“Saya rasa lebih baik awak
lepaskan saya,” Tun akhirnya membuka bicara setelah dia dan Feyras,
masing-masing berdiam diri untuk sekian lama.
“Tapi kenapa? Awak sendiri
tahukan yang saya memang tak boleh lepaskan awak?” Feyras menyoal. Sememangnya
dia tidak mahu perhubungan yang telah dibina hampir 6 tahun ini putus begitu
saja.
“Itu yang terbaik, Fey. Lagipun
hubungan kita ni takkan kemana-mana pun. Awak memang takkan kahwin dengan
saya,”
“Siapa cakap saya takkan kahwin
dengan awak, Tun? Awak sendiri tahu yang saya memang nak kahwin dengan awak.
Selagi kita tak cuba, selagi tu kita takkan tahu. Tolonglah Tun, lagipun awak
sendiri pernah berjanji yang awak takkan minta putus dari saya,” Feyras masih
merayu. Pandangannya yang sedari tadi di hala ke depan dikalih memandang Tun
yang masih kaku di sebelahnya.
“Saya dah penat, Fey. Saya dah
penat mencuba untuk buat yang terbaik dalam hubungan ni. Tapi awak? Saya tak
nampak dan tak pernah nampak pun yang awak berusaha untuk selamatkan hubungan
ni,” terdengar keluhan yang amat berat dilepaskan oleh Tun. “Fey, awak sendiri
tahukan yang sejak dulu sampai sekarang satu saja permintaan saya. Tapi sampai
sekarang permintaan tu awak tak dapat tunaikan. Sedangkan permintaan tu
bukannya melibatkan wang. Itupun susah sangat untuk awak tunaikan,”
“Sabarlah. Sampai masanya saya
tunaikanlah permintaan awak tu. Banyak lagi benda yang saya perlu selesaikan.
Satu, persatulah,” Feyras terus memujuk.
“Sabar, sabar, sabar...Sampai
bila Fey? Sampai bila?” Tun sedikit meninggikan suaranya. “Itulah, mungkin
silap saya juga, bercinta dengan anak ‘tunggul’ macam awak. Semuanya kena
dahulukan keluarga. Tapi itu tak apalah lagi tapi kalau nak beristeri pun nak
kena ikut kehendak keluarga baik dari dulu awak tak payah bercinta. Tunggu
saja, sampai masa kahwin,”
“Tapi saya nak kahwin dengan
awak, Tun,”
“Sudahlah, Fey. Awak cuma pandai
cakap tapi tak pandai nak buat. Sebab itulah sampai sekarang awak tak pernah
nak berterus-terang dengan keluarga awak pasal kita. Senang bagi awak, kalau
diaorang tanya, Tun is my bestfriend.
Kalau bestfriend memang takkan
kahwinlah,”
“Ada apa orang kahwin dengan
kawan baik sendiri. Pandai-pandai saja cakap tak ada,” Feyras cuba menceriakan
suasana.
