Showing posts with label Tengok Wayang. Show all posts
Showing posts with label Tengok Wayang. Show all posts

Sunday, 2 March 2014

Tengok Wayang - Sejoli

Hi Semua...

Hari tue selain tengok citer Robocop kitaorang sambung tengok citer Sejoli pulak...kalu ikutkan aku mula follow filem arahan Osman Ali nie sejak filem 'Cun' diikuti dgn Ombak Rindu dan kemudiannya Sejoli...sofar kesemua citer yang aku pernah tengok nie tak menghampakan..

Oklah berbalik pada kisah Sejoli...citer nie pada pendapat aku sesuai untuk ditonton bagi sesapa yang tengah serabut fikiran...sebab dia boleh release kan stress, tension kita...lawak dia biasa2 jer cuma mungkin keserasian yang terjalin antara Bront dgn Maya Karin nampak neutral...lakonan Izara dgn Remy pun boleh tahan...yang lagi dua orang iaitu Izat dgn Dira, tak payah cakaplah...memang terbaik...

Sinopsis Citer :

bermula dengan percutian ke Phuket dengan misi membawa diri sebaik sahaja kegagalan episod cinta masing-masing iaitu Joe dan Gina...konflik mula timbul apabila Gina menemui gambar kekasih kepada Joe iaitu Nita yang merupakan tunang kepada bekas kekasihnya iaitu Hardy...

disebabkan masih ada rasa sayang terhadap bekas kekasih masing2, mereka berdua sepakat untuk menghancurkan hubungan antara Nita dan Hardy dan plan mereka dibantu oleh sepupu dan rakan baik iaitu Lola dan Tompy...

Macam2 cara yang mereka lakukan dalam usaha untuk menghancurkan perkahwinan antara NIta dan Hardy...dan disinilah bermula pelbagai babak yang mencuit hati...



See Ya..

Tengok Wayang - Robocop

Hi semua (nak tukar pembuka bicara start dis entry..:)) )...

Dah lama sebetulnyer aku x review pasal cite2 yg aku gie tgk wayang...sebetulnya aku dh jarang sesgt2 gie tgk wayang...tak tahulh kenapa....hehehe...lagi 1 mungkin semenjak kehadiran 3 ekor sweetheart aka kucing kat dalam hidup aku nie, rasanya aku lebih rela spend masa dgn mereka2 berbanding keluar tgk wayang...yg penting duit pun tak habis...

Oklah untuk pertama kalinya dlm tahun 2014, aku nak review pasal wayang yang aku pergi tgk baru2 nie iaitu Robocop...orang kali filem robocop ni bukan yang pertama kali difilemkan (tak sure sgt kali ke berapa...)....tak kisahlah dah kali ke berapa yang aku tahu ini pertama kali aku tgk...kalu yg versi kartun yang dimainkan setiap hari sabtu kat tv tue lain kiralah...

Sofar apa yang aku boleh katakan citer nie oklah...tak rugilah bg yang beli tiket...tapi yang nyata korang jangan terlalu expect yang citer nie byk aksi...boleh kata 40% jer aksi yang dipaparkan dan selebihnyer lebih kepada permainan emosi...

Sinopsis Cerita :

cerita nie berkisar tentang seorang detektif yang bernama Alex Murphy yang mana telah 'ditukarkan' menjadi robot demi menyelamatkan nyawanya (itu niat asal wife dia, Clara)...kisah hidupnya bermula apabila Alex mengalami kecederaan yang parah setelah keretanyer meletup akibat pemasangan bom oleh seorang penjahat yang paling dikehendaki (Alex menyiasat kesnyer)...

Walaupun hampir 80% dirinya telah bertukar menjadi robot, emosi dan ingatannya sebagai seorang manusia tidak pernah hilang...hal ini menyebabkan dia masih mengingati akan kejadian yang menimpa dirinya lalu membuat keputusan untuk menghapuskan orang yang bertanggungjawab mengubah dirinya menjadi robot...Maaflah kalau sinopsis kali nie ringkas seringkasnya...mengejar masa..tapi seperti yang aku cakap tadilah, tak rugi beli tiket untuk menonton filem ini...


See Ya..



