Showing posts with label Do It's Yourself. Show all posts
Showing posts with label Do It's Yourself. Show all posts

Friday, 29 November 2013

DIY - Cheese Cake

Salam diaries...
Semlm terbaca satu blog nie...dia ada post pasal Cheese Cake....entah kenapa tetiba keinginan nk makan cheese cake tue meluap2 padahal aku bukanlh seorg pengemar cheese apatah lagi cheese cake....
Tapi dh alang2 gaji pun baru masuk, tekadkan diri utk buat jgk cheese cake nie...tgk dr blog tue mmg sng giler nk buat cake nie...cuma cost dia jer yg tinggi...
Bahan2 :
♡ 2 ketul@blok@buku cheese (ikut suka brand apa2pun)
♡ 1/2 ketul@blok@buku mentega (ikut suka brand apa2pun)
♡ 1 biji telur ayam
♡ 1/2 tin susu pekat (ikut suka brand apa2pun)
♡ 1 paket biskut (ikut suka biskut apa2pun)
Cara2nyer :
♡ Hancurkan biskut tapi jgn smpi jdi cam pasir pulak
♡ Masukkan mentega kedlm biskut yg tlh hancur tdi kemudian uli smpi sebati
♡ Dah sebati tekan biar rata dlm loyang...ketepikan
♡ Pukul cheese, telur dan susu sampai sebati
♡ Tuang adunan cheese keatas lapisan biskut tdi
♡ Bakar dlm ketuhar dgn suhu 180'c selama 45 minit
♡ Dah masak, biarkn sejuk kat luar seketika kemudian masukkn kedlm peti sejuk
♡ Dah sejuk baru blh dihidangkan...baru sedap...
Selamat mencuba....apapun thanks kepada blogger tersebut atas kesudian berkongsi resepi nie..

See Ya...
P/s : sila abaikan rupanya yg tak seberapa...


Saturday, 19 October 2013

DIY - Kuzi Ayam & Roti Jala

Salam Aidiladha...
Walaupun dh lepas still nk wish jgk...hehehe...tahun nie aku xbalik raya sbb cuti 1 hari je tmbh plak aku tgh smpan cuti jdi difikir2 akhirnya tersadailh aku di rumah utk sepanjng hari...sambut raya dgn sweethearts jelh.... dh lama kan aku xkngsi apa2 kat blog nie...bukan xnk kongsi tpi mcm biasalah penyakit MALAS mmg dh sebati dlm diri...oklh xnk membebel pnjg2 jdi hri nie aku nk kongsi 2 resepi yg aku masak msa raya haji tahun nie..
KUZI --- pernah dgr x?? Ianya sejenis makanan yer bukan nama org...sejujurnya aku sndiri xtau asal usul kuzi jie dr mana tpi kalau kau tnya org Kelantan confirm diaorg tau...tapi kalau tnya org luar dr kelantan mmg diaorg blur...hehehe...selalunyer kuzi nie dibuat msa hari raya ataipun ada mjlis2 special mcm akikah @ khatam Al-Quran...dan ianyanya seolah2 1 kewjban dimakan dgn roti jala...kalau xder roti jala digantinyer dgn roti bun bulat...
Nak wat kuzi nie byk step...2 salah satu sbb mak aku mlas sgt nk masak kuzi...bahan2 dia xderlh ssah sgt cuma rempah kuzi tue yg ssah nk dpt tertma kat luar Kelantan....suma kuantiti yg aku guna based on berapa byk ayam kauorg nk buat...tapi kat sini resepi utk 2 ekor ayam...
KUAH KUZI
Bahan A :
• Ayam (ikut suka nk potong berapa pun)
• Bawang Putih
• Halia
• Garam
• Kunyit
-- Blender@Tumbuk sampai lumat semua bahan diatas (kecuali ayam)
-- Dah lumat, lumurkan kat ayam lepas tue perap utk 1 mlm
-- Lepas dah perap semlman..bolehlh digoreng ayam tersebut tapi goreng separuh masak jer
Bahan B :
• 1 kg bawang besar
• Sedikit minyak masak utk mengoreng
-- Kupas bawang besar, potong@mayam halus lepas tue goreng smpi garing
-- Dah siap goreng, blenderkan bawang goreng tersebut smpai lumat sepenuhnyer
Bahan C (dah smpi part memasak) :
• Minyak masak (utk menumis)
• 1 cawan @ 1 tin saiz sederhana minyak sapi
• 1 labu bawang putih & 3 inci halia (nie kena blender smpi lumat)
• 1 tin susu cair
• 1 tin sederhana pes tomato (suggest guna brand Demolte)
• Rempah kuzi (dibancuh dgn 1/2 cawan air suam)
• Badam @ Gajus
• Kismis
• Air masak
• Gula, garam
Cara2nyer :
- masukkn minyak dan bawang putih dgn halia. Tumis sekejap.
- masukkn minyak sapi kemudian rempah kuzi. Tumis sampai naik bau wangi
- masukkan susu cair dgn pes tomato. Tumis sebentar kemudian masukkan bawang goreng yg telh dibelender tdi...kacau smpi sebati...
- bila dia dh mula keluar buih masukkan ayam, kismis dan badam kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa...
- tambah air utk kurangkn kepekatan kuah kuzi tersebut..
- Yang paling penting, gunakan api dapur yg kecil...
ROTI JALA
Bahan2 :
• 3 cawan tepung gandum
• 3 cawan air
• 3 biji telur
• Garam secukup rasa
• Sedikit pewarna kuning
- blender semua bahan2 diatas sehingga sebati.. (sbbkn blender kecil jd aku wat satu, satu...maknanyer aku blender 1 cawan tepung dgn 1 cawan air dgn 1 biji telur)
- dah siap panaskn non stick pan...lepas tue blhlh mula menjala menggunakn acuan utk wat roti jala...
Oklh..selamat mencuba...

