Wednesday, 12 June 2013

Pet World Malaysia 2013 (21 June - 23 June 2013)


Salam Diaries,

Tak tahu kenapa since terpandangkan akan banner 'Pet World Malaysia 2013' kat tepi jalan, sepanjang federal highway itu hari, hati begitu teruja nak pergi untuk pertama kalinyer...al-maklumlah orang dah bela kucing sekarang jadi apa2 yg ada kaitan dengan benda alah itu, perasaan keterujaan utk turut serta berkobar-kobarlah..hehehe..

Jadi, jom ramai2 kita serbu Mid Valley Exhibition Centre pada 21 sampai 23 June 2013 bersamaan hari Jumaat sampai Hari Ahad...

 
 
Jom ramai2 ke sana nanti...:)

Saturday, 1 June 2013

Hi..saya Pak Tam :)

Hi,

Saya benda baru dlm hidup pemilik blog nie...saya xder nama sbb tuan saya tak tahu nak bg nama apa..kdg2 dia pnggil saya ‘hitam’, kdg2 dia pnggil saya ‘supit’ (sebut dlm loghat Kelantan) yg bermaksud plastic bag..msti tertnya2kan kenapa tuan saya pnggil saya 'supit'??? sbb saya obses dgn plastic bag..pantang kalau saya dgr bunyi kruk, kruk (betul ke bunyi mcm tue???) confirm2 saya akan cari...tapi last2 dia panggil saya Pak Tam..sebabnyer adalah saya kucing jantan dan saya berwarna hitam...kata tuan saya lg saya nielh peneman kala dia kesunyian, keseorangan kat rumah...dia sllu borak2 dgn saya even saya xblh nk reply blik...tapi saya tahu yg dia akan rasa lega sgt2 bila dia borak2 dgn saya terutama skli bila dia ada masalah dgn MIS...jgn cakap tuan saya ‘tak betul’ plak sbb dia still manusia yg normal cuma sebabkan dia keseorangan sbb itulah dia borak2 dgn saya...
 

Mengikut cerita tuan saya jumpa saya pada 25 May 2013, hari Sabtu lebih kurang jam 5.30ptg...detail gituuu....masa tue diaorg baru pulang dari kenduri kahwin...sdg dok beri mkn kat kucing2 yg mmg tuan saya dgn family bela, entah dari mana saya muncul....kata tuan saya masa tue saya kotor sgt2...mungkin bru lpas jatuh dlm longkang tambah pulak kat telingan saya ber’kurap’...tapi tuan saya tetap bagi saya makanan....kauorg jgn tnya plak saya asal dari mana yerrrr....sbbnyer saya sndiri pun xtahu asal-usul saya...tapi skrg saya dah tak kisah sbb kehidupan saya dh terjamin lepas jmpa dgn tuan saya...dia jaga saya dgn baik – bagi makanan yang sedap, suka bergurau/bermain dgn saya, belai badan saya dgn manja....:))

 
Esoknya, tuan saya nak blik PJ...Bincang punya bincang dgn family akhirnya tuan saya bawak saya blik PJ bersama...walaupun masa tue bdn saya still kotor & ada kurap, tuan saya dgn baik hatinya mengambil saya utk dijadikan teman aka haiwan peliharaan...dan pertama kalinya saya berjalan jauh dalam tempoh masa yang lama...mana tidaknya hari tue tuan saya terpksa tempuh ‘jam’ selama 12 jam...dan sekarang permulaan hidup baru saya bersama orang baru iaitu tuan saya....

Masa entry nie ditulis, saya dah bersama selama 2 minggu lebih...oklah dok dgn dia cuma bosan sgt2 bila time dia pergi kerja ataupun bila dia kuar jalan2 dgn MIS...makan, tidur, main2 kejap, minum air, masuk toilet (buang air besar/kecil) lepas tue sambung makan, tidur, main2 kejap................itulah yang selalu saya buat bila sorang2 kat rumah....tapi bila tuan saya ada kitaorg selalu main sorok2...hehehehehhe....

It's me - Pak Tam

See Ya...

Wednesday, 15 May 2013

Picture of Today




P/s : tengok gambar nie buat aku senyum sendiri.:-)..

Tuesday, 14 May 2013

Cerita Suka Hati Aku - II


 
 
Hari minggu, hari yang memang dinantikan oleh Tun. Hari untuk bangun lambat. Paling awal dia akan bangun dari tidur hanyalah pukul 11 pagi. Itupun sekiranya dia akan keluar date dengan Feyras. Dan pagi itu, Tun masih berbungkuskan selimut di atas katilnya. Kipas angin yang terletak di salah satu penjuru bilik tidurnya, yang menghadap kearahnya terus berputar tanpa henti dari semalam menambahkan lagi kedinginan pagi itu yang kebetulan hujan.

Tiba-tiba handphonenya berbunyi menandakan ada message. Dengan mata yang masih terpejam, Tun meraba-raba bawah bantal mencari handphone. Sebaik tangannya mencapai apa yang dicari, Tun membuka matanya dengan malas. Matanya terarah ke skrin telefon yang mana tertera message dari Feyras yang tertulis – ‘Good morning..dah bangun belum??...

Handphone yang dipegang, diletakkan ke tepi. Malaslah nak reply message mamat ni. Dilirik matanya ke arah jam yang sedia tergantung di dinding bilik tidur. Baru pukul 10.30. Tun kembali melelapkan matanya, menyambung tidurnya yang terganggu. Selang beberapa minit kemudian, handphonenya berbunyi lagi dan kali ini mengalunkan lagu Teman Penganti nyanyian Black. Aduhai, sapa pulaklah yang telefon aku pagi-pagi minggu ni. Kacau betullah. Dicapai handphonenya buat kali kedua. Jelas dimatanya, tertera nama Hashimah iaitu salah seorang sahabat karibnya. Mimpi apa pulak minah ni telefon aku pagi-pagi minggu macam ni?

“Hello, Yunk,” Tun memulakan bicara. Memang dia membahasakan panggilan ‘Yunk’ terhadap semua orang yang rapat dengannya.

