Friday, 12 April 2013
Permulaan Baru
Salam Diaries,
Mcm dah lama giler aku tak update ap2 kat blog nie...event mcm byk giler benda nak diceritakan tapi ada sahaja halangan yang muncul bila keinginan untuk meng'udpate' tue datang...last2 terbengkalai mcm tue jerlah...
Tapi ada ke orang baca blog aku yang sememangnya entah apa apa entah nie???? persoalan tue selalu sgt bermain kat fikiran terutama bila aku update something kat sini (mcm situation skrg nie...huhuhuuu...) tak apalah kalau tak der orang yang baca tapi mungkin ada yang tak 'tersengaja' terbaca...hehehhehehe...
Mungkin lepas nie akan selalu update kot...maybe lepas nie akan selalu ada masa utk update something kat sini...A New Life Begin in May 2013....jgn terlebih terfikir atau buat ulasan yg bukan2 plak...yang nyata aku belum lagi nak melangkah kearah 'membina masjid' tapi 'membina kehidupan sendiri'...harap2 semuanya akan berjalan dgn lancar dan tanpa masalah...InyaAllah...
See Ya...
Friday, 4 January 2013
Selamat Tahun Baru - 2013
Salam Diaries,
Rasanya belum terlambat untuk aku wish ‘happy new year 2013’ untuk kauorang semua...macam biasalah bila menjelangnya tahun baru, kami di head office kena turun padang bekerja kat outlet2 Guardian yang terpilih..dan utk tahun nie aku pilih Guardian SS2...as usuallah sbb outlet nie dekat dgn rumah aku...hehehhehe...sepanjang tahun 2012, byk kenangan2 yang manis, pahit, masin, masam, tawar dan macam2 perasalah yang aku alami...jom kita re-cape balik semua peristiwa2 tersebut (antara yang masih segar dlm ingatan aku lah) :-
January – sambutan hari lahir besar-besaran utk kali
terakhir..mmg aku dah simpan niat, bila umur aku cecah ‘tuttt’ aku akan buat
sambutan hari lahir secara besar-besaran tapi tak adalah buat mcm kenduri nak
kahwin...dan kali nie juga aku dpt present dari MIS yang paling gempak pernah
aku terima iaitu ‘sport rim kereta’....gempak ke????
March – aku dapat panggilan temuduga dgn SPA..kira nie
jawatan yang mmg sesuai dgn kelayakan yang aku ada...tapi itu bukan perkara
yang aku nak ingat sangatlah...sehari sebelum interview, aku dapat tahu ‘sesuatu’
yang memang tak terjangka dek fikiran..yang memang aku tak sangka gara2
hubungan aku dgn MIS, orang tergamak lakukan ‘sesuatu’...maaf sangat2 aku tak
boleh nak cerita detail sebab ianya akan meng’aib’kan orang lain...dan sbb
prkara tersebut aku lalui saat interview dgn fikiran yang sangat berserabut...
May – Perkahwinan one of my best friend – T’hah...ada story
disebalik majlis kahwin dia yang mana ada aku coretkan dlm blog sebelum
nie...dlm bulan nie jugak Kelantan aka The Red Warrior berjaya menjulang piala
FA...Masa pergi tgk match nie, aku pergi sorang2, naik LRT sorang2 lepas tue
jumpa dgn kawan sekolah menengah lalu join dia...mmg seronok gila...dapat
lepaskan ‘tension’ aku dgn MIS masa tue...
July – Guardian Pharmacist’s Day & Night 2012 – event ini
merupakan kali kedua yang aku arrange...dan keseluruhannya aku rasa berjaya
sangat2..yang paling penting, masa dinner semua orang cakap aku mcm ‘anak
patung’...huhuhuuhuhu...maybe sbb baju yang aku pakai mlm tue kot...walaupun
penat gilerrr tapi yang penting aku puas hati...kira lepas KPI diri sendiri...
