Tuesday, 14 May 2013

Tuesday, 30 April 2013

Cerita Suka Hati Aku - I



“Saya rasa lebih baik awak lepaskan saya,” Tun akhirnya membuka bicara setelah dia dan Feyras, masing-masing berdiam diri untuk sekian lama.

“Tapi kenapa? Awak sendiri tahukan yang saya memang tak boleh lepaskan awak?” Feyras menyoal. Sememangnya dia tidak mahu perhubungan yang telah dibina hampir 6 tahun ini putus begitu saja.

“Itu yang terbaik, Fey. Lagipun hubungan kita ni takkan kemana-mana pun. Awak memang takkan kahwin dengan saya,”

“Siapa cakap saya takkan kahwin dengan awak, Tun? Awak sendiri tahu yang saya memang nak kahwin dengan awak. Selagi kita tak cuba, selagi tu kita takkan tahu. Tolonglah Tun, lagipun awak sendiri pernah berjanji yang awak takkan minta putus dari saya,” Feyras masih merayu. Pandangannya yang sedari tadi di hala ke depan dikalih memandang Tun yang masih kaku di sebelahnya.

“Saya dah penat, Fey. Saya dah penat mencuba untuk buat yang terbaik dalam hubungan ni. Tapi awak? Saya tak nampak dan tak pernah nampak pun yang awak berusaha untuk selamatkan hubungan ni,” terdengar keluhan yang amat berat dilepaskan oleh Tun. “Fey, awak sendiri tahukan yang sejak dulu sampai sekarang satu saja permintaan saya. Tapi sampai sekarang permintaan tu awak tak dapat tunaikan. Sedangkan permintaan tu bukannya melibatkan wang. Itupun susah sangat untuk awak tunaikan,”

“Sabarlah. Sampai masanya saya tunaikanlah permintaan awak tu. Banyak lagi benda yang saya perlu selesaikan. Satu, persatulah,” Feyras terus memujuk.

“Sabar, sabar, sabar...Sampai bila Fey? Sampai bila?” Tun sedikit meninggikan suaranya. “Itulah, mungkin silap saya juga, bercinta dengan anak ‘tunggul’ macam awak. Semuanya kena dahulukan keluarga. Tapi itu tak apalah lagi tapi kalau nak beristeri pun nak kena ikut kehendak keluarga baik dari dulu awak tak payah bercinta. Tunggu saja, sampai masa kahwin,”

“Tapi saya nak kahwin dengan awak, Tun,”

“Sudahlah, Fey. Awak cuma pandai cakap tapi tak pandai nak buat. Sebab itulah sampai sekarang awak tak pernah nak berterus-terang dengan keluarga awak pasal kita. Senang bagi awak, kalau diaorang tanya, Tun is my bestfriend. Kalau bestfriend memang takkan kahwinlah,”

“Ada apa orang kahwin dengan kawan baik sendiri. Pandai-pandai saja cakap tak ada,” Feyras cuba menceriakan suasana.

“Dahlah Fey. Kali ni memang saya dah nekad yang saya memang nak putuskan hubungan ni. Saya dah penat Fey. Saya dah tak mampu nak tanggung, nak terus-menerus makan hati dengan hubungan ni. Awak tak payah risau, kalau ada orang yang tanya kenapa kita putus terus terang saja cakap saya yang minta putus dan memang jodoh kita setakat ni saja,”

“Tun, tolonglah. Saya tak boleh kehilangan awak. Kalau awak tak ada dalam hidup saya, saya tak tahu macamana life saya nanti. Nanti malam-malam saya nak message dengan siapa? Kalau saya ada masalah dekat siapa saya nak mengadu nanti? Kalau saya nak keluar tengok wayang ke, beli barang dapur ke saya nak ajak siapa? Saya cuma ada awak seorang saja, Tun,”

“Awak masih ada family, kawan-kawan Fey. Lagipun kalau nak diikutkan, kedudukan saya dalam hidup awak lagi bawah dari kawan-kawan awak. Entah-entah kalau dari kedudukan satu sampai sepuluh, yang kesepuluh itulah kedudukan saya dalam hidup awak. Awak cuma perlukan saya bila awak keseorangan. Tapi bila awak dengan family, dengan kawan-kawan, saya seolah-olah tak pernah wujud pun dalam hidup awak,”

Feyras terdiam mendengar kata-kata Tun. Ya, memang benar apa yang diperkatakan. Demi menjaga hati keluarga, Tun menjadi mangsa keadaan. Tapi sumpah demi Tuhan, dia terlalu cintakan Tun. Dia memang tidak bersedia untuk kehilangan Tun, bukan untuk sekarang saja tapi untuk selama-lamanya. Memang dia ingin tunaikan satu-satunya permintaan Tun – berterus-terang dengan familynya tentang hubungan mereka berdua. Memohon restu agar hubungan itu direstui. Tetapi entah kenapa permintaan itu terlalu sukar untuk dirinya tunaikan. Sampaikan dirinya sendiri tidak ada jawapan kenapa.