See Ya.. 

Wednesday, 27 June 2012

DIY - Pavlova

Salam Diaries...

Mcm dah lama tak buat segmen DIY - Do It Yourself...bkn saja tak nak update apa2 psl DIY tapi sbb mmg xder wat benda2 yg boleh dikongsi kat sini...berblik pada DIY kali nie - kauorg pernah dgr pasal Pavlova tak??? secara jujurnya aku tahu pasal Pavlova nie pun sejak aku mula berjinak2 dgn blog nie...kalau tak confirm2 smpi skrg aku tak tahu wujudnya Pavlova tue...

Berbalik pada kisah Pavlova..setelah beberapa kali mencuba akhirnya aku berjaya hasilkan Pavlova dgn jayanya...'mcm ayam bertelur sebiji kecoh sekampung' - itulah perumpamaan yg boleh diberikan kat aku atas kejayaan yang tk seberapa nie...lntaklah kauorg nak ckap apa jnji aku puas hati sgt2 dgn kejayaan nie..entah apa2lah labu...

Dah namanya pun DIY - Do It Yourself...jadi aku nk kongsi resipi Pavlova kat sini (walaupun resipi nie pun aku copy & paste dari internet)...harap dgn resipi kat sini, kauorg berjaya hasilkan pavlova nie...tak per kalau yg first tak jadi, yg kedua dan setrusnya confirm akan menjadi...

Bahan-bahan :
  • 4 biji telur - ambik putihnya sahaja
  • 1 cawan gula halus (bahagi 2 - 1/2 utk whipping cream)
  • 1 camca esen vanila
  • 1 sudu besar air perahan lemon (ada sesetgh org guna cuka)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 paket whipping cream 
  • Buah-buahan (strawberry,kiwi,peach,blueberry)
Cara-cara :

  1. Panaskan oven terlebih dahulu. 
  2. Pukul putih telur sampai kembang
  3. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit. pukul sampai kembang
  4. Masukkan esen vanila, air perahan lemon & tepung jagung. masa ni, gaul dgn senduk smpi sbati
  5. Lukis bentuk bulat kat tgh2 kertas minyak. cedokkan adunan keatas kertas minyak tersebut. Bentukkan sama bentuk bulat yg dilukis.
  6. Bakar selama 1 jam dgn suhu 150-180 darjah celsius. sampai kuning @ luarannya keras
  7. Masa tunggu pavlova tue masak, pukul whipping cream dgn gula halus smpi kembang. msukkan esen vanila.
  8. Pavlova dah masak, biar dia sekejap kat dlm oven dgn pintu oven dibuka.
  9. Sapu pavlova dgn whipping cream tadi kemudian hiaskan dgn buah-buahan.
  10. Sedia untuk dihidang

 



Selamat mencuba...See Ya...

Thursday, 26 January 2012

DIY - Mee Goreng style Meksue

Salam Diaries..

