Showing posts with label Bola dan Bola. Show all posts
Showing posts with label Bola dan Bola. Show all posts

Friday, 14 December 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Thailand (Semi Final)


 
Salam Diaries,

Pertama2 kalinya, selamat tinggal AFF SUZUKI CUP 2012…lagi 2 tahun kita jumpa lagi…dengan kekalahan 2-0 dengan Thailand semalam (13/12/12) pada pusingan timbang balik peringkat separuh akhir kedua menyingkirkan Harimau Malaya untuk mara ke pentas akhir…nampaknya skrip pada 2010 hanya separuh sahaja yang berjaya disiapkan…sedih memang sedih tetapi aku tetap berbangga dgn semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh team Harimau Malaya…

Pada separuh akhir pertama yang berlansung pada 9/12/12, kesilapan Harimau Malaya hanya satu iaitu gagal mempertahankan satu gol yang berjaya dijaringkan oleh Mat Yo… permainan pada malam tersebut memang menarik…momentum perlawanan bergerak laju…Harimau Malaya sememangnya menunjukkan prestasi sebenar mereka masa tue…Cuma kesilapan bahagian pertahanan menyebabkan Thailand Berjaya menyamakan kedudukan…keseluruhannya memang seronok menyaksikan perlawanan pada malam tersebut…lagi seronok rasanya kalau dapat menyaksikannya secara live di Stadium Bukit Jalil bersama-sama ribuan penyokong Malaysia yang lain…suasana yang ditunjukkan macam itu adalah perlawanan final…

Pada separuh akhir kedua yang mana Harimau Malaya tersingkir…game malam tue menyakitkan hati…bukan sakit hati dgn Harimau Malaya tetapi dengan pengadil dan team Thailand…jelas nampak yang diaorg semuanya main dengan cara kotor dan hina…yang si pengadil pulak macam makan rasuah…asal dengan pemain Malaysia ada saja kesalahan yang dilakukan tetapi bila pemain Thailand wat kesalahan yang jelas2 depan mata, dia boleh buat tak tahu…rasa nak masuk dalam TV tu pergi cungkil2 biji mata pengadil bangang tue…nak sekeh2 kepala dia…bengang giler kot…yang pemain Thailand plak mmg tak payah cakaplah…dahlah main kasar, suka hati mak mertua bapak tiri laki adik dia dok tolak2 pemain Malaysia…saja jer nak naikkan angin pemain Malaysia…bukan setakat main kasar, penipu nombor satu…kena tolak sikit jatuh, tergelincir sikit nak salahkan pemain lawan…memang dasar penipu…puihhh….yang paling tak boleh terima bila pemain Harimau Malaya dilayangkan kad kuning kedua (maknanya automatic dapat kad merah)…boleh nampak kot yang tue bukan salah dia…mmg pengadil berat sebelah…dah kena bayar gamaknya…emmmm….kalau nak luahkan kemarahan kat sini sampai esok pun tak habis…bukan tak boleh terima kenyataan yang Harimau Malaya kalah tapi dengan mutu pengadilan dan corak permainan lawan yang macam sial tue…kalau kena kat mana2 pasukan pun mesti diorang marah…

Apapun semangat juang yang ditonjolkan oleh pemain Harimau Malaya malam tue memang boleh dibanggakan…walaupun bermain dengan 10 pemain mereka berjaya mempertahankan gol dari terus dibolosi oleh Thailand…tapi pelik dgn K.Rajagopal…kenapa malam tue dia gunakan taktikal 4-5-1?????? bagi aku sepatutnya K.Rajagopal sepatutnya mengekalkan taktikal 4-4-2…sebab kenapa??? Sbb malam tue kita nak kena menang tmbah plak kita tak bawa bekalan gol yang selesa ke sana…kita boleh lihat kot bagaimana diaorg ‘rantai’ Mat Yo malam tue…sorang lawan 3, mana adil…sekurang2nya kalau diletakkan 2 penyerang Mat Yo taklah keseorangan…itu sajalah yang aku tak puas hati dengan team Harimau Malaya… bahagian pertahanan tak payah cakaplah…memang hancur bila main 10 orang….tengah pulak macam dah kena bomoh siam…asal bila dapat bola, tak lekat kemas kat kaki… ‘Man of The Match’ malam tue, aku bagi kat Farizal Marlias – penjaga gol Malaysia…walaupun bolos 2 gol tapi dia dah berjaya mengawal gawang gol dari terus dibolosi terus-terusan…siap kena sepak kat muka dengan pemain Thailand kot…tapi pengadil??? buta, sial…