Friday, 7 December 2012

Tengok Wayang - Pontianak vs Orang Minyak


Salam Diaries,

Asyik story mory pasal bola jer...cam bosanlah plak kan...emmm kali nie nak review pasal wayang yang baru2 nie aku pergi tgk...rasanya dah berbulan2 aku tak tgk wayang nie...ingt2 yang pling last aku tgk citer ‘The Amazing Spiderman’...dan akhirnya pada 24 November hari tue, aku jejakkan kaki ke pawagan...niat hati masa tue nak tgk cite Hindustan lakonan Shah Rukh Khan – Jab Tak Haai Jaan...tapi malangnya tiket sold out...terpaksalah tukar plan tengok citer ‘Pontianak vs Orang Minyak’...watak utama dalam citer nie dilakonkan oleh Nabil (Pontianak) dgn Johan (Orang Minyak) dan diarahkan oleh Afdlin Shauki...

Bagi aku cerita nie kalau setakat nak release tension oklah...jalan cerita dia memang wat orang gelak jer memanjang...tengoklah sapa pulak pelakonnya...tapi bagi aku personally rasa sedikit terganggu dgn cara percakapan atau cara lontaran dialog dalam filem nie...taulah nak tunjuk konon2nya citer tue berlaku zaman dulu kala tapi cara percakapan diaorg bukannya mcm orang dulu kala tapi lebih kepada cara orang Indonesia bercakap...lebih baik guna jer bahasa Melayu yang betul (mcm kita cakap dlm seharian kita...)...lagi satu, teknik perceritaan dalam cerita dimana suara latar oleh Afdlin...itupun rasa sedikit terganggu...rasanya kalau tak der tukang pencerita lagi bagus kot....

Keseluruhannya memang cerita nie ok...maaflah kalau ada sapa2 yang tak setuju dgn pandangan aku nie...nie cuma pendapat peribadi aku jer...kiranya xderlah membazir duit, dgn beratur panjang utk beli tiket nie...


 

p/s : teringin sangat nak tgk Istanbul Aku Datang tapi dah tak der kat pawagan...kena pandai2lah ‘google’...emmmm...

Sunday, 15 July 2012

Tengok Wayang - The Amazing Spiderman

Salam Diaries..

Untk kesekian kalinya aku pergi tgk wayng dgn MIS setelah hmpi sebln lbih tak jjakkn kaki kat panggung..yeke sebln lbih?? yelh kot..dan kali nie ktorg tgk citer The Amazing Spiderman..semmgnya aku mmg tunggu tyngan citer nie..tak tahulh kenpa..disbbkn itulh aku dgn pnuh smngat wajar menapak di panggung kegemaran-cineleisure damansara pada hari pertama tayangan..ponteng keje meh?? mana ada ponteng ambik cuti jer kbtlan pgi tue aku ada intrview kat putrajaya..

Skrg kita story psal citer spiderman nie..keseluruhan citer dia mmg tak se'amazing' tajuknya..permulaan citer mmg trlalu slow - bagi akulh..yg part pling amazing semestinya part last dimana hero nak selamatkan dunia..mmg terujalh tgk..mmg ada byk kot perbezaan yang dpt kita tgk dlm spiderman skrg dgn spiderman yg dulu..antaranya kisah percintaan spiderman dgn gadis idaman..kalau yg lama mcm susah jer si Peter Parker nie nk ngorat awek idaman dia tapi dlm sekuel yg baru nie mmg tak der halangan...lagi satu kalau kauorg yg dah tgk citer nie - acu cuba try perhatikn betul2 mcmana benang labah2 tue keluar dari tgn spiderman...kalau yg lama ianya kuar semulajadi dari tgn si Peter tue tapi dlm yg the latest nie benang tue terhasil dari sejenis alat (gajet kot) yg dipakai di pergelangan tangan spiderman tue...kalau org tnya aku yg mana lgi aku suka - version yg lama pilihan aku..kenapa?sbb jln citer cepat dan tak meleret2 sgt..tapi kalu bab hero pilihan confirm2 aku pilih yg the latest..lagi hensem kot bnding dgn yg lpas..rsanya yg latest nie pling sesuai dgn watak spiderman..

Apapun masih terhburlh tgk wayang nie..tak derlh rasa kerugian menontonnya..dan yg pling penting dan dgn confiden lever yg tinggi aku percaya akan ada sekuel yg seterusnya..



See Ya...