“Saya rasa dah tak ada apa-apa lagi yang saya nak cakapkan dengan awak, Fey...,” Tun diam sejenak. “Tak apalah kalau awak belum bersedia nak lepaskan saya lagi tapi bagi saya, saya dengan awak dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Adakalanya lebih baik kita betul-betul jadi kawan, bestfriend forever. Macam yang awak canangkan dekat keluarga awak tu,” Feyras terdiam mendengarkan kata-kata Tun.

“Tun...macam inilah. Sebetulnya saya dah fikir semasak-masaknya. Memang saya takkan lepaskan awak, Tun. Untuk selama-lamanya. Tapi kalau awak memang betul-betul bertegas nak saya lepaskan awak, saya tunaikan tapi kalau boleh masa hari anniversary kita yang ke 7 nanti. Masa tu, saya serahkan keputusan pada awak samada awak masih bertegas nak saya lepaskan awak atau awak masih nak teruskan hubungan ni. Kalau masa tu awak bertegas nak saya lepaskan awak, saya tunaikan. Saya akan lepaskan awak,”

Tun tersenyum, sinis apabila mendengarkan kata-kata dari Feyras. Nak lepaskan aku pun bersyarat juga?

“Awak akan lepaskan saya dengan bersyarat? Dan syaratnya, kita hanya akan putus dalam tempoh 3 bulan dari sekarang? Lepas tu, sampai masanya saya juga yang kena buat keputusan? Kenapa perlu semua ni? Saya tak fahamlah dengan awak, Fey. ”

“Saya buat semua ni sebab saya memang tak nak lepaskan awak. Sebab tu, dalam tempoh 3 bulan yang ada ni saya nak awak fikir masak-masak, saya nak cuba baiki balik hubungan ni. Kalau lepas 3 bulan ni, awak memang nak putus saya...,”Feyras terdiam seketika kemudian dengan perlahan dan dalam suara yang sebak, dia bersuara kembali. “Saya akan lepaskan awak...,”

Arghhh...kenapa susah sangat kau nak lepaskan aku Feyras? Guman Tun dalam hati. Memang dia sudah mengagaknya yang Feyras memang takkan lepaskan dia dengan mudah. Bukan kali pertama dia pinta untuk dilepaskan tetapi Feyras tetap berusaha memujuknya. Dan seperti kebiasaan, hati perempuan sememangnya mudah cair. Akhirnya, dia kembali ke pangkuan Feyras, menjalani alam percintaan dengan penuh indah dan warna-warni. Terfikir juga, adakah kali ini dia betul-betul tekad?

“Tun, awak setuju dengan syarat ni?” soal Feyras tiba-tiba dan serta-merta menyedarkan Tun dari lamunannya. “Jauh berfikir?”

“Emmm....,” satu keluhan yang berat dilepaskan untuk kesekian kalinya. “Baiklah, kalau itu yang awak mahu saya turuti. Tapi lepas 3 bulan kita putus,” Tun sedikit tegas.

“Tapi kalau rasa nak teruskan apa salahnya,” Feyras cuba mengusik Tun. Pandangan Tun dihalakan kepada Feyras. Satu senyuman ikhlas terukir. Mata mereka saling bertentangan.

“Kan cantik, senyum macam tu. Kalau tak, masam mengalahkan cuka,” Feyras berjenaka. “Dahlah, kita stop bincang pasal hal ni. Mulai dari sekarang, kita jangan bergaduh lagi. Kalau boleh dalam tempoh tiga bulan ni, biar kita jadikan ia sebagai kenangan yang terindah, most memorable memories,” satu senyuman terukir di bibir Feyras. Nekad Feyras sekarang hanya satu, menggunakan 3 bulan yang ada untuk memperbaiki hubungan dia dengan Tun. Manalah tahu nasib menyebelahi dirinya, Tun masih kekal jadi miliknya.

“Awak memang takkan lepaskan saya, kan?” soal Tun tiba-tiba.

“Ya Tuhan...Tun, saya rasa saya tak perlu jawab soalan tu sebab awak memang dah tahu jawapan dia. Dahlah ya, saya nak kita stopkan dulu isu ni. Macam saya cakap tadilah, kita kena guna sebaik-baiknya tempoh 3 bulan yang ada ni. Apa-apapun, terima kasih,”

“Terima kasih untuk apa?” soal Tun, pelik. Feyras menarik tangan Tun, lalu digengamnya erat. Tun hanya membiarkan perlakuan Feyras.

