Friday, 10 February 2012

Kedai Makan Al-Razzaq

Salam Diaries,
As usual, kebosanan melanda kat tempat kerja...even bos ada sekalipun, tetap bosan..sampai ada sorang kakak ofis cakap kerja yang paling senang dekat HQ nie adalah kerja aku...mana taknya, asyik buat pandai jer selalu...selalu orang wat bodoh kan...heheheheh...bilalah aku nak dapat kerja baru???...

Berbalik pada maksud asal, sebenarnya aku nak perkenalkan @ mempromosikan kedai makan mak aku... nak iklan@promosi kat dalam media2 elektronik mahupun media cetak rasa mcm tak berbaloi (sebab xder duit, hehehehhe...)...Jadi aku promosi kat dlm blog jerlah...kalu ikutkan dh hampir 6 bulan dah mak aku buka kedai nie...nama kedai makan nie - KEDAI MAKAN AL-RAZZAQ - Mak aku start berniaga pada 10 Oktober 2011...tapi sebetulnya kedai nie mak aku sewa dengan orang... katanya tuan asal dah tak mampu nak berniaga sebab kesihatan yang tidak mengizinkan...jadi dari biarkan kedai tue terbiar, dia tawarkan mak aku untuk disewa...Nama Al-Razzaq dipilih oleh ayah aku..katanya Al-Razzaq tue bermaksud 'Pemberi Rezeki' (ingat2 lupa maksud dia kot...)

Tapi nama lain untuk kedai nie adalah "kedai ter'kepit' "...kenapa ter'kepit'??? sebab kedai mak aku nie betul2 terletak antara dua bangunan rumah kedai...Menu utama kat kedai nie adalah nasi berlauk tengahari, ulam-ulaman+budu, sup tulang dan daging bakar cicah air asam...maknanya lebih tertumpu untuk lunch hour jelah..tapi kalau ada yang nak makan masakan panas pun disediakan jugak tapi bukan dari mak aku... kalau nak tahu, ada lagi sorang yang sewa kedai tue sama2 dengan mak - Mak Long...kiranya mak sewa dengan tuan asal, Mak Long pulak sewa dengan mak aku...biasalah adat berniaga...

So far, setakat hari nie bisnes mak aku, Alhamdullilah...tiap2 hari lauk yang dimasak - HABIS!! (tetiba je guna huruf besar...hehehhehe) tapikan, biasalah dalam bisnes mesti ada yang xpuas hati dgn kitakan...mcm kedai mak aku, pernah jugaklah terkena buatan jahat nie...cerita mak aku, ada 1 hari tue she felt very2 drowsy...sama jugaklah dgn Mak Long + pekerja2 yang lain...bila customer datang, they just looked at the lauk-pauk, lepas tue kuar...the next morning, mak aku menyapu lantai kedai dia ternampak ada paku di'paku' kat salah satu tiang kedai...mak tak berani jadi disuruhnya Mak Long buangkan paku tue...Alhamdullilah, pelanggan kembali mcm biasa...Bila dengar cerita mak aku tue, nak percaya dgn tak nak percaya sama banyak...yang penting, bisnes mak aku berjalan lancar...

Kat sini aku attachkan gambar2 kedai makan tue beserta lauk pauk yang disediakan...kalu kauorg singgah kat Kota Bharu bolehlah singgah...

-Menu hasil kerja tangan aku..hehehehe (promote diri sendri..)-

-Bahagian Dalam Kedai-

-Ulam-ulaman (makan dgn budu memang terangkat)-

-Sebahagian Lauk-Pauk -

-Gulai aka Kuah...Ikan Singgan my favorite..-

-Dari Luar Kedai-

See Ya...

Wednesday, 8 February 2012

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah


Tuhan...memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia...anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah
Ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Atas restu Allah
Ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa...bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu...satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu


Thursday, 2 February 2012

'Smile' karektor versi Jepun

Salam Diaries,

Hari tue, aku adalah terbaca 1 blog..ada satu entry dia pasal karektor 'smile' versi Jepun katanya... sorrylh sebab dah terlupa apa nama blog tue...rasanya kauorg pun mesti dah tau pasal karektor2 niekan...alaa.. yang selalu kita guna bila ber'facebook', ber'twitter', ber'msg2'...dan aku dengan kerajinan yang amat sangat, bersungguh2 meng'copy' karektor2 'smile' tue kat dalam buku catatan...Semangat gitu!!

Selain utk mengelakkan aku kehilangan hasil kerja meng'copy' aku tue, jadi aku 'paste'kan kat dalam blog nie...maaf kepada tuan punya entry tue sebab 'copy' and 'paste' entry dia...harap dimaafkan..kat sini aku 'copy' and 'paste'kan karektor2 tersebut utk kauorg semua..