August – It’s Ramadhan and Raya month...Guardian ada buat
majlis berbuka puasa untuk HQ staff kat JW Marriot Hotel, Bukit Bintang....nak
jadikan cerita aku dgn Kak Wan dgn Kak Yana boleh sesak kat area situ...kalau
ikutkan kitaorang dah sampai kat situ on time tapi sebabkan tak jumpa kat mana
hotel tue jadi kitaorg dok pusing bukit Bintang tue berulang-ulang kali
sedangkan pada hakikatnya hotel tue mmg dah kat depan kitaorg (masa tue
berhenti dok telefon orang lain & goggle tempat tue kat internet)...itu
kisah Ramadhan, skrg kisah Raya pula...kali nie aku balik kampung sehari
sebelum raya (mesti kauorg dah dpt agak mcmana situasi dia) dan ditemani oleh
sorang officemate dgn jiran aku merangkap kawan aku sejak kecil...raya tahun
lepas jatuh hari Ahad jadi hari Jumaat mlm aku gerak balik Kelantan...lepas
ambik jiran aku tue, kira pukul 12 tgh mlm aku geraklah...bygkn dari Gombak ke
Bentong yang selalunya ambik masa 40minit-sejam, mlm tue hampir 2 jam baru baru
aku lepas tol Bentong...Fuhhh...ponat kaki den dok tokan2 brek...lepas jer
Bentong, jalan dah smooth...lancar je bawak (berhenti pun setakat pergi toilet
and bersahur) tapi sebaik sahaja masuk Gua Musang, yang lancar, yang smooth
terus jadi mcm kura-kura...jalan jem terukkkk....setelah mengharungi perjalanan
hampir 13 jam, akhirnya aku selamat smpi ke Kota Bharu...cipta sejarah untuk
diri sendiri – aku tak tidur dalam tempoh 30 jam...disebabkan pengalaman tersebut
masa time nak balik ke KL, kitaorg gerak 2 hari awal dan bertolak jam 6.00 pagi...
September – bulan kemuncak hubungan aku dgn MIS...tak mampu
aku nak terang lebih detail tapi bila sampai masa aku akan bagitahu...bukan
niat nak war2kan kisah hubungan tapi sekdr nak luahkan segla yang terbuku di
hati...lagipun aku tak ada sesiapa utk dikongsi segala duka lara yang aku alami...
October – bulan nie boleh kata bulan sukan utk aku...mana
tidaknya aku telah pergi menyaksikan perlawanan bola sepak liga Malaysia...tapi
bukan semu pasukan (jgn salah faham plak...) aku pergi yang melibatkan pasukan
The Red Warriors (TRW) jer...saat yang paling manis, aku menyaksikan secara langsung
TRW menjulang piala Malaysia yang merupakan piala ketiga yang dimenangi utk
tahun 2012...harap2 tahun 2013, TRW akan ulangi kejayaan tahun 2012...dalam dok
kenangan manis tue, ada juga yang pahitnya...sehari sebelum perlawanan akhir,
aku kemalangan kat Federal Highway...tak pasal2 kena saman RM300 sebab memandu
laju dan menyebabkan kemalangan...kereta akulah yang teruk sampai kena masuk
hospital hampir 2 minggu...mati kutu aku bila tak der kereta...terpksalah
kuarkan belanja untuk sewa kereta...dan sejak kemalangan tu aku jadi seorang
pemandu yang berhemah campur lembap (tapi tak der lah sampai bawak kereta mcm
kura2)...lagi2 bila hujan lagilah terlampau ebrhemah aku drive...
November – sorang lagi kawan baik aku kahwin...yang nie mmg
tak boleh blah...tak ada angin tak ada ribut tetiba hujan lebat... tup2 telefon
suruh ambik cuti supaya dapat attend dia punya wedding...mcm2 hal kawan aku
sorang nie..masa hujung2 bulan plak lagi tak terjangka – rumah sewa kitaorg banjir
kilat...yang lagi tak boleh blah, banjir tue berlaku jam 1 pagi dan surut 1.30
pagi... kelam kabut kitaorg angkut barang letak tmpat tinggi...2 tahun dok
rumah tu tak pernah2 banjir...bila cerita kan orang, dapat pula soalan – “PJ
Old Town banjir?”..lagi satu, utk pertama kali dalam hidup aku dapat cabutan
bertuah masa Annual Dinner company..