“Terima kasih sebab bagi satu lagi peluang untuk saya walaupun hanya untuk 3 bulan,”

Tun hanya tersenyum. “Terpaksa rela,”

“Tak apalah, paksa rela ke, memang rela ke janji saya still ada 3 bulan untuk bersama dengan awak. Manalah tahu, kot-kot dalam tempoh 3 bulan ni awak ubah fikiran. Tapi awak perasan satu benda tak?”

“Apa dia?”

“Cerita kita ni macam filem Afdlin Shauki pula,”

“Cerita Afdlin Shauki? Cerita apa?”

“Untuk 3 Hari. Tapi yang bezanya cerita kita, untuk 3 bulan,” mereka berdua saling berbalas senyuman. Terima kasih Tuhan sebab masih bagi peluang untuk kami. Kata hati masing-masing bersuara, melahirkan kesyukuran pada Tuhan.

**********

“Macam inilah. Sebetulnya saya dah fikir semasak-masaknya. Memang saya takkan lepaskan awak, Tun. Untuk selama-lamanya. Tapi kalau awak memang betul-betul bertegas nak saya lepaskan awak, saya tunaikan tapi kalau boleh masa hari anniversary kita yang ke 7 nanti. Masa tu, saya serahkan keputusan pada awak samada awak masih bertegas nak saya lepaskan awak atau awak masih nak teruskan hubungan ni. Kalau masa tu awak bertegas nak saya lepaskan awak, saya tunaikan. Saya akan lepaskan awak,”

Kata-kata dari Feyras semalam masih terngiang-ngiang di cuping telinga Tun. Tidak pernah terfikir di fikiran yang Feyras akan memberikan syarat semata-mata untuk dirinya dilepaskan. Walaupun baginya syarat tersebut tidak menguntungkan dirinya, tetapi persetujuan telah diberi. Hendak atau tak, tempoh 3 bulan yang ada akan digunakan sebaik mungkin.

Dicapai Samsung Tab 10.1 yang tersimpan rapi di dalam handbag putihnya. Cover tab tersebut diselak menampakkan skrin hitam. Salah satu jari Tun menekan satu butang yang terletak di bahagian tepi tab tersebut. Lebih kurang seminit kemudian skrin tab menyala. Jari telunjuknya ditarik ke kiri, ke kanan, atas dan bawah. Sebaik sahaja skrin yang dikehendaki muncul, pantas sahaja jari-jemari Tun menaip sesuatu di bahagian searching. Facebook website menjadi perhatian Tun kala itu. Page miliknya tertera. Jari kanan menyentuh permukaan skrin yang menunjukkan satu ruangan kosong iaitu ‘Update Status’. Sekali lagi jari jemarinya pantas menaip sesuatu di skrin – ‘3 Bulan Mendatang – kebahagian atau kedukaan???’

Setelah selesai meng’update’ status di Facebook, Tun menyimpan kembali tab tersebut kedalam handbag putihnya. Kemudian, badannya dibaringkan di atas katil. Setelah selesa dengan kedudukan pembaringannya, Tun cuba untuk melelapkan mata. Di kalih badannya ke kiri kemudian ke kanan tetapi matanya masih segar. Jam ketika itu sudah menunjukkan hampir pukul 11.15 malam. Pandangan dihalakan jauh merenung siling putih di dalam biliknya.

“Terlelap, ya?” soal Tun dalam keadaan marah sebaik sahaja panggilan telefonnya dijawab oleh Feyras.

“Sorry, Tun. Saya tak sengaja. Tengah tunggu message dari awak, tertiba saja terlelap,” Feyras meminta maaf.

“Berapa kali saya nak pesan, nak cakap dengan awak. Kalau dah mengantuk, just message bagitahu yang awak nak masuk tidur dulu,”

“Saya tunggu reply dari awak dulu. Tapi tak sangka pula masa tunggu tu boleh terlelap,” Feyras menerangkan secara jujur.

“Sebab itulah saya cakap. Lain kali tak perlu tunggu saya. Kalau dah mengantuk tu, bagitahu sajalah. Tak perlu nak tunggu reply message dari saya. Saya dah agak dah sebab dari first message yang saya reply, awak lambat balas balik,”

“Ya, Tun. Saya tahu saya salah. Saya minta maaf,”

“Ya, Tun. Saya tahu saya salah. Saya minta maaf,” ejek Tun, bengang. “Itu sajalah yang awak tahu. Dah buat salah, senang-senang lepas tu minta maaf. Selalu sangat tahu, Feyras. Selalu sangat awak buat benda macam ni. Kalau sekali dua tak apa lagi tapi sejak dari awal kita kenal sampai sekarang. Awak tak pernah nak berubah,”

“Saya minta maaf. Lagi satu, awak sepatutnya dah dapat agak yang saya dah terlelap bila awak telefon saya tak angkat. Tapi yang awak still telefon saya, kenapa?” soal Feyras, cuba membela diri.