Dengan kemenangan semalam, nampaknya Thailand juga menang dengan permainan psikologi diaorg…kita dapat tgk/baca kat paper2 yang mana kemudahan latihan utk Harimau Malaya disediakan macam ‘melepaskan batuk kat tangga’…dgn padang latihan yang dikongsi dgn orang awam, last2 minute tak boleh wat latihan kat stadium perlawanan, kononnya nak jaga kualiti rumput…puihhh…kualiti rumput apanya????dgn padang Merbok (yang kat KL) tue lagi bagus….itulah Malaysia dan FAM – macam peribahasa ‘beruk dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’…harap FAM (terutamanya) dapat belajar dari apa yang berlaku sekarang..bukannya goyang kaki sambil duduk kat kerusi empuk dalam bilik aircond SAHAJA!!!!!!! Lain kali kalau boleh layan semua orang sama rata…tak perlu bagi yang 5 star punya services tapi bila kat tempat orang, ada diaorg bagi 5 star jugak???? Rasanya 1 star pun belum tentu…

Dengan tempoh 2 tahun akan datang, harap Harimau Malaya kembali mengaum, menjulang kembali kejuaraan ini…semua orang yang terlibat dalam bola sepak Malaysia dah kena tukar…cuba pemain baru, jurulatih baru serta kepimpinan yang baru…jangan pulak bila tahun 2014 nnti, semuanya masih yang sama…walaupun tak dapat masuk ke final, mara ke semi final tetap cukup membanggakan…apapun kami tetap bersamamu – Harimau Malaya…jatuh bangun tetap bersama…kalah menang setia dibelakang…jumpa lagi pada edisi 2014…Inyaallah…

Selamanya Harimau Malaya
Selamanya Sokong Malaysia

p/s : ini hanya pendapat dari seorang peminat bola sepak Malaysia…walaupun tak berapa arif, apa yang disampaikan dibuat berdasarkan pemerhatian/apa yang disaksikan..kalau rasa tak setuju, saya minta maaf…

 

Monday, 3 December 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Indonesia


 
Salam Diaries,
 
Akhirnya Harimau Malaya berjaya melangkah ke separuh akhir...seperti yang disangka suasana perlawanan semasa bertemu dgn Indonesia seolah2 kita bermain di final...stadium penuh dgn ribuan penyokong...memang seronok menyaksikan suasana malam tue...walaupun hujan turun renyai2 tapi itu tidak mematahkan semangat utk para penyokong utk menyaksikan perlawanan tersebut dpan mata...bukan terpaksa berhujan tapi terpaksa berhimpit2 masa nak beli tiket...rupanya ramai yang beli tiket last minute malam tue...mungkin diaorg semua lebih kurang mcm aku juga...mulanya tak confident nak pergi tapi tetiba semangat tue datang berkobar2...hehehehhe....
 
Menyaksikan pertembungan antara Harimau Malaya dengan Sang Garuda (nama timangan utk Indonesia) mmg mendebarkan...masing2 perlukan kemenangan...tapi mungkin nasib masih berpihak pada Harimau Malaya...dan Sang Garuda terpaksa terbang pulang lebih awal...walaupun mencatatkan kemenangan tetapi dengan menduduki tangan ke 2 kumpulan, seolah-olah Harimau Malaya suka melalui perjalanan yang sukar dan penuh rintangan...kenapa??? sebab Harimau Malaya akan bertemu Sang Gajah (nama timangan utk Thailand) diperingkat separuh akhir nanti...seperti yang kita sememangnya sedia maklum yang Thailand is one of the team ‘terkuat’ in Asia....
 
Malam tue apa yang dapat aku perhatikan, kelemahan komunikasi antara pemain masih menyelubungi pemain2 Harimau Malaya...tapi nasib baik jugaklah kecekapan beberapa pemain membantu mempertahankan gol daripada dibolosi Sang Garuda...harap barisan pertahanan dan juga barisan tengah dapat memperbaiki masalah komunikasi antara satu sama lain...dengar2 Thailand mmg kuat bahagian serangan dgn tengah....jadi kita kena kukuhkan bahagian pertahanan, mantapkan bahagian tengah dan tajamkan bahagian serangan...selain itu, sikap tergopoh-gapah masa nak jaringkan gol yang masih ada perlu diketepikan...kalau tengok situasi sekarang yang paling membimbangkan adalah kecederaan yang dialami oleh beberapa pemain utama...tapi dgn jangka masa seminggu untuk ke match separuh akhir harap dapat memulihkan kecederaan dan mengembalikan kecergasan kepada semua pemain....
 
