Friday 14 December 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Thailand (Semi Final)


 
Salam Diaries,

Pertama2 kalinya, selamat tinggal AFF SUZUKI CUP 2012…lagi 2 tahun kita jumpa lagi…dengan kekalahan 2-0 dengan Thailand semalam (13/12/12) pada pusingan timbang balik peringkat separuh akhir kedua menyingkirkan Harimau Malaya untuk mara ke pentas akhir…nampaknya skrip pada 2010 hanya separuh sahaja yang berjaya disiapkan…sedih memang sedih tetapi aku tetap berbangga dgn semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh team Harimau Malaya…

Pada separuh akhir pertama yang berlansung pada 9/12/12, kesilapan Harimau Malaya hanya satu iaitu gagal mempertahankan satu gol yang berjaya dijaringkan oleh Mat Yo… permainan pada malam tersebut memang menarik…momentum perlawanan bergerak laju…Harimau Malaya sememangnya menunjukkan prestasi sebenar mereka masa tue…Cuma kesilapan bahagian pertahanan menyebabkan Thailand Berjaya menyamakan kedudukan…keseluruhannya memang seronok menyaksikan perlawanan pada malam tersebut…lagi seronok rasanya kalau dapat menyaksikannya secara live di Stadium Bukit Jalil bersama-sama ribuan penyokong Malaysia yang lain…suasana yang ditunjukkan macam itu adalah perlawanan final…

Pada separuh akhir kedua yang mana Harimau Malaya tersingkir…game malam tue menyakitkan hati…bukan sakit hati dgn Harimau Malaya tetapi dengan pengadil dan team Thailand…jelas nampak yang diaorg semuanya main dengan cara kotor dan hina…yang si pengadil pulak macam makan rasuah…asal dengan pemain Malaysia ada saja kesalahan yang dilakukan tetapi bila pemain Thailand wat kesalahan yang jelas2 depan mata, dia boleh buat tak tahu…rasa nak masuk dalam TV tu pergi cungkil2 biji mata pengadil bangang tue…nak sekeh2 kepala dia…bengang giler kot…yang pemain Thailand plak mmg tak payah cakaplah…dahlah main kasar, suka hati mak mertua bapak tiri laki adik dia dok tolak2 pemain Malaysia…saja jer nak naikkan angin pemain Malaysia…bukan setakat main kasar, penipu nombor satu…kena tolak sikit jatuh, tergelincir sikit nak salahkan pemain lawan…memang dasar penipu…puihhh….yang paling tak boleh terima bila pemain Harimau Malaya dilayangkan kad kuning kedua (maknanya automatic dapat kad merah)…boleh nampak kot yang tue bukan salah dia…mmg pengadil berat sebelah…dah kena bayar gamaknya…emmmm….kalau nak luahkan kemarahan kat sini sampai esok pun tak habis…bukan tak boleh terima kenyataan yang Harimau Malaya kalah tapi dengan mutu pengadilan dan corak permainan lawan yang macam sial tue…kalau kena kat mana2 pasukan pun mesti diorang marah…

Apapun semangat juang yang ditonjolkan oleh pemain Harimau Malaya malam tue memang boleh dibanggakan…walaupun bermain dengan 10 pemain mereka berjaya mempertahankan gol dari terus dibolosi oleh Thailand…tapi pelik dgn K.Rajagopal…kenapa malam tue dia gunakan taktikal 4-5-1?????? bagi aku sepatutnya K.Rajagopal sepatutnya mengekalkan taktikal 4-4-2…sebab kenapa??? Sbb malam tue kita nak kena menang tmbah plak kita tak bawa bekalan gol yang selesa ke sana…kita boleh lihat kot bagaimana diaorg ‘rantai’ Mat Yo malam tue…sorang lawan 3, mana adil…sekurang2nya kalau diletakkan 2 penyerang Mat Yo taklah keseorangan…itu sajalah yang aku tak puas hati dengan team Harimau Malaya… bahagian pertahanan tak payah cakaplah…memang hancur bila main 10 orang….tengah pulak macam dah kena bomoh siam…asal bila dapat bola, tak lekat kemas kat kaki… ‘Man of The Match’ malam tue, aku bagi kat Farizal Marlias – penjaga gol Malaysia…walaupun bolos 2 gol tapi dia dah berjaya mengawal gawang gol dari terus dibolosi terus-terusan…siap kena sepak kat muka dengan pemain Thailand kot…tapi pengadil??? buta, sial…