December – kelahiran Siti Nurkhalisha Qistina, anak kedua
abang Long aku pada 05 Dec...bertambah lagi sorang ahli perempuan dalam keluarga
aku...kalau dulu aku sorang jer perempuan (tolak mak aku...) tapi sekarang dah
jadi 4 perempuan...
Rasanya itu sajalah peristiwa2 yang aku ingat sepanjang
tahun 2012...harap tahun 2013 akan lebih bawa byk kejayaan dan kebaikan untuk
aku dan keluarga...kebahagian???bahagia bersama keluarga dah memadai untuk aku dan
secara jujurnya kebahagian utk diri sendiri, aku tak harapkan pun...janji aku
happy, tak ganggu hidup orang sudahlah...kenapa ya, aku cakap macam nie???? biarlah
jadi rahsia utk masa sekarang tapi boleh dikatakan aku melalui permulaan tahun
baru dengan menyedihkan...
See Ya...
Friday, 14 December 2012
AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Thailand (Semi Final)
Salam Diaries,
Pertama2 kalinya, selamat tinggal AFF SUZUKI CUP 2012…lagi 2
tahun kita jumpa lagi…dengan kekalahan 2-0 dengan Thailand semalam (13/12/12)
pada pusingan timbang balik peringkat separuh akhir kedua menyingkirkan Harimau
Malaya untuk mara ke pentas akhir…nampaknya skrip pada 2010 hanya separuh
sahaja yang berjaya disiapkan…sedih memang sedih tetapi aku tetap berbangga dgn
semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh team Harimau Malaya…
Pada separuh akhir pertama yang berlansung pada 9/12/12,
kesilapan Harimau Malaya hanya satu iaitu gagal mempertahankan satu gol yang
berjaya dijaringkan oleh Mat Yo… permainan pada malam tersebut memang
menarik…momentum perlawanan bergerak laju…Harimau Malaya sememangnya
menunjukkan prestasi sebenar mereka masa tue…Cuma kesilapan bahagian pertahanan
menyebabkan Thailand Berjaya menyamakan kedudukan…keseluruhannya memang seronok
menyaksikan perlawanan pada malam tersebut…lagi seronok rasanya kalau dapat
menyaksikannya secara live di Stadium Bukit Jalil bersama-sama ribuan penyokong
Malaysia yang lain…suasana yang ditunjukkan macam itu adalah perlawanan final…
Pada separuh akhir kedua yang mana Harimau Malaya
tersingkir…game malam tue menyakitkan hati…bukan sakit hati dgn Harimau Malaya
tetapi dengan pengadil dan team Thailand…jelas nampak yang diaorg semuanya main
dengan cara kotor dan hina…yang si pengadil pulak macam makan rasuah…asal
dengan pemain Malaysia ada saja kesalahan yang dilakukan tetapi bila pemain
Thailand wat kesalahan yang jelas2 depan mata, dia boleh buat tak tahu…rasa nak
masuk dalam TV tu pergi cungkil2 biji mata pengadil bangang tue…nak sekeh2
kepala dia…bengang giler kot…yang pemain Thailand plak mmg tak payah
cakaplah…dahlah main kasar, suka hati mak mertua bapak tiri laki adik dia dok tolak2
pemain Malaysia…saja jer nak naikkan angin pemain Malaysia…bukan setakat main
kasar, penipu nombor satu…kena tolak sikit jatuh, tergelincir sikit nak
salahkan pemain lawan…memang dasar penipu…puihhh….yang paling tak boleh terima
bila pemain Harimau Malaya dilayangkan kad kuning kedua (maknanya automatic
dapat kad merah)…boleh nampak kot yang tue bukan salah dia…mmg pengadil berat
sebelah…dah kena bayar gamaknya…emmmm….kalau nak luahkan kemarahan kat sini
sampai esok pun tak habis…bukan tak boleh terima kenyataan yang Harimau Malaya
kalah tapi dengan mutu pengadilan dan corak permainan lawan yang macam sial
tue…kalau kena kat mana2 pasukan pun mesti diorang marah…
Apapun semangat juang yang ditonjolkan oleh pemain Harimau
Malaya malam tue memang boleh dibanggakan…walaupun bermain dengan 10 pemain
mereka berjaya mempertahankan gol dari terus dibolosi oleh Thailand…tapi pelik
dgn K.Rajagopal…kenapa malam tue dia gunakan taktikal 4-5-1?????? bagi aku
sepatutnya K.Rajagopal sepatutnya mengekalkan taktikal 4-4-2…sebab kenapa???