Kalau ikutkan kita mungkin boleh dapat lebih dari 2 jaringan malam tue tapi tak apalah...yang penting skrg kita dah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir...secara jujurnya dah sampai ke tahap nie aku dah cukup berbangga dengan team Harimau Malaya...katakanlah kalau kita tersungkur diperingkat separuh akhir, Harimau Malaya tetap di hati...aku tetap berbangga...tapi kalau kalah tue biarlah kalah dengan bermaruah...tapi (eh, eh...banyak pulak ‘tapi’nya...) kalau kita berjaya melangkah ke final, satu kejayaan utk Harimau Malaya...tambah pulak kalau kita merangkul juara, satu bonus berganda buat Harimau Malaya dan juga para penyokong...(harap ini bukan angan2 kosong..)
 
Chaiyok2 Harimau Malaya....

Friday, 30 November 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Laos


Salam Diaries,

Sepatutnya lepas jer match antara Malaysi dgn Laos, terus aku update tapi sbbkan satu bencana alam yang tertiba berlaku kat rumah terpaksalah aku postpone entry nie sehinggalah hari nie..nnti aku akan kongsikan pasal bencana alam tue dlm entry lain...

Ok, berbalik pada match kedua kumpulan B - mmg dah dijangka yg Harimau Malaya akan menunjukkan prestasi yang bagus (belum cemerlang lagi yer...) apabila bejaya menundukkan Laos dgn 4 - 1..kemenangan tersebut mmg menggembirakan hati seluruh rakyat Malaysia...mana tidaknya hampir setiap sudut media massa memuji, menyanjung Harimau Malaya...kalau masa kalah dgn Singapura hari tue semua kutuk, kritik teruk2...emmmm...manusia, manusia...

Walaupun menang tetap terselit jugak sedikit kekecewaan...kalau kita tgk dri match mlm tue Harimau Malaya sepatutnya blh dpat lebih dari 4 gol...tgk sajalah pada Safee Sali...ada 8 percubaan ke arah pintu gol yang tidak berjaya disudahkan olehnya...nasib baiklah last2 bejaya jgak 1 gol...mcm yang tertulis di media mas  sa, siap diakui sendiri oleh tuan punya badan - sikap tergopoh gapah punca byk peluang keemasan dilepaskan begitu saja...harap Safee takkan ulangi sikap yg sama msa bertemu dgn Indo nanti...

Kesluruhannya skuad yg diturunkan mlm tue mmg menjadi...perthan masih prlu diprkuatkan lagi...komunikasi antara satu sama lain perlu dipertingkatkan lagi...jangan buat kesilapan2 mudah mcmana yg terjadi masa gol tunggal dari Laos malam tue...kepada penjaga gol pulak, harap bila jumpa Indo nanti jgn cuak pulak yer... hehehhehe....bahagian tengah boleh kata kira hiduplah malam tue...kiranya diaorg dah tak confius nak bagi bola kat sapa, tak confius sapa yg nak ambil bola...utk serangan tak der apa nak komen sbb mmg terbaik...pandai coach wat strategi yer...keseluruhannya kemenangan malam tue mampu menyuntik kembali semangat Harimau Malaya dan juga para penyokong utk terus memberikan sokongan yang padu bila bertemu dgn Indo nanti... jom ramai2 kita serbu Bukit Jalil, sabtu nanti...sambil2 tue boleh pergi jom heboh TV3...heheheehe...salah info dahh...

Apapun perjuangan kita belum selesai...bertemu dgn Indo (yang merupakan musuh tradisi) perlukan kemenangan...itu sajalah harapan kita utk terus melangkah ke peringkat seterusnya...jadi lupakan (sekejap) kemenangan dgn Laos malam tue...mungkin Harimau Malaya boleh menganggap pertemuan dgn Indo nanti sama seperti pertemuan final..maruah kita sebagai Tuan Rumah perlu dipertahankan...para penyokong perlukan kemenangan dan Harimau Malaya perlukan sokongan dari penyokong...penyokong dan Harimau Malaya saling memerlukan antara satu sama lain...semoga berjaya...Selamanya Harimau Malaya...Selamanya Sokong Malaysia...