Sunday, 15 April 2012

Tengok Wayang - Battleship

Salam Diaries,

Macam dah lama aku tak update pasal wayang...kenapa???sebab memang dah lama kot aku tak pergi tengok wayang dengan MIS...last tgk wayang masa cite SeeFood...tapi memang tabiat kitaorg kalu tak der cerita yang mampu buatkan kitaorg rasa membuak-buak nak tengok, memang jawabnya tak jejak panggunglah...dan utk kesekian kalinya, cite Battleship memang menaikkan semangat kitaorg utk pergi menontonnya...Full House kot masa kitaorg pergi tengok...even kat pawagan tue diaorg sediakan 3 panggung utk setiap tontonan tapi memang sumanya full...kali nie kitaorg tak berapa bernasib baik sebb set yang kitaorg dapat adalah 3 roll dari depan skrin...tapi tak derlh sampai menongak semcm je...still boleh blah lagilah...

Berbalik pada cite Battleship nie, menurut MIS ianya di adaptasikan dari game komputer yang menggunakan tajuk yang sama...sememangnya MIS selalu main game tue...itulah merupakan satu2nya faktor yang mendorong kitaorg menontonnya...permulaan cerita sedikit perlahan dimana diceritakan tentang pengenalan watak utama iaitu Hooper - seorang angkatan tentera laut US yg pd mulanya terpksa menyertai NAVY atas desakan abgnya.. walaupun sedikit perlahan, oklah sebab diaorg dah kenalkan awal2 nnti xderlh kita yang menonton tertanya2 nnti masa kat tgh2 jalan cerita...

Kalu ikutkan ini adlh kali ke2 aku tgk citer2 psal robot, perang2...yg first aku tgk adlh Transformer 3...jujurlah sebetulnya memang aku tak berapa berminat sebab kalu dh namanya perang confirm2 ada babak2 bunuh-membunuh walaupun secara tersurat mahupun tersirat...jadi masa permulaan kisah peperangan nie ada ramai askar2 Navy yg mati lepas tu dgn karektor/bentuk robot2 yg ganas mmg wat aku tak senang duduk...rasa mcm nak kuar panggung jer...tapi bila part perang antara kapal navy dgn kapal alien tue start tetiba je aku jadi seronok semcm...terlebih excitedlah pulak...hehehehehehe...

Kesimpulan yang aku boleh wat setelah menonton citer nie adlh - cite nie memang seronok utk ditonton...kira berbaloi dgn harga tiket yang dibayar (alaa...setakat RM12 sorang)...terfikir sejenak - kalaulah filem nie dihasilkan oleh prduksi dari Malaysia????

Sinopsis :-
Battleship bermula apabila pihak NASA menjumpai satu planet yang hampir sama dgn planet BUMI lalu mereka cuba menghantar signal ke planet tersebut...setelah beberapa tahun, pada satu hari pihak NASA telh mengesan 5 objek asing yng memasuki atmosfera bumi...pada hari yg sama juga kumpulan angkatan tentera laut seluruh dunia bersidang di Hawaii dan objek asing tersebut mendarat di lautan pasifik (dekat dgn tmpt bersidang askar2 Navy tue)...sewaktu latihan 4 buah kapal perang navy telah menghampiri kawasan objek asing itu terlepas...dan ini menyebabkan mereka telah terperangkap dan segala alat perhubungan terputus... Hooper telah dijadikan sebagai kapten setelah abangnya (lupalah plak nama watak tue) terbunuh sewaktu cuba menyerang objek asing tersebut...dan disitulah peperangan bermula...daripada 4 kapal perang dan akhirnya terpaksa menggunakan kapal perang lama yang telah dijadikan muzium sebagai langkah terakhir dalam menjayakan misi perang tersebut...



See Ya....

Monday, 19 March 2012

Tengok Wayang - SeeFood

Salam Diaries...

As usual last weekend aku dengan MIS gie tengok wayang citer SeeFood...kalu ikutkan nak tgk pada minggu awal pembukaan citer nie tapi disbbkan beberapa msalah yg melanda terpksalah ditangguhkan prog nie...dan akhirnya hari Ahad lepas dapatlah aku tengok...

Mula2 tue bajet mcm orang ramailah yang akan dtg tgk citer tue (full houselh kononnya) tapi rupa2nya sangkaanku meleset...masa smpi kat Cineleisure dah pukul 12.15pm...citer tu pun yg first tayangan pun 12.15pm...jadi fikirkan mybe sempat lagi kitaorg requestlah yang schedule time tu juga...alangkah terkejutnya (metafora sangat...) tengok panggung tak penuh pun...ingtkan penuhlah sebab Ahad public holiday + hari terakhir cuti sekolah...apapun even beli tiket last minute tapi seat dpat yg terbaik...

