Wednesday 15 May 2013

Picture of Today




P/s : tengok gambar nie buat aku senyum sendiri.:-)..

Tuesday 14 May 2013

Cerita Suka Hati Aku - II


 
 
Hari minggu, hari yang memang dinantikan oleh Tun. Hari untuk bangun lambat. Paling awal dia akan bangun dari tidur hanyalah pukul 11 pagi. Itupun sekiranya dia akan keluar date dengan Feyras. Dan pagi itu, Tun masih berbungkuskan selimut di atas katilnya. Kipas angin yang terletak di salah satu penjuru bilik tidurnya, yang menghadap kearahnya terus berputar tanpa henti dari semalam menambahkan lagi kedinginan pagi itu yang kebetulan hujan.

Tiba-tiba handphonenya berbunyi menandakan ada message. Dengan mata yang masih terpejam, Tun meraba-raba bawah bantal mencari handphone. Sebaik tangannya mencapai apa yang dicari, Tun membuka matanya dengan malas. Matanya terarah ke skrin telefon yang mana tertera message dari Feyras yang tertulis – ‘Good morning..dah bangun belum??...

Handphone yang dipegang, diletakkan ke tepi. Malaslah nak reply message mamat ni. Dilirik matanya ke arah jam yang sedia tergantung di dinding bilik tidur. Baru pukul 10.30. Tun kembali melelapkan matanya, menyambung tidurnya yang terganggu. Selang beberapa minit kemudian, handphonenya berbunyi lagi dan kali ini mengalunkan lagu Teman Penganti nyanyian Black. Aduhai, sapa pulaklah yang telefon aku pagi-pagi minggu ni. Kacau betullah. Dicapai handphonenya buat kali kedua. Jelas dimatanya, tertera nama Hashimah iaitu salah seorang sahabat karibnya. Mimpi apa pulak minah ni telefon aku pagi-pagi minggu macam ni?

“Hello, Yunk,” Tun memulakan bicara. Memang dia membahasakan panggilan ‘Yunk’ terhadap semua orang yang rapat dengannya.

“Hello, Tun. Dah bangun ke belum ni?” soal Hashimah dihujung talian.

“Macam biasalah kalau weekend,” Tun berbasi-basi dengan Hashimah.

“Seronoklah orang cuti Sabtu, Ahad. Boleh tidur puas-puas,” kedengaran Tun ketawa di hujung talian.

“Tak ada apa yang beza pun. Sama saja. Iyalah, lima hari kerja dari pagi sampai ke malam jadi bila weekend bangunlah lambat. Lagipun bangun awal-awal tak ada nak pergi mana-mana pun,”

“Tak keluar dengan cik abang ke?”

“Alah, kalau keluar pun tengahari karang. Hah...yang tetiba telefon aku pagi-pagi macam ni mesti ada apa-apa?” Tun akhirnya menyuarakan kepelikkannya akan tindakan Hashimah menelefon pagi itu.

“Kau ni, kawan telefon pun jadi isu juga ke? Kalau aku tak telefon, kau cakap aku tak ingat member. Bila aku telefon, kau persoalkan pulak,” suara Hashimah sedikit merajuk.

“Alaa...tak payahlah nak merajuk-rajuk pula. Sorry. Tapi iyalah, kalau aku tetiba telefon kau pagi-pagi minggu macam ni, confirm-confirm kau pun pelik,”

“Macam nilah. Sebenarnya aku nak kahwin,” Hashimah berterus-terang.

“Hah!!..kau nak kahwin? Biar betul ni? Dengan siapa? Bila majlis kau tu?” soal Tun dengan perasaan terkejut dicampur dengan perasaan teruja. “Oooo...patutlah tetiba saja kau telefon aku ni. Itulah, dari awal lagi aku dah syak. Mesti sebab ada apa-apa ni,”

Kedengaran ketawa Hashimah di hujung talian. Mereka berdua terus berbual untuk beberapa ketika. Tun sangat teruja apabila mendapat perkhabaran tersebut. Segala macam persoalan diutarakan Tun kepada sahabatnya itu. Bukan setakat teruja tapi Tun turut terkejut. Mana taknya, tak ada angin tak ribut takkan pokok boleh bergoyang. Tarikh untuk perkahwinan Hashimah telah ditetapkan pada 15 November 2012 bersamaan dengan 1 Muharram 1434H.