“Dahlah Fey. Kali ni memang saya dah nekad yang saya memang nak putuskan hubungan ni. Saya dah penat Fey. Saya dah tak mampu nak tanggung, nak terus-menerus makan hati dengan hubungan ni. Awak tak payah risau, kalau ada orang yang tanya kenapa kita putus terus terang saja cakap saya yang minta putus dan memang jodoh kita setakat ni saja,”
“Tun, tolonglah. Saya tak boleh
kehilangan awak. Kalau awak tak ada dalam hidup saya, saya tak tahu macamana life saya nanti. Nanti malam-malam saya
nak message dengan siapa? Kalau saya
ada masalah dekat siapa saya nak mengadu nanti? Kalau saya nak keluar tengok
wayang ke, beli barang dapur ke saya nak ajak siapa? Saya cuma ada awak seorang
saja, Tun,”
“Awak masih ada family, kawan-kawan Fey. Lagipun kalau
nak diikutkan, kedudukan saya dalam hidup awak lagi bawah dari kawan-kawan
awak. Entah-entah kalau dari kedudukan satu sampai sepuluh, yang kesepuluh
itulah kedudukan saya dalam hidup awak. Awak cuma perlukan saya bila awak
keseorangan. Tapi bila awak dengan family,
dengan kawan-kawan, saya seolah-olah tak pernah wujud pun dalam hidup awak,”
Feyras terdiam mendengar
kata-kata Tun. Ya, memang benar apa yang diperkatakan. Demi menjaga hati
keluarga, Tun menjadi mangsa keadaan. Tapi sumpah demi Tuhan, dia terlalu
cintakan Tun. Dia memang tidak bersedia untuk kehilangan Tun, bukan untuk
sekarang saja tapi untuk selama-lamanya. Memang dia ingin tunaikan satu-satunya
permintaan Tun – berterus-terang dengan familynya
tentang hubungan mereka berdua. Memohon restu agar hubungan itu direstui.
Tetapi entah kenapa permintaan itu terlalu sukar untuk dirinya tunaikan.
Sampaikan dirinya sendiri tidak ada jawapan kenapa.
“Saya rasa dah tak ada apa-apa
lagi yang saya nak cakapkan dengan awak, Fey...,” Tun diam sejenak. “Tak apalah
kalau awak belum bersedia nak lepaskan saya lagi tapi bagi saya, saya dengan
awak dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Adakalanya lebih baik kita betul-betul
jadi kawan, bestfriend forever. Macam
yang awak canangkan dekat keluarga awak tu,” Feyras terdiam mendengarkan
kata-kata Tun.
“Tun...macam inilah. Sebetulnya
saya dah fikir semasak-masaknya. Memang saya takkan lepaskan awak, Tun. Untuk
selama-lamanya. Tapi kalau awak memang betul-betul bertegas nak saya lepaskan
awak, saya tunaikan tapi kalau boleh masa hari anniversary kita yang ke 7 nanti. Masa tu, saya serahkan keputusan
pada awak samada awak masih bertegas nak saya lepaskan awak atau awak masih nak
teruskan hubungan ni. Kalau masa tu awak bertegas nak saya lepaskan awak, saya
tunaikan. Saya akan lepaskan awak,”
Tun tersenyum, sinis apabila
mendengarkan kata-kata dari Feyras. Nak
lepaskan aku pun bersyarat juga?
“Awak akan lepaskan saya dengan
bersyarat? Dan syaratnya, kita hanya akan putus dalam tempoh 3 bulan dari
sekarang? Lepas tu, sampai masanya saya juga yang kena buat keputusan? Kenapa
perlu semua ni? Saya tak fahamlah dengan awak, Fey. ”
“Saya buat semua ni sebab saya
memang tak nak lepaskan awak. Sebab tu, dalam tempoh 3 bulan yang ada ni saya
nak awak fikir masak-masak, saya nak cuba baiki balik hubungan ni. Kalau lepas
3 bulan ni, awak memang nak putus saya...,”Feyras terdiam seketika kemudian
dengan perlahan dan dalam suara yang sebak, dia bersuara kembali. “Saya akan
lepaskan awak...,”
Arghhh...kenapa
susah sangat kau nak lepaskan aku Feyras? Guman Tun dalam hati.
Memang dia sudah mengagaknya yang Feyras memang takkan lepaskan dia dengan
mudah. Bukan kali pertama dia pinta untuk dilepaskan tetapi Feyras tetap
berusaha memujuknya. Dan seperti kebiasaan, hati perempuan sememangnya mudah
cair. Akhirnya, dia kembali ke pangkuan Feyras, menjalani alam percintaan
dengan penuh indah dan warna-warni. Terfikir juga, adakah kali ini dia
betul-betul tekad?