Sbb malam tue kita nak kena menang tmbah plak kita tak bawa bekalan gol yang
selesa ke sana…kita boleh lihat kot bagaimana diaorg ‘rantai’ Mat Yo malam
tue…sorang lawan 3, mana adil…sekurang2nya kalau diletakkan 2 penyerang Mat Yo
taklah keseorangan…itu sajalah yang aku tak puas hati dengan team Harimau
Malaya… bahagian pertahanan tak payah cakaplah…memang hancur bila main 10
orang….tengah pulak macam dah kena bomoh siam…asal bila dapat bola, tak lekat
kemas kat kaki… ‘Man of The Match’ malam tue, aku bagi kat Farizal Marlias –
penjaga gol Malaysia…walaupun bolos 2 gol tapi dia dah berjaya mengawal gawang
gol dari terus dibolosi terus-terusan…siap kena sepak kat muka dengan pemain
Thailand kot…tapi pengadil??? buta, sial…
Dengan kemenangan semalam, nampaknya Thailand juga menang
dengan permainan psikologi diaorg…kita dapat tgk/baca kat paper2 yang mana
kemudahan latihan utk Harimau Malaya disediakan macam ‘melepaskan batuk kat
tangga’…dgn padang latihan yang dikongsi dgn orang awam, last2 minute tak boleh
wat latihan kat stadium perlawanan, kononnya nak jaga kualiti
rumput…puihhh…kualiti rumput apanya????dgn padang Merbok (yang kat KL) tue lagi
bagus….itulah Malaysia dan FAM – macam peribahasa ‘beruk dihutan disusukan,
anak sendiri mati kelaparan’…harap FAM (terutamanya) dapat belajar dari apa
yang berlaku sekarang..bukannya goyang kaki sambil duduk kat kerusi empuk dalam
bilik aircond SAHAJA!!!!!!! Lain kali kalau boleh layan semua orang sama
rata…tak perlu bagi yang 5 star punya services tapi bila kat tempat orang, ada
diaorg bagi 5 star jugak???? Rasanya 1 star pun belum tentu…
Dengan tempoh 2 tahun akan datang, harap Harimau Malaya
kembali mengaum, menjulang kembali kejuaraan ini…semua orang yang terlibat
dalam bola sepak Malaysia dah kena tukar…cuba pemain baru, jurulatih baru serta
kepimpinan yang baru…jangan pulak bila tahun 2014 nnti, semuanya masih yang
sama…walaupun tak dapat masuk ke final, mara ke semi final tetap cukup
membanggakan…apapun kami tetap bersamamu – Harimau Malaya…jatuh bangun tetap
bersama…kalah menang setia dibelakang…jumpa lagi pada edisi 2014…Inyaallah…
Selamanya Harimau Malaya
Selamanya Sokong Malaysia
p/s : ini hanya pendapat dari seorang peminat bola sepak
Malaysia…walaupun tak berapa arif, apa yang disampaikan dibuat berdasarkan
pemerhatian/apa yang disaksikan..kalau rasa tak setuju, saya minta maaf…
Friday, 7 December 2012
Tengok Wayang - Pontianak vs Orang Minyak
Salam Diaries,
Asyik story mory pasal bola jer...cam bosanlah plak kan...emmm kali nie nak review pasal wayang yang baru2 nie aku pergi tgk...rasanya dah berbulan2 aku tak tgk wayang nie...ingt2 yang pling last aku tgk citer ‘The Amazing Spiderman’...dan akhirnya pada 24 November hari tue, aku jejakkan kaki ke pawagan...niat hati masa tue nak tgk cite Hindustan lakonan Shah Rukh Khan – Jab Tak Haai Jaan...tapi malangnya tiket sold out...terpaksalah tukar plan tengok citer ‘Pontianak vs Orang Minyak’...watak utama dalam citer nie dilakonkan oleh Nabil (Pontianak) dgn Johan (Orang Minyak) dan diarahkan oleh Afdlin Shauki...
