehlahhh...atau lebih baik aku guna jelah Bahasa Melayu jer...

Tapi kekadang aku rasa  sedikit cemburu juga (cemburu yang baik, ok...) bila dok baca blog2 blogger kat Malaysia yang famous2 nie...Sebab diaorg bila tulis dalam English, memang terror...Kalau dari segi umur, diaorg memang muda dari aku...(dah tua ke aku nie???) Maybe didikan yang diaorg terima dari family memang yang terbaik (almost all of them golongan yang berada/kaya)...Tapi tak boleh cakap jugak sebab ada jer golongan2 yangs sederhana boleh terror cakap English...Didikan yang bagus dari awal, dari kanak2 sebetulnya faktor utama...Cam kata pepatah - Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya -

Rasanya aku akan terus menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan blog nie...Kalu ada terselit sikit2 English tue, boleh dimaafkan...Dengan cara nie, kita boleh memperbaiki lagi kemahiran utk menulis & bercakap dalam English...Apapun hargailah Bahasa Kebangsaan Kita - Bahasa Melayu...(mcm iklan plak...huhuhuhu...)

(P/s : Entry yang mana motifnyer entah apa2 entah...)
See Ya...

Tuesday 13 December 2011

Bergambar dengan Artis Pujaan

Salam Diaries...

Hari nie, aku balik dari kerja awal...jadi xder benda nak wat (memang hidup yang membosankan) aku updatelah blog nie...Kali nie aku nak story pasal artis pujaan...Kauorg suma mesti ada artis pujaan kan????Paling2 sikit pun mesti ada sorang...betul tak? betul tak?

Kalau kauorg tanya aku, siapakah artis pujaan itu????Tak lain dan tak bukan - Dato Siti Nurhaliza...Tapi nak kata yang aku betul2 minat gila2 kat Dato Siti nie xderlah sangat...xderlah sampai suma album dia aku beli...Tapi dalam banyak2 artis kat Malaysia nie dia adalah pujaanku...

Berbalik pada tajuk entry nie, kauorang pernah tak bergambar dengan artis pujaan????Dengan rasa bangga yang amat sangat beserta keterujaan yang melampau dan kejakunan yang terserlah - aku pernah bergambar dengan Dato Siti...Kauorg mesti boleh bayangkan macamana saat itu....huhuhuhuuhu...HARUUUUU!!!!!

Actually, aku dapat bergambar dengan Dato Siti nie masa satu event yang membabitkan company tempat aku kerja...Dan malam tue aku ditugaskan jadi Tukang Pendaftar...Memang xsangka yang Dato Siti akan datang..Bila dapat tau, memang excited giler...Sekali Dato Siti lalu kat depan, tak terkata wa cakap sama lu...Fuhhh...memang dia sangat cantik....cantik sangat2...Dan senyum kat aku...fuhhhhh...tak tido malam dibuatnya...Masa bergambar, Dato Siti siap peluk aku lagi...Ya Tuhan...wangi giler...bayangkan baju yang aku pakai malam tue boleh lekat bau perfume dia....SEMINGGU aku xbasuh baju tue...

Memang excited giler kan aku nie...Yelah, bila lagi nak dapat bergambar dengan Dato Siti personally... Lantaklah kauorg nak cakap aku nie apa, yang penting aku dapat bergambar dengan Dato Siti (siap dipeluk lagi...)....Kau ada????

Malam tue, Dato Siti dengan berbesar hatinya menyanyikan 2 lagu dengan FREE - 1 lagu Cina (majoriti kaum Cina that nite) dgn 1 lagu P.Ramlee (duet dengan big boss company)...

-Keterujaan terserlah-
- Dato Siti yang sangat cantik...hehehe-
See Ya...

Monday 12 December 2011

DIY - Apam Lapis

Salam Diaries...

Rasa hari nie nak kongsi satu resepi dengan kauorg semua...Resepi - Kuih Apam Lapis...rasanya ada antara kauorang yang dah tahu pasal resepi nie kan...tapi xper, aku tetap nak kongsi juga...SEbenarnya kuih nie dah lama aku wat tapi baru nak publish kat blog nie...Boleh kata nie antara entry yang dah lama terperak...