“Ok, nanti aku akan apply cuti 16 haribulan. Maknanya aku akan balik Kelantan 14 haribulan malam. Kau akad nikah 15 haribulan, pagi kan?

“Kalau ikut perancangan memang macam itulah,”

“Seronoknya...seorang lagi member aku nak kahwin,” Tun jelas memperlihatkan keterujaannya akan perkahwinan sahabat baiknya itu.

“Seronok, seronok juga. Yang kau tu bila pula?” soal Hashimah. Tun terdiam sejenak.

“Errr...Rileklah dulu. Sampai masanya aku kahwinlah,” Tun cuba menyedapkan hatinya sendiri.

“Dah agak dah pun jawapan kau tu. Eh, oklah Tun. Aku dah nak kena letak telefon ni. Nanti aku telefon kau lagi,”

“Ok, nanti apa-apa perkembangan terbaru kau informlah aku,”

Sorry sebab kacau kau tengah syok tidur. Sekarang bolehlah kau sambung balik tidur tu,”

“Dah tak ada maknanya nak sambung tidurnya. Tengoklah jam dah pukul berapa sekarang,” sekilas Tun menjeling jam di dinding. Sudah menunjukkan tepat jam 12.15 tengahari.

“Oklah Tun, nanti aku telefon kau balik. Assalamualaikum,” Hashimah menamatkan perbualan.

“Waalaikummussalam,” dan panggilan dimatikan.

Tun merenung handphonenya untuk seketika. Terukir satu senyuman dibibirnya. Senyuman kegembiraan atas perkhabaran tadi. Termasuk Hashimah, sudah 4 orang sahabat baiknya yang sudah berkahwin bahkan seorang daripada mereka sudah mempunyai seorang anak. Kini yang tinggal ada lagi 3 orang termasuk dirinya yang belum berkahwin. Tiba-tiba handphonenya berbunyi untuk kali kedua. Terpapar nama Hashimah.

"Hah, apa lagi yang kau lupa nak bagitahu aku,” tanpa salam atau pembuka bicara, Tun terus mempersoalkan akan tindakan Hashimah menelefonnya untuk kali kedua.

“Alah, kau ni. Aku terlupa satu benda tadi,”

“Apa dia?”

“Nanti kalau boleh masa majlis kahwin aku nanti, bawa Cik Abang kau sekali boleh?”

“Hah??? Buat apa?”

“Saja nak kenal...Eh, oklah aku letak phone dulu. Assalamuaikum...Eh, eh, ingat tu..Bye,” lalu talian dimatikan.

Mimpi apa pulak nak suruh aku bawa balik Feyras ni?Ada-ada sajalah kawan aku ni. Nak kenal konon. Yang dia tu tertiba-tiba je nak kahwin, boleh pulak...Emm..seronok bila dengar kawan-kawan dah nak kahwin. Tapi aku? Tak tahulah bila. Entahkan kahwin entahkan tidak. Ada ke orang yang nak kahwin dengan aku nanti? Kalau diaorang tahu kisah silam aku dengan Feyras, diaorang boleh terima ke? Tapi perlu ke aku berterus-terang, membuka aib sendiri kalau nanti ada orang yang nak kahwin dengan aku? Mungkin hanya Feyras saja yang boleh jadi suami aku. Tapi lepas tiga bulan nanti, aku dengan Feyras dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Mungkin aku takkan kahwin sampai bila-bila.

Emm... daripada dok fikirkan pasal jodoh boleh migraine aku. Jodoh itu rahsia Tuhan yang Maha Esa..Rasanya dalam Al-Quran pun memang dah disebut yang Tuhan dah tetapkan jodoh untuk setiap umatNya. Cuma tunggu masa dan ketika untuk disatukan.

