Monday, 26 November 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 - Malaysia vs Singapura

Salam Diaries,

 
 
 
Lama betul gamaknya aku tak menulis kat blog nie...terbiar macam tue jer...kalau blog nie kebun, confirm2 dah penuh dengan lalang...oklah, malas nak intro panjang2...takut kebosanan yang melampau plak (sebab entry nie panjang...)...dan mungkin bermula dari entry ini, aku akan senantiasa men’udpate’ blog ini...kenapa??? sepertimana yang kita semua tahu bermula dari 24 Nov 2012 – Malaysia akan menjadi tuan rumah bersama dgn Thailand untuk salah satu kejohanan bola sepak yang terkenal di rantau Asia (terkenal ek???) iaitu AFF SUZUKI CUP...dah nama pun Asia maknanya negara2 yang main dalam kejohanan nie confirm2lah negara2 Asia jer iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Laos, Myammar, Filipina dan Vietnam....dan aku akan men’update’ pasal kejohanan ini selagi Malaysia tidak tersingkir awal...harap2 tidaklah...
 
 

  
Oklah, serba sedikit pasal sejarah AFF SUZUKI CUP nie (pada sesiapa yang tak tahu termasuk diri sendiri) - AFF SUZUKI CUP, sebelumnya dikenali dengan nama  Piala Tiger (Tiger Cup)...Ianya di gelar Tiger Cup sempena nama sponsor utamanya iaitu pengeluar bir terkenal - Tiger Beer. Pada 2007, nama kejuaraan ini menjadi Kejuaraan Sepak Bola ASEAN dan diselenggarakan oleh Federasi Sepak Bola ASEAN (AFF) dan pada 2008, berubah lagi menjadi Piala Suzuki AFF.

Dan untuk edisi kali ini, Malaysia diletakkan sebagai juara bertahan selepas memenangi kejohanan ini buat kali pertama pada tahun 2010....memang besar harapan yang diberikan kepada Harimau Malaya (nama yg diberi kepada team Malaysia) untuk terus mempertahankan kejuaraan ini...tapi nampak gayanya harapan tersebut kemungkinan hanya tinggal harapan...kenapa???? sebab kalau ditengokkan dari prestasi semasa dimana perlawanan2 persahabatan antara Harimau Malaya dengan beberapa Negara lain semuanya teruk... sehinggakan menimbulkan rasa kerisauan, kebimbangan, kegusaran (dan yang sewaktu dengannya) yang melampau kepada seluruh penyokong Malaysia...Dan kerisauan (serta perasaan yang seangkatan dgnnya) makin melampau2 di hati setiap penyokong Malaysia apabila bermulanya ‘sepak mula’ yang mana Malaysia bertembung dengan Singapura untuk pusingan pertama kumpulan B...dan Harimau Malaya telah dimalukan didepan penyokong sendiri dengan 3 – 0....

Selepas mempamerkan persembahan yang hambar sepanjang perlawanan persahabatan (kalah 2 kali dan seri 2 kali), ianya masih belum mampu melunturkan semangat aku dan MIS utk pergi menyaksikan perlawanan pertama Malaysia dan Singapura...sebelum perlawanan, aku yakin yang Harimau Malaya mampu memenangi prlwnan tersebut...paling2 tidak pun mencatat keputusan seri...nampaknya keyakinan aku meleset...dari segi pemerhatian aku (walaupun tak berapa arif dgn bola sepak), kelemahan yang paling ketara wujud dalam pasukan Harimau Malaya adalah tahap kesefahaman antara pemain tersangat2 teruk...mereka seolah2 tak serasi antara satu sama lain...bila diaorg dapat bola, diaorg tak idea nak bagi bola tue kat sapa...lepas tue dua, tiga orang yang tunggu bola tue mcm blur sebab tak tahu sapa nak ambik bola yang akan di pass kat diaorg (kau ambik ke aku yang nak ambik nie???? – maybe ini kot yang dok bermain kat kepala diaorg) last2 bola terlepas kat lawan...