“Hello, Tun. Dah bangun ke belum ni?” soal Hashimah dihujung talian.

“Macam biasalah kalau weekend,” Tun berbasi-basi dengan Hashimah.

“Seronoklah orang cuti Sabtu, Ahad. Boleh tidur puas-puas,” kedengaran Tun ketawa di hujung talian.

“Tak ada apa yang beza pun. Sama saja. Iyalah, lima hari kerja dari pagi sampai ke malam jadi bila weekend bangunlah lambat. Lagipun bangun awal-awal tak ada nak pergi mana-mana pun,”

“Tak keluar dengan cik abang ke?”

“Alah, kalau keluar pun tengahari karang. Hah...yang tetiba telefon aku pagi-pagi macam ni mesti ada apa-apa?” Tun akhirnya menyuarakan kepelikkannya akan tindakan Hashimah menelefon pagi itu.

“Kau ni, kawan telefon pun jadi isu juga ke? Kalau aku tak telefon, kau cakap aku tak ingat member. Bila aku telefon, kau persoalkan pulak,” suara Hashimah sedikit merajuk.

“Alaa...tak payahlah nak merajuk-rajuk pula. Sorry. Tapi iyalah, kalau aku tetiba telefon kau pagi-pagi minggu macam ni, confirm-confirm kau pun pelik,”

“Macam nilah. Sebenarnya aku nak kahwin,” Hashimah berterus-terang.

“Hah!!..kau nak kahwin? Biar betul ni? Dengan siapa? Bila majlis kau tu?” soal Tun dengan perasaan terkejut dicampur dengan perasaan teruja. “Oooo...patutlah tetiba saja kau telefon aku ni. Itulah, dari awal lagi aku dah syak. Mesti sebab ada apa-apa ni,”

Kedengaran ketawa Hashimah di hujung talian. Mereka berdua terus berbual untuk beberapa ketika. Tun sangat teruja apabila mendapat perkhabaran tersebut. Segala macam persoalan diutarakan Tun kepada sahabatnya itu. Bukan setakat teruja tapi Tun turut terkejut. Mana taknya, tak ada angin tak ribut takkan pokok boleh bergoyang. Tarikh untuk perkahwinan Hashimah telah ditetapkan pada 15 November 2012 bersamaan dengan 1 Muharram 1434H.

“Ok, nanti aku akan apply cuti 16 haribulan. Maknanya aku akan balik Kelantan 14 haribulan malam. Kau akad nikah 15 haribulan, pagi kan?

“Kalau ikut perancangan memang macam itulah,”

“Seronoknya...seorang lagi member aku nak kahwin,” Tun jelas memperlihatkan keterujaannya akan perkahwinan sahabat baiknya itu.

“Seronok, seronok juga. Yang kau tu bila pula?” soal Hashimah. Tun terdiam sejenak.

“Errr...Rileklah dulu. Sampai masanya aku kahwinlah,” Tun cuba menyedapkan hatinya sendiri.

“Dah agak dah pun jawapan kau tu. Eh, oklah Tun. Aku dah nak kena letak telefon ni. Nanti aku telefon kau lagi,”

“Ok, nanti apa-apa perkembangan terbaru kau informlah aku,”

“Sorry sebab kacau kau tengah syok tidur. Sekarang bolehlah kau sambung balik tidur tu,”

“Dah tak ada maknanya nak sambung tidurnya. Tengoklah jam dah pukul berapa sekarang,” sekilas Tun menjeling jam di dinding. Sudah menunjukkan tepat jam 12.15 tengahari.

“Oklah Tun, nanti aku telefon kau balik. Assalamualaikum,” Hashimah menamatkan perbualan.

“Waalaikummussalam,” dan panggilan dimatikan.

Tun merenung handphonenya untuk seketika. Terukir satu senyuman dibibirnya. Senyuman kegembiraan atas perkhabaran tadi. Termasuk Hashimah, sudah 4 orang sahabat baiknya yang sudah berkahwin bahkan seorang daripada mereka sudah mempunyai seorang anak. Kini yang tinggal ada lagi 3 orang termasuk dirinya yang belum berkahwin. Tiba-tiba handphonenya berbunyi untuk kali kedua. Terpapar nama Hashimah.

"Hah, apa lagi yang kau lupa nak bagitahu aku,” tanpa salam atau pembuka bicara, Tun terus mempersoalkan akan tindakan Hashimah menelefonnya untuk kali kedua.

“Alah, kau ni. Aku terlupa satu benda tadi,”

“Apa dia?”

“Nanti kalau boleh masa majlis kahwin aku nanti, bawa Cik Abang kau sekali boleh?”

“Hah??? Buat apa?”

“Saja nak kenal...Eh, oklah aku letak phone dulu. Assalamuaikum...Eh, eh, ingat tu..Bye,” lalu talian dimatikan.

Mimpi apa pulak nak suruh aku bawa balik Feyras ni?Ada-ada sajalah kawan aku ni. Nak kenal konon. Yang dia tu tertiba-tiba je nak kahwin, boleh pulak...Emm..seronok bila dengar kawan-kawan dah nak kahwin. Tapi aku? Tak tahulah bila. Entahkan kahwin entahkan tidak. Ada ke orang yang nak kahwin dengan aku nanti? Kalau diaorang tahu kisah silam aku dengan Feyras, diaorang boleh terima ke? Tapi perlu ke aku berterus-terang, membuka aib sendiri kalau nanti ada orang yang nak kahwin dengan aku? Mungkin hanya Feyras saja yang boleh jadi suami aku. Tapi lepas tiga bulan nanti, aku dengan Feyras dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Mungkin aku takkan kahwin sampai bila-bila.

Emm... daripada dok fikirkan pasal jodoh boleh migraine aku. Jodoh itu rahsia Tuhan yang Maha Esa..Rasanya dalam Al-Quran pun memang dah disebut yang Tuhan dah tetapkan jodoh untuk setiap umatNya. Cuma tunggu masa dan ketika untuk disatukan.