Tun bermonolog sendirian. Itu salah satu kegemaran dirinya. Disebabkan hal tersebut, abahnya pernah mengingatkan dirinya akan bahayanya sikap suka bermonolog yang terlalu kerap. Tapi itu sahajalah yang mampu dilakukan Tun. Dia tidak mempunyai sesiapa untuk dikongsikan isihatinya di perantauan. Kalau dia di kampung halaman, lain ceritanya. Dia ada ramai sahabat karib yang sudi membantu, mendengar segala permasalahan dirinya.

Dan akhirnya, Tun bangun dari katil. Mengeliat beberapa kali, membetulkan urat badan lalu dicapai tuala yang sedia tersidai di hujung katil. Lantas dia menuju ke bilik air. Hari minggu, sememangnya rumah sewa yang didiami Tun seolah-olah tidak berpenghuni.

Ini kerana, 3 orang yang turut menyewa bersama selalunya pulang ke kampung atau rumah keluarga masing-masing yang berdekatan.

Sedang Tun menyisir rambutnya yang pendek ala-ala Nasha Aziz dalam filem ‘Isabella’ setelah selesai membersihkan diri,  handphonenya berbunyi sekali lagi mengalunkan lagu Teman Penganti.  Tertera nama Feyras di skrin handphonenya.

“Hello,” Tun bersuara malas.

“Hello. Good morning,” ceria suara Feyras dihujung talian.

Morning,” Tun masih bernada yang sama.

“Dah bangun ke belum?”

“Kenapa?”

“Ingat nak ajak awak keluar jalan-jalan. Bosanlah kat rumah, tak tahu nak buat apa. Lagipun dah terbiasa keluar jalan-jalan setiap hari Sabtu dengan awak,”

“Kena biasakan dirilah dari sekarang,”

“Alaa...tak naklah kalau macam tu. Awak lainlah, awak boleh tapi saya tak boleh.. Jomlah keluar. Nanti saya datang jemput awak kat rumah,” Tun terdiam. Dia amat faham dengan perangai Feyras. Kalau dia menolak sekalipun, Feyras akan tetap berterusan memujuknya.

“Emm...ok,” Jawab Tun ringkas.

“Ok, nanti pukul 1.30 tengahari saya sampai. Awak siaplah sekarang,” ceria suara Feyras. Sebaik sahaja panggilan dimatikan, Feyras tersenyum gembira. Baginya tempoh tiga bulan yang mereka sama-sama setujui ini akan digunakan sebaik mungkin. Sekurang-kurangnya bila Tun buat keputusan untuk tinggalkan dia, ada memori yang terindah yang akan dia kenang sampai bila-bila.

Tapi jauh sudut hatinya, dia berharap yang Tun akan terus bersamanya. Dia tidak betah untuk hidup tanpa Tun. Terlalu banyak yang telah Tun korbankan untuk dirinya selama mereka bersama. Dia sedar Tun telah melakukan yang terbaik dalam hubungan mereka. Bukan dia tidak berkorban atau berusaha melakukan yang terbaik dalam hubungan mereka sebagaimana yang Tun lakukan (mungkin kurang daripada Tun) tetapi ada sesuatu yang menjadi penghalang dalam hubungan itu. Tidak lain tidak bukan, halangan dari keluarganya.

Sebab itulah sampai ke saat ini, dia tidak dapat menunaikan satu-satunya permintaan Tun. Walaupun dia tidak berterus-terang dengan keluarganya tetapi dari pandangan mata kasar, Feyras sedar yang keluarganya tahu akan hubungan mereka.

“Fey dengan Tun ada apa-apa ke?” soal mamanya, suatu hari sewaktu mereka sedang menikmati makam malam.

“Fey dengan Tun kawan sajalah. Kenapa ma?” soal Feyras kembali. Suapan nasi diberhentikan. Wajah mamanya dipandang sekilas.

“Tak adalah. Mama tengok Fey selalu keluar dengan Tun,”

“Tak adalah. Mana ada Fey selalu keluar dengan dia? Ada juga Fey keluar dengan Wan, dengan Roy,” Feyras cuba menidakkan kenyataan mamanya.