Asal2nya aku nak wat kuih Apam Dot Dot tapi macam malas jer nak wat dot dot tue, aku pun dengan pandai2nya ubahlah dari Apam Dot Dot kepada Apam Lapis...Oklah, kalau kauorang nak tahu macamana nak buat kuih nie, kat bawah nie aku sediakan bahan2 dgn cara2 membuatnya :-

Bahan2 :
3 biji telur
1 1/2 cawan gula halus (kalu xnak manis boleh kurangkan)
1 camca ovallete
1 camca esen vanilla@apa2 perasa yang anda suka
1 cawan susu segar (selalunya guna susu HL yang kotak kecil)
2 cawan tepung naik sendiri
Pewarna yang disukai
Jem@Kaya

Cara2 :
*Pukul telur, gula halus dan ovallete sampai kembang
*Masukkan esen vanilla dan terus kacau
*Masukkan tepung dan diikuti dengan susu segar
*Kacau sehingga semuanya sebati
*Asingkan adunan mengikut beberapa bahagian (ikut berapa pewarna yang akan digunakan)
*Titiskan sedikit pewarna kedalam setiap adunan. Kacau sehingga warna sekata
*Rebus air dalam pengukus
*Masukkan adunan kedalam loyang (sebaik saja air rebusan dah mendidih)
*Kukus adunan selama lebih kurang 5 minit
*Ulang slangkah yang sama sehingga semua adunan siap dikukus
*Bila kesemua adunan dah siap, sapukan setiap satu lapisan dgn jem@kaya

Dah siap...Bila dah siap letak semua adunan berlapis-lapis, aku akan kukus lagi sekali dalam 2 minit...saja jer nak bagi diaorng melekat antara satu sama lain...Inilah hasilnya :-

- Inilah hasilnya dari seorang yang baru belajar -
- Keratan RentasApam Lapis-

Memanglah nampak mcm xmenarik...al-maklumlah first time wat Apam Lapis nie...maybe bila buat yang kali kedua, kali ketiga lepas nie mesti cantik...(huhuhhuu...puji diri sendiri...)Apapun selamat mencuba...

See Ya...

Friday 9 December 2011

Yes!! Aku berjaya... :))

Salam Diaries...

Wah2...mcm gembira semcm jer dgr dari tajuk tue...dapat 'durian tuntuh' ke??? atau....MIS dah masuk pinang??? ke menang loteri???

Heheheheh...(senyum lebar sampai ke telinga)...Aku gembira sebab aku dah berjaya 'Naikkan berat badan' aku...hehehehhehehehe....

Aikkk??? naik berat badan pun gembira ke??? terencat ke apa budak nie??? tak terencat pun, still normal....huhuhuhuhu....memanglah pelik aku gembira sebab berjaya naikkan berat badan...kalau orang lain sibuk nak turunkan berat badan, aku pulak sibuk nak naikkan berat...yelah aku selama nie pun kurus cekeding jer...tue yang aku berjaya naikkan berat...dari berapa ke berapa???? nak tahu, nak tahu????hoohohohoo....(sengal yang melampau...)

42 Kg ------- 45 Kg

Tak banyak pun naiknyer...3 kilo jer tapi sekurang2nyer aku berjaya dan sampai target...sampai MIS pun tumpang happy bila aku berjaya dalam misi nie...ingat lagi apa yang dia cakap bila aku bgth pasal hal nie :-

"Baru seronok ckit peluk mama lepas nie. Agak2 part mana yang naik tue??? (soalan minta pelempang)" - MIS mula mengarut-garut...(abaikan sajalah...)

Rasa2nya dah ok kot dengan berat nie even tak ideal dgn ketinggian aku nie...Apapun kepada yang tengah berusaha utk turunkan berat badan @ tgh naikkan berat badan - selamat berjaya!!!Chaiyok2x..

- Aku Berjaya!! -
See Ya...

Thursday 8 December 2011

Tengok Wayang - Happy Feet 2

Salam Diaries,

Dah alang2 habis lunch awal, rasanya nak update ckit entry kat blog nie...sebenarnya dah lama nak review pasal cite nie tapi sakit 'kemalasan' yang melampau menyerang..al-jawabnya review tue ditunda pada hari nie...Lagi satu penyebabnya - citer nie xmenarik perhatian aku pun...

Kalu ikutkan mula2 tue memang excited nak tengok wayang nie sebab dah pernah tengok yang pertama dulu...Jadi aku bajet mesti best mcm yang first...Tapi betullah apa yang orang2 dok cakap...selalunya sekuel seterusnya dah xmenarik...Begitulah yang terjadi dengan Happy Feet 2...