“Tun, awak setuju dengan syarat
ni?” soal Feyras tiba-tiba dan serta-merta menyedarkan Tun dari lamunannya.
“Jauh berfikir?”
“Emmm....,” satu keluhan yang
berat dilepaskan untuk kesekian kalinya. “Baiklah, kalau itu yang awak mahu
saya turuti. Tapi lepas 3 bulan kita putus,” Tun sedikit tegas.
“Tapi kalau rasa nak teruskan
apa salahnya,” Feyras cuba mengusik Tun. Pandangan Tun dihalakan kepada Feyras.
Satu senyuman ikhlas terukir. Mata mereka saling bertentangan.
“Kan cantik, senyum macam tu.
Kalau tak, masam mengalahkan cuka,” Feyras berjenaka. “Dahlah, kita stop bincang pasal hal ni. Mulai dari
sekarang, kita jangan bergaduh lagi. Kalau boleh dalam tempoh tiga bulan ni,
biar kita jadikan ia sebagai kenangan yang terindah, most memorable memories,” satu senyuman terukir di bibir Feyras.
Nekad Feyras sekarang hanya satu, menggunakan 3 bulan yang ada untuk
memperbaiki hubungan dia dengan Tun. Manalah tahu nasib menyebelahi dirinya,
Tun masih kekal jadi miliknya.
“Awak memang takkan lepaskan
saya, kan?” soal Tun tiba-tiba.
“Ya Tuhan...Tun, saya rasa saya
tak perlu jawab soalan tu sebab awak memang dah tahu jawapan dia. Dahlah ya,
saya nak kita stopkan dulu isu ni.
Macam saya cakap tadilah, kita kena guna sebaik-baiknya tempoh 3 bulan yang ada
ni. Apa-apapun, terima kasih,”
“Terima kasih untuk apa?” soal
Tun, pelik. Feyras menarik tangan Tun, lalu digengamnya erat. Tun hanya
membiarkan perlakuan Feyras.
“Terima kasih sebab bagi satu lagi peluang
untuk saya walaupun hanya untuk 3 bulan,”
Tun hanya tersenyum. “Terpaksa
rela,”
“Tak apalah, paksa rela ke,
memang rela ke janji saya still ada 3
bulan untuk bersama dengan awak. Manalah tahu, kot-kot dalam tempoh 3 bulan ni
awak ubah fikiran. Tapi awak perasan satu benda tak?”
“Apa dia?”
“Cerita kita ni macam filem
Afdlin Shauki pula,”
“Cerita Afdlin Shauki? Cerita
apa?”
“Untuk 3 Hari. Tapi yang bezanya
cerita kita, untuk 3 bulan,” mereka berdua saling berbalas senyuman. Terima kasih Tuhan sebab masih bagi peluang
untuk kami. Kata hati masing-masing bersuara, melahirkan kesyukuran pada
Tuhan.
**********
“Macam inilah. Sebetulnya saya dah fikir semasak-masaknya. Memang saya takkan lepaskan awak, Tun. Untuk selama-lamanya. Tapi kalau awak memang betul-betul bertegas nak saya lepaskan awak, saya tunaikan tapi kalau boleh masa hari anniversary kita yang ke 7 nanti. Masa tu, saya serahkan keputusan pada awak samada awak masih bertegas nak saya lepaskan awak atau awak masih nak teruskan hubungan ni. Kalau masa tu awak bertegas nak saya lepaskan awak, saya tunaikan. Saya akan lepaskan awak,”
Kata-kata dari Feyras semalam
masih terngiang-ngiang di cuping telinga Tun. Tidak pernah terfikir di fikiran
yang Feyras akan memberikan syarat semata-mata untuk dirinya dilepaskan.
Walaupun baginya syarat tersebut tidak menguntungkan dirinya, tetapi
persetujuan telah diberi. Hendak atau tak, tempoh 3 bulan yang ada akan
digunakan sebaik mungkin.