Tun bermonolog sendirian. Itu salah satu kegemaran dirinya. Disebabkan hal tersebut, abahnya pernah mengingatkan dirinya akan bahayanya sikap suka bermonolog yang terlalu kerap. Tapi itu sahajalah yang mampu dilakukan Tun. Dia tidak mempunyai sesiapa untuk dikongsikan isihatinya di perantauan. Kalau dia di kampung halaman, lain ceritanya. Dia ada ramai sahabat karib yang sudi membantu, mendengar segala permasalahan dirinya.

Dan akhirnya, Tun bangun dari katil. Mengeliat beberapa kali, membetulkan urat badan lalu dicapai tuala yang sedia tersidai di hujung katil. Lantas dia menuju ke bilik air. Hari minggu, sememangnya rumah sewa yang didiami Tun seolah-olah tidak berpenghuni.

Ini kerana, 3 orang yang turut menyewa bersama selalunya pulang ke kampung atau rumah keluarga masing-masing yang berdekatan.

Sedang Tun menyisir rambutnya yang pendek ala-ala Nasha Aziz dalam filem ‘Isabella’ setelah selesai membersihkan diri,  handphonenya berbunyi sekali lagi mengalunkan lagu Teman Penganti.  Tertera nama Feyras di skrin handphonenya.

“Hello,” Tun bersuara malas.

“Hello. Good morning,” ceria suara Feyras dihujung talian.

“Morning,” Tun masih bernada yang sama.

“Dah bangun ke belum?”

“Kenapa?”

“Ingat nak ajak awak keluar jalan-jalan. Bosanlah kat rumah, tak tahu nak buat apa. Lagipun dah terbiasa keluar jalan-jalan setiap hari Sabtu dengan awak,”

“Kena biasakan dirilah dari sekarang,”

“Alaa...tak naklah kalau macam tu. Awak lainlah, awak boleh tapi saya tak boleh.. Jomlah keluar. Nanti saya datang jemput awak kat rumah,” Tun terdiam. Dia amat faham dengan perangai Feyras. Kalau dia menolak sekalipun, Feyras akan tetap berterusan memujuknya.

“Emm...ok,” Jawab Tun ringkas.

“Ok, nanti pukul 1.30 tengahari saya sampai. Awak siaplah sekarang,” ceria suara Feyras. Sebaik sahaja panggilan dimatikan, Feyras tersenyum gembira. Baginya tempoh tiga bulan yang mereka sama-sama setujui ini akan digunakan sebaik mungkin. Sekurang-kurangnya bila Tun buat keputusan untuk tinggalkan dia, ada memori yang terindah yang akan dia kenang sampai bila-bila.

Tapi jauh sudut hatinya, dia berharap yang Tun akan terus bersamanya. Dia tidak betah untuk hidup tanpa Tun. Terlalu banyak yang telah Tun korbankan untuk dirinya selama mereka bersama. Dia sedar Tun telah melakukan yang terbaik dalam hubungan mereka. Bukan dia tidak berkorban atau berusaha melakukan yang terbaik dalam hubungan mereka sebagaimana yang Tun lakukan (mungkin kurang daripada Tun) tetapi ada sesuatu yang menjadi penghalang dalam hubungan itu. Tidak lain tidak bukan, halangan dari keluarganya.

Sebab itulah sampai ke saat ini, dia tidak dapat menunaikan satu-satunya permintaan Tun. Walaupun dia tidak berterus-terang dengan keluarganya tetapi dari pandangan mata kasar, Feyras sedar yang keluarganya tahu akan hubungan mereka.

“Fey dengan Tun ada apa-apa ke?” soal mamanya, suatu hari sewaktu mereka sedang menikmati makam malam.

“Fey dengan Tun kawan sajalah. Kenapa ma?” soal Feyras kembali. Suapan nasi diberhentikan. Wajah mamanya dipandang sekilas.

“Tak adalah. Mama tengok Fey selalu keluar dengan Tun,”

“Tak adalah. Mana ada Fey selalu keluar dengan dia? Ada juga Fey keluar dengan Wan, dengan Roy,” Feyras cuba menidakkan kenyataan mamanya.

“Iya ke?” Mamanya mempamerkan riak wajah yang kurang menyenangkan.

“Alaa..kalau Fey keluar dengan Tun pun bukannya selalu keluar berdua. Kadang-kadang tu si Wan dengan Roy ada sekali. Lagipun Tun pun bukannya ada sesiapa kat sini. Kesian pula kat dia. Tambah dia perempuan, jadi Fey temankanlah,”

“Emm...Tak apalah kalau Fey dah cakap macam tu. Mama bukan apa, kalau nak bercinta pun, biar kewangan kita betul-betul stabil dulu. Takut nanti kemaruk sangat bercinta, kerjaya entah ke mana. Lagi satu, ma cuma nak ingatkan Fey. Cubalah jangan hadkan pergaulan tu. Jangan tahu nak fokus dengan seorang saja,”

Feyras faham akan kata-kata dari mamanya itu. Walaupun Feyras tidak pernah mengiyakan hubungannya dengan Tun, tapi sebagai orang tua yang lebih dahulu makan garam Pn. Siti dapat mengagaknya. Dia tahu yang hubungan anak tunggalnya itu dengan Tun Aisha lebih dari seorang kawan. Kalau diikutkan Tun tidak ada cacat celanya tetapi sikap keterbukaan Tun dalam berfesyen kurang disenanginya. Tapi itu bukan penyebab utama dia kurang menyenangi Tun.

Feyras bersiap-siap untuk menjemput Tun di rumah sewa yang terletak cuma 20 minit perjalanan dari rumahnya. Sebaik sahaja enjin kereta ‘panas’, Feyras memulakan pemanduan. Tepat jam 1.30 tengahari, Feyras memarkir keretanya betul-betul di depan rumah Tun. Handphone dicapai lalu didail nombor Tun.

“Saya dah kat depan rumah awak,” Feyras bersuara sebaik sahaja panggilannya berjawab.