Menurut MIS, bahagian midfield pun langsung tak berfungsi malam tue...itu aku tak perasan tapi yang aku nampak bahagian pertahanan mmg teruk giler...boleh diaorg biarkan pemain lawan bergerak bebas tanpa kawalan...sedangkan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha – our striker) dikawal dgn seketat2nya oleh team lawan...walaupun aku suka/minat kat Khairul Fahmi Che Mat aka Apek (our TOP/GLAMOURS goalkeeper) tapi aku sedih sgt2 tgk prestasi dia malam tue...teruk kot....keseluruhannya mmg persembahan Harimau Malaya malam tue mengecewakan hati para penyokong...disebabkan hal itulah sebaik sahaja Singapura menjaringkan gol ke 3, kebanyakkan penyokong mula angkat punggung meninggalkan stadium...bahkan Ultras Malaya (satu2nya kumpulan penyokong yang paling setia dgn Harimau Malaya) berhenti bersorak, berhenti menyanyi setelah gol ke 3 dijaringkan lawan...aku dgn MIS pun ambik kptusan utk keluar stadium awal...memang sedih sgt2 masa tue...

 
Tertanya-tanya, apa yang Harimau Malaya buat selama ini (yakni selepas menang pada tahun 2010???) apa yang coach ajarkan kat mereka selama nie???Itulah, asyik sangat buat eksperimen...sikit2 eksperimen konon nak tgk keserasian antara pemain tapi apa yang jadi skrg????...sepatutnya starting early 2012 coach dah tetapkan barisan kebelasan utama barulah diaorg boleh ada keserasian...inilah padahnya kalau asyik nak wat kejutan...last2 kejutan makan diri sendiri...sekarang nak bagi alasan apa lagi kat para penyokong??? Lagi satu, kat Malaysia nie ada ramai pemain yang bagus tapi kenapa coach still nak guna pemain lama??? Kalau coach jadikan cara pemainan/prestasi diaorg semasa dalam liga Malaysia sbgai satu syarat untuk layak mewakili Negara – yang coach senaraikan sekrg pun bukannya hebat sgt semasa dalam liga Malaysia...ada jugak yang prestasi diaorg teruk tapi ttap dipilih...emmmm, pelik2....kalau still nak guna pemain lama kenalah tukar corak permainan...ini tidak, corak permainan tetap sama...lawan confirm2 dah boleh baca corak permainan kita...harap coach serta pemain dapat belajar dari kesilapan...dan jgn asyik dok tuding jari dok menyalahkan org lain....

Harap perlawanan ke 2 nanti dengan Laos, Harimau Malaya mampu bangkit...manalah tahu kot2 skrip sama pada tahun 2010 nak diulang balik...ala2 lagu Newboyz – Sejarah Mungkin Berulang’...kenapa cakap mcm nie??? Sebab masa tahun 2010, Harimau Malaya kena baham dgn Indonesia 5-1 pada perlawanan pertama...memang kaw2lah diaorg kena baham pulak dgn pra penyokong...tup2 diaorg berjaya sampai ke final dan jumpa balik dgn Indonesia dan akhirnya menang...sebagai penyokong, memang harapan kami tinggi untuk kita memenangi kejohonan ini dan mempertahankan kejuaraan...tetapi kalau kita terkandas pada peringkat separuh akhir itu boleh diterima...jangan tersingkir awal sudahlah...apapun Harimau Malaya tetap di hati dan akan terus disokong...

p/s : mengharapkan keajaiban berlaku...Inyaallah...

Tuesday, 4 September 2012

Piala Malaysia (Peringkat Kumpulan) - Kelantan Lawan ATM




Salam Diaries,

Entry kedua untuk hari nie....kerajinan meng’update’ blog meluap2...hehhehehe...ok, kalau tadi kita bercerita mengenai kemerdekaan Negara..kali nie aku nak bercerita tentang apa yg berlaku sepanjang cuti hari kemerdekaan hari tue...malam Merdeka hari tue aku dah on the way balik ke kota bharu...kalau ikutkan baru 4 hari sebelum malam Merdeka aku balik PJ lepas cuti raya seminggu...memang jenis yang xder keje...dah aku balik malam Merdeka confirm2 pagi 31 Ogos aku selamat sampai ke Kota Bharu...on that day there’s nothing istimewa yg berlaku – just attend open house my BFF – Aida & lepak2 with other BFF – T’hah...

Ok, itu bukan cerita sebenar yg aku nak story-mory kat sini...itu hanya intro saja even lari jauh giler dari tajuk entry...hehehehhe...pada 01 sept 2012 bersamaan hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu telah berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Malaysia peringkat kumpulan diantara Kelantan (The Red Warriors) menentang ATM...wah2 mcm wat karangan utk darjah 6 pula...dan semestinya dah alang2 aku ada kat sana, confirm2lah aku pergi tengok...siap sponsor tiket utk abg long aku lagi semata-mata nak ajak dia gie tgk sekali...yang tak beragak-agak lagi, aku siap beli jersi bola baru kot semata2 nak gie tgk match nie...melayang RM45 aku...huhuhhuu...

