Hari minggu, hari yang memang dinantikan
oleh Tun. Hari untuk bangun lambat. Paling awal dia akan bangun dari tidur
hanyalah pukul 11 pagi. Itupun sekiranya dia akan keluar date dengan Feyras. Dan pagi itu, Tun masih berbungkuskan selimut
di atas katilnya. Kipas angin yang terletak di salah satu penjuru bilik
tidurnya, yang menghadap kearahnya terus berputar tanpa henti dari semalam
menambahkan lagi kedinginan pagi itu yang kebetulan hujan.
Tiba-tiba handphonenya berbunyi menandakan ada message. Dengan mata yang masih terpejam, Tun meraba-raba bawah
bantal mencari handphone. Sebaik
tangannya mencapai apa yang dicari, Tun membuka matanya dengan malas. Matanya
terarah ke skrin telefon yang mana tertera message
dari Feyras yang tertulis – ‘Good
morning..dah bangun belum??...
Handphone
yang dipegang, diletakkan ke tepi. Malaslah
nak reply message mamat ni. Dilirik matanya ke arah jam yang sedia
tergantung di dinding bilik tidur. Baru
pukul 10.30. Tun kembali melelapkan matanya, menyambung tidurnya yang
terganggu. Selang beberapa minit kemudian, handphonenya
berbunyi lagi dan kali ini mengalunkan lagu Teman Penganti nyanyian Black. Aduhai, sapa pulaklah yang telefon aku
pagi-pagi minggu ni. Kacau betullah. Dicapai handphonenya buat kali kedua. Jelas dimatanya, tertera nama
Hashimah iaitu salah seorang sahabat karibnya. Mimpi apa pulak minah ni telefon aku pagi-pagi minggu macam ni?
“Hello, Yunk,” Tun memulakan
bicara. Memang dia membahasakan panggilan ‘Yunk’ terhadap semua orang yang
rapat dengannya.
“Hello, Tun. Dah bangun ke belum
ni?” soal Hashimah dihujung talian.
“Macam biasalah kalau weekend,” Tun berbasi-basi dengan
Hashimah.
“Seronoklah orang cuti Sabtu,
Ahad. Boleh tidur puas-puas,” kedengaran Tun ketawa di hujung talian.
“Tak ada apa yang beza pun. Sama
saja. Iyalah, lima hari kerja dari pagi sampai ke malam jadi bila weekend bangunlah lambat. Lagipun bangun
awal-awal tak ada nak pergi mana-mana pun,”
“Tak keluar dengan cik abang
ke?”
“Alah, kalau keluar pun
tengahari karang. Hah...yang tetiba telefon aku pagi-pagi macam ni mesti ada
apa-apa?” Tun akhirnya menyuarakan kepelikkannya akan tindakan Hashimah
menelefon pagi itu.
“Kau ni, kawan telefon pun jadi
isu juga ke? Kalau aku tak telefon, kau cakap aku tak ingat member. Bila aku telefon, kau persoalkan
pulak,” suara Hashimah sedikit merajuk.
“Alaa...tak payahlah nak
merajuk-rajuk pula. Sorry. Tapi
iyalah, kalau aku tetiba telefon kau pagi-pagi minggu macam ni, confirm-confirm kau pun pelik,”
“Macam nilah. Sebenarnya aku nak
kahwin,” Hashimah berterus-terang.
“Hah!!..kau nak kahwin? Biar
betul ni? Dengan siapa? Bila majlis kau tu?” soal Tun dengan perasaan terkejut
dicampur dengan perasaan teruja. “Oooo...patutlah tetiba saja kau telefon aku
ni. Itulah, dari awal lagi aku dah syak. Mesti sebab ada apa-apa ni,”
Kedengaran ketawa Hashimah di
hujung talian. Mereka berdua terus berbual untuk beberapa ketika. Tun sangat
teruja apabila mendapat perkhabaran tersebut. Segala macam persoalan diutarakan
Tun kepada sahabatnya itu. Bukan setakat teruja tapi Tun turut terkejut. Mana
taknya, tak ada angin tak ribut takkan pokok boleh bergoyang. Tarikh untuk
perkahwinan Hashimah telah ditetapkan pada 15 November 2012 bersamaan dengan 1
Muharram 1434H.