“Oh, ok,” Tun mematikan panggilan. Selang beberapa minit, Tun muncul. Dia bersiap ala kadar – berseluar jean yang dipadankan dengan t-shirt merah.  Setelah memastikan semua pintu utama berkunci, Tun berjalan menuju ke kereta Feyras. Sebaik sahaja Tun membuka pintu, satu senyuman yang jelas penuh keikhlasan dilemparkan kepadanya oleh Feyras.

“Nak pergi mana?” soal Tun sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di atas kerusi sebelah pemandu.

“Dah makan? Kalau belum kita pergi makan dulu. Lepas tu baru fikir nak ke mana,”

“Suka hati awaklah,”

“Nak makan kat mana? Atau awak ada rasa nak makan something?” soal Feyras lagi.

“Entah. Saya pun tak terfikir nak makan apa. Suka hati awaklah nak makan apa. Saya ikut saja. Lagipun awak yang akan bayarkan,”

“Kalau macam tu, kita pergi makan KFC kat tempat Wan lah. Boleh makan free. Nak try burger yang baru tu..Emm...apa entah namanya,” Feyras mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Ooo...burger yang dia guna dua keping daging ayam tu. Boleh juga, saya pun tak pernah try lagi,”

Persetujuan dicapai. Feyras memulakan pemanduannya menuju ke Federal Highway, yang mana dia menuju ke Sungei Wang Plaza. Salah seorang sahabat karib Feyras, Wan bekerja sebagai Restaurant Manager di restoren KFC yang terdapat disitu. Sepanjang perjalanan, macam-macam perkara mereka borakkan, bergelak ketawa dan saling mengusik antara satu sama lain. Mereka lupakan tentang apa yang terjadi antara mereka berdua - dua, tiga hari kebelakangan ini.

Di mata masyarakat, mereka tampak begitu bahagia. Saling melengkapi antara satu sama lain. Bahkan mereka digelar pasangan yang paling secocok di kalangan sahabat-sahabat karib mereka. Feyras dan Tun amat pandai berlakon sehinggakan tiada siapa yang dapat menjangka yang hubungan mereka akan berakhir dengan perpisahan. Sebaik sahaja sampai di Sungei Wang Plaza, setelah memarkir kereta di tempat letak kereta mereka berdua berjalan beriringan menuju ke restoren KFC.

Sebetulnya, Feyras sudah menelefon Wan memberitahu akan kedatangan dia dan Tun kesana. Kedatangan mereka berdua amat dialu-alukan oleh Wan. Ini kerana, mereka sudah tidak berjumpa untuk satu tempoh yang lama. Sebaik sahaja sampai di depan KFC, Feyras mencari-cari kelibat Wan. Apabila terpandangkan akan kelibat Wan yang sedang sibuk di cashier counter, Feyras spontan menarik tangan Tun lalu turut berbaris dalam satu barisan bersama-sama pelanggan lain di situ. Wan yang menyedari akan kehadiran sahabat karibnya itu, tersenyum kearah mereka.

“Hye Wan. Busy nampak?” tegur Feyras sebaik mereka menghampiri cashier counter yang dijaga oleh Wan.

“Biasalah kalau weekends. Tambah-tambah pulak musim cuti sekolah. Lagi berkali-gandalah customernya. Hah, nak makan apa hari ni?”

“Kitaorang nak try burger yang baru tu,” jawab Tun sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah poster yang terpapar gambar KFC Double Zinger Burger di belakang Wan.

“Oh, ok. Lagi?” tanya Wan lagi untuk kepastian.

“Macam biasalah. Snack plate dengan ayam spicy, air tukar Milo..Tambah Chezzy Wegges dengan air Cruchers Oreo,” jawab Feyras.

"Ok. Nanti kauorang makan dulu. Bila dah kurang sikit customer aku join kaourang,” Feyras dan Tun hanya tersenyum. Mereka faham akan kesibukan Wan. Setelah makanan yang di pesan siap, mereka menuju ke ruangan tempat makan.

**********

“Lepas ni, nak ke mana?” soal Tun sebaik sahaja mereka meninggalkan tempat parking Sungei Wang Plaza.

“Entah. Awak ada nak kemana-mana?” soal Feyras kembali.

“Tak ada nak ke mana-mana pun. Balik rumah sajalah,”

“Siapa ada kat rumah?”

“Sorang saja. Yang lain-lain semua balik kampung. Awak, kat rumah sapa yang ada?”

“Eh, samalah kita. Kat rumah saya pun tak ada orang. Sebab itulah saya ajak awak keluar,”

“Iya-iyalah tu. Maknanya kalau ada orang kat rumah, awak tak akan ajak saya keluarlah?”

“Mana ada. Kalau boleh, tiap-tiap hari saya nak ajak awak keluar. Nak awak bersama dengan saya setiap masa,”

“Iyalah tu,” jawab Tun sambil mencebik.

“Betul, Tun. Saya tak tipu pun,” Feyras cuba menyakinkan Tun. Suasana senyap seketika apabila Tun tidak memberikan sebarang reaksi akan percakapan Feyras tadi. Feyras meneruskan pemanduannya menuju kembali ke Federal Highway.

“Kita balik rumah saya, ya,” Feyras bersuara sebaik sahaja menghampiri masjid bulat – salah satu masjid yang besar yang terdapat di Petaling Jaya. Ianya dinamakan masjid bulat kerana bangunannya berbentuk sfera.

“Buat apa?”

“Temankan saya. Iyalah, dah awak pun tak ada nak kemana-mana. Lagipun balik rumah nanti nak buat apa. Rumah saya pun tengah tak ada orang. Mama saya balik kampung dengan Mak Long,”

“Suka hatilah,” sebaik persetujuan diberikan oleh Tun, Feyras terus membelok ke simpang menuju ke rumahnya. Sebaik memarkir keretanya di halaman dan pintu pagar utama dikunci kembali, mereka beriringan masuk ke dalam rumah. Sifat kejiranan yang sememangnya tidak suka mencampuri hal orang lain menyebabkan Feyras berani untuk membawa Tun pulang ke rumahnya. Bukan sekali dua, tapi sudah berulang kali Tun tidur di situ.

