Wednesday, 4 January 2012

New Year Started

Salam Diaries...

Rasa macam dah lama jer tak menulis kat dalam blog nie...kauorg suma rindu tak??? (ayat paling poyo dalam dunia...hhohohohooho...) lantaklah kauorg nak cakap apa..yang penting aku memang nak sangat menulis kat blog nie tapi masa tak mengizinkan...

Start2 je New Year, dah kena kerja...orang lain semua sibuk dok rehat2 kat umah, kuar jalan2 shopping, tengok wayang, dating tapi aku dan sebahagian staff yang seangkatan dengannya kena kerja pada 01 Januari 2012...mungkin dengan RELA tetapi PAKSA RELA...tuelah risiko kalu kerja dengan company retailer nie...kalu yang dah memang kerja kat kedai lain cerita...nie yang HQ kena turun padang sekali...

ek'eleh kau nie, mentang2lah dok HQ dah malas nak kerja kat store plak??

Aku bukan nak berlagak ker apa...kalu kerja dibayar@berbayar, tak perlah jugak...nie dengar citer duma dapat replacement leave jer...tue yang sadis tue...dahlah tue, gara2 kena kerja pada 1 Jan - terpaksalah aku balik PJ awal (seminggu seblm new year, aku ambik leave - WHOLE WEEK)..tapi yelah, namanya pun kerja, tambah plak sekadar 'anak kuli' jer terpaksalah ikut arahan...sebabkan dah lama tak kerja kat store, sekali balik rumah malamnya kaki sakit giler...nasib2...

Balik2 office jer, kerja berlambak2, bertimbun2...(ambik kau!!Selalu komplen xder kerja..hhhuhuhuhu) Sebab tuelah aku xsempat nak update blog nie...Nie pun curi masa kejap...nak hilangkan tension + bosan dengan kerja2 yang berlambak2, bertimbum2 nie...

Nielah manusia - tak pernah bersyukur dengan apa yang ada...Bila time xder kerja, komplen xder kerja tapi bila ada kerja, komplen kerja kerja berlambak2, bertinbum2...Emmm...

Nampaknnya aku dah memburukkan diri aku sendiri...baik aku berhenti sebelum lebih lagi aku mengarut2..

See ya...

Saturday, 31 December 2011

Happy New Year

Salam Diaries...

Aku tahu semua orang sibuk nak bagi ucapan nie kat semua orang...jadi aku pun nak menyibuk, menyemak aka menjadi salah seorang dalam dunia nie untuk bagi ucapan nie jugak...

Selamat Tahun Baru - 2012...


See Ya...

Sunday, 25 December 2011

Selamat Hari Natal



Salam Diaries...

Aku cuma nak ucapkan Selamat Hari Natal aka Merry Christmas utk semua yang menyambut perayaan nie yang  jatuh pada 25 Dec setiap tahun...


Selalu bila krismas, tukar hadiah dgn sahabt, keluarga adalah satu tradisi@adat...Kat office aku, memang diamalkan...tapi jgn salah faham plak - yang mengamalkannya adalah kaum Cina jer...tapi terkena jugaklah tempiasnya kat aku...tempias mcmana???aku pun dapat hadiah tiap kali Krismas menjelma...tapi aku xderlah bagi@tukar2 hadiah dgn diaorg...2 tahun aku kat sana, dua2 tahunlah aku dapat hadiah...Thanks to my boss...:))

2011 - Christmas Present

- Siap ada ucapan lagi - 
2010 - Christmas Present (ala2 yg mcm dalam gambar nielah)

See Ya...

Tuesday, 20 December 2011

Tengok Wayang - Ombak Rindu (Part II)

Salam Diaries...

Ingat lagi tak dengan entry yang lebih kurang macam kat ada cuma yang beza kat hujung jer - Part I...hehehhe...nie ala2 sambungan untuk entry tue jerlh...Al-kisahnya, aku dah pun tengok cite 'Ombak Rindu' tue...malam tue aku tengok mid nite punya movie...Fuhhhh (bukan rancangan kat TV3 yer...) nasib baik aku dan booking tiket awal2...mana taknya, even tayangan mid nite pun - Full House tuee... Masa aku sampai kat kaunter tiket tue, adalah 2,3 couple yang dok menyoal budak2 yang jual tiket pasal 'seat reservation'...tapi semuanya hampa sebab :-
1) seat tue belum dibuka
2) memang tinggal yang aku punya jer belum ambil (hehehehehhee)

Malam tue, lambat jugaklah kitaorg sampai sebab MIS sampai PJ lambat...dengan nak makan lagi, nak cari parking lagi...tapi kitaorg still bernasib baik...Tapi yang wat aku sedikit bengang (mungkin orang2 lain jugalah) wayang start lambat...bukan setakat start lambat, bukak panggung pun lambat...bukak panggung???macam ritual untuk 'wayang kulit' plak...wayang jugak...(dah jangan dok membebel)..