Bagi aku cerita nie kalau setakat nak release tension
oklah...jalan cerita dia memang wat orang gelak jer memanjang...tengoklah sapa
pulak pelakonnya...tapi bagi aku personally rasa sedikit terganggu dgn cara
percakapan atau cara lontaran dialog dalam filem nie...taulah nak tunjuk
konon2nya citer tue berlaku zaman dulu kala tapi cara percakapan diaorg
bukannya mcm orang dulu kala tapi lebih kepada cara orang Indonesia
bercakap...lebih baik guna jer bahasa Melayu yang betul (mcm kita cakap dlm
seharian kita...)...lagi satu, teknik perceritaan dalam cerita dimana suara
latar oleh Afdlin...itupun rasa sedikit terganggu...rasanya kalau tak der tukang
pencerita lagi bagus kot....
Keseluruhannya memang cerita nie ok...maaflah kalau ada
sapa2 yang tak setuju dgn pandangan aku nie...nie cuma pendapat peribadi aku
jer...kiranya xderlah membazir duit, dgn beratur panjang utk beli tiket nie...
p/s : teringin sangat nak tgk Istanbul Aku Datang tapi dah
tak der kat pawagan...kena pandai2lah ‘google’...emmmm...
Monday, 3 December 2012
AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Indonesia
Salam Diaries,
Friday, 30 November 2012
AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Laos
Salam Diaries,
Sepatutnya lepas jer match antara Malaysi dgn Laos, terus aku update tapi sbbkan satu bencana alam yang tertiba berlaku kat rumah terpaksalah aku postpone entry nie sehinggalah hari nie..nnti aku akan kongsikan pasal bencana alam tue dlm entry lain...
Ok, berbalik pada match kedua kumpulan B - mmg dah dijangka yg Harimau Malaya akan menunjukkan prestasi yang bagus (belum cemerlang lagi yer...) apabila bejaya menundukkan Laos dgn 4 - 1..kemenangan tersebut mmg menggembirakan hati seluruh rakyat Malaysia...mana tidaknya hampir setiap sudut media massa memuji, menyanjung Harimau Malaya...kalau masa kalah dgn Singapura hari tue semua kutuk, kritik teruk2...emmmm...manusia, manusia...
Walaupun menang tetap terselit jugak sedikit kekecewaan...kalau kita tgk dri match mlm tue Harimau Malaya sepatutnya blh dpat lebih dari 4 gol...tgk sajalah pada Safee Sali...ada 8 percubaan ke arah pintu gol yang tidak berjaya disudahkan olehnya...nasib baiklah last2 bejaya jgak 1 gol...mcm yang tertulis di media mas sa, siap diakui sendiri oleh tuan punya badan - sikap tergopoh gapah punca byk peluang keemasan dilepaskan begitu saja...harap Safee takkan ulangi sikap yg sama msa bertemu dgn Indo nanti...