“Iya ke?” Mamanya mempamerkan riak wajah yang kurang menyenangkan.

“Alaa..kalau Fey keluar dengan Tun pun bukannya selalu keluar berdua. Kadang-kadang tu si Wan dengan Roy ada sekali. Lagipun Tun pun bukannya ada sesiapa kat sini. Kesian pula kat dia. Tambah dia perempuan, jadi Fey temankanlah,”

“Emm...Tak apalah kalau Fey dah cakap macam tu. Mama bukan apa, kalau nak bercinta pun, biar kewangan kita betul-betul stabil dulu. Takut nanti kemaruk sangat bercinta, kerjaya entah ke mana. Lagi satu, ma cuma nak ingatkan Fey. Cubalah jangan hadkan pergaulan tu. Jangan tahu nak fokus dengan seorang saja,”

Feyras faham akan kata-kata dari mamanya itu. Walaupun Feyras tidak pernah mengiyakan hubungannya dengan Tun, tapi sebagai orang tua yang lebih dahulu makan garam Pn. Siti dapat mengagaknya. Dia tahu yang hubungan anak tunggalnya itu dengan Tun Aisha lebih dari seorang kawan. Kalau diikutkan Tun tidak ada cacat celanya tetapi sikap keterbukaan Tun dalam berfesyen kurang disenanginya. Tapi itu bukan penyebab utama dia kurang menyenangi Tun.

Feyras bersiap-siap untuk menjemput Tun di rumah sewa yang terletak cuma 20 minit perjalanan dari rumahnya. Sebaik sahaja enjin kereta ‘panas’, Feyras memulakan pemanduan. Tepat jam 1.30 tengahari, Feyras memarkir keretanya betul-betul di depan rumah Tun. Handphone dicapai lalu didail nombor Tun.

“Saya dah kat depan rumah awak,” Feyras bersuara sebaik sahaja panggilannya berjawab.

“Oh, ok,” Tun mematikan panggilan. Selang beberapa minit, Tun muncul. Dia bersiap ala kadar – berseluar jean yang dipadankan dengan t-shirt merah.  Setelah memastikan semua pintu utama berkunci, Tun berjalan menuju ke kereta Feyras. Sebaik sahaja Tun membuka pintu, satu senyuman yang jelas penuh keikhlasan dilemparkan kepadanya oleh Feyras.

“Nak pergi mana?” soal Tun sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di atas kerusi sebelah pemandu.

“Dah makan? Kalau belum kita pergi makan dulu. Lepas tu baru fikir nak ke mana,”

“Suka hati awaklah,”

“Nak makan kat mana? Atau awak ada rasa nak makan something?” soal Feyras lagi.

“Entah. Saya pun tak terfikir nak makan apa. Suka hati awaklah nak makan apa. Saya ikut saja. Lagipun awak yang akan bayarkan,”

“Kalau macam tu, kita pergi makan KFC kat tempat Wan lah. Boleh makan free. Nak try burger yang baru tu..Emm...apa entah namanya,” Feyras mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Ooo...burger yang dia guna dua keping daging ayam tu. Boleh juga, saya pun tak pernah try lagi,”

Persetujuan dicapai. Feyras memulakan pemanduannya menuju ke Federal Highway, yang mana dia menuju ke Sungei Wang Plaza. Salah seorang sahabat karib Feyras, Wan bekerja sebagai Restaurant Manager di restoren KFC yang terdapat disitu. Sepanjang perjalanan, macam-macam perkara mereka borakkan, bergelak ketawa dan saling mengusik antara satu sama lain. Mereka lupakan tentang apa yang terjadi antara mereka berdua - dua, tiga hari kebelakangan ini.