(^_^) = tersenyum
(^-^) = senyum sopan sikit
(^0^) = ketawa
\(^0^)/ = bersorak riang
(^3^) = berseru
(*^-^*) = senyum malu, tersipu2
(0^-^0) = senyum merona (konon pipi merah)
("-";) = merasa terganggu
(-_-;) = gugup
f(^_^) = mengaru kepala
(T_T) = menangis
(;_;) = menitiskan air mata
("~") = mengantuk
(>_<) = geram
(-_-#) = marah
(x_x) = pening
(?_?) = tertanya-tanya
(@_@) = hairan
(_ _)zzZZ = tidur
(_ _') = bosan sampai tertidur
m(_ _ )m = memohon
w(^_^) = mendengar
(*^3^) = mencium
(*^.^*) = dicium
(=_=) = malu
(#^^#) = tersipu-sipu
(_ _ ),,ooOO = bermimpi
(0_ _)0 = putus asa
(^_^)v = tanda peace

Tengoklah bertapa semangatnya aku meng'copy' and paste karektor2 nie semua...

See Ya...

Wednesday, 1 February 2012

Trip to Taiping - Majlis Perkahwinan Haniff & Ina

Salam Diaries,

Kali nie nak kongsi trip aku ke Taiping...jauhnya ke Taiping, wat apa?? aku pergi sana semata-mata nak attend kenduri one of MIS besprend - Haniff...Diaorg kahwin on 22 Jan 2012 bersamaan hari Ahad...Dalam ramai2 kawan MIS, he's the first one yang kahwin dulu..dah sampai seru+jodoh katakan (aku jer yang belum..huhuhuhuhu)...

Berbalik pada trip tue, perjalanan ke Taiping selalunya makan masa lebih kurang 3 jam (mengikut kata MIS)...hari tue kitaorg bertolak dalam kul 9.30am...ingat nak gerak awal sebab takut stuck in jam...yelah esoknya CNY...dalam perjalanan,kitaorg singgah kat restoren jejantas Rawang utk breakfast...dalam kul 11.00am kitaorg pun gerak ke Taiping.. sebelum terlupa, selain aku dgn MIS ada lagi sorang kawan MIS yg ikut - Nasrul wit his girlprend merangkap bakal tunang..
-Restoren Jejantas Rawang-
Dalam perjalanan tue, kitaorg terperangkap kejaplah dekat area2 nak masuk Sungkai..seperti yang diduga ada kemalangan yang berlaku...dan macam biasalah, Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap prihatin...kenapa?sebabnya semua sibuk memperlahankan kenderaan semata2 nak tengok accident tue...yang lagi tak boleh blah, kemalangan tue diarah yang bertentangan (means menghala ke Kuala Lumpur sedangkan time tue kitaorg menghala ke Ipoh)...betul tak aku cakap yang kita semua memang prihatin...hehehehhehe...as semua orang dah tahu, otw nak ke Ipoh dan kawasan2 yang sewaktu denganya, kita akan dapat lihat air terjun iaitu air terjun Lata Kijang...masa nie dah dekat2 nak sampai Tapah dah...
-View from highway-
Lepas je kawasan kemalangan yang berlaku tue, jalan terus jadi lenggang balik...sebaik saja kitaorg smpi dekat simpang nak ke Taiping means Plaza Tol Changkat Jering, hujan turun (menyukarkan sedikit perjalanan kitaorg)...dalam dok meraba-raba, tercari-cari rumah pengantin akhirnya kitaorg pun sampai...xderlah susah sangat nak mencarinya...Yang lawaknya (lawak ke???) dah sampai kat kawasan kenduri, kitaorg terpaksa telefon pengantin tanya betul ke tak tempat tue...mana taknya dlm otw nak ke rumah pengantin tue ada 2 sign - satu yang Hanif punya & satu lagi yang org lain punya...risau gak kot2 tersalah kenduri plak yang kitaorg attend...Alhamdullilah, betullah tempatnya...rupa2nya yang lagi satu sign tue sehari seblm Haniff punya majlis...

Dah sampai, kitaorg tunjuk muka kat pengantin dulu lepas tue baru makan...niat hati nak makan nasi minyak xkesampaian sebab time kitaorg smpai nasi minyak dah habis, tengah masak...terpaksalah makan nasi putih jer...dah xder rezeki katakan...yang pasti lauk-pauk kenduri tue memang sedap...sampai skrg masih terasa kesedapannya...diaorg tak guna katering..biasalah orang kampung-gotong royong...even tak banyak lauk tapi puas hatilah..lauk-pauk yang disediakan hari tu adalah gulai daging, ayam goreng, pajeri nanas & daging masak hitam...lauk-pauk kampung katakan...
-Gambar ambil dari Google sebab xsempat tangkap-
Perut pun dah terisi, maka kitaorg pun dengan penuh kekenyangan pergilah jumpa dengan si pengantin..dapatlah bergambar bersama wat kenang-kenangan...bila tengok Hanif teringat dekat 0ne of my bestprend yang dah kahwin...kenapa boleh teringat tertiba nie???sebab dua2 pengantin menjadikan warna merah sebagai tema majlis diaorg...bila aku buka FB Ina(wife Hanif) tengok gmbar masa majlis akad nikah diaorg pakai baju warna biru langit, begitu jugaklah dengan my bestprend tue...
Akad Nikah
Majlis Bersanding
Dan akhirnya tibalah masa untuk kitaorg berangkat kembali ke KL...sebelum berangkat balik, alang2 dah sampai Taiping kitaorg pergi meng'round' bandar Taiping kejap..ingat nak singgah ke Zoo Taiping tapi terpaksa pendamkan niat sebab....tuppppp!!!malas nak tulis...takut kontroversi plak...tapi senang cakap, susah kalu berjalan dengan orang yang xsekepala + susah nak kuarkan duit + selalu wat muka nak balik cepat + banyak songeh...Faham2 jelh...