Dicapai Samsung Tab 10.1 yang tersimpan
rapi di dalam handbag putihnya. Cover tab tersebut diselak menampakkan
skrin hitam. Salah satu jari Tun menekan satu butang yang terletak di bahagian
tepi tab tersebut. Lebih kurang seminit kemudian skrin tab menyala. Jari
telunjuknya ditarik ke kiri, ke kanan, atas dan bawah. Sebaik sahaja skrin yang
dikehendaki muncul, pantas sahaja jari-jemari Tun menaip sesuatu di bahagian searching. Facebook website menjadi perhatian Tun kala itu. Page miliknya tertera. Jari kanan
menyentuh permukaan skrin yang menunjukkan satu ruangan kosong iaitu ‘Update Status’. Sekali lagi jari
jemarinya pantas menaip sesuatu di skrin – ‘3
Bulan Mendatang – kebahagian atau kedukaan???’
Setelah selesai meng’update’ status di Facebook, Tun menyimpan kembali tab tersebut kedalam handbag putihnya. Kemudian, badannya
dibaringkan di atas katil. Setelah selesa dengan kedudukan pembaringannya, Tun
cuba untuk melelapkan mata. Di kalih badannya ke kiri kemudian ke kanan tetapi
matanya masih segar. Jam ketika itu sudah menunjukkan hampir pukul 11.15 malam.
Pandangan dihalakan jauh merenung siling putih di dalam biliknya.
“Terlelap, ya?” soal Tun dalam
keadaan marah sebaik sahaja panggilan telefonnya dijawab oleh Feyras.
“Sorry, Tun. Saya tak sengaja. Tengah tunggu message dari awak, tertiba saja terlelap,” Feyras meminta maaf.
“Berapa kali saya nak pesan, nak
cakap dengan awak. Kalau dah mengantuk, just
message bagitahu yang awak nak masuk tidur dulu,”
“Saya tunggu reply dari awak dulu. Tapi tak sangka
pula masa tunggu tu boleh terlelap,” Feyras menerangkan secara jujur.
“Sebab itulah saya cakap. Lain
kali tak perlu tunggu saya. Kalau dah mengantuk tu, bagitahu sajalah. Tak perlu
nak tunggu reply message dari saya.
Saya dah agak dah sebab dari first
message yang saya reply, awak
lambat balas balik,”
“Ya, Tun. Saya tahu saya salah. Saya minta maaf,”
“Ya, Tun. Saya tahu saya salah.
Saya minta maaf,” ejek Tun, bengang. “Itu sajalah yang awak tahu. Dah buat
salah, senang-senang lepas tu minta maaf. Selalu sangat tahu, Feyras. Selalu
sangat awak buat benda macam ni. Kalau sekali dua tak apa lagi tapi sejak dari
awal kita kenal sampai sekarang. Awak tak pernah nak berubah,”
“Saya minta maaf. Lagi satu,
awak sepatutnya dah dapat agak yang saya dah terlelap bila awak telefon saya
tak angkat. Tapi yang awak still telefon
saya, kenapa?” soal Feyras, cuba membela diri.
“Sebab saya dah agak yang awak
dah terlelap, sebab itulah saya keep
calling awak. Boleh saya sumpah-seranah awak macamana saya tengah buat sekarang,”
Feyras terdiam. Dia tahu apa yang
berlaku sekarang semuanya silap dari dirinya. Tapi dia pelik, kenapa perkara
kecil sebegini diperbesarkan oleh Tun. Kalau dulu, Tun boleh terima sekiranya
dia terlelap ketika mereka sedang berbalas SMS.
Tapi malam ini, tiba-tiba saja Tun mengamuk, marah tidak tentu pasal. Ni mesti kes nak datang bulan. Tak pun
memang tengah datang bulan, getus hati kecil Feyras.
“Hah, kenapa diam? Dah tak ada
alasan nak di’create’kan ke?” sergah
Tun bilamana tiada balasan dari Feyras.