Di mata masyarakat, mereka tampak begitu bahagia. Saling melengkapi antara satu sama lain. Bahkan mereka digelar pasangan yang paling secocok di kalangan sahabat-sahabat karib mereka. Feyras dan Tun amat pandai berlakon sehinggakan tiada siapa yang dapat menjangka yang hubungan mereka akan berakhir dengan perpisahan. Sebaik sahaja sampai di Sungei Wang Plaza, setelah memarkir kereta di tempat letak kereta mereka berdua berjalan beriringan menuju ke restoren KFC.

Sebetulnya, Feyras sudah menelefon Wan memberitahu akan kedatangan dia dan Tun kesana. Kedatangan mereka berdua amat dialu-alukan oleh Wan. Ini kerana, mereka sudah tidak berjumpa untuk satu tempoh yang lama. Sebaik sahaja sampai di depan KFC, Feyras mencari-cari kelibat Wan. Apabila terpandangkan akan kelibat Wan yang sedang sibuk di cashier counter, Feyras spontan menarik tangan Tun lalu turut berbaris dalam satu barisan bersama-sama pelanggan lain di situ. Wan yang menyedari akan kehadiran sahabat karibnya itu, tersenyum kearah mereka.

“Hye Wan. Busy nampak?” tegur Feyras sebaik mereka menghampiri cashier counter yang dijaga oleh Wan.

“Biasalah kalau weekends. Tambah-tambah pulak musim cuti sekolah. Lagi berkali-gandalah customernya. Hah, nak makan apa hari ni?”

“Kitaorang nak try burger yang baru tu,” jawab Tun sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah poster yang terpapar gambar KFC Double Zinger Burger di belakang Wan.

“Oh, ok. Lagi?” tanya Wan lagi untuk kepastian.

“Macam biasalah. Snack plate dengan ayam spicy, air tukar Milo..Tambah Chezzy Wegges dengan air Cruchers Oreo,” jawab Feyras.

"Ok. Nanti kauorang makan dulu. Bila dah kurang sikit customer aku join kaourang,” Feyras dan Tun hanya tersenyum. Mereka faham akan kesibukan Wan. Setelah makanan yang di pesan siap, mereka menuju ke ruangan tempat makan.

**********

“Lepas ni, nak ke mana?” soal Tun sebaik sahaja mereka meninggalkan tempat parking Sungei Wang Plaza.

“Entah. Awak ada nak kemana-mana?” soal Feyras kembali.

“Tak ada nak ke mana-mana pun. Balik rumah sajalah,”

“Siapa ada kat rumah?”

“Sorang saja. Yang lain-lain semua balik kampung. Awak, kat rumah sapa yang ada?”

“Eh, samalah kita. Kat rumah saya pun tak ada orang. Sebab itulah saya ajak awak keluar,”

“Iya-iyalah tu. Maknanya kalau ada orang kat rumah, awak tak akan ajak saya keluarlah?”

“Mana ada. Kalau boleh, tiap-tiap hari saya nak ajak awak keluar. Nak awak bersama dengan saya setiap masa,”

“Iyalah tu,” jawab Tun sambil mencebik.

“Betul, Tun. Saya tak tipu pun,” Feyras cuba menyakinkan Tun. Suasana senyap seketika apabila Tun tidak memberikan sebarang reaksi akan percakapan Feyras tadi. Feyras meneruskan pemanduannya menuju kembali ke Federal Highway.

“Kita balik rumah saya, ya,” Feyras bersuara sebaik sahaja menghampiri masjid bulat – salah satu masjid yang besar yang terdapat di Petaling Jaya. Ianya dinamakan masjid bulat kerana bangunannya berbentuk sfera.

“Buat apa?”

“Temankan saya. Iyalah, dah awak pun tak ada nak kemana-mana. Lagipun balik rumah nanti nak buat apa. Rumah saya pun tengah tak ada orang. Mama saya balik kampung dengan Mak Long,”

“Suka hatilah,” sebaik persetujuan diberikan oleh Tun, Feyras terus membelok ke simpang menuju ke rumahnya. Sebaik memarkir keretanya di halaman dan pintu pagar utama dikunci kembali, mereka beriringan masuk ke dalam rumah. Sifat kejiranan yang sememangnya tidak suka mencampuri hal orang lain menyebabkan Feyras berani untuk membawa Tun pulang ke rumahnya. Bukan sekali dua, tapi sudah berulang kali Tun tidur di situ.