“Sebab saya dah agak yang awak dah terlelap, sebab itulah saya keep calling awak. Boleh saya sumpah-seranah awak macamana saya tengah buat sekarang,”

Feyras terdiam. Dia tahu apa yang berlaku sekarang semuanya silap dari dirinya. Tapi dia pelik, kenapa perkara kecil sebegini diperbesarkan oleh Tun. Kalau dulu, Tun boleh terima sekiranya dia terlelap ketika mereka sedang berbalas SMS. Tapi malam ini, tiba-tiba saja Tun mengamuk, marah tidak tentu pasal. Ni mesti kes nak datang bulan. Tak pun memang tengah datang bulan, getus hati kecil Feyras.

“Hah, kenapa diam? Dah tak ada alasan nak di’create’kan ke?” sergah Tun bilamana tiada balasan dari Feyras.

“Saya memang tak ada alasan, Tun. Memang saya mengaku salah saya sebab terlelap,”

“Senangkan? Bila dah buat salah, minta maaf. Lepas tu buat balik kesalahan yang sama. Bukan sekali dua, tahu Feyras. Dah banyak kali awak asyik ulang kesalahan yang sama. Memanglah benda yang berlaku sekarang ni benda kecil bagi awak tapi kalau dah selalu sangat buat, lama-lama yang kecil pun boleh jadi besar. Bukannya saya tak pernah pesan dekat awak. Perkara yang senang macam ni pun susah awak nak ikut, kalau perkara yang lagi besar entah-entah langsung awak tak dapat nak buat, kan?”

Kali ini, apa yang dilakukan oleh Feyras memang sudah tidak boleh dipertimbangkan lagi oleh Tun. Bukan sekali dua Feyras terlelap ketika mereka sedang berbalas SMS. Bahkan sudah berulang kali Tun memberi ingatan kepada Feyras – sekiranya Feyras mengantuk, dia bersedia untuk berhenti berbalas message. Tambahan pula, bukan dia yang memulakan SMS tersebut. Memang sikap Tun sendiri yang begitu ‘pantang’ sekiranya orang tidak dapat menuruti arahan atau permintaan yang pada anggapannya senang, yang diberikan olehnya.

Pernah suatu ketika, mereka bergaduh besar. Semuanya gara-gara sikap Feyras yang mengambil sikap sambil lewa akan permintaan Tun.Ketika itu Tun sedang memanaskan enjin kereta, bersedia untuk pulang ke rumah dari pejabat. Dicapainya handphone dari dalam handbag, lalu didail nombor Feyras. Panggilannya tidak berjawab. Mungkin tengah drive kot. Lalu ditaip satu SMS ringkas yang berbunyi – ‘No need to call back. Will call you back bila dah sampai rumah’.  Sebaik butang send ditekan, Tun memulakan pemanduan.

Separuh perjalanan, tiba-tiba Feyras telefon.  Disebabkan kedudukan keretanya berada di lane tengah, Tun meneruskan pemanduan. Dibiarkan sahaja handphonenya melagukan lagu ‘Bawaku pergi’ nyayian Zizan dan Kaka. Malas baginya untuk berhenti di tepi highway semata-mata hendak menjawab panggilan tersebut yang dia tahu dari Feyras. Sebaik sahaja sampai di rumah sewanya, Tun menelefon Feyras dan akhirnya pergaduhan tercetus. Hampir seminggu Tun meminggirkan diri Feyras disebabkan hal tersebut. Dan sekarang hal yang sama berulang lagi.

“Tun, saya betul-betul minta maaf. Saya janji yang benda-benda macam ni takkan berulang lagi,” Feyras berusaha memujuk Tun. Dia tahu, ego Tun yang sememangnya lebih tinggi dari ego seorang lelaki akan menghalang Tun dari memberikan kemaafan kepadanya.

“Kita putus..,”

“Hah??” Feyras betul-betul terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Tun. Memang dia sama sekali tidak menyangka yang Tun akan meminta satu-satunya perkara yang dia sendiri selama ini cuba elakkan.