Berbalik pada cerita 'Ombak Rindu' tue, yang aku boleh cakap 'Wayang Terbaik 2011'...Itu pendapat akulah...kalau ada yang tak setuju, lantak diaorglah...Cuma terasa yang citer nie slow sikit, terlelap jugaklah kejap masa tgh tengok tue...hohhoohoho...(maybe sebab time tue kan time tido)...Dan yang paling pentingggg.............aku tak nangis pun...rasa2nya orang2 yang tengok malam tue pun xnangis sebab xder dgr pun bunyi orang menangis...Tapi xnafilah yang cite dia memang sedih, asyik,mendayu-dayu, menyentuh jiwa, emosi...Tapikan, ada sesetengah babak tue, audiens gelak, ketawa...sedangkan babak tue tak lawak pun...Bila fikir2 balik, ingat2 balik, renung2 balik - diaorg gelak sebab Aaron Aziz berdialog...yelah selalu tengok Aaron nie watak dia baik, dialog pun sopan..tapi masa awal2 citer nie, dialog dia cam kasar2 sikit...Dan semestinya dia tersangat comel, sweet masa ucap dialog tu...

Dari segi lakonan, memang Maya Karin boleh menang kot Pelakon Terbaik...Lakonan dia memang mantap cuma yang kurang bagi aku pertuturan dia...yelah orang dah pelat Inggeris mmg xboleh nak hilang pelat dia tue...cam akulah, orang Kelantan...pergi mana2 pun pelat Kelantan tetap kuar jugakkan...Aaron Aziz plak xpayah cakap...memang Awesome...memang dia comel masa dia menangis...Lisa plak, mungkin boleh perbaiki lagi kot...Bront pun lebih kurang mcm Aaron..Terbaik.. Yang lain2 pun semuanya hebat2...Cuma watak Datuk Sufiah...kenapa perlu cakap mcm pelat orang Inggeris???? (tak faham...????)

Apapun keseluruhannya memang menariklah...teringat yang Cik Fauziah (penulis novel) complaint yang dia tak berapa berpuas hati dengan citer nie - banyak benda dlm novel x dimasukkan dlm filem...Bagi aku yang pernah baca novel nie bertahun2 lepas - filem dgn novel hampir 90% sama...rasanya xder part penting yang tertinggal pun...Maybe Cik Fauziah terasa sebab dia xterlibat dlm penulisan skrip utk filem nie...Harap lepas nie kalau ada producer2 nak filemkan novel2 popular, jemputlah penulis novel tersebut together2 dalam penghasilan skripnya...

Memang xrugilah tengok citer nie...Apapun kauorg layan dulu 'trailer' dia :-



P/s : Semua yang ditulis dalam entry nie adalah pendapat peribadi...harap kauorg semua boleh terima dengan terbuka

See Ya...

Sunday, 18 December 2011

Puisi untuk Bella

Maafkan aku Teman
Kerna tidak dapat penuhi undanganmu
Walaupun sudah berminggu ianya bertandang kepadaku

Demi dia
Aku turuti kehendaknya
Untuk tidak menghadirkan diri ke majlismu
Demi dia
Aku rela walaupun hati ini meronta, menjerit, memujuk
Untuk memeriahkan majlismu itu

Sekurang-kurangnya ketidakhadiranku ini
Membuatkan semua orang selesa
Terutama diri dia

Friday, 16 December 2011

Tengok Wayang - Ombak Rindu (Part I)

Salam Diaries,

Nak bagitahu yang malam nie aku nak pergi tengok wayang citer yang tengah HOT GILER skrg nie..Cite apa lagi kalu bukan - OMBAK RINDU...Nak gie tengok wayang pun nak kepohci2...Saja jer, excited katakan...Maklumlah baru jer baik dengan MIS, lepas tue dia belanja tengok wayang plak...tue yang jadi kepohci2 nie...hohohohooh...(semangat Christmas gitu...)