“Ok, nanti aku akan apply cuti 16 haribulan. Maknanya aku
akan balik Kelantan 14 haribulan malam. Kau akad nikah 15 haribulan, pagi kan?
“Kalau ikut perancangan memang
macam itulah,”
“Seronoknya...seorang lagi member
aku nak kahwin,” Tun jelas memperlihatkan keterujaannya akan perkahwinan
sahabat baiknya itu.
“Seronok, seronok juga. Yang kau
tu bila pula?” soal Hashimah. Tun terdiam sejenak.
“Errr...Rileklah dulu. Sampai
masanya aku kahwinlah,” Tun cuba menyedapkan hatinya sendiri.
“Dah agak dah pun jawapan kau
tu. Eh, oklah Tun. Aku dah nak kena letak telefon ni. Nanti aku telefon kau
lagi,”
“Ok, nanti apa-apa perkembangan
terbaru kau informlah aku,”
“Sorry sebab kacau kau tengah syok tidur. Sekarang bolehlah kau
sambung balik tidur tu,”
“Dah tak ada maknanya nak
sambung tidurnya. Tengoklah jam dah pukul berapa sekarang,” sekilas Tun menjeling
jam di dinding. Sudah menunjukkan tepat jam 12.15 tengahari.
“Oklah Tun, nanti aku telefon
kau balik. Assalamualaikum,” Hashimah menamatkan perbualan.
“Waalaikummussalam,” dan panggilan
dimatikan.
Tun merenung handphonenya untuk seketika. Terukir satu
senyuman dibibirnya. Senyuman kegembiraan atas perkhabaran tadi. Termasuk
Hashimah, sudah 4 orang sahabat baiknya yang sudah berkahwin bahkan seorang
daripada mereka sudah mempunyai seorang anak. Kini yang tinggal ada lagi 3
orang termasuk dirinya yang belum berkahwin. Tiba-tiba handphonenya berbunyi untuk kali kedua. Terpapar nama Hashimah.
"Hah, apa lagi yang kau lupa nak
bagitahu aku,” tanpa salam atau pembuka bicara, Tun terus mempersoalkan akan
tindakan Hashimah menelefonnya untuk kali kedua.
“Alah, kau ni. Aku terlupa satu
benda tadi,”
“Apa dia?”
“Nanti kalau boleh masa majlis
kahwin aku nanti, bawa Cik Abang kau sekali boleh?”
“Hah??? Buat apa?”
“Saja nak kenal...Eh, oklah aku
letak phone dulu. Assalamuaikum...Eh,
eh, ingat tu..Bye,” lalu talian
dimatikan.
Mimpi
apa pulak nak suruh aku bawa balik Feyras ni?Ada-ada sajalah kawan aku ni. Nak
kenal konon. Yang dia tu tertiba-tiba je nak kahwin, boleh pulak...Emm..seronok
bila dengar kawan-kawan dah nak kahwin. Tapi aku? Tak tahulah bila. Entahkan
kahwin entahkan tidak. Ada ke orang yang nak kahwin dengan aku nanti? Kalau
diaorang tahu kisah silam aku dengan Feyras, diaorang boleh terima ke? Tapi
perlu ke aku berterus-terang, membuka aib sendiri kalau nanti ada orang yang
nak kahwin dengan aku? Mungkin hanya Feyras saja yang boleh jadi suami aku.
Tapi lepas tiga bulan nanti, aku dengan Feyras dah tak ada apa-apa hubungan
lagi. Mungkin aku takkan kahwin sampai bila-bila.
Emm...
daripada dok fikirkan pasal jodoh boleh migraine aku. Jodoh itu rahsia Tuhan
yang Maha Esa..Rasanya dalam Al-Quran pun memang dah disebut yang Tuhan dah
tetapkan jodoh untuk setiap umatNya. Cuma tunggu masa dan ketika untuk
disatukan.
Tun bermonolog sendirian. Itu
salah satu kegemaran dirinya. Disebabkan hal tersebut, abahnya pernah
mengingatkan dirinya akan bahayanya sikap suka bermonolog yang terlalu kerap.
Tapi itu sahajalah yang mampu dilakukan Tun. Dia tidak mempunyai sesiapa untuk
dikongsikan isihatinya di perantauan. Kalau dia di kampung halaman, lain
ceritanya. Dia ada ramai sahabat karib yang sudi membantu, mendengar segala
permasalahan dirinya.