Berbalik pada cerita SeeFood..ianya tak seperti yang aku harapkan...tak adalah mengharapkan yang ianya sehebat Finding Nemo tapi mungkin sebaik itulah...entahlah bila tengok citer kartun ni tak der rasa nak tengok lagi sekali...mungkin aksi yang dipaparkan tak cukup nak tarik orang datang tengok utk kali kedua...macam mentor2 selalu cakap kat protage diorang kat dlm rancangan Mentor (TV3) - ada something kat dalam citer tu yang tak diluahkan@dikeluarkan semuanya...apapun aku tetap tumpang banggalah dengan kejayaan warga2 Malaysia yang bertungkus lumus dlm penghasilan SeeFood nie...lukisan karektor2 kartun dia + sinematografi memang cantik sangat2...

Sinopsis :
Mengisahkan tentang Pup (jerung yang kecil lagi comel) yang bersahabat dengan Julius (jerung yang besar dan baik)...suatu hari telur ikan jerung (spesis Pup) telah dicuri oleh nelayan dan ini membuatkan Pup bertekad utk menyelamatkan telur tersbut...Pup akhirnya mendapat tahu yang dia merupakan seekor jerung yang boleh bernafas atas daratan sebagaimana Penyu dan hal ini menguatkan lagi keinginan/semangat utk dia menyelamatkan telur2 tersebut...atas hasutan Spin (ikan pari yang pada mulanya berniat jahat kemudian berubah jadi baik) Pup ke daratan sendiri...Julius yang mendpt tahu akan hal tersbut mminta pertlgan Mattle (Penyu betina yang berperanan seperti seorang ibu) dan Otto (seekor sotong Kurita yang kepalanya agak besar) utk membina sebuah mesin yg mmbolehkannya menyelamatkan Pup...berlakulah beberapa perkara yang tak disengajakan sepanjang Julius bersama 3 pembantunya sewaktu berada di daratan sehingga berlaku perkara yang sebaliknya...pada asalnya Julius cuba menyelamatkan Pup tetapi akhirnya Pup yang menyelamatkan Julius....pergembaraan mereka didaratan disertai 3 ekor ayam jantan, 1 ekor ayam betina dan sekumpulan ketam merah yang obses dengan kelapa....

Kalau kauorang nak tahu lebih lanjut apa kata kauorang pergilah tengok wayang atau beli DVD lepas tue tengoklah sendri...apapun cerita SeeFood ini ada jugaklah pengajaran yang cuba dismpaikan dan antaranya adalah nilai sebuah persahabatan...tak kurang juga dengan kesan terhadap laut akibat pencemaran air yang dilakukan oleh Manusia...Selamat menonton...

-Lainkan poster dia...huhuhuhu...ini jelh yang jumpa kat internet-
See ya...           

Tuesday, 28 February 2012

Tengok Wayang - Adnan Sempit 2

Salam Diaries,

Last weekend, hari Sabtu aku dengan MIS merayau-rayau dekat Viva Home...tahu tak apa itu Viva Home??Tak tahu???tak pernah dengar ek??? sebetulnya Viva Home nama shopping complex yang baru beroperasi kat Jalan Loke Yew dekat-dekat dengan bulatan Chan Sow Ling (salah eja rasanya nie...)...alaa bangunan lama yang terletak tepi jalan nak ke Cheras, Taman Connought tue...lagi satu dia dekat dengan LRT Taman Miharja...tak tahu lagi kat mana???pandai2lah kauorang google kat internet...

Sebetulnya aku ajak MIS kesana sebab nak tengok pameran kucing...dah puas tengok kucing-kucing yang begitu comel, yang rasa geram sangat nak peluk, cium (sori tak sempat ambik gmbar sbb org ramai kot) kitaorg pun berjalan-jalanlah kat dlm kompleks tue...boleh tahan besar jugaklah tapi tak meriah sangat...maybe tempat tu still baru dan lagi satu tak berapa strategik kot kat situ...dah berjalan-jalan barulah kitaorg tahu kat situ ada panggung wayang MBO...dan akhirnya MIS ajaklah menonton Adnan Sempit2...orang tak ramai pun jadi tak payah risau pasal seat...