Yang nak jadikan citernyer, bukan aku yang pilih citer nie tapi MIS yang beriya2 ajak aku tengok... emm..hebat betul penangan cite nie yer...sampai kaum lelaki pun beriya2 ajak buah hati diaorg gie tengok..Masa mula2 dia bgth nak belanja tgk wayang tue aku ingatkan dia nak ajak tengok cite SONGLAP (masa tue cite nie baru kuar) tapi tekaanku meleset...Xkisahlah cite apa sekalipun, janji orang belanja...

Best sangat ke cite OMBAK RINDU nie???Kalu novel dia (yang aku dah baca beberapa tahun lepas) memang bestlah...terbuai2, mendayu2 perasaan...Tapi bila dok baca paper, blogger2 yang review pasal citer nie, keseluruhannya bgth cite nie BEST!!!...Yang tak boleh blah lagi, kakak office aku siap suruh aku bawak sapu tangan...Katanya tisu leceh...Kenapa meh??? Sebab menurut kakak office tue, cite tue memang akan buat aku menangis...menangis???seingat aku dalam seumur hidup aku nie, sekali jer aku menangis bila tengok wayang...citer apa????------------"My Name Is Khan" (cite hindustan lor...)...Apapun kita tengok jerlh macamana mlm nanti...huhuhuu...Kita layan sekejap sinopsis cite nie - mengikut novel :-

Izzah adalah seorang yatim piatu yang kematian kedua ibubapanya akibat kemalangan jalan raya. Dari situ, dia mula dipelihara oleh pakcik saudaranya, Pak Cik Taha. Pak Cik Taha seorang yang kuat berhutang. Disebabkan menanggung hutang yang banyak, Pak Cik Taha telag menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam untuk dijadikan pelacur. Disitu Izzah berkenalan dengan Hariz, seorang lelaki kaya dan angkuh. Izzah telah meminta bantuan Hariz untuk membawanya keluar dari tempat tersebut dan Hariz setuju. Dan atas permintaan Izzah juga, mereka berdua berkahwin tetapi Hariz meminta supaya perkahwinan tersebut dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, mengugat cinta Izzah kepada Hariz yang baru berputik. Pelbagai konflik mula timbul apabila Hariz perlu mengahwini Mila termasuklah reaksi dari Datuk Sufiah, ibu Hariz tentang perkahwinan rahsia Hariz dan Izzah.
(semangat gitu aku menaip sinopsis cite nie)

- Muka Depan novel asal 'Ombak Rindu' -
Tunggu update utk Part II...

See Ya...

English?? @ Bahasa Melayu jer???

Salam Diaries,

This whole week, memang minggu yang membosankan...why???My boss on annual leave - she's going to overseas which means LANGKAWI...Hehhehehe...Dahlah kerja macam aku jenis yang xbanyak kerja tapi kalu bos aku xder lagilah bosan...

Ok, berbalik pada tajuk entry kali nie...English@Bahasa Melayu...Disebabkan memang aku xder kerja jadi aku ber'google' kat internet - baca blog2 yang famous2 kat Malaysia atau maybe famous kat Asia jugak...Dalam kebanyakkan blog2 yang aku baca tue, kebanyakkannya menggunakan dua bahasa nie (include aku jugak, hehehehe)...Kekadang aku terfikir juga, perlu ke aku menggunakan dua2 bahasa dalam setiap penulisan entry aku nie...Yelah nak kata aku nie terror Bahasa Inggeris pun tak sangat...tapi bolehlahhh...atau lebih baik aku guna jelah Bahasa Melayu jer...

Tapi kekadang aku rasa  sedikit cemburu juga (cemburu yang baik, ok...) bila dok baca blog2 blogger kat Malaysia yang famous2 nie...Sebab diaorg bila tulis dalam English, memang terror...Kalau dari segi umur, diaorg memang muda dari aku...(dah tua ke aku nie???) Maybe didikan yang diaorg terima dari family memang yang terbaik (almost all of them golongan yang berada/kaya)...Tapi tak boleh cakap jugak sebab ada jer golongan2 yangs sederhana boleh terror cakap English...Didikan yang bagus dari awal, dari kanak2 sebetulnya faktor utama...Cam kata pepatah - Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya -

Rasanya aku akan terus menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan blog nie...Kalu ada terselit sikit2 English tue, boleh dimaafkan...Dengan cara nie, kita boleh memperbaiki lagi kemahiran utk menulis & bercakap dalam English...Apapun hargailah Bahasa Kebangsaan Kita - Bahasa Melayu...(mcm iklan plak...huhuhuhu...)

(P/s : Entry yang mana motifnyer entah apa2 entah...)
See Ya...