Dan akhirnya, Tun bangun dari
katil. Mengeliat beberapa kali, membetulkan urat badan lalu dicapai tuala yang
sedia tersidai di hujung katil. Lantas dia menuju ke bilik air. Hari minggu,
sememangnya rumah sewa yang didiami Tun seolah-olah tidak berpenghuni.
Ini kerana, 3 orang yang turut
menyewa bersama selalunya pulang ke kampung atau rumah keluarga masing-masing
yang berdekatan.
Sedang Tun menyisir rambutnya
yang pendek ala-ala Nasha Aziz dalam filem ‘Isabella’ setelah selesai
membersihkan diri, handphonenya berbunyi sekali lagi mengalunkan lagu Teman Penganti. Tertera nama Feyras di skrin handphonenya.
“Hello,” Tun bersuara malas.
“Hello. Good morning,” ceria suara Feyras dihujung talian.
“Morning,” Tun masih bernada yang sama.
“Dah bangun ke belum?”
“Kenapa?”
“Ingat nak ajak awak keluar
jalan-jalan. Bosanlah kat rumah, tak tahu nak buat apa. Lagipun dah terbiasa
keluar jalan-jalan setiap hari Sabtu dengan awak,”
“Kena biasakan dirilah dari
sekarang,”
“Alaa...tak naklah kalau macam
tu. Awak lainlah, awak boleh tapi saya tak boleh.. Jomlah keluar. Nanti saya
datang jemput awak kat rumah,” Tun terdiam. Dia amat faham dengan perangai
Feyras. Kalau dia menolak sekalipun, Feyras akan tetap berterusan memujuknya.
“Emm...ok,” Jawab Tun ringkas.
“Ok, nanti pukul 1.30 tengahari
saya sampai. Awak siaplah sekarang,” ceria suara Feyras. Sebaik sahaja
panggilan dimatikan, Feyras tersenyum gembira. Baginya tempoh tiga bulan yang
mereka sama-sama setujui ini akan digunakan sebaik mungkin. Sekurang-kurangnya
bila Tun buat keputusan untuk tinggalkan dia, ada memori yang terindah yang
akan dia kenang sampai bila-bila.
Tapi jauh sudut hatinya, dia
berharap yang Tun akan terus bersamanya. Dia tidak betah untuk hidup tanpa Tun.
Terlalu banyak yang telah Tun korbankan untuk dirinya selama mereka bersama.
Dia sedar Tun telah melakukan yang terbaik dalam hubungan mereka. Bukan dia
tidak berkorban atau berusaha melakukan yang terbaik dalam hubungan mereka
sebagaimana yang Tun lakukan (mungkin kurang daripada Tun) tetapi ada sesuatu
yang menjadi penghalang dalam hubungan itu. Tidak lain tidak bukan, halangan
dari keluarganya.
Sebab itulah sampai ke saat ini,
dia tidak dapat menunaikan satu-satunya permintaan Tun. Walaupun dia tidak
berterus-terang dengan keluarganya tetapi dari pandangan mata kasar, Feyras
sedar yang keluarganya tahu akan hubungan mereka.
“Fey dengan Tun ada apa-apa ke?”
soal mamanya, suatu hari sewaktu mereka sedang menikmati makam malam.
“Fey dengan Tun kawan sajalah.
Kenapa ma?” soal Feyras kembali. Suapan nasi diberhentikan. Wajah mamanya
dipandang sekilas.
“Tak adalah. Mama tengok Fey
selalu keluar dengan Tun,”
“Tak adalah. Mana ada Fey selalu
keluar dengan dia? Ada juga Fey keluar dengan Wan, dengan Roy,” Feyras cuba
menidakkan kenyataan mamanya.
“Iya ke?” Mamanya mempamerkan
riak wajah yang kurang menyenangkan.
“Alaa..kalau Fey keluar dengan Tun pun
bukannya selalu keluar berdua. Kadang-kadang tu si Wan dengan Roy ada sekali. Lagipun
Tun pun bukannya ada sesiapa kat sini. Kesian pula kat dia. Tambah dia
perempuan, jadi Fey temankanlah,”
“Emm...Tak apalah kalau Fey dah
cakap macam tu. Mama bukan apa, kalau nak bercinta pun, biar kewangan kita
betul-betul stabil dulu. Takut nanti kemaruk sangat bercinta, kerjaya entah ke mana.