Maafkan aku, Feyras. Aku terpaksa memungkiri janji aku dengan kau. Memang aku berjanji tidak akan sesekali meminta perpisahan tapi keadaan memaksa aku memohonnya untuk kesekian kalinya. Tun bermonolog sendirian. Dia kembali ke alam realiti. Dijeling jam yang tergantung di dinding. Sudah menunjukkan jam 12.10 tengah malam. Dia bangun dari pembaringan, menuju ke suis di dinding untuk menutup lampu lalu kembali ke katil. Dan akhirnya dia terlena.....

 

Kita pun nak business jugak



Salam diaries,

Berdsarkan kepada tajuk entry nie rasanyer kauorg suma dah blh agak apa yg aku nk story mory kat cni...tpi jgn risau sbb entry nie xkn jdi entry yg meleret2...ok,brblik pda cite asal....sebtulnya skrg nie aku tgh dok berjinak2 dlm business tapi bkn business yg gmpak,grand bagai mcm org lain...business biasa2 jer...

Kauorg mesti pernah minum vitagen kan???? Tipulh kalu ada yg kata xprnah...suma org tahu yg Vitagen is one of the famous amos cultured milk drink kat Malaysia...kalu dia glamor jgk kat tmpt lain xtaulh pulak (opsss...terseelah disitu kemlasan nk tahu psal sejrah)...

So skrg aku adalh dok jual vitagen -- delivery ke rumah rumah...TAPI delivery nie HANYA UNTUK AREA PJS2 PETALING JAYA SAHAJA...kalu area sekitar yg dkat2 still blh dipertimbangkn...Kalu nak tahu lbih lnjut blh tgk gambar kat bawah nie..

 
See Ya..

Monday, 15 April 2013

Binatang Peliharaan Saya



Salam Diaries,

Ini percubaan pertama meng'update' guna smart phone...hehehe...susah jgk guna benda alah yg serba canggih nie...yelah kalau sblum nie update guna komputer...keyboard computer tue kalau blh dgn sepuluh 10 jari nak tkan..tpi bila guna smart phone nie...satu jari jerlh yg digujskan...lgi 9 jari dok snyap2 kat tepi...huhuhuhu...

Oklh...tue bukan cite sbenar yg nk dicoretkn kali nie nie...tgk dari tjuk post pun dah lari jauh sgt dh...ok,suma org msti ada haiwan peliharaan kan????? Termsuklh dgn aku yg bru2 berjinak2 nie...nk tahu apa haiwan peliharaan aku tue??? 5 Ekor ikan koi yg takkan membesar mahupun beranak pinak mahupun mati...amacam??? Percaya tak??? ;-)

Hehehe...msti trkejutkn...yelh suma makhluk kat dunia nie akan mati...tpi tetiba je PET (senang nk sebut) aku xkn mati...ikan koi yg aku pelihara nie sebetulnya 'live wallpaper' kat smart phone aku nie...mula2 tak tahu pun kewjdan application2 mcm nie (kuno sgt)...thank to my big brother atas kerajinan mu men'install'kan application nie kat dlm smart phone adik mu ini...

Melayan ikan2 koi nie even dlm phone blh jadi 'ralik' aka asyik tau tak...smpikn anak buah aku suma asyik jer tgk ikan2 koi tue herenang...yg pling best part bg mkn...lgilh 'ralik'...mcm bg mkn kat ikan betul....seronok sgt..

Inilh ikan2 koi saya


See Ya....

Friday, 12 April 2013

Permulaan Baru



Salam Diaries,

Mcm dah lama giler aku tak update ap2 kat blog nie...event mcm byk giler benda nak diceritakan tapi ada sahaja halangan yang muncul bila keinginan untuk meng'udpate' tue datang...last2 terbengkalai mcm tue jerlah...

Tapi ada ke orang baca blog aku yang sememangnya entah apa apa entah nie???? persoalan tue selalu sgt bermain kat fikiran terutama bila aku update something kat sini (mcm situation skrg nie...huhuhuuu...) tak apalah kalau tak der orang yang baca tapi mungkin ada yang tak 'tersengaja' terbaca...hehehhehehe...

Mungkin lepas nie akan selalu update kot...maybe lepas nie akan selalu ada masa utk update something kat sini...A New Life Begin in May 2013....jgn terlebih terfikir atau buat ulasan yg bukan2 plak...yang nyata aku belum lagi nak melangkah kearah 'membina masjid' tapi 'membina kehidupan sendiri'...harap2 semuanya akan berjalan dgn lancar dan tanpa masalah...InyaAllah...



See Ya...