P/s : separuh dari skrip 2010 dah diulang balik pada match kali nie...harap2 keseluruhan skrip 2010 akan diulang sehingga ke final
 


Monday, 26 November 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Singapura

Salam Diaries,

 
 
 
Lama betul gamaknya aku tak menulis kat blog nie...terbiar macam tue jer...kalau blog nie kebun, confirm2 dah penuh dengan lalang...oklah, malas nak intro panjang2...takut kebosanan yang melampau plak (sebab entry nie panjang...)...dan mungkin bermula dari entry ini, aku akan senantiasa men’udpate’ blog ini...kenapa??? sepertimana yang kita semua tahu bermula dari 24 Nov 2012 – Malaysia akan menjadi tuan rumah bersama dgn Thailand untuk salah satu kejohanan bola sepak yang terkenal di rantau Asia (terkenal ek???) iaitu AFF SUZUKI CUP...dah nama pun Asia maknanya negara2 yang main dalam kejohanan nie confirm2lah negara2 Asia jer iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Laos, Myammar, Filipina dan Vietnam....dan aku akan men’update’ pasal kejohanan ini selagi Malaysia tidak tersingkir awal...harap2 tidaklah...
 
 

  
Oklah, serba sedikit pasal sejarah AFF SUZUKI CUP nie (pada sesiapa yang tak tahu termasuk diri sendiri) - AFF SUZUKI CUP, sebelumnya dikenali dengan nama  Piala Tiger (Tiger Cup)...Ianya di gelar Tiger Cup sempena nama sponsor utamanya iaitu pengeluar bir terkenal - Tiger Beer. Pada 2007, nama kejuaraan ini menjadi Kejuaraan Sepak Bola ASEAN dan diselenggarakan oleh Federasi Sepak Bola ASEAN (AFF) dan pada 2008, berubah lagi menjadi Piala Suzuki AFF.

Dan untuk edisi kali ini, Malaysia diletakkan sebagai juara bertahan selepas memenangi kejohanan ini buat kali pertama pada tahun 2010....memang besar harapan yang diberikan kepada Harimau Malaya (nama yg diberi kepada team Malaysia) untuk terus mempertahankan kejuaraan ini...tapi nampak gayanya harapan tersebut kemungkinan hanya tinggal harapan...kenapa???? sebab kalau ditengokkan dari prestasi semasa dimana perlawanan2 persahabatan antara Harimau Malaya dengan beberapa Negara lain semuanya teruk... sehinggakan menimbulkan rasa kerisauan, kebimbangan, kegusaran (dan yang sewaktu dengannya) yang melampau kepada seluruh penyokong Malaysia...Dan kerisauan (serta perasaan yang seangkatan dgnnya) makin melampau2 di hati setiap penyokong Malaysia apabila bermulanya ‘sepak mula’ yang mana Malaysia bertembung dengan Singapura untuk pusingan pertama kumpulan B...dan Harimau Malaya telah dimalukan didepan penyokong sendiri dengan 3 – 0....

Selepas mempamerkan persembahan yang hambar sepanjang perlawanan persahabatan (kalah 2 kali dan seri 2 kali), ianya masih belum mampu melunturkan semangat aku dan MIS utk pergi menyaksikan perlawanan pertama Malaysia dan Singapura...sebelum perlawanan, aku yakin yang Harimau Malaya mampu memenangi prlwnan tersebut...paling2 tidak pun mencatat keputusan seri...nampaknya keyakinan aku meleset...dari segi pemerhatian aku (walaupun tak berapa arif dgn bola sepak), kelemahan yang paling ketara wujud dalam pasukan Harimau Malaya adalah tahap kesefahaman antara pemain tersangat2 teruk...mereka seolah2 tak serasi antara satu sama lain...bila diaorg dapat bola, diaorg tak idea nak bagi bola tue kat sapa...lepas tue dua, tiga orang yang tunggu bola tue mcm blur sebab tak tahu sapa nak ambik bola yang akan di pass kat diaorg (kau ambik ke aku yang nak ambik nie???? – maybe ini kot yang dok bermain kat kepala diaorg) last2 bola terlepas kat lawan...