Honestly aku cakap, yang aku lagi suka Adnan Sempit satu....memang aku jenis yang susah nak terima sekuel filem-filem Melayu nie...tak tahulah kenapa...tapi apapun Adnan Sempit 2 tetap menghiburkan... yang paling tak boleh blah bila part Intan Ladyana dgn Sam mengelar diri mereka sebagai 'papa' & 'mama'...itu yang bagi aku lawak sikitlah...kauorg pun mesti dapat bayangkan...dengan muka sengal Sam lepas tue panggil mama papa...huhuhhuuu...

Kemunculan watak sepupu Intan (lupalah nama dia) mungkin lakonan dia boleh diperkemaskan lagi pada masa akan datang...sebab first filem kot jadi impak dia tak berapa...lagi satu watak minah rempit yang ditonjolkan dalam satu babak...tak tahulah apa motif sebenar watak tu diwujudkan...rasanya tak sesuai kot watak minah rempit ditonjolkan sebagai perempuan yang menutup aurat (even dia tak pakai tudung labuh)...watak-watak pembantu lain macam watak Yana, Along dgn Angah Raja Lawak tak der apa yang boleh dicomplaint...

Sofar, bolehlah kalu sesiapa yang nak relief tension, bolehlah layan cerita ni...tapikan rasa-rasanya memang tue ajelah cerita Melayu yang tengah dok tayang sekarang...kalau ada pun 1 Mac nnti kot...apapun selamat menonton...

P/s : maybe this is first and last kot aku pergi tengok wayang kat MBO...kenapa? seat dia tak best langsung..bagi orang yang kurang ketinggian macam aku memang tak seronok...seat dia mcm duduk kat dalam kapal terbang...lepas tue skrin kat atas kepala...huuhuuuuu...

See Ya...

Tuesday, 20 December 2011

Tengok Wayang - Ombak Rindu (Part II)

Salam Diaries...

Ingat lagi tak dengan entry yang lebih kurang macam kat ada cuma yang beza kat hujung jer - Part I...hehehhe...nie ala2 sambungan untuk entry tue jerlh...Al-kisahnya, aku dah pun tengok cite 'Ombak Rindu' tue...malam tue aku tengok mid nite punya movie...Fuhhhh (bukan rancangan kat TV3 yer...) nasib baik aku dan booking tiket awal2...mana taknya, even tayangan mid nite pun - Full House tuee... Masa aku sampai kat kaunter tiket tue, adalah 2,3 couple yang dok menyoal budak2 yang jual tiket pasal 'seat reservation'...tapi semuanya hampa sebab :-
1) seat tue belum dibuka
2) memang tinggal yang aku punya jer belum ambil (hehehehehhee)

Malam tue, lambat jugaklah kitaorg sampai sebab MIS sampai PJ lambat...dengan nak makan lagi, nak cari parking lagi...tapi kitaorg still bernasib baik...Tapi yang wat aku sedikit bengang (mungkin orang2 lain jugalah) wayang start lambat...bukan setakat start lambat, bukak panggung pun lambat...bukak panggung???macam ritual untuk 'wayang kulit' plak...wayang jugak...(dah jangan dok membebel)..

Berbalik pada cerita 'Ombak Rindu' tue, yang aku boleh cakap 'Wayang Terbaik 2011'...Itu pendapat akulah...kalau ada yang tak setuju, lantak diaorglah...Cuma terasa yang citer nie slow sikit, terlelap jugaklah kejap masa tgh tengok tue...hohhoohoho...(maybe sebab time tue kan time tido)...Dan yang paling pentingggg.............aku tak nangis pun...rasa2nya orang2 yang tengok malam tue pun xnangis sebab xder dgr pun bunyi orang menangis...Tapi xnafilah yang cite dia memang sedih, asyik,mendayu-dayu, menyentuh jiwa, emosi...Tapikan, ada sesetengah babak tue, audiens gelak, ketawa...sedangkan babak tue tak lawak pun...Bila fikir2 balik, ingat2 balik, renung2 balik - diaorg gelak sebab Aaron Aziz berdialog...yelah selalu tengok Aaron nie watak dia baik, dialog pun sopan..tapi masa awal2 citer nie, dialog dia cam kasar2 sikit...Dan semestinya dia tersangat comel, sweet masa ucap dialog tu...