Friday, 4 January 2013

Selamat Tahun Baru - 2013



Salam Diaries,
 
Rasanya belum terlambat untuk aku wish ‘happy new year 2013’ untuk kauorang semua...macam biasalah bila menjelangnya tahun baru, kami di head office kena turun padang bekerja kat outlet2 Guardian yang terpilih..dan utk tahun nie aku pilih Guardian SS2...as usuallah sbb outlet nie dekat dgn rumah aku...hehehhehe...sepanjang tahun 2012, byk kenangan2 yang manis, pahit, masin, masam, tawar dan macam2 perasalah yang aku alami...jom kita re-cape balik semua peristiwa2 tersebut (antara yang masih segar dlm ingatan aku lah) :-

January – sambutan hari lahir besar-besaran utk kali terakhir..mmg aku dah simpan niat, bila umur aku cecah ‘tuttt’ aku akan buat sambutan hari lahir secara besar-besaran tapi tak adalah buat mcm kenduri nak kahwin...dan kali nie juga aku dpt present dari MIS yang paling gempak pernah aku terima iaitu ‘sport rim kereta’....gempak ke????

March – aku dapat panggilan temuduga dgn SPA..kira nie jawatan yang mmg sesuai dgn kelayakan yang aku ada...tapi itu bukan perkara yang aku nak ingat sangatlah...sehari sebelum interview, aku dapat tahu ‘sesuatu’ yang memang tak terjangka dek fikiran..yang memang aku tak sangka gara2 hubungan aku dgn MIS, orang tergamak lakukan ‘sesuatu’...maaf sangat2 aku tak boleh nak cerita detail sebab ianya akan meng’aib’kan orang lain...dan sbb prkara tersebut aku lalui saat interview dgn fikiran yang sangat berserabut...

May – Perkahwinan one of my best friend – T’hah...ada story disebalik majlis kahwin dia yang mana ada aku coretkan dlm blog sebelum nie...dlm bulan nie jugak Kelantan aka The Red Warrior berjaya menjulang piala FA...Masa pergi tgk match nie, aku pergi sorang2, naik LRT sorang2 lepas tue jumpa dgn kawan sekolah menengah lalu join dia...mmg seronok gila...dapat lepaskan ‘tension’ aku dgn MIS masa tue...

July – Guardian Pharmacist’s Day & Night 2012 – event ini merupakan kali kedua yang aku arrange...dan keseluruhannya aku rasa berjaya sangat2..yang paling penting, masa dinner semua orang cakap aku mcm ‘anak patung’...huhuhuuhuhu...maybe sbb baju yang aku pakai mlm tue kot...walaupun penat gilerrr tapi yang penting aku puas hati...kira lepas KPI diri sendiri...

August – It’s Ramadhan and Raya month...Guardian ada buat majlis berbuka puasa untuk HQ staff kat JW Marriot Hotel, Bukit Bintang....nak jadikan cerita aku dgn Kak Wan dgn Kak Yana boleh sesak kat area situ...kalau ikutkan kitaorang dah sampai kat situ on time tapi sebabkan tak jumpa kat mana hotel tue jadi kitaorg dok pusing bukit Bintang tue berulang-ulang kali sedangkan pada hakikatnya hotel tue mmg dah kat depan kitaorg (masa tue berhenti dok telefon orang lain & goggle tempat tue kat internet)...itu kisah Ramadhan, skrg kisah Raya pula...kali nie aku balik kampung sehari sebelum raya (mesti kauorg dah dpt agak mcmana situasi dia) dan ditemani oleh sorang officemate dgn jiran aku merangkap kawan aku sejak kecil...raya tahun lepas jatuh hari Ahad jadi hari Jumaat mlm aku gerak balik Kelantan...lepas ambik jiran aku tue, kira pukul 12 tgh mlm aku geraklah...bygkn dari Gombak ke Bentong yang selalunya ambik masa 40minit-sejam, mlm tue hampir 2 jam baru baru aku lepas tol Bentong...Fuhhh...ponat kaki den dok tokan2 brek...lepas jer Bentong, jalan dah smooth...lancar je bawak (berhenti pun setakat pergi toilet and bersahur) tapi sebaik sahaja masuk Gua Musang, yang lancar, yang smooth terus jadi mcm kura-kura...jalan jem terukkkk....setelah mengharungi perjalanan hampir 13 jam, akhirnya aku selamat smpi ke Kota Bharu...cipta sejarah untuk diri sendiri – aku tak tidur dalam tempoh 30 jam...disebabkan pengalaman tersebut masa time nak balik ke KL, kitaorg gerak  2 hari awal dan bertolak jam 6.00 pagi...

September – bulan kemuncak hubungan aku dgn MIS...tak mampu aku nak terang lebih detail tapi bila sampai masa aku akan bagitahu...bukan niat nak war2kan kisah hubungan tapi sekdr nak luahkan segla yang terbuku di hati...lagipun aku tak ada sesiapa utk dikongsi segala duka lara yang aku alami...