Dengan kemenangan semalam, nampaknya Thailand juga menang dengan permainan psikologi diaorg…kita dapat tgk/baca kat paper2 yang mana kemudahan latihan utk Harimau Malaya disediakan macam ‘melepaskan batuk kat tangga’…dgn padang latihan yang dikongsi dgn orang awam, last2 minute tak boleh wat latihan kat stadium perlawanan, kononnya nak jaga kualiti rumput…puihhh…kualiti rumput apanya????dgn padang Merbok (yang kat KL) tue lagi bagus….itulah Malaysia dan FAM – macam peribahasa ‘beruk dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’…harap FAM (terutamanya) dapat belajar dari apa yang berlaku sekarang..bukannya goyang kaki sambil duduk kat kerusi empuk dalam bilik aircond SAHAJA!!!!!!! Lain kali kalau boleh layan semua orang sama rata…tak perlu bagi yang 5 star punya services tapi bila kat tempat orang, ada diaorg bagi 5 star jugak???? Rasanya 1 star pun belum tentu…

Dengan tempoh 2 tahun akan datang, harap Harimau Malaya kembali mengaum, menjulang kembali kejuaraan ini…semua orang yang terlibat dalam bola sepak Malaysia dah kena tukar…cuba pemain baru, jurulatih baru serta kepimpinan yang baru…jangan pulak bila tahun 2014 nnti, semuanya masih yang sama…walaupun tak dapat masuk ke final, mara ke semi final tetap cukup membanggakan…apapun kami tetap bersamamu – Harimau Malaya…jatuh bangun tetap bersama…kalah menang setia dibelakang…jumpa lagi pada edisi 2014…Inyaallah…

Selamanya Harimau Malaya
Selamanya Sokong Malaysia

p/s : ini hanya pendapat dari seorang peminat bola sepak Malaysia…walaupun tak berapa arif, apa yang disampaikan dibuat berdasarkan pemerhatian/apa yang disaksikan..kalau rasa tak setuju, saya minta maaf…

 

Friday 7 December 2012

Tengok Wayang - Pontianak vs Orang Minyak


Salam Diaries,

Asyik story mory pasal bola jer...cam bosanlah plak kan...emmm kali nie nak review pasal wayang yang baru2 nie aku pergi tgk...rasanya dah berbulan2 aku tak tgk wayang nie...ingt2 yang pling last aku tgk citer ‘The Amazing Spiderman’...dan akhirnya pada 24 November hari tue, aku jejakkan kaki ke pawagan...niat hati masa tue nak tgk cite Hindustan lakonan Shah Rukh Khan – Jab Tak Haai Jaan...tapi malangnya tiket sold out...terpaksalah tukar plan tengok citer ‘Pontianak vs Orang Minyak’...watak utama dalam citer nie dilakonkan oleh Nabil (Pontianak) dgn Johan (Orang Minyak) dan diarahkan oleh Afdlin Shauki...

Bagi aku cerita nie kalau setakat nak release tension oklah...jalan cerita dia memang wat orang gelak jer memanjang...tengoklah sapa pulak pelakonnya...tapi bagi aku personally rasa sedikit terganggu dgn cara percakapan atau cara lontaran dialog dalam filem nie...taulah nak tunjuk konon2nya citer tue berlaku zaman dulu kala tapi cara percakapan diaorg bukannya mcm orang dulu kala tapi lebih kepada cara orang Indonesia bercakap...lebih baik guna jer bahasa Melayu yang betul (mcm kita cakap dlm seharian kita...)...lagi satu, teknik perceritaan dalam cerita dimana suara latar oleh Afdlin...itupun rasa sedikit terganggu...rasanya kalau tak der tukang pencerita lagi bagus kot....