Cerita bermula – cuaca hari tue siang hari mmg terang-bederang...tapi ku sangka panas smpi ke petang rupanya hujan di tghari...tapi hujan tue bukan turun masa tghari tapi dekat2 Maghrid...msa pukul 6 ptg tue angin bertiup bukan sepoi2 bahasa lagi dah tapi bertiup kencang...langit mmg dh gelap...dalam hati cuma berharap agar tak hujan...tapi harapan hanya tinggal harapan msa Maghrid tetiba jer hujan turun dgn lebat bercampur dgn ribut petir lagi...family2 aku yg lain dah siap2 dok perli aku kata bola akan ditunda...bengang jer... tapi dekat2 kul 8 aku dgn abg Long ttap pergi ke Stdium ditemani buah hati tersayang – Rizal...msa tue hujan still lebat tapi ribut dah tak der...dlm hati, kesiannya kat penyokong2 yg dtg awal ke stadium..kat mana diaorg berteduh? Ke diaorg suma dah gerak balik? Manalah tahu kot2 perlawanan dibatalkan...tapi semua sangkaanku meleset...smpi2 je kat stdium, mmg terkejut giler...tak ku sangka rakyat Kelantan begitu ramai kat sekitar stdium tue even dlm keadaan hujan lebat...mmg terserlah ke’jakunan’ aku mlm tue...mana taknya, aku ingatkan satu barisan yg panjang giler tue org tgh nak beli tiket tapi rupanya diaorg berbaris nak masuk dlm stadium....sayang sgt2 tak smpt ambik gmbar, tak dapat nak tunjuk bukti...

Jadi aku & family(abg Long+Rizal) pun trut beratur...tapi bila masuk dlm stadium ke’jakunan’ aku lagilah terserlah...full house kot stadium mlm tue....mmg penuh, mmg ramai giler penyokong mlm tue even hujan still xberhenti dan still lebat...last2 aku & family dok kat atas sekali...full view kot tmpt kitaorg duduk..oh ya, terlupa plak nk bgth yg stdium Kelantan tak der bumbung...tmpt duduk pun simen semata2...sebabkan hujan jadi pemandangan warna-warni dapat dilihat...kenapa? sbb majoriti penyokong pakai baju hujan yang kaler2 tue...Agak2kan kalu negeri lain mcm nie juga ker???yelah dgn hujan lebat, ribut petir, kemungkinan utk ditunda perlawanan – ada tak penyokong2 diaorg ‘giler’ mcm penyokong Kelantan??? Confirm tak der, kan, kan....

Sofar, ini pengalaman pertama aku menyaksikan match bola kat Kelantan...memang mengujakan sgt2...even aku diasak dgn mcm2 perkara buruk tentang sikap para penyokong tapi alhamdullilah malam tue nothing bad happen...maybe sbb hujan kot...kalau setakat baling botol ke dlm padang tue mmg adalah...itupun sbb pengadil...cakap pasal pengadil, satu benda para penyokong akan buat if pengadil tak mengadili perlawanan dgn betul – they will sebut ‘pengadil gila’ berulang kali...satu stadium kot sebut bukan seorg dua...Ok, dah melalut panjang pasal situasi mlm tue skrg kita bercerita ckit pasal game pulak...boleh dikatakan mlm tue mmg aksi yg dipamerkan kedua2 pasukan penuh tegang, dramatik, emosi...mula2 tue bengang juga bila setiap kali Kelantan jaringkan gol, ATM turut jaringkan gol smpilah hbis first half...tapi bila masuk second half Kelantan mula melakukan serangan dan akhirnya berjaya tundukan ATM dgn jaringan 4 – 3...

Habis cerita pasal bola, ada cerita selingannya – perihal Rizal...yelah mlm tuekan hujan lebat tapi sbbkan dia beriya2 sgt nk ikut kitaorg bawa sekali...jadi pakaikan sweater yg kalis air utk dia...knonnya nak kurangkan basah...masa mula2 game mmg dia seronok sgt...tapi tgh2 game first half tue tetiba dia nak duduk atas riba aku...tak disangka2 rupa2nya dia nak tidur...yg duduk sebelah aku suma tersenyum siap cakap lagi – ‘dlm hujan pun dia boleh trlelap’...sebetulnya kesian jugak kat dia tapi kalau tak bgi pglman nie skrg bila lagi...tapi dekat2 nak hbis game dia tersedar..yg kesiannya masa on the way balik umah badan dia punya mengigil kuat giler...terpksalah abg long dukung smpi umah...Emmm...lepas nie, kalau ada peluang lagi untk tgk match kat Kota Bharu mmg aku nak pergi sgt2...memang seronok, mengujakan...