Menurut MIS, bahagian midfield pun langsung tak berfungsi malam tue...itu aku tak perasan tapi yang aku nampak bahagian pertahanan mmg teruk giler...boleh diaorg biarkan pemain lawan bergerak bebas tanpa kawalan...sedangkan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha – our striker) dikawal dgn seketat2nya oleh team lawan...walaupun aku suka/minat kat Khairul Fahmi Che Mat aka Apek (our TOP/GLAMOURS goalkeeper) tapi aku sedih sgt2 tgk prestasi dia malam tue...teruk kot....keseluruhannya mmg persembahan Harimau Malaya malam tue mengecewakan hati para penyokong...disebabkan hal itulah sebaik sahaja Singapura menjaringkan gol ke 3, kebanyakkan penyokong mula angkat punggung meninggalkan stadium...bahkan Ultras Malaya (satu2nya kumpulan penyokong yang paling setia dgn Harimau Malaya) berhenti bersorak, berhenti menyanyi setelah gol ke 3 dijaringkan lawan...aku dgn MIS pun ambik kptusan utk keluar stadium awal...memang sedih sgt2 masa tue...

 
Tertanya-tanya, apa yang Harimau Malaya buat selama ini (yakni selepas menang pada tahun 2010???) apa yang coach ajarkan kat mereka selama nie???Itulah, asyik sangat buat eksperimen...sikit2 eksperimen konon nak tgk keserasian antara pemain tapi apa yang jadi skrg????...sepatutnya starting early 2012 coach dah tetapkan barisan kebelasan utama barulah diaorg boleh ada keserasian...inilah padahnya kalau asyik nak wat kejutan...last2 kejutan makan diri sendiri...sekarang nak bagi alasan apa lagi kat para penyokong??? Lagi satu, kat Malaysia nie ada ramai pemain yang bagus tapi kenapa coach still nak guna pemain lama??? Kalau coach jadikan cara pemainan/prestasi diaorg semasa dalam liga Malaysia sbgai satu syarat untuk layak mewakili Negara – yang coach senaraikan sekrg pun bukannya hebat sgt semasa dalam liga Malaysia...ada jugak yang prestasi diaorg teruk tapi ttap dipilih...emmmm, pelik2....kalau still nak guna pemain lama kenalah tukar corak permainan...ini tidak, corak permainan tetap sama...lawan confirm2 dah boleh baca corak permainan kita...harap coach serta pemain dapat belajar dari kesilapan...dan jgn asyik dok tuding jari dok menyalahkan org lain....

Harap perlawanan ke 2 nanti dengan Laos, Harimau Malaya mampu bangkit...manalah tahu kot2 skrip sama pada tahun 2010 nak diulang balik...ala2 lagu Newboyz – Sejarah Mungkin Berulang’...kenapa cakap mcm nie??? Sebab masa tahun 2010, Harimau Malaya kena baham dgn Indonesia 5-1 pada perlawanan pertama...memang kaw2lah diaorg kena baham pulak dgn pra penyokong...tup2 diaorg berjaya sampai ke final dan jumpa balik dgn Indonesia dan akhirnya menang...sebagai penyokong, memang harapan kami tinggi untuk kita memenangi kejohonan ini dan mempertahankan kejuaraan...tetapi kalau kita terkandas pada peringkat separuh akhir itu boleh diterima...jangan tersingkir awal sudahlah...apapun Harimau Malaya tetap di hati dan akan terus disokong...

p/s : mengharapkan keajaiban berlaku...Inyaallah...

Tuesday, 4 September 2012

Piala Malaysia (Peringkat Kumpulan) - Kelantan Lawan ATM




Salam Diaries,

Entry kedua untuk hari nie....kerajinan meng’update’ blog meluap2...hehhehehe...ok, kalau tadi kita bercerita mengenai kemerdekaan Negara..kali nie aku nak bercerita tentang apa yg berlaku sepanjang cuti hari kemerdekaan hari tue...malam Merdeka hari tue aku dah on the way balik ke kota bharu...kalau ikutkan baru 4 hari sebelum malam Merdeka aku balik PJ lepas cuti raya seminggu...memang jenis yang xder keje...dah aku balik malam Merdeka confirm2 pagi 31 Ogos aku selamat sampai ke Kota Bharu...on that day there’s nothing istimewa yg berlaku – just attend open house my BFF – Aida & lepak2 with other BFF – T’hah...