Dari segi lakonan, memang Maya Karin boleh menang kot Pelakon Terbaik...Lakonan dia memang mantap cuma yang kurang bagi aku pertuturan dia...yelah orang dah pelat Inggeris mmg xboleh nak hilang pelat dia tue...cam akulah, orang Kelantan...pergi mana2 pun pelat Kelantan tetap kuar jugakkan...Aaron Aziz plak xpayah cakap...memang Awesome...memang dia comel masa dia menangis...Lisa plak, mungkin boleh perbaiki lagi kot...Bront pun lebih kurang mcm Aaron..Terbaik.. Yang lain2 pun semuanya hebat2...Cuma watak Datuk Sufiah...kenapa perlu cakap mcm pelat orang Inggeris???? (tak faham...????)

Apapun keseluruhannya memang menariklah...teringat yang Cik Fauziah (penulis novel) complaint yang dia tak berapa berpuas hati dengan citer nie - banyak benda dlm novel x dimasukkan dlm filem...Bagi aku yang pernah baca novel nie bertahun2 lepas - filem dgn novel hampir 90% sama...rasanya xder part penting yang tertinggal pun...Maybe Cik Fauziah terasa sebab dia xterlibat dlm penulisan skrip utk filem nie...Harap lepas nie kalau ada producer2 nak filemkan novel2 popular, jemputlah penulis novel tersebut together2 dalam penghasilan skripnya...

Memang xrugilah tengok citer nie...Apapun kauorg layan dulu 'trailer' dia :-



P/s : Semua yang ditulis dalam entry nie adalah pendapat peribadi...harap kauorg semua boleh terima dengan terbuka

See Ya...

Friday, 16 December 2011

Tengok Wayang - Ombak Rindu (Part I)

Salam Diaries,

Nak bagitahu yang malam nie aku nak pergi tengok wayang citer yang tengah HOT GILER skrg nie..Cite apa lagi kalu bukan - OMBAK RINDU...Nak gie tengok wayang pun nak kepohci2...Saja jer, excited katakan...Maklumlah baru jer baik dengan MIS, lepas tue dia belanja tengok wayang plak...tue yang jadi kepohci2 nie...hohohohooh...(semangat Christmas gitu...)

Yang nak jadikan citernyer, bukan aku yang pilih citer nie tapi MIS yang beriya2 ajak aku tengok... emm..hebat betul penangan cite nie yer...sampai kaum lelaki pun beriya2 ajak buah hati diaorg gie tengok..Masa mula2 dia bgth nak belanja tgk wayang tue aku ingatkan dia nak ajak tengok cite SONGLAP (masa tue cite nie baru kuar) tapi tekaanku meleset...Xkisahlah cite apa sekalipun, janji orang belanja...

Best sangat ke cite OMBAK RINDU nie???Kalu novel dia (yang aku dah baca beberapa tahun lepas) memang bestlah...terbuai2, mendayu2 perasaan...Tapi bila dok baca paper, blogger2 yang review pasal citer nie, keseluruhannya bgth cite nie BEST!!!...Yang tak boleh blah lagi, kakak office aku siap suruh aku bawak sapu tangan...Katanya tisu leceh...Kenapa meh??? Sebab menurut kakak office tue, cite tue memang akan buat aku menangis...menangis???seingat aku dalam seumur hidup aku nie, sekali jer aku menangis bila tengok wayang...citer apa????------------"My Name Is Khan" (cite hindustan lor...)...Apapun kita tengok jerlh macamana mlm nanti...huhuhuu...Kita layan sekejap sinopsis cite nie - mengikut novel :-

Izzah adalah seorang yatim piatu yang kematian kedua ibubapanya akibat kemalangan jalan raya. Dari situ, dia mula dipelihara oleh pakcik saudaranya, Pak Cik Taha. Pak Cik Taha seorang yang kuat berhutang. Disebabkan menanggung hutang yang banyak, Pak Cik Taha telag menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam untuk dijadikan pelacur. Disitu Izzah berkenalan dengan Hariz, seorang lelaki kaya dan angkuh. Izzah telah meminta bantuan Hariz untuk membawanya keluar dari tempat tersebut dan Hariz setuju. Dan atas permintaan Izzah juga, mereka berdua berkahwin tetapi Hariz meminta supaya perkahwinan tersebut dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, mengugat cinta Izzah kepada Hariz yang baru berputik. Pelbagai konflik mula timbul apabila Hariz perlu mengahwini Mila termasuklah reaksi dari Datuk Sufiah, ibu Hariz tentang perkahwinan rahsia Hariz dan Izzah.
(semangat gitu aku menaip sinopsis cite nie)

- Muka Depan novel asal 'Ombak Rindu' -
Tunggu update utk Part II...