Tapi ini just my opinion jerlh...kalu orang lain kata cite nie best, tue hak diaorg dan ini blog aku, hak aku, suka hati akulah nak bagi opinion mcmana pun...(emosional kejap...)Apapun yang first lagi tinggal kesan kat aku...Kenapa xsuka dengan yang kedua?? Citer dia asyik menyanyi jer...hampir keseluruhan citer menyanyi jer...(rasanya yang first dulu, xderlah asyik menyanyi je...ada juga story dia...)Tapi apapun kalu untuk tontonan family dgn anak2 yang kecil oklah...



See Ya...

Wednesday 7 December 2011

Tukar Template lagi...

Salam Diaries...

Untuk kali ketiga rasanya, aku asyik dok tukar template untuk blog aku nie...kalaulah kauorg2 yang sudi menjenguk kat blog nie comfirm2 perasan...Tapi sebetulnya aku nak tukar balik first template yang aku guna dulu tapi cari punya cari, google punya google - langsung tak jumpa...

Tapi rasanya template yang nie dah boleh puaskan hati aku sendirilah even orang lain x suka...agak2 kauorg suka x???

See Ya...

Monday 5 December 2011

Tengok Wayang - Puss In Boots

Salam Diaries...

Last weekend, aku dengan MIS pergi tengok wayang citer 'Puss in Boots'...Mula2 tue nak tengok Ombak rindu tapi bila fikir2 balik, ambik kira atas apa yang dah & sedang berlaku antara kitaorang berdua..Jadi diputuskan cite 'Puss in Boots' jadi pilihan...

Kitaorg mcm biasalah boleh kira bernasib baik sebab selalu dapat beli tiket pada saat2 akhir, dapat seat yang paling strategik@best gitu...Mula2 tue ingat nak tengok yang kul 7.25pm tapi sebabkan kitaorg  sampai dah kul 7.30pm, terpaksalah ambik yang 8.30pm...Berbalik pada cerita 'Puss in Boots' nie, penuh panggung...Overall citer dia memang menarik, best..Even citer kartun tapi yang penuhkan dewan panggung tue majoritinya orang dewasa, included aku dgn MIS...

Memang best...Tapi yang paling tinggal kesan - maybe kat semua penonton adalah watak pembantu yang cuma cakap - 'opss' sambil tutup mulut dengan matanya terbuntang luas...even 3 scenes jer dia kuar tapi memang tinggal kesan...Kat sini aku letakkan trailer citer nie, watak tue ada dalam trailer nie...Enjoy...



See Ya...

'Sisa' Kenduri Kahwin

Salam Diaries...

Seperti semua sedia maklumlahkan...Bulan 12@Disember, bukan saja bulan budak2 cuti sekolah tetapi juga bulan majlis orang kahwin...mesti kauorg dapat banyak jemputan kan??? Aku xbanyak pun, dua jemputan jer...Dan dua-dua jemputan tue pun dah lepas...

Dalam dua-dua jemputan yang aku attend tue, yang paling menarik perhatian aku adalah door gift diaorang...Selain doorgift, ada juga yang sebut cenderahati, cenderamata, 'bontrok' (dalam bahasa jawa), 'sisa' (dalam dialek Kelantan) dan macam2 lagilah...Dah aku nie pun asalnya anak Kelantan Jati, jadi aku akan gunakan perkataan 'sisa'...senang...

Apa yang menariknya dengan 'sisa' diaorg???Tak menarik pun, cuma wat aku terfikir2 - mungkin disebabkan wang hantaran ataupun kos perbelanjaan yang tinggi maka 'sisa' tue pun disediakan ala kadar jer..Apa 'sisa' tue??? Untuk kenduri pertama, 'sisa'nya adalah sebungkus popcorn dan untuk kenduri yang kedua, jajan super ring dgn bahulu ikan...Aku bukannya ada niat nak mengata tentang hal ini, sebabnya kalu dulu, 'sisa' yang disediakan memang orang kata 'berbaloi'...

Mana taknya, dulu orang akan bagi telur, poppuari (tah betul tah tidak ejaannya), kadang2 tue pen, tuala kecil yang digubah...Kalu orang kata zaman sekarang dah xblh bagi telur, boleh terima jugalah sebab telur dah mahal...Apapun, tue semua bergantung pada orang yang wat kenduri tue...Maybe faktor kewangan menyebabkan 'sisa' nie disediakan ala kadar jer...Fikir-fikirlah...

See Ya...