Ok, itu bukan cerita sebenar yg aku nak story-mory kat sini...itu hanya intro saja even lari jauh giler dari tajuk entry...hehehehhe...pada 01 sept 2012 bersamaan hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu telah berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Malaysia peringkat kumpulan diantara Kelantan (The Red Warriors) menentang ATM...wah2 mcm wat karangan utk darjah 6 pula...dan semestinya dah alang2 aku ada kat sana, confirm2lah aku pergi tengok...siap sponsor tiket utk abg long aku lagi semata-mata nak ajak dia gie tgk sekali...yang tak beragak-agak lagi, aku siap beli jersi bola baru kot semata2 nak gie tgk match nie...melayang RM45 aku...huhuhhuu...

Cerita bermula – cuaca hari tue siang hari mmg terang-bederang...tapi ku sangka panas smpi ke petang rupanya hujan di tghari...tapi hujan tue bukan turun masa tghari tapi dekat2 Maghrid...msa pukul 6 ptg tue angin bertiup bukan sepoi2 bahasa lagi dah tapi bertiup kencang...langit mmg dh gelap...dalam hati cuma berharap agar tak hujan...tapi harapan hanya tinggal harapan msa Maghrid tetiba jer hujan turun dgn lebat bercampur dgn ribut petir lagi...family2 aku yg lain dah siap2 dok perli aku kata bola akan ditunda...bengang jer... tapi dekat2 kul 8 aku dgn abg Long ttap pergi ke Stdium ditemani buah hati tersayang – Rizal...msa tue hujan still lebat tapi ribut dah tak der...dlm hati, kesiannya kat penyokong2 yg dtg awal ke stadium..kat mana diaorg berteduh? Ke diaorg suma dah gerak balik? Manalah tahu kot2 perlawanan dibatalkan...tapi semua sangkaanku meleset...smpi2 je kat stdium, mmg terkejut giler...tak ku sangka rakyat Kelantan begitu ramai kat sekitar stdium tue even dlm keadaan hujan lebat...mmg terserlah ke’jakunan’ aku mlm tue...mana taknya, aku ingatkan satu barisan yg panjang giler tue org tgh nak beli tiket tapi rupanya diaorg berbaris nak masuk dlm stadium....sayang sgt2 tak smpt ambik gmbar, tak dapat nak tunjuk bukti...

Jadi aku & family(abg Long+Rizal) pun trut beratur...tapi bila masuk dlm stadium ke’jakunan’ aku lagilah terserlah...full house kot stadium mlm tue....mmg penuh, mmg ramai giler penyokong mlm tue even hujan still xberhenti dan still lebat...last2 aku & family dok kat atas sekali...full view kot tmpt kitaorg duduk..oh ya, terlupa plak nk bgth yg stdium Kelantan tak der bumbung...tmpt duduk pun simen semata2...sebabkan hujan jadi pemandangan warna-warni dapat dilihat...kenapa? sbb majoriti penyokong pakai baju hujan yang kaler2 tue...Agak2kan kalu negeri lain mcm nie juga ker???yelah dgn hujan lebat, ribut petir, kemungkinan utk ditunda perlawanan – ada tak penyokong2 diaorg ‘giler’ mcm penyokong Kelantan??? Confirm tak der, kan, kan....

Sofar, ini pengalaman pertama aku menyaksikan match bola kat Kelantan...memang mengujakan sgt2...even aku diasak dgn mcm2 perkara buruk tentang sikap para penyokong tapi alhamdullilah malam tue nothing bad happen...maybe sbb hujan kot...kalau setakat baling botol ke dlm padang tue mmg adalah...itupun sbb pengadil...cakap pasal pengadil, satu benda para penyokong akan buat if pengadil tak mengadili perlawanan dgn betul – they will sebut ‘pengadil gila’ berulang kali...satu stadium kot sebut bukan seorg dua...Ok, dah melalut panjang pasal situasi mlm tue skrg kita bercerita ckit pasal game pulak...boleh dikatakan mlm tue mmg aksi yg dipamerkan kedua2 pasukan penuh tegang, dramatik, emosi...mula2 tue bengang juga bila setiap kali Kelantan jaringkan gol, ATM turut jaringkan gol smpilah hbis first half...tapi bila masuk second half Kelantan mula melakukan serangan dan akhirnya berjaya tundukan ATM dgn jaringan 4 – 3...

