Sunday 15 April 2012

Tengok Wayang - Battleship

Salam Diaries,

Macam dah lama aku tak update pasal wayang...kenapa???sebab memang dah lama kot aku tak pergi tengok wayang dengan MIS...last tgk wayang masa cite SeeFood...tapi memang tabiat kitaorg kalu tak der cerita yang mampu buatkan kitaorg rasa membuak-buak nak tengok, memang jawabnya tak jejak panggunglah...dan utk kesekian kalinya, cite Battleship memang menaikkan semangat kitaorg utk pergi menontonnya...Full House kot masa kitaorg pergi tengok...even kat pawagan tue diaorg sediakan 3 panggung utk setiap tontonan tapi memang sumanya full...kali nie kitaorg tak berapa bernasib baik sebb set yang kitaorg dapat adalah 3 roll dari depan skrin...tapi tak derlh sampai menongak semcm je...still boleh blah lagilah...

Berbalik pada cite Battleship nie, menurut MIS ianya di adaptasikan dari game komputer yang menggunakan tajuk yang sama...sememangnya MIS selalu main game tue...itulah merupakan satu2nya faktor yang mendorong kitaorg menontonnya...permulaan cerita sedikit perlahan dimana diceritakan tentang pengenalan watak utama iaitu Hooper - seorang angkatan tentera laut US yg pd mulanya terpksa menyertai NAVY atas desakan abgnya.. walaupun sedikit perlahan, oklah sebab diaorg dah kenalkan awal2 nnti xderlh kita yang menonton tertanya2 nnti masa kat tgh2 jalan cerita...

Kalu ikutkan ini adlh kali ke2 aku tgk citer2 psal robot, perang2...yg first aku tgk adlh Transformer 3...jujurlah sebetulnya memang aku tak berapa berminat sebab kalu dh namanya perang confirm2 ada babak2 bunuh-membunuh walaupun secara tersurat mahupun tersirat...jadi masa permulaan kisah peperangan nie ada ramai askar2 Navy yg mati lepas tu dgn karektor/bentuk robot2 yg ganas mmg wat aku tak senang duduk...rasa mcm nak kuar panggung jer...tapi bila part perang antara kapal navy dgn kapal alien tue start tetiba je aku jadi seronok semcm...terlebih excitedlah pulak...hehehehehehe...

Kesimpulan yang aku boleh wat setelah menonton citer nie adlh - cite nie memang seronok utk ditonton...kira berbaloi dgn harga tiket yang dibayar (alaa...setakat RM12 sorang)...terfikir sejenak - kalaulah filem nie dihasilkan oleh prduksi dari Malaysia????

Sinopsis :-
Battleship bermula apabila pihak NASA menjumpai satu planet yang hampir sama dgn planet BUMI lalu mereka cuba menghantar signal ke planet tersebut...setelah beberapa tahun, pada satu hari pihak NASA telh mengesan 5 objek asing yng memasuki atmosfera bumi...pada hari yg sama juga kumpulan angkatan tentera laut seluruh dunia bersidang di Hawaii dan objek asing tersebut mendarat di lautan pasifik (dekat dgn tmpt bersidang askar2 Navy tue)...sewaktu latihan 4 buah kapal perang navy telah menghampiri kawasan objek asing itu terlepas...dan ini menyebabkan mereka telah terperangkap dan segala alat perhubungan terputus... Hooper telah dijadikan sebagai kapten setelah abangnya (lupalah plak nama watak tue) terbunuh sewaktu cuba menyerang objek asing tersebut...dan disitulah peperangan bermula...daripada 4 kapal perang dan akhirnya terpaksa menggunakan kapal perang lama yang telah dijadikan muzium sebagai langkah terakhir dalam menjayakan misi perang tersebut...



See Ya....

No comments:

Post a Comment