“Saya ke bilik air kejap. Dari tadi saya tahan kencing,” Tun laju menuju ke tandas yang terletak di bahagian dapur rumah Feyras. Setelah selesai, dia kembali ke ruang tamu. Kelihatan Feyras sedang berbaring di atas sofa berbentuk ‘L shape’  yang terdapat di ruang tamu sambil menonton siaran television. Tun mengambil tempat di sofa yang sama cuma dipenjuru yang berlainan. Menyendari akan kedudukan Tun yang jauh darinya, Feyras bangun dari pembaringan lalu duduk disebelah Tun. Kemudian dia berbaring dimana kepalanya diletakkan di atas paha Tun.

Tanpa dipaksa mahupun disuruh, Tun membelai rambut Feyras sambil matanya terus tertancap pada skrin television. Menyedari Feyras sudah terlelap, dengan perlahan Tun bangun sambil tangannya mengalihkan kepala Feyras lalu pahanya digantikan dengan bantal. Tun duduk bersimpuh diatas lantai. Kepalanya dilentokkan di atas sofa. Dipandangnya Feyras yang terlena. Saya terlalu sayangkan awak, Feyras. Dan tanpa disedari, Tun akhirnya turut terlelap.

Feyras terjaga dari tidurnya. Dia mengeliat seketika. Suasana ruang tamu samar-samar. Kedengaran hujan yang lebat sedang membasahi bumi. Dijelingnya jam tangan di tangan kanan. Sudah menunjukkan hampir jam 5 petang. Patutlah tak tersedar, hujan lebat rupanya kat luar. Matanya kemudian tertacap pada satu wajah polos yang sedang nyenyak dibuai mimpi dihujung kepalanya. Feyras bangun perlahan-lahan, enggan diganggu tidur Tun yang begitu lena. Feyras merenung wajah Tun. Kemudian tangannya mengusap ubun-ubun rambut Tun. Timbul rasa kesian melihatkan kedudukan Tun ketika itu, Feyras perlahan-lahan mendukung Tun lalu dibawa masuk ke dalam biliknya.

Hujan yang masih lebat di luar, menyebabkan apa yang dilakukan Feyras tidak disedari Tun. Bahkan sebaik sahaja dibaringkan diatas tilam, Tun kelihatan makin nyenyak. Feyras berbaring disebelahnya. Direnung lama wajah Tun. Tangannya menyentuh lembut pipi Tun. Kemudian dia mencium ubun-ubun rambut Tun. Perbuatan Feyras mencium ubun-ubun rambut kali ini, menyebabkan Tun terjaga. Dipandangnya muka Feyras, separuh mamai.

“Sorry, ganggu awak tidur,”

“Emmm...tak ada apalah,” Tun mengeliat kemudian Tun terpaku seketika, cuba mengamati bunyi di luar rumah. “Kat luar hujan ke?” soal Tun kembali.

“A’ah, hujan lebat. Sebab itulah, seronok awak tidur sampai saya angkat masuk bilik pun tak sedar,”

“Sorry,”

“Untuk apa?”

“Sebab saya tertidur,” jawab Tun jujur.

“Tak ada apalah. Ke sini sikit,” arah Feyras. Tangan kanannya didepakan. Tun yang memahami akan perlakuan Feyras hanya menurut. Kepalanya kemudian dilentokkan ke dada Feyras. Hangat badannya dipeluk oleh Feyras. Tun memandang Feyras dan mata mereka bertaut. Feyras tersenyum kemudian mencium dahi Tun. Betullah kata orang-orang agama, akan wujudnya orang ketiga diantara dua manusia bukan muhrim. Dari dahi, ciuman Feyras menurun ke kening, ke pipi, ke telinga dan akhirnya ke mulut. Bibir mereka bertaut. Lama. Dan akhirnya mereka berdua hanyut dalam dunia sendiri.

Words of Today




Tuesday, 30 April 2013

Cerita Suka Hati Aku - I



“Saya rasa lebih baik awak lepaskan saya,” Tun akhirnya membuka bicara setelah dia dan Feyras, masing-masing berdiam diri untuk sekian lama.

“Tapi kenapa? Awak sendiri tahukan yang saya memang tak boleh lepaskan awak?” Feyras menyoal. Sememangnya dia tidak mahu perhubungan yang telah dibina hampir 6 tahun ini putus begitu saja.

“Itu yang terbaik, Fey. Lagipun hubungan kita ni takkan kemana-mana pun. Awak memang takkan kahwin dengan saya,”

“Siapa cakap saya takkan kahwin dengan awak, Tun? Awak sendiri tahu yang saya memang nak kahwin dengan awak. Selagi kita tak cuba, selagi tu kita takkan tahu. Tolonglah Tun, lagipun awak sendiri pernah berjanji yang awak takkan minta putus dari saya,” Feyras masih merayu. Pandangannya yang sedari tadi di hala ke depan dikalih memandang Tun yang masih kaku di sebelahnya.

“Saya dah penat, Fey. Saya dah penat mencuba untuk buat yang terbaik dalam hubungan ni. Tapi awak? Saya tak nampak dan tak pernah nampak pun yang awak berusaha untuk selamatkan hubungan ni,” terdengar keluhan yang amat berat dilepaskan oleh Tun. “Fey, awak sendiri tahukan yang sejak dulu sampai sekarang satu saja permintaan saya. Tapi sampai sekarang permintaan tu awak tak dapat tunaikan. Sedangkan permintaan tu bukannya melibatkan wang. Itupun susah sangat untuk awak tunaikan,”

“Sabarlah. Sampai masanya saya tunaikanlah permintaan awak tu. Banyak lagi benda yang saya perlu selesaikan. Satu, persatulah,” Feyras terus memujuk.