Habis cerita pasal bola, ada cerita selingannya – perihal Rizal...yelah mlm tuekan hujan lebat tapi sbbkan dia beriya2 sgt nk ikut kitaorg bawa sekali...jadi pakaikan sweater yg kalis air utk dia...knonnya nak kurangkan basah...masa mula2 game mmg dia seronok sgt...tapi tgh2 game first half tue tetiba dia nak duduk atas riba aku...tak disangka2 rupa2nya dia nak tidur...yg duduk sebelah aku suma tersenyum siap cakap lagi – ‘dlm hujan pun dia boleh trlelap’...sebetulnya kesian jugak kat dia tapi kalau tak bgi pglman nie skrg bila lagi...tapi dekat2 nak hbis game dia tersedar..yg kesiannya masa on the way balik umah badan dia punya mengigil kuat giler...terpksalah abg long dukung smpi umah...Emmm...lepas nie, kalau ada peluang lagi untk tgk match kat Kota Bharu mmg aku nak pergi sgt2...memang seronok, mengujakan...


See Ya...

Monday, 21 May 2012

Final Piala FA - Kelantan vs Sime Darby


Salam Diaries...

Dah lama tak kongsi apa2 story dgn kauorg semua...sorrylah bukan tak nak story tapi memang tak der benda nak kongsi...kali nie aku nak cerita pasal bola sepak...kalau nak tahu aku nie kaki bola tapi bola sepak tempatan aka Malaysia jelh...bola Inggeris aku jarang layan...dan team yang aku sokong adalah THE RED WARRIOR (TRW) – Kelantan dan semestinya team HARIMAU MALAYA...sabtu lepas (19 May 2012) aku telah berpeluang untuk menyaksikan perlawanan akhir piala FA antara TRW dgn Sime Darby FC kat bukit Jalil...pergi tgk dgn sapa? Dgn kawan zaman sekolah menengah hari tu... tuepun last minute janji utk jumpa kat sana...


Memang seronok tengok bola kat stadium...sememangnya tak sama langsung dengan tengok kat TV dia punya feeling...bayangkan bila para pemain bawa bola ke bahagian gol lawan secara automatik kita akan berdiri...kat rumah mana ada...yang tak boleh blah lagi kalau kita nie jenis yang tak cukup ketinggian, sampai berdiri atas kerusi kot nak tengok kot2 bola tadi berjaya dijaringkan...itu baru part pemain bawa bola ke bahagian gol lawan...kalau time tue ada sepakan sudut dekat gol lawan masing-masing bersorak – Gol! Gol! Gol!....seolah-olah diaorg baca mantera utk bagi gol...bila dah gol apalagi bersorak tak ingat dunia dan perkataan Gol tue lagi panjang disebutnya – Goooollllllllllll......!!!!!!!!!....tapi bila tak gol semuanya mengeluh...aduhhhhhhh....!!!!! ada yang tepuk dahilah, ada yang tumbuk tapak tangan sendirilah...macam2 gaya...





Lagi satu bila pergi tgk kat stadium nie, semangat-semangat para penyokong lain yang terlalu ghairah adakalanya turut merasuk diri kita...kalau nak kontrol2 ayu tue baik tak payah pergi stadium sbbnya bila kat sana boleh lupa diri kot...tapi tak derlah smpi ter’over’ tak ingat dunia...mcm2 style penyokong yang kita boleh tgk...ada yang pakai baju yang ada huruf2 utk membentuk perkataan, ada yang conteng muka, conteng badan, pakai topeng hantu (aku rasa hantu pun takut tgk diaorg..huhuuu)...yang seronok bila diaorg semua sepakat buat ‘ombak’...ala yang dok hayung@angkat tangan keatas bergilir2 tue (tak tahu nak tulis mcmana...kauorg faham2lah)...benda baru yang aku dapat tengok mlm tue, diaorang angkat bendera, sepanduk, mafela ikut rentak gendang...memang menarik...

Berbalik pada cerita final FA malam tue, stadium bukit jalil yang katanya boleh muatkan 80,000 penyokong dipenuhi dengan lautan merah putih...memang gaya mcm dok tonton final piala Malaysia pulak rasanya... itulah untungnya FAM kalau final melibatkan pasukan TRW...tiket sold out!!!...naiklah berapa banyak harga tiket sekalipun penyokong TRW tetap akan dtg menyokong... mana ada diaorg wat bising bila tetiba je harga tiket naik...opsssss, terkeluar topik FAM plak...hehehhehe...tak nak cakap banyak nnti kena saman...