Kesluruhannya skuad yg diturunkan mlm tue mmg menjadi...perthan masih prlu diprkuatkan lagi...komunikasi antara satu sama lain perlu dipertingkatkan lagi...jangan buat kesilapan2 mudah mcmana yg terjadi masa gol tunggal dari Laos malam tue...kepada penjaga gol pulak, harap bila jumpa Indo nanti jgn cuak pulak yer... hehehhehe....bahagian tengah boleh kata kira hiduplah malam tue...kiranya diaorg dah tak confius nak bagi bola kat sapa, tak confius sapa yg nak ambil bola...utk serangan tak der apa nak komen sbb mmg terbaik...pandai coach wat strategi yer...keseluruhannya kemenangan malam tue mampu menyuntik kembali semangat Harimau Malaya dan juga para penyokong utk terus memberikan sokongan yang padu bila bertemu dgn Indo nanti... jom ramai2 kita serbu Bukit Jalil, sabtu nanti...
Apapun perjuangan kita belum selesai...bertemu dgn Indo
(yang merupakan musuh tradisi) perlukan kemenangan...itu sajalah harapan kita
utk terus melangkah ke peringkat seterusnya...jadi lupakan (sekejap) kemenangan
dgn Laos malam tue...mungkin Harimau Malaya boleh menganggap pertemuan dgn Indo
nanti sama seperti pertemuan final..maruah kita sebagai Tuan Rumah perlu
dipertahankan...para penyokong perlukan kemenangan dan Harimau Malaya perlukan
sokongan dari penyokong...penyokong dan Harimau Malaya saling memerlukan antara
satu sama lain...semoga berjaya...Selamanya Harimau Malaya...Selamanya Sokong
Malaysia...
P/s : separuh dari skrip 2010 dah diulang balik pada match kali nie...harap2 keseluruhan skrip 2010 akan diulang sehingga ke final
Tuesday, 27 November 2012
Pertama Kali - dapat cabutan bertuah
Salam Diaries,
Pertama kali dalam hidup..setiap manusia yang hidup kat dunia nie mesti akan alami sesuatu perkarautk pertama kali dlm hidup diaorg..begitu jgaklah dgn aku..byk benda yg aku alami utk pertama kalinya..dan aku nak share kat sini satu perkara yg pertama kali aku alami...kalau ikutkan ceita nie dah lapuk dah..
Oklah...berblik pda landasan asal...pada 09 Nov 2012 (friday) company tempat aku keje tlh adakan Annual Dinner kat Mandarin Oriental Hotel (mmg tiap2 tahn wat kat ctu pun...)tema utk dinner kali nie adlh Malaysian Nite...sbbkan tema yg begitu mudah dan senang, aku just pakai kurung moden...masa otw nk ke hotel tue mmg aku dan pasang angan2/impian/harapan agar nama aku akan dicabut utk cabutan bertuah nanti..kalau ikutkn mmg slma ini nama aku tak prnah bertuah pun...bahkan kalu msuk contest apa2pun xprnah menang...huhuhuuhuuhu....sedih sangat....lagipun aku tak derlh menghrapkan hadiah2 yg grand - sekadar kipas meja jer, takpun cooler portable...kalau dapat aircond lagi best...hehehehhe...kenapa nak benda2 alah mcm nie?? Sbbnya kebetulan masa tue kipas kat bilik aku dah rosak...kalu dpt dah xpyh nak kuarkan duit utk beli...
Dan akhirnya, masa yg ditunggu pun tiba...masa tue aku sdg dok rnck berborak dgn Kak Nina (HR department) dan tiba2 nama aku dipanggil...mmg terkejut giler...dahlah nama pertama yg dicabut...tapi sdkit sedihlh sbb aku tak dpat hadiah yang aku nak...hohohohohohoh...mlm tue aku dpat mesin urut belakang brand OSIM...disebabkan aku tak guna jadi aku dah transfer benda alah tue ke kampung...tapi xperlh, kiranya utk pertama kali nama aku bertuah malam tue....winkkk!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)