See Ya...

Thursday, 8 December 2011

Tengok Wayang - Happy Feet 2

Salam Diaries,

Dah alang2 habis lunch awal, rasanya nak update ckit entry kat blog nie...sebenarnya dah lama nak review pasal cite nie tapi sakit 'kemalasan' yang melampau menyerang..al-jawabnya review tue ditunda pada hari nie...Lagi satu penyebabnya - citer nie xmenarik perhatian aku pun...

Kalu ikutkan mula2 tue memang excited nak tengok wayang nie sebab dah pernah tengok yang pertama dulu...Jadi aku bajet mesti best mcm yang first...Tapi betullah apa yang orang2 dok cakap...selalunya sekuel seterusnya dah xmenarik...Begitulah yang terjadi dengan Happy Feet 2...

Tapi ini just my opinion jerlh...kalu orang lain kata cite nie best, tue hak diaorg dan ini blog aku, hak aku, suka hati akulah nak bagi opinion mcmana pun...(emosional kejap...)Apapun yang first lagi tinggal kesan kat aku...Kenapa xsuka dengan yang kedua?? Citer dia asyik menyanyi jer...hampir keseluruhan citer menyanyi jer...(rasanya yang first dulu, xderlah asyik menyanyi je...ada juga story dia...)Tapi apapun kalu untuk tontonan family dgn anak2 yang kecil oklah...



See Ya...

Monday, 5 December 2011

Tengok Wayang - Puss In Boots

Salam Diaries...

Last weekend, aku dengan MIS pergi tengok wayang citer 'Puss in Boots'...Mula2 tue nak tengok Ombak rindu tapi bila fikir2 balik, ambik kira atas apa yang dah & sedang berlaku antara kitaorang berdua..Jadi diputuskan cite 'Puss in Boots' jadi pilihan...

Kitaorg mcm biasalah boleh kira bernasib baik sebab selalu dapat beli tiket pada saat2 akhir, dapat seat yang paling strategik@best gitu...Mula2 tue ingat nak tengok yang kul 7.25pm tapi sebabkan kitaorg  sampai dah kul 7.30pm, terpaksalah ambik yang 8.30pm...Berbalik pada cerita 'Puss in Boots' nie, penuh panggung...Overall citer dia memang menarik, best..Even citer kartun tapi yang penuhkan dewan panggung tue majoritinya orang dewasa, included aku dgn MIS...

Memang best...Tapi yang paling tinggal kesan - maybe kat semua penonton adalah watak pembantu yang cuma cakap - 'opss' sambil tutup mulut dengan matanya terbuntang luas...even 3 scenes jer dia kuar tapi memang tinggal kesan...Kat sini aku letakkan trailer citer nie, watak tue ada dalam trailer nie...Enjoy...



See Ya...

Wednesday, 26 October 2011

Tengok Wayang - Reel Steel

Salam Diaries,

Last weekend, on Saturday aku dgn MIS going to watch a movie at Cineleisure@Curve...That place memang tempat favorite kitaorg..kenapa???sebab kat sana xramai orang...kalau kat shopping complex ada lagi ramai orang...hehehehehhe...

Oklah berbalik pada citer tengok wayang tadi...pada mulanya aku bercadang nak tgk 'Klip 3gp' tapi MIS xberapa nak...katanya takut 'teransang'...hohohohohoo...pandai MIS buat lawak...sampai2 dekat panggung - time tu dah 3.15pm manakala wayang citer tue plak kul 3.30pm...MIS tanya - whether nak tgk citer 'Klip 3gp' skrg atau tgk citer lain...sebenarnya dia nak sangat tgk citer 'Reel Steel' nie...Jadi mengenangkan yang kitaorg pun belum makan lagi, jadi aku dgn berat hati wat keputusan untuk tengok 'Reel Stee'..wayang citer tue kul 4.50pm...jadi dapatlah kitaorg makan kejap...

Maka saat yang ditunggu pun tiba...kul 4.50pm kitaorg pun masuk panggung...mula2 tue mcm xder oranglah...kononnyerlah...tapi xsampai beberapa minit lepas-Full House...memang penuh panggung lah...dan ceritanya pun bermula...Mula2 tue macam perlahan jer citer dia...tapi bila dah masuk minit ke-10 momentum citer dah mula bergerak pantas...kemunculan Max Kenton - anak kepada Charlie Kenton lakonan Hugh Jackman memang menghidupkan perjalanan cerita ini...