“Sabar, sabar, sabar...Sampai bila Fey? Sampai bila?” Tun sedikit meninggikan suaranya. “Itulah, mungkin silap saya juga, bercinta dengan anak ‘tunggul’ macam awak. Semuanya kena dahulukan keluarga. Tapi itu tak apalah lagi tapi kalau nak beristeri pun nak kena ikut kehendak keluarga baik dari dulu awak tak payah bercinta. Tunggu saja, sampai masa kahwin,”

“Tapi saya nak kahwin dengan awak, Tun,”

“Sudahlah, Fey. Awak cuma pandai cakap tapi tak pandai nak buat. Sebab itulah sampai sekarang awak tak pernah nak berterus-terang dengan keluarga awak pasal kita. Senang bagi awak, kalau diaorang tanya, Tun is my bestfriend. Kalau bestfriend memang takkan kahwinlah,”

“Ada apa orang kahwin dengan kawan baik sendiri. Pandai-pandai saja cakap tak ada,” Feyras cuba menceriakan suasana.

“Dahlah Fey. Kali ni memang saya dah nekad yang saya memang nak putuskan hubungan ni. Saya dah penat Fey. Saya dah tak mampu nak tanggung, nak terus-menerus makan hati dengan hubungan ni. Awak tak payah risau, kalau ada orang yang tanya kenapa kita putus terus terang saja cakap saya yang minta putus dan memang jodoh kita setakat ni saja,”

“Tun, tolonglah. Saya tak boleh kehilangan awak. Kalau awak tak ada dalam hidup saya, saya tak tahu macamana life saya nanti. Nanti malam-malam saya nak message dengan siapa? Kalau saya ada masalah dekat siapa saya nak mengadu nanti? Kalau saya nak keluar tengok wayang ke, beli barang dapur ke saya nak ajak siapa? Saya cuma ada awak seorang saja, Tun,”

“Awak masih ada family, kawan-kawan Fey. Lagipun kalau nak diikutkan, kedudukan saya dalam hidup awak lagi bawah dari kawan-kawan awak. Entah-entah kalau dari kedudukan satu sampai sepuluh, yang kesepuluh itulah kedudukan saya dalam hidup awak. Awak cuma perlukan saya bila awak keseorangan. Tapi bila awak dengan family, dengan kawan-kawan, saya seolah-olah tak pernah wujud pun dalam hidup awak,”

Feyras terdiam mendengar kata-kata Tun. Ya, memang benar apa yang diperkatakan. Demi menjaga hati keluarga, Tun menjadi mangsa keadaan. Tapi sumpah demi Tuhan, dia terlalu cintakan Tun. Dia memang tidak bersedia untuk kehilangan Tun, bukan untuk sekarang saja tapi untuk selama-lamanya. Memang dia ingin tunaikan satu-satunya permintaan Tun – berterus-terang dengan familynya tentang hubungan mereka berdua. Memohon restu agar hubungan itu direstui. Tetapi entah kenapa permintaan itu terlalu sukar untuk dirinya tunaikan. Sampaikan dirinya sendiri tidak ada jawapan kenapa.

“Saya rasa dah tak ada apa-apa lagi yang saya nak cakapkan dengan awak, Fey...,” Tun diam sejenak. “Tak apalah kalau awak belum bersedia nak lepaskan saya lagi tapi bagi saya, saya dengan awak dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Adakalanya lebih baik kita betul-betul jadi kawan, bestfriend forever. Macam yang awak canangkan dekat keluarga awak tu,” Feyras terdiam mendengarkan kata-kata Tun.

“Tun...macam inilah. Sebetulnya saya dah fikir semasak-masaknya. Memang saya takkan lepaskan awak, Tun. Untuk selama-lamanya. Tapi kalau awak memang betul-betul bertegas nak saya lepaskan awak, saya tunaikan tapi kalau boleh masa hari anniversary kita yang ke 7 nanti. Masa tu, saya serahkan keputusan pada awak samada awak masih bertegas nak saya lepaskan awak atau awak masih nak teruskan hubungan ni. Kalau masa tu awak bertegas nak saya lepaskan awak, saya tunaikan. Saya akan lepaskan awak,”

Tun tersenyum, sinis apabila mendengarkan kata-kata dari Feyras. Nak lepaskan aku pun bersyarat juga?

“Awak akan lepaskan saya dengan bersyarat? Dan syaratnya, kita hanya akan putus dalam tempoh 3 bulan dari sekarang? Lepas tu, sampai masanya saya juga yang kena buat keputusan? Kenapa perlu semua ni? Saya tak fahamlah dengan awak, Fey. ”

“Saya buat semua ni sebab saya memang tak nak lepaskan awak. Sebab tu, dalam tempoh 3 bulan yang ada ni saya nak awak fikir masak-masak, saya nak cuba baiki balik hubungan ni. Kalau lepas 3 bulan ni, awak memang nak putus saya...,”Feyras terdiam seketika kemudian dengan perlahan dan dalam suara yang sebak, dia bersuara kembali. “Saya akan lepaskan awak...,”

Arghhh...kenapa susah sangat kau nak lepaskan aku Feyras? Guman Tun dalam hati. Memang dia sudah mengagaknya yang Feyras memang takkan lepaskan dia dengan mudah. Bukan kali pertama dia pinta untuk dilepaskan tetapi Feyras tetap berusaha memujuknya. Dan seperti kebiasaan, hati perempuan sememangnya mudah cair. Akhirnya, dia kembali ke pangkuan Feyras, menjalani alam percintaan dengan penuh indah dan warna-warni. Terfikir juga, adakah kali ini dia betul-betul tekad?

“Tun, awak setuju dengan syarat ni?” soal Feyras tiba-tiba dan serta-merta menyedarkan Tun dari lamunannya. “Jauh berfikir?”

“Emmm....,” satu keluhan yang berat dilepaskan untuk kesekian kalinya. “Baiklah, kalau itu yang awak mahu saya turuti. Tapi lepas 3 bulan kita putus,” Tun sedikit tegas.