Sebabkan sepanjang perjalanan pergi ke Taiping MIS yang drive sorang2, masa perjalanan balik aku take over...kesian plak aku tengok MIS...Penat sangat...tapi kalu ikutkan MIS mmg xbagi aku drive... mcm biasalah, dgn MIS memang aku jenis yang degil..last2 MIS mengalah dgn membenarkan aku bawak kereta tapi selepas TAPAH...means dah masuk KL...tapi xpelh janji aku dapat drive...:) Sekurang2nya dapatlah MIS rehat...disebabkan aku yang drive, maka perjalanan kitaorg mengambil masa yang lama...hehehehhehehe...macam yang dok selalu iklan kat TV serta media elektronik lain - Biar Lambat Asal Selamat...

See Ya...

Thursday, 26 January 2012

DIY - Mee Goreng style Meksue

Salam Diaries..

Disebabkan kebosanan yang selalu sgt dialami kat tempat kerja nie, terasa nak kongsi satu masakan dengan kauorg semua...tapi masakan nie comfirm2 kauorg suma dah pandai wat..bukan susah pun...kalau kauorang kata kauorg tak tahu, memang aku tak dapat nak tolonglah...tapi tak apa dengan resepi nie, kauorg comfirm dapat wat masakan nie...Masakan apa???Jeng2..masakan Mee Goreng style Meksue... hehhehehhehe...Ececeh...cam nak jadi tukang masak pulak...saja jerlh nak kongsi pengetahuan...

Bahan-bahan :
Minyak
3 ulas bawang putih (suka hati nak tumbuk@hiris halus)
Cili padi + cili api (cili merah+hijau yang kecil2 tue) ditumbuk - *kalau tak suka pedas abaikan bahan ini
Isi ayam (ikut suka), Udang, Fish Ball@Fish Cake
Sos Cili
Sos Tomato
Kicap (kalau suka mee warna gelap, lebihkan kicap. begitulah sebaliknya)
Sepeket mee kuning
Sayur Sawi
Lobak (hiris halus) - *kalau tak suka sayur abaikan bahan ini
Cili merah@hijau (cili yang besar)
Tomato
Garam, Gula, Ajinomoto
Sedikit air

Cara-cara :
*Panaskan minyak didalam kuali. Bila minyak panaskan, masukkan bawang putih
*Kacau sehingga naik bau. Masukkan cili padi+cili api yang ditumbuk (kalau tak suka pedas, abaikan step ini)
*Masukkan isi ayam, udang, fish ball@fish cake. kacau sehingga isi ayam tersebut masak
*Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau sehingga sekata. sekiranya pekat, tambahkan sedikit air
*Masukkan mee, gaul sehingga sekata
*Masukkan sawi, lobak, tomato dan cili merah@hijau. Kacau sehingga sekata. (jangan kacau terlalu lama, takut sayur 'layu')
*Akhir sekali, masukkan garam, gula dan ajinomoto mengikut selera anda


Selamat mencuba..

See Ya...

Monday, 23 January 2012

Gong Xi Fai Cai

Salam Diaries,

Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat kaum Cina yang ada di Malaysia..Wishing all of you good health, good luck, happiness and prosperity in the new year..


See Ya...

Friday, 20 January 2012

Siti Nurhaliza in History Channel

Salam Diaries,

Kali nie nak kongsi pasal penyanyi kegemaran aku iaitu Dato Siti Nurhaliza...pada 11 Jan 2012 hari tu, satu biografi khas Dato Siti Nurhaliza telah disiarkan di saluran History Channel @ Astro...pasti sesapa yang ada astro kat umah dah tengok pasal biografi nie...kat umah aku kat kampung adalah astro tapi kat PJ nie tak ada... maknanya aku xberpeluanglah nak tengok awal2...

Apapun, ada satu hari tue aku terbukalah satu website tentang kisah2 artis kat Malaysia dan juga luar negara iaitu Oh Bulan!!...Rasanya kauorang mesti pernah melayari website tu (wah!! begitu skema ayat itu..huhuhuhu)..dalam website tue adalah cerita pasal biografi tersebut...rupa2nya biografi tue dah di upload kat dalam youtube...ketinggalan zaman betul aku nie...hehehhehhehe...

Jadi kepada orang yang belum lagi tengok biografi tue, kat sini aku uploadkan utk kauorang semua...tak membosankan pun...enjoy :-


See Ya...