Tak padan dengan umur, lakonan Dakota Goya sebagai Max Kenton memang menghiburkan, 'menjadi' - bak kata orang Malaysia...suka sangat tengok scene Max menari dengan robotnya- Atom...scene yang paling best masa dah nak habis cerita....time tue Atom menyertai Liga Tinju (lupa plak apa nama liga dia tue)...memang seronoklah scene bertinju antara robot tue...rasanya suma orang yang kat dlm panggung tue teruja dengan scene tersebut termasuklah aku...hehehehehehe...


Aku malas nak citer panjang lebar pasal movie nie...kalau rasa nak tengok, baik pergi tengok wayang sendiri..xpun beli jer DVD dia...2 jam kat dalam panggung memang xterasa...sebabnya - Citer nie memang BEST!!!Oklah kat bawah nie aku serta trailer citer nie...selamat menonton...Memang xkan menyesal...


 Official Trailer - Reel Steel

See Ya...

Tuesday, 4 October 2011

Tengok Wayang - Johnny English Reborn

Salam Diaries...


Semalam aku dgn MIS pergi tengok wayang cite Johnny English Reborn...tengok wayang hari Isnin???a'ah kitaorg tengok wayang hari Isnin...sebetulnya semalam aku half day sebab aku keje on weekend hari tue jadi dapatlah replacement leave...sepatutnya dapat 1 hari tapi dah my boss - kalu ikutkan dia nak aku cuti hari Selasa tapi dah alang MIS cuti hari Isnin, terpaksa ambil jugaklah even half day...halal je lah...MIS???Dia memang ambil cuti hari Isnin sebab Ahad hari tue dia dgn family kat Kuala Pilah (ayah dia org Kuala Pilah...anak jati sana...) pergi trip ke Kuching, Sarawak...balik dari Sarawak hari Ahad jadi dia ambiklah cuti hari Isnin...konon nak bagi hilang penat...nanti dalam entry lain aku cite apa yg aku dapat 'ole-ole' dari MIS...


Ok2, berbalik pada cerita wayang tue...kitaorg tgk kat Mid Valley...masa kitaorg sampai dlm kul 3.30pm, tiket utk tayangan kul 4.25pm cuma tinggal yang reservation dgn seat yang paling depan...kitaorg deals dgn budak yg jual tiket tue, kalu xder sapa2 yang dtg collect yg reservation tue, panggil kitaorg...kitaorg tnggu kat hujung...dh tnggu lebih kurang 20 minit, kitaorg dapatlh tgk cite tue..


Keseluruhan cite tue oklh..panggung penuh & xsunyi dgn gelak ketawa audiens yang lain..kira boleh suggest kat org lainlah kalu sapa2 yg masih tercari2 nak tgk wayang apa hujung minggu nie...dari 5 bintang aku bagi 4.5 bintang...sebab lawak Mr Bean (yg bawak watak Johnny English) natural..bagi akulah...


See Ya...

Sunday, 18 September 2011

Tengok Wayang - Raya Tak Jadi

Salam Diaries...

Ingat lagi tak entry 'Serangan Migrain' hari tue???Jangan risaulah bukan nak citer benda2 yang menakutkan & meloyakan tapi nak review pasal wayang yang kitaorg tengok hari tue...Hari yang aku kena serangan tue, aku dgn MIS tengok wayang citer 'Raya Tak Jadi'...MIS yang beriya2 sangat nak tengok citer tue terpaksalah mengikutnya...sebabnya - dia yang belanja...

Keseluruhan citer dia, xderlah menarik sangat pun...Kelakar tue memang kelakar tapi tahlah...Rasanya boleh kira berapa kali aku gelak...sebab adakalanya lawak dia tue bagi aku xlawak langsung pun...Tapi aku 'salute'lah dengan pengarah dia sebab tampilkan cerita tentang hari raya...rasanya dah lama xder citer2 yang berkait dgn perayaan nie...kalau dulu selalunya citer Senario jerlah...

Tapi betullah orang cakap, gandingan Apek dgn Johan - menjadi...Lagi 1 percubaan Wan Sharmila bawak watak komedi pun boleh puji...Yang paling aku terkesan, watak Noreen Noor sebagai isteri kepada Datuk Jalal memang menarik, menyampah...rasa nak tenyeh2 je muka dia dalam citer tue...Kiranya hiduplah watak yang dia bawak tue...


See Ya...