Malam tue, kemenangan berpihak pada TRW...memang tak berapa nak bangga sebab menang dengan sepakan penalti...kalau ikutkan TRW main malam tue mmg teruk...langsung tak tunjukkan permainan yang sebenar...Sime Darby pula mmg main bersungguh2 tapi nak wat mcmana rezeki berpihak pada TRW...tak tahulah kenapa TRW main mcm tue...katanya final FA tue sekadar aksi pemanas badan utk TRW yang akan berdepan dgn Terengganu utk piala AFC nnti...mcm2 spekulasi yg keluar disebabkan persembahan yang sedikit hambar dan mungkin boleh dikatakan terlalu berhati2 oleh team TRW...apa2pun harap pada game masa hadapan mereka akan bermain dgn besungguh2...chaiyok2!!!!!

Dalam pada dok seronok2 tue ada jugalah yang kurangnya...sikap tak bertanggungjawab sesetgh penyokong yng membaling botol kearah penyokong lain...kalau baling kat penyokong lawan tak pe juga, ini tidak baling kat penyokong satu pasukan...apa kejadahnya tu????harap para2 penyokong lepas ini jadi lebih bijaklah...tak elok dok baling botol atau apa2 benda kat orang lain...mcmana kalau org baling kat kita confirm naik minyak kan????Apapun lepas nie aku nak jejakkan kaki lagi ke stadium terutama bila ada game yang libatkan TRW....seronok!!!!

Tahniah utk The Red Warrior....semoga banyak lagi piala kejohanan yang dapat digengam...

See Ya...

p/s : Selamat Pengantin Baru & Selamat Hari Lahir untuk Kak Pnatz...(hari yang sama dgn match nie..)

Wednesday, 23 November 2011

Tahniah HARIMAU MALAYA

Salam Diaries..

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku wish a big congratulation untuk team HARIMAU MALAYA yang dah berjaya memenangi ibu segala pingat emas dalam SEA Games kat Indonesia...yang paling wat aku bangga, Malaysia menang dengan mengalahkan musuh tradisi - Indonesia...

Memang rasa berbaloi-baloilah tengok match malam tue...bayangkan dari pukul 8.30mlm sampai 12.00tgh malam match tue (termasuk dgn upacara penyampaian pingat)...wajib tunggu sehingga Lagu NEGARAKU dimainkan...even rasa mcm dah malas nak tengok, tetap digagahkan jugak biji mata nie utk tengok match tue sampai habis..Even Indonesia mendahului, hati tetap cakap yg Malaysia akan dapat score...dan akhirnya kata hati jadi kenyataan...Boleh cakap team Malaysia kuat jugaklah sebab dapat tarik Indonesia main sampai sepakan penalti...Jaringan kemenangan oleh Badrol Bathiar (penuh dramatik) kemuncak segalanya...

Rasanya...bukan rasa tapi sememangnya semua rakyat Malaysia berbangga dengan kemenangan nie...kauorg bayangkanlah Indonesia - boleh kata salah satu bangsa yang X BERTAMADUN - bukan mainlah provokasi diaorg kat team Malaysia...bukan setakat team bola sepak tapi boleh kata semua acara yang melibatkan Malaysia pasti diaorg acting macam bangsa yang sememangnya xbertamadun...padan muka Indonesia sebab Malaysia dah calarkan maruah diaorg two times - berturut-turut plak tue...cuma lepas nie kalau boleh pemain2 Malaysia kena lebih cekap, pantas, kemas, dan semua yang sewaktu dengannya...kalau ikutkan sakit hati jugak bila tengok performed a few player malam tue...

Apapun, I'm proud to be Malaysian...Setinggi-tinggi tahniah lagi sekali untuk team HARIMAU MALAYA... xnak puji lebih2...apapun kita layan video2 kat bawah nie...

-Selamanya Harimau Malaya-

-Jaringan KEMENANGAN Harimau Malaya-

P/s : Rasanya lepas nie kena bagi klafikasi untuk siaran langsung bola sepak terutama yang libatkan Team Harimau Malaya - IBU MENGANDUNG DAN ORANG YANG MENGALAMI LEMAH JANTUNG TIDAK DIGALAKKAN MENONTON - Boleh tak??? (Faham-fahamlah kenapa yer...)

See Ya...