Keseluruhannya memang cerita nie ok...maaflah kalau ada sapa2 yang tak setuju dgn pandangan aku nie...nie cuma pendapat peribadi aku jer...kiranya xderlah membazir duit, dgn beratur panjang utk beli tiket nie...


 

p/s : teringin sangat nak tgk Istanbul Aku Datang tapi dah tak der kat pawagan...kena pandai2lah ‘google’...emmmm...

Monday 3 December 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Indonesia


 
Salam Diaries,
 
Akhirnya Harimau Malaya berjaya melangkah ke separuh akhir...seperti yang disangka suasana perlawanan semasa bertemu dgn Indonesia seolah2 kita bermain di final...stadium penuh dgn ribuan penyokong...memang seronok menyaksikan suasana malam tue...walaupun hujan turun renyai2 tapi itu tidak mematahkan semangat utk para penyokong utk menyaksikan perlawanan tersebut dpan mata...bukan terpaksa berhujan tapi terpaksa berhimpit2 masa nak beli tiket...rupanya ramai yang beli tiket last minute malam tue...mungkin diaorg semua lebih kurang mcm aku juga...mulanya tak confident nak pergi tapi tetiba semangat tue datang berkobar2...hehehehhe....
 
Menyaksikan pertembungan antara Harimau Malaya dengan Sang Garuda (nama timangan utk Indonesia) mmg mendebarkan...masing2 perlukan kemenangan...tapi mungkin nasib masih berpihak pada Harimau Malaya...dan Sang Garuda terpaksa terbang pulang lebih awal...walaupun mencatatkan kemenangan tetapi dengan menduduki tangan ke 2 kumpulan, seolah-olah Harimau Malaya suka melalui perjalanan yang sukar dan penuh rintangan...kenapa??? sebab Harimau Malaya akan bertemu Sang Gajah (nama timangan utk Thailand) diperingkat separuh akhir nanti...seperti yang kita sememangnya sedia maklum yang Thailand is one of the team ‘terkuat’ in Asia....
 
Malam tue apa yang dapat aku perhatikan, kelemahan komunikasi antara pemain masih menyelubungi pemain2 Harimau Malaya...tapi nasib baik jugaklah kecekapan beberapa pemain membantu mempertahankan gol daripada dibolosi Sang Garuda...harap barisan pertahanan dan juga barisan tengah dapat memperbaiki masalah komunikasi antara satu sama lain...dengar2 Thailand mmg kuat bahagian serangan dgn tengah....jadi kita kena kukuhkan bahagian pertahanan, mantapkan bahagian tengah dan tajamkan bahagian serangan...selain itu, sikap tergopoh-gapah masa nak jaringkan gol yang masih ada perlu diketepikan...kalau tengok situasi sekarang yang paling membimbangkan adalah kecederaan yang dialami oleh beberapa pemain utama...tapi dgn jangka masa seminggu untuk ke match separuh akhir harap dapat memulihkan kecederaan dan mengembalikan kecergasan kepada semua pemain....
 
Kalau ikutkan kita mungkin boleh dapat lebih dari 2 jaringan malam tue tapi tak apalah...yang penting skrg kita dah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir...secara jujurnya dah sampai ke tahap nie aku dah cukup berbangga dengan team Harimau Malaya...katakanlah kalau kita tersungkur diperingkat separuh akhir, Harimau Malaya tetap di hati...aku tetap berbangga...tapi kalau kalah tue biarlah kalah dengan bermaruah...tapi (eh, eh...banyak pulak ‘tapi’nya...) kalau kita berjaya melangkah ke final, satu kejayaan utk Harimau Malaya...tambah pulak kalau kita merangkul juara, satu bonus berganda buat Harimau Malaya dan juga para penyokong...(harap ini bukan angan2 kosong..)
 
Chaiyok2 Harimau Malaya....