“Tapi kalau rasa nak teruskan apa salahnya,” Feyras cuba mengusik Tun. Pandangan Tun dihalakan kepada Feyras. Satu senyuman ikhlas terukir. Mata mereka saling bertentangan.

“Kan cantik, senyum macam tu. Kalau tak, masam mengalahkan cuka,” Feyras berjenaka. “Dahlah, kita stop bincang pasal hal ni. Mulai dari sekarang, kita jangan bergaduh lagi. Kalau boleh dalam tempoh tiga bulan ni, biar kita jadikan ia sebagai kenangan yang terindah, most memorable memories,” satu senyuman terukir di bibir Feyras. Nekad Feyras sekarang hanya satu, menggunakan 3 bulan yang ada untuk memperbaiki hubungan dia dengan Tun. Manalah tahu nasib menyebelahi dirinya, Tun masih kekal jadi miliknya.

“Awak memang takkan lepaskan saya, kan?” soal Tun tiba-tiba.

“Ya Tuhan...Tun, saya rasa saya tak perlu jawab soalan tu sebab awak memang dah tahu jawapan dia. Dahlah ya, saya nak kita stopkan dulu isu ni. Macam saya cakap tadilah, kita kena guna sebaik-baiknya tempoh 3 bulan yang ada ni. Apa-apapun, terima kasih,”

“Terima kasih untuk apa?” soal Tun, pelik. Feyras menarik tangan Tun, lalu digengamnya erat. Tun hanya membiarkan perlakuan Feyras.

“Terima kasih sebab bagi satu lagi peluang untuk saya walaupun hanya untuk 3 bulan,”

Tun hanya tersenyum. “Terpaksa rela,”

“Tak apalah, paksa rela ke, memang rela ke janji saya still ada 3 bulan untuk bersama dengan awak. Manalah tahu, kot-kot dalam tempoh 3 bulan ni awak ubah fikiran. Tapi awak perasan satu benda tak?”

“Apa dia?”

“Cerita kita ni macam filem Afdlin Shauki pula,”

“Cerita Afdlin Shauki? Cerita apa?”

“Untuk 3 Hari. Tapi yang bezanya cerita kita, untuk 3 bulan,” mereka berdua saling berbalas senyuman. Terima kasih Tuhan sebab masih bagi peluang untuk kami. Kata hati masing-masing bersuara, melahirkan kesyukuran pada Tuhan.

**********

“Macam inilah. Sebetulnya saya dah fikir semasak-masaknya. Memang saya takkan lepaskan awak, Tun. Untuk selama-lamanya. Tapi kalau awak memang betul-betul bertegas nak saya lepaskan awak, saya tunaikan tapi kalau boleh masa hari anniversary kita yang ke 7 nanti. Masa tu, saya serahkan keputusan pada awak samada awak masih bertegas nak saya lepaskan awak atau awak masih nak teruskan hubungan ni. Kalau masa tu awak bertegas nak saya lepaskan awak, saya tunaikan. Saya akan lepaskan awak,”

Kata-kata dari Feyras semalam masih terngiang-ngiang di cuping telinga Tun. Tidak pernah terfikir di fikiran yang Feyras akan memberikan syarat semata-mata untuk dirinya dilepaskan. Walaupun baginya syarat tersebut tidak menguntungkan dirinya, tetapi persetujuan telah diberi. Hendak atau tak, tempoh 3 bulan yang ada akan digunakan sebaik mungkin.

Dicapai Samsung Tab 10.1 yang tersimpan rapi di dalam handbag putihnya. Cover tab tersebut diselak menampakkan skrin hitam. Salah satu jari Tun menekan satu butang yang terletak di bahagian tepi tab tersebut. Lebih kurang seminit kemudian skrin tab menyala. Jari telunjuknya ditarik ke kiri, ke kanan, atas dan bawah. Sebaik sahaja skrin yang dikehendaki muncul, pantas sahaja jari-jemari Tun menaip sesuatu di bahagian searching. Facebook website menjadi perhatian Tun kala itu. Page miliknya tertera. Jari kanan menyentuh permukaan skrin yang menunjukkan satu ruangan kosong iaitu ‘Update Status’. Sekali lagi jari jemarinya pantas menaip sesuatu di skrin – ‘3 Bulan Mendatang – kebahagian atau kedukaan???’

Setelah selesai meng’update’ status di Facebook, Tun menyimpan kembali tab tersebut kedalam handbag putihnya. Kemudian, badannya dibaringkan di atas katil. Setelah selesa dengan kedudukan pembaringannya, Tun cuba untuk melelapkan mata. Di kalih badannya ke kiri kemudian ke kanan tetapi matanya masih segar. Jam ketika itu sudah menunjukkan hampir pukul 11.15 malam. Pandangan dihalakan jauh merenung siling putih di dalam biliknya.

“Terlelap, ya?” soal Tun dalam keadaan marah sebaik sahaja panggilan telefonnya dijawab oleh Feyras.

“Sorry, Tun. Saya tak sengaja. Tengah tunggu message dari awak, tertiba saja terlelap,” Feyras meminta maaf.

“Berapa kali saya nak pesan, nak cakap dengan awak. Kalau dah mengantuk, just message bagitahu yang awak nak masuk tidur dulu,”

“Saya tunggu reply dari awak dulu. Tapi tak sangka pula masa tunggu tu boleh terlelap,” Feyras menerangkan secara jujur.

“Sebab itulah saya cakap. Lain kali tak perlu tunggu saya. Kalau dah mengantuk tu, bagitahu sajalah. Tak perlu nak tunggu reply message dari saya. Saya dah agak dah sebab dari first message yang saya reply, awak lambat balas balik,”

“Ya, Tun. Saya tahu saya salah. Saya minta maaf,”

“Ya, Tun. Saya tahu saya salah. Saya minta maaf,” ejek Tun, bengang. “Itu sajalah yang awak tahu. Dah buat salah, senang-senang lepas tu minta maaf. Selalu sangat tahu, Feyras. Selalu sangat awak buat benda macam ni. Kalau sekali dua tak apa lagi tapi sejak dari awal kita kenal sampai sekarang. Awak tak pernah nak berubah,”

“Saya minta maaf. Lagi satu, awak sepatutnya dah dapat agak yang saya dah terlelap bila awak telefon saya tak angkat. Tapi yang awak still telefon saya, kenapa?” soal Feyras, cuba membela diri.