See Ya...

Selamat Hari Kemerdekaan



Salam Diaries,

Rasanya belum terlambat lagi utk aku ucapkan ‘selamat hari kemerdekaan yang ke 55’ untuk suma rakyat Malaysia...

Sedar tak sedar dah 55 tahun kita Merdeka, hopefully kemerdekaan yang kita capai sekarang dapat bertahan selama-lamanya even sekrg nie banyak pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengkucar-kacirkan keamanan Negara Malaysia...kadang2 tue terfkir juga apalah yg diaorg nie tak puas hati sgt dgn kerajaan sekarang??? Tipulah kalau aku katakan kat sini yg aku mmg berpuashati dgn kerajaan skrg...mmg taklah...ada juga sesetgh perkara yg menimbulkan rasa ketidakpuasan hati aku terhadap kerajaan skrg tapi takderlah smpi mengugat keamanan...

Secara jujurnya (ini pendapt peribadi akulah) apa yg berlaku sekrg adalh utk kepentingan individu...semuanya nak jadi pemimpin Negara tapi sedangkan diri sendiri pun belum tentu terpimpin...kadg2 tue diaorg nie tak sedar diri...ygj adi pengikut pun kdg2 tue sebtul2nya tak tahu apa yg diaorg wat...mcm lembu kena cucuk kat hidung...ikut jer apa yg org suruh...apa yg dapat??? Populariti kot sbb muka masuk paper...emmm...malaslah nak tulis byk2 nntikan tak pasal2 kena saman....apapun kita ada akal fikiran yang waras utk tentukan mana satu pilihan yang terbaik tanpa perlu menghuru-harakan keamanan Negara Malaysia...

See Ya..

Monday, 3 September 2012

Tuhan Jagakan Dia



MIS had dedicated this song to me... :)


Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku


Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepada mu


Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku


Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepada mu


Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku



Thursday, 16 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Salam Diaries,

Dikesempatan ini, aku susun sepuluh jari tangan memohon kemaafan dan keampunan dari anda semua yang sudi menjengah ke blog ini..sekiranya ada yg terasa, ampun dan maaf dipinta..


See Ya..

Sunday, 12 August 2012

Iklan Raya oleh BERNAS



Salam Diaries,

Rasanya semua orang mesti tgh kepohci bercerita tentang iklan raya yang dikeluarkan oleh BERNAS..mula2 tue aku mcm ketinggalan sikit pasal iklan tue tapi lepas terbaca dlm satu blog pasal nie terus aku google cari video iklan tue..

Dalam tgh2 dok google tertiba iklan tue disiarkn kat TV3..first time tgk mmg tanpa segan silunya air mata meembes kuar dgn lajunya..mmg touching giler kot iklan dia..rasanya inilah iklan raya yg paling sedih dan terkesan yang pernah aku tgk..

Syukur sgt2 kat Tuhan sebab masih beri peluang kat aku utk nikmati hidup sekarang..cukup serba serbi dan yg paling penting masih mempunyai ibu bapa..


See Ya..

Monday, 30 July 2012

Berbuka di Putrajaya


Salam Diaries,

Hari nie kauorg suma berbuka kat mana? Kali nie nk story pasal aku dgn MIS yg berbuka kat Putrajaya weekend lepas..wah!! berbuka di putrajaya? Kat dlm cruise ke? atau kat Alamanda? Tapi jauhnya kitaorg berbuka kan??

Nie suma gara2 MIS lah..entah kenapa dia beriya2 sgt nk pergi putrajaya..risik punya risik rupanya ada Jualan Hari Raya kat sana dan tmpt jualan tue dekat dgn pasar ramadhan yg kononnya paling besar kat sana..tapak pasar ramadhan tue kat presint 2..

Berbalik pada kisah tempat berbuka..kitaorg berbuka kat tepi2 kaki lima kat tepi jln jer..berlantai mozek jln raya dan berbumbungkan langit yg tiada bintang..yg ada mlm tue cuma bulan separa jer dan disinari dgn chya lmpu jln..jgn ingtkn aku dgn MIS jer yg berbuka kat situ..ada ramai org..ada yg berkeluarga, ada yg ber'couple' (mcm aku dgn MIS, hehehe) dan ada jugak dgn kwan2..kira seronok jugaklh melalui pengalaman mcm tue..

-mcm byk jer mknan yg dibeli?-

See Ya...