Disebabkan kebosanan yang selalu sgt dialami kat tempat kerja nie, terasa nak kongsi satu masakan dengan kauorg semua...tapi masakan nie comfirm2 kauorg suma dah pandai wat..bukan susah pun...kalau kauorang kata kauorg tak tahu, memang aku tak dapat nak tolonglah...tapi tak apa dengan resepi nie, kauorg comfirm dapat wat masakan nie...Masakan apa???Jeng2..masakan Mee Goreng style Meksue... hehhehehhehe...Ececeh...cam nak jadi tukang masak pulak...saja jerlh nak kongsi pengetahuan...

Bahan-bahan :
Minyak
3 ulas bawang putih (suka hati nak tumbuk@hiris halus)
Cili padi + cili api (cili merah+hijau yang kecil2 tue) ditumbuk - *kalau tak suka pedas abaikan bahan ini
Isi ayam (ikut suka), Udang, Fish Ball@Fish Cake
Sos Cili
Sos Tomato
Kicap (kalau suka mee warna gelap, lebihkan kicap. begitulah sebaliknya)
Sepeket mee kuning
Sayur Sawi
Lobak (hiris halus) - *kalau tak suka sayur abaikan bahan ini
Cili merah@hijau (cili yang besar)
Tomato
Garam, Gula, Ajinomoto
Sedikit air

Cara-cara :
*Panaskan minyak didalam kuali. Bila minyak panaskan, masukkan bawang putih
*Kacau sehingga naik bau. Masukkan cili padi+cili api yang ditumbuk (kalau tak suka pedas, abaikan step ini)
*Masukkan isi ayam, udang, fish ball@fish cake. kacau sehingga isi ayam tersebut masak
*Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau sehingga sekata. sekiranya pekat, tambahkan sedikit air
*Masukkan mee, gaul sehingga sekata
*Masukkan sawi, lobak, tomato dan cili merah@hijau. Kacau sehingga sekata. (jangan kacau terlalu lama, takut sayur 'layu')
*Akhir sekali, masukkan garam, gula dan ajinomoto mengikut selera anda


Selamat mencuba..

See Ya...

Monday, 12 December 2011

DIY - Apam Lapis

Salam Diaries...

Rasa hari nie nak kongsi satu resepi dengan kauorg semua...Resepi - Kuih Apam Lapis...rasanya ada antara kauorang yang dah tahu pasal resepi nie kan...tapi xper, aku tetap nak kongsi juga...SEbenarnya kuih nie dah lama aku wat tapi baru nak publish kat blog nie...Boleh kata nie antara entry yang dah lama terperak...

Asal2nya aku nak wat kuih Apam Dot Dot tapi macam malas jer nak wat dot dot tue, aku pun dengan pandai2nya ubahlah dari Apam Dot Dot kepada Apam Lapis...Oklah, kalau kauorang nak tahu macamana nak buat kuih nie, kat bawah nie aku sediakan bahan2 dgn cara2 membuatnya :-

Bahan2 :
3 biji telur
1 1/2 cawan gula halus (kalu xnak manis boleh kurangkan)
1 camca ovallete
1 camca esen vanilla@apa2 perasa yang anda suka
1 cawan susu segar (selalunya guna susu HL yang kotak kecil)
2 cawan tepung naik sendiri
Pewarna yang disukai
Jem@Kaya

Cara2 :
*Pukul telur, gula halus dan ovallete sampai kembang
*Masukkan esen vanilla dan terus kacau
*Masukkan tepung dan diikuti dengan susu segar
*Kacau sehingga semuanya sebati
*Asingkan adunan mengikut beberapa bahagian (ikut berapa pewarna yang akan digunakan)
*Titiskan sedikit pewarna kedalam setiap adunan. Kacau sehingga warna sekata
*Rebus air dalam pengukus
*Masukkan adunan kedalam loyang (sebaik saja air rebusan dah mendidih)
*Kukus adunan selama lebih kurang 5 minit
*Ulang slangkah yang sama sehingga semua adunan siap dikukus
*Bila kesemua adunan dah siap, sapukan setiap satu lapisan dgn jem@kaya

Dah siap...Bila dah siap letak semua adunan berlapis-lapis, aku akan kukus lagi sekali dalam 2 minit...saja jer nak bagi diaorng melekat antara satu sama lain...Inilah hasilnya :-

- Inilah hasilnya dari seorang yang baru belajar -
- Keratan RentasApam Lapis-

Memanglah nampak mcm xmenarik...al-maklumlah first time wat Apam Lapis nie...maybe bila buat yang kali kedua, kali ketiga lepas nie mesti cantik...(huhuhhuu...puji diri sendiri...)Apapun selamat mencuba...

See Ya...