“Saya memang tak ada alasan, Tun.
Memang saya mengaku salah saya sebab terlelap,”
“Senangkan? Bila dah buat salah,
minta maaf. Lepas tu buat balik kesalahan yang sama. Bukan sekali dua, tahu
Feyras. Dah banyak kali awak asyik ulang kesalahan yang sama. Memanglah benda
yang berlaku sekarang ni benda kecil bagi awak tapi kalau dah selalu sangat buat,
lama-lama yang kecil pun boleh jadi besar. Bukannya saya tak pernah pesan dekat
awak. Perkara yang senang macam ni pun susah awak nak ikut, kalau perkara yang
lagi besar entah-entah langsung awak tak dapat nak buat, kan?”
Kali ini, apa yang dilakukan
oleh Feyras memang sudah tidak boleh dipertimbangkan lagi oleh Tun. Bukan sekali
dua Feyras terlelap ketika mereka sedang berbalas SMS. Bahkan sudah berulang kali Tun memberi ingatan kepada Feyras –
sekiranya Feyras mengantuk, dia bersedia untuk berhenti berbalas message. Tambahan pula, bukan dia yang
memulakan SMS tersebut. Memang sikap
Tun sendiri yang begitu ‘pantang’ sekiranya orang tidak dapat menuruti arahan
atau permintaan yang pada anggapannya senang, yang diberikan olehnya.
Pernah suatu ketika, mereka
bergaduh besar. Semuanya gara-gara sikap Feyras yang mengambil sikap sambil
lewa akan permintaan Tun.Ketika itu Tun sedang memanaskan enjin kereta,
bersedia untuk pulang ke rumah dari pejabat. Dicapainya handphone dari dalam handbag,
lalu didail nombor Feyras. Panggilannya tidak berjawab. Mungkin tengah drive kot. Lalu ditaip satu
SMS ringkas yang berbunyi – ‘No need to call back. Will call you back
bila dah sampai rumah’. Sebaik
butang send ditekan, Tun memulakan
pemanduan.
Separuh perjalanan, tiba-tiba
Feyras telefon. Disebabkan kedudukan
keretanya berada di lane tengah, Tun
meneruskan pemanduan. Dibiarkan sahaja handphonenya
melagukan lagu ‘Bawaku pergi’ nyayian Zizan dan Kaka. Malas baginya untuk
berhenti di tepi highway semata-mata
hendak menjawab panggilan tersebut yang dia tahu dari Feyras. Sebaik sahaja
sampai di rumah sewanya, Tun menelefon Feyras dan akhirnya pergaduhan tercetus.
Hampir seminggu Tun meminggirkan diri Feyras disebabkan hal tersebut. Dan
sekarang hal yang sama berulang lagi.
“Tun, saya betul-betul minta
maaf. Saya janji yang benda-benda macam ni takkan berulang lagi,” Feyras
berusaha memujuk Tun. Dia tahu, ego Tun yang sememangnya lebih tinggi dari ego seorang
lelaki akan menghalang Tun dari memberikan kemaafan kepadanya.
“Kita putus..,”
“Hah??” Feyras betul-betul
terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Tun. Memang dia sama sekali tidak
menyangka yang Tun akan meminta satu-satunya perkara yang dia sendiri selama ini
cuba elakkan.
Maafkan
aku, Feyras. Aku terpaksa memungkiri janji aku dengan kau. Memang aku berjanji
tidak akan sesekali meminta perpisahan tapi keadaan memaksa aku memohonnya
untuk kesekian kalinya. Tun bermonolog sendirian. Dia kembali ke
alam realiti. Dijeling jam yang tergantung di dinding. Sudah menunjukkan jam
12.10 tengah malam. Dia bangun dari pembaringan, menuju ke suis di dinding
untuk menutup lampu lalu kembali ke katil. Dan akhirnya dia terlena.....