“Sebab saya dah agak yang awak dah terlelap, sebab itulah saya keep calling awak. Boleh saya sumpah-seranah awak macamana saya tengah buat sekarang,”

Feyras terdiam. Dia tahu apa yang berlaku sekarang semuanya silap dari dirinya. Tapi dia pelik, kenapa perkara kecil sebegini diperbesarkan oleh Tun. Kalau dulu, Tun boleh terima sekiranya dia terlelap ketika mereka sedang berbalas SMS. Tapi malam ini, tiba-tiba saja Tun mengamuk, marah tidak tentu pasal. Ni mesti kes nak datang bulan. Tak pun memang tengah datang bulan, getus hati kecil Feyras.

“Hah, kenapa diam? Dah tak ada alasan nak di’create’kan ke?” sergah Tun bilamana tiada balasan dari Feyras.

“Saya memang tak ada alasan, Tun. Memang saya mengaku salah saya sebab terlelap,”

“Senangkan? Bila dah buat salah, minta maaf. Lepas tu buat balik kesalahan yang sama. Bukan sekali dua, tahu Feyras. Dah banyak kali awak asyik ulang kesalahan yang sama. Memanglah benda yang berlaku sekarang ni benda kecil bagi awak tapi kalau dah selalu sangat buat, lama-lama yang kecil pun boleh jadi besar. Bukannya saya tak pernah pesan dekat awak. Perkara yang senang macam ni pun susah awak nak ikut, kalau perkara yang lagi besar entah-entah langsung awak tak dapat nak buat, kan?”

Kali ini, apa yang dilakukan oleh Feyras memang sudah tidak boleh dipertimbangkan lagi oleh Tun. Bukan sekali dua Feyras terlelap ketika mereka sedang berbalas SMS. Bahkan sudah berulang kali Tun memberi ingatan kepada Feyras – sekiranya Feyras mengantuk, dia bersedia untuk berhenti berbalas message. Tambahan pula, bukan dia yang memulakan SMS tersebut. Memang sikap Tun sendiri yang begitu ‘pantang’ sekiranya orang tidak dapat menuruti arahan atau permintaan yang pada anggapannya senang, yang diberikan olehnya.

Pernah suatu ketika, mereka bergaduh besar. Semuanya gara-gara sikap Feyras yang mengambil sikap sambil lewa akan permintaan Tun.Ketika itu Tun sedang memanaskan enjin kereta, bersedia untuk pulang ke rumah dari pejabat. Dicapainya handphone dari dalam handbag, lalu didail nombor Feyras. Panggilannya tidak berjawab. Mungkin tengah drive kot. Lalu ditaip satu SMS ringkas yang berbunyi – ‘No need to call back. Will call you back bila dah sampai rumah’.  Sebaik butang send ditekan, Tun memulakan pemanduan.

Separuh perjalanan, tiba-tiba Feyras telefon.  Disebabkan kedudukan keretanya berada di lane tengah, Tun meneruskan pemanduan. Dibiarkan sahaja handphonenya melagukan lagu ‘Bawaku pergi’ nyayian Zizan dan Kaka. Malas baginya untuk berhenti di tepi highway semata-mata hendak menjawab panggilan tersebut yang dia tahu dari Feyras. Sebaik sahaja sampai di rumah sewanya, Tun menelefon Feyras dan akhirnya pergaduhan tercetus. Hampir seminggu Tun meminggirkan diri Feyras disebabkan hal tersebut. Dan sekarang hal yang sama berulang lagi.

“Tun, saya betul-betul minta maaf. Saya janji yang benda-benda macam ni takkan berulang lagi,” Feyras berusaha memujuk Tun. Dia tahu, ego Tun yang sememangnya lebih tinggi dari ego seorang lelaki akan menghalang Tun dari memberikan kemaafan kepadanya.

“Kita putus..,”

“Hah??” Feyras betul-betul terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Tun. Memang dia sama sekali tidak menyangka yang Tun akan meminta satu-satunya perkara yang dia sendiri selama ini cuba elakkan.

Maafkan aku, Feyras. Aku terpaksa memungkiri janji aku dengan kau. Memang aku berjanji tidak akan sesekali meminta perpisahan tapi keadaan memaksa aku memohonnya untuk kesekian kalinya. Tun bermonolog sendirian. Dia kembali ke alam realiti. Dijeling jam yang tergantung di dinding. Sudah menunjukkan jam 12.10 tengah malam. Dia bangun dari pembaringan, menuju ke suis di dinding untuk menutup lampu lalu kembali ke katil. Dan akhirnya dia terlena.....

 

Kita pun nak business jugak



Salam diaries,

Berdsarkan kepada tajuk entry nie rasanyer kauorg suma dah blh agak apa yg aku nk story mory kat cni...tpi jgn risau sbb entry nie xkn jdi entry yg meleret2...ok,brblik pda cite asal....sebtulnya skrg nie aku tgh dok berjinak2 dlm business tapi bkn business yg gmpak,grand bagai mcm org lain...business biasa2 jer...

Kauorg mesti pernah minum vitagen kan???? Tipulh kalu ada yg kata xprnah...suma org tahu yg Vitagen is one of the famous amos cultured milk drink kat Malaysia...kalu dia glamor jgk kat tmpt lain xtaulh pulak (opsss...terseelah disitu kemlasan nk tahu psal sejrah)...

So skrg aku adalh dok jual vitagen -- delivery ke rumah rumah...TAPI delivery nie HANYA UNTUK AREA PJS2 PETALING JAYA SAHAJA...kalu area sekitar yg dkat2 still blh dipertimbangkn...Kalu nak tahu lbih lnjut blh tgk gambar kat bawah nie..

 
See Ya..