October – bulan nie boleh kata bulan sukan utk aku...mana tidaknya aku telah pergi menyaksikan perlawanan bola sepak liga Malaysia...tapi bukan semu pasukan (jgn salah faham plak...) aku pergi yang melibatkan pasukan The Red Warriors (TRW) jer...saat yang paling manis, aku menyaksikan secara langsung TRW menjulang piala Malaysia yang merupakan piala ketiga yang dimenangi utk tahun 2012...harap2 tahun 2013, TRW akan ulangi kejayaan tahun 2012...dalam dok kenangan manis tue, ada juga yang pahitnya...sehari sebelum perlawanan akhir, aku kemalangan kat Federal Highway...tak pasal2 kena saman RM300 sebab memandu laju dan menyebabkan kemalangan...kereta akulah yang teruk sampai kena masuk hospital hampir 2 minggu...mati kutu aku bila tak der kereta...terpksalah kuarkan belanja untuk sewa kereta...dan sejak kemalangan tu aku jadi seorang pemandu yang berhemah campur lembap (tapi tak der lah sampai bawak kereta mcm kura2)...lagi2 bila hujan lagilah terlampau ebrhemah aku drive...

November – sorang lagi kawan baik aku kahwin...yang nie mmg tak boleh blah...tak ada angin tak ada ribut tetiba hujan lebat... tup2 telefon suruh ambik cuti supaya dapat attend dia punya wedding...mcm2 hal kawan aku sorang nie..masa hujung2 bulan plak lagi tak terjangka – rumah sewa kitaorg banjir kilat...yang lagi tak boleh blah, banjir tue berlaku jam 1 pagi dan surut 1.30 pagi... kelam kabut kitaorg angkut barang letak tmpat tinggi...2 tahun dok rumah tu tak pernah2 banjir...bila cerita kan orang, dapat pula soalan – “PJ Old Town banjir?”..lagi satu, utk pertama kali dalam hidup aku dapat cabutan bertuah masa Annual Dinner company..

December – kelahiran Siti Nurkhalisha Qistina, anak kedua abang Long aku pada 05 Dec...bertambah lagi sorang ahli perempuan dalam keluarga aku...kalau dulu aku sorang jer perempuan (tolak mak aku...) tapi sekarang dah jadi 4 perempuan...

Rasanya itu sajalah peristiwa2 yang aku ingat sepanjang tahun 2012...harap tahun 2013 akan lebih bawa byk kejayaan dan kebaikan untuk aku dan keluarga...kebahagian???bahagia bersama keluarga dah memadai untuk aku dan secara jujurnya kebahagian utk diri sendiri, aku tak harapkan pun...janji aku happy, tak ganggu hidup orang sudahlah...kenapa ya, aku cakap macam nie???? biarlah jadi rahsia utk masa sekarang tapi boleh dikatakan aku melalui permulaan tahun baru dengan menyedihkan...

See Ya...

Friday, 14 December 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Thailand (Semi Final)


 
Salam Diaries,

Pertama2 kalinya, selamat tinggal AFF SUZUKI CUP 2012…lagi 2 tahun kita jumpa lagi…dengan kekalahan 2-0 dengan Thailand semalam (13/12/12) pada pusingan timbang balik peringkat separuh akhir kedua menyingkirkan Harimau Malaya untuk mara ke pentas akhir…nampaknya skrip pada 2010 hanya separuh sahaja yang berjaya disiapkan…sedih memang sedih tetapi aku tetap berbangga dgn semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh team Harimau Malaya…

Pada separuh akhir pertama yang berlansung pada 9/12/12, kesilapan Harimau Malaya hanya satu iaitu gagal mempertahankan satu gol yang berjaya dijaringkan oleh Mat Yo… permainan pada malam tersebut memang menarik…momentum perlawanan bergerak laju…Harimau Malaya sememangnya menunjukkan prestasi sebenar mereka masa tue…Cuma kesilapan bahagian pertahanan menyebabkan Thailand Berjaya menyamakan kedudukan…keseluruhannya memang seronok menyaksikan perlawanan pada malam tersebut…lagi seronok rasanya kalau dapat menyaksikannya secara live di Stadium Bukit Jalil bersama-sama ribuan penyokong Malaysia yang lain…suasana yang ditunjukkan macam itu adalah perlawanan final…