“Saya ke bilik air kejap. Dari tadi saya tahan kencing,” Tun laju menuju ke tandas yang terletak di bahagian dapur rumah Feyras. Setelah selesai, dia kembali ke ruang tamu. Kelihatan Feyras sedang berbaring di atas sofa berbentuk ‘L shape  yang terdapat di ruang tamu sambil menonton siaran television. Tun mengambil tempat di sofa yang sama cuma dipenjuru yang berlainan. Menyendari akan kedudukan Tun yang jauh darinya, Feyras bangun dari pembaringan lalu duduk disebelah Tun. Kemudian dia berbaring dimana kepalanya diletakkan di atas paha Tun.

Tanpa dipaksa mahupun disuruh, Tun membelai rambut Feyras sambil matanya terus tertancap pada skrin television. Menyedari Feyras sudah terlelap, dengan perlahan Tun bangun sambil tangannya mengalihkan kepala Feyras lalu pahanya digantikan dengan bantal. Tun duduk bersimpuh diatas lantai. Kepalanya dilentokkan di atas sofa. Dipandangnya Feyras yang terlena. Saya terlalu sayangkan awak, Feyras. Dan tanpa disedari, Tun akhirnya turut terlelap.

Feyras terjaga dari tidurnya. Dia mengeliat seketika. Suasana ruang tamu samar-samar. Kedengaran hujan yang lebat sedang membasahi bumi. Dijelingnya jam tangan di tangan kanan. Sudah menunjukkan hampir jam 5 petang. Patutlah tak tersedar, hujan lebat rupanya kat luar. Matanya kemudian tertacap pada satu wajah polos yang sedang nyenyak dibuai mimpi dihujung kepalanya. Feyras bangun perlahan-lahan, enggan diganggu tidur Tun yang begitu lena. Feyras merenung wajah Tun. Kemudian tangannya mengusap ubun-ubun rambut Tun. Timbul rasa kesian melihatkan kedudukan Tun ketika itu, Feyras perlahan-lahan mendukung Tun lalu dibawa masuk ke dalam biliknya.

Hujan yang masih lebat di luar, menyebabkan apa yang dilakukan Feyras tidak disedari Tun. Bahkan sebaik sahaja dibaringkan diatas tilam, Tun kelihatan makin nyenyak. Feyras berbaring disebelahnya. Direnung lama wajah Tun. Tangannya menyentuh lembut pipi Tun. Kemudian dia mencium ubun-ubun rambut Tun. Perbuatan Feyras mencium ubun-ubun rambut kali ini, menyebabkan Tun terjaga. Dipandangnya muka Feyras, separuh mamai.

Sorry, ganggu awak tidur,”

“Emmm...tak ada apalah,” Tun mengeliat kemudian Tun terpaku seketika, cuba mengamati bunyi di luar rumah. “Kat luar hujan ke?” soal Tun kembali.

“A’ah, hujan lebat. Sebab itulah, seronok awak tidur sampai saya angkat masuk bilik pun tak sedar,”

Sorry,”

“Untuk apa?”

“Sebab saya tertidur,” jawab Tun jujur.

“Tak ada apalah. Ke sini sikit,” arah Feyras. Tangan kanannya didepakan. Tun yang memahami akan perlakuan Feyras hanya menurut. Kepalanya kemudian dilentokkan ke dada Feyras. Hangat badannya dipeluk oleh Feyras. Tun memandang Feyras dan mata mereka bertaut. Feyras tersenyum kemudian mencium dahi Tun. Betullah kata orang-orang agama, akan wujudnya orang ketiga diantara dua manusia bukan muhrim. Dari dahi, ciuman Feyras menurun ke kening, ke pipi, ke telinga dan akhirnya ke mulut. Bibir mereka bertaut. Lama. Dan akhirnya mereka berdua hanyut dalam dunia sendiri.

Words of Today