Pada separuh akhir kedua yang mana Harimau Malaya tersingkir…game malam tue menyakitkan hati…bukan sakit hati dgn Harimau Malaya tetapi dengan pengadil dan team Thailand…jelas nampak yang diaorg semuanya main dengan cara kotor dan hina…yang si pengadil pulak macam makan rasuah…asal dengan pemain Malaysia ada saja kesalahan yang dilakukan tetapi bila pemain Thailand wat kesalahan yang jelas2 depan mata, dia boleh buat tak tahu…rasa nak masuk dalam TV tu pergi cungkil2 biji mata pengadil bangang tue…nak sekeh2 kepala dia…bengang giler kot…yang pemain Thailand plak mmg tak payah cakaplah…dahlah main kasar, suka hati mak mertua bapak tiri laki adik dia dok tolak2 pemain Malaysia…saja jer nak naikkan angin pemain Malaysia…bukan setakat main kasar, penipu nombor satu…kena tolak sikit jatuh, tergelincir sikit nak salahkan pemain lawan…memang dasar penipu…puihhh….yang paling tak boleh terima bila pemain Harimau Malaya dilayangkan kad kuning kedua (maknanya automatic dapat kad merah)…boleh nampak kot yang tue bukan salah dia…mmg pengadil berat sebelah…dah kena bayar gamaknya…emmmm….kalau nak luahkan kemarahan kat sini sampai esok pun tak habis…bukan tak boleh terima kenyataan yang Harimau Malaya kalah tapi dengan mutu pengadilan dan corak permainan lawan yang macam sial tue…kalau kena kat mana2 pasukan pun mesti diorang marah…

Apapun semangat juang yang ditonjolkan oleh pemain Harimau Malaya malam tue memang boleh dibanggakan…walaupun bermain dengan 10 pemain mereka berjaya mempertahankan gol dari terus dibolosi oleh Thailand…tapi pelik dgn K.Rajagopal…kenapa malam tue dia gunakan taktikal 4-5-1?????? bagi aku sepatutnya K.Rajagopal sepatutnya mengekalkan taktikal 4-4-2…sebab kenapa??? Sbb malam tue kita nak kena menang tmbah plak kita tak bawa bekalan gol yang selesa ke sana…kita boleh lihat kot bagaimana diaorg ‘rantai’ Mat Yo malam tue…sorang lawan 3, mana adil…sekurang2nya kalau diletakkan 2 penyerang Mat Yo taklah keseorangan…itu sajalah yang aku tak puas hati dengan team Harimau Malaya… bahagian pertahanan tak payah cakaplah…memang hancur bila main 10 orang….tengah pulak macam dah kena bomoh siam…asal bila dapat bola, tak lekat kemas kat kaki… ‘Man of The Match’ malam tue, aku bagi kat Farizal Marlias – penjaga gol Malaysia…walaupun bolos 2 gol tapi dia dah berjaya mengawal gawang gol dari terus dibolosi terus-terusan…siap kena sepak kat muka dengan pemain Thailand kot…tapi pengadil??? buta, sial…

Dengan kemenangan semalam, nampaknya Thailand juga menang dengan permainan psikologi diaorg…kita dapat tgk/baca kat paper2 yang mana kemudahan latihan utk Harimau Malaya disediakan macam ‘melepaskan batuk kat tangga’…dgn padang latihan yang dikongsi dgn orang awam, last2 minute tak boleh wat latihan kat stadium perlawanan, kononnya nak jaga kualiti rumput…puihhh…kualiti rumput apanya????dgn padang Merbok (yang kat KL) tue lagi bagus….itulah Malaysia dan FAM – macam peribahasa ‘beruk dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’…harap FAM (terutamanya) dapat belajar dari apa yang berlaku sekarang..bukannya goyang kaki sambil duduk kat kerusi empuk dalam bilik aircond SAHAJA!!!!!!! Lain kali kalau boleh layan semua orang sama rata…tak perlu bagi yang 5 star punya services tapi bila kat tempat orang, ada diaorg bagi 5 star jugak???? Rasanya 1 star pun belum tentu…

Dengan tempoh 2 tahun akan datang, harap Harimau Malaya kembali mengaum, menjulang kembali kejuaraan ini…semua orang yang terlibat dalam bola sepak Malaysia dah kena tukar…cuba pemain baru, jurulatih baru serta kepimpinan yang baru…jangan pulak bila tahun 2014 nnti, semuanya masih yang sama…walaupun tak dapat masuk ke final, mara ke semi final tetap cukup membanggakan…apapun kami tetap bersamamu – Harimau Malaya…jatuh bangun tetap bersama…kalah menang setia dibelakang…jumpa lagi pada edisi 2014…Inyaallah…

Selamanya Harimau Malaya
Selamanya Sokong Malaysia

p/s : ini hanya pendapat dari seorang peminat bola sepak Malaysia…walaupun tak berapa arif, apa yang disampaikan dibuat berdasarkan pemerhatian/apa yang disaksikan..kalau rasa tak setuju, saya minta maaf…