Lagi satu, ma cuma nak ingatkan Fey. Cubalah jangan hadkan pergaulan tu. Jangan
tahu nak fokus dengan seorang saja,”
Feyras faham akan kata-kata dari
mamanya itu. Walaupun Feyras tidak pernah mengiyakan hubungannya dengan Tun,
tapi sebagai orang tua yang lebih dahulu makan garam Pn. Siti dapat
mengagaknya. Dia tahu yang hubungan anak tunggalnya itu dengan Tun Aisha lebih
dari seorang kawan. Kalau diikutkan Tun tidak ada cacat celanya tetapi sikap
keterbukaan Tun dalam berfesyen kurang disenanginya. Tapi itu bukan penyebab
utama dia kurang menyenangi Tun.
Feyras bersiap-siap untuk
menjemput Tun di rumah sewa yang terletak cuma 20 minit perjalanan dari
rumahnya. Sebaik sahaja enjin kereta ‘panas’, Feyras memulakan pemanduan. Tepat
jam 1.30 tengahari, Feyras memarkir keretanya betul-betul di depan rumah Tun. Handphone dicapai lalu didail nombor
Tun.
“Saya dah kat depan rumah awak,”
Feyras bersuara sebaik sahaja panggilannya berjawab.
“Oh, ok,” Tun mematikan
panggilan. Selang beberapa minit, Tun muncul. Dia bersiap ala kadar – berseluar
jean yang dipadankan dengan t-shirt merah. Setelah memastikan semua pintu utama berkunci,
Tun berjalan menuju ke kereta Feyras. Sebaik sahaja Tun membuka pintu, satu
senyuman yang jelas penuh keikhlasan dilemparkan kepadanya oleh Feyras.
“Nak pergi mana?” soal Tun
sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di atas kerusi sebelah pemandu.
“Dah makan? Kalau belum kita
pergi makan dulu. Lepas tu baru fikir nak ke mana,”
“Suka hati awaklah,”
“Nak makan kat mana? Atau awak
ada rasa nak makan something?” soal
Feyras lagi.
“Entah. Saya pun tak terfikir
nak makan apa. Suka hati awaklah nak makan apa. Saya ikut saja. Lagipun awak
yang akan bayarkan,”
“Kalau macam tu, kita pergi
makan KFC kat tempat Wan lah. Boleh makan free. Nak try burger yang baru tu..Emm...apa entah namanya,” Feyras
mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Ooo...burger yang dia guna dua
keping daging ayam tu. Boleh juga, saya pun tak pernah try lagi,”
Persetujuan dicapai. Feyras
memulakan pemanduannya menuju ke Federal
Highway, yang mana dia menuju ke Sungei Wang Plaza. Salah seorang sahabat
karib Feyras, Wan bekerja sebagai Restaurant
Manager di restoren KFC yang terdapat disitu. Sepanjang perjalanan,
macam-macam perkara mereka borakkan, bergelak ketawa dan saling mengusik antara
satu sama lain. Mereka lupakan tentang apa yang terjadi antara mereka berdua - dua,
tiga hari kebelakangan ini.
Di mata masyarakat, mereka
tampak begitu bahagia. Saling melengkapi antara satu sama lain. Bahkan mereka
digelar pasangan yang paling secocok di kalangan sahabat-sahabat karib mereka. Feyras
dan Tun amat pandai berlakon sehinggakan tiada siapa yang dapat menjangka yang
hubungan mereka akan berakhir dengan perpisahan. Sebaik sahaja sampai di Sungei
Wang Plaza, setelah memarkir kereta di tempat letak kereta mereka berdua
berjalan beriringan menuju ke restoren KFC.
Sebetulnya, Feyras sudah
menelefon Wan memberitahu akan kedatangan dia dan Tun kesana. Kedatangan mereka
berdua amat dialu-alukan oleh Wan. Ini kerana, mereka sudah tidak berjumpa
untuk satu tempoh yang lama. Sebaik sahaja sampai di depan KFC, Feyras
mencari-cari kelibat Wan. Apabila terpandangkan akan kelibat Wan yang sedang
sibuk di cashier counter, Feyras
spontan menarik tangan Tun lalu turut berbaris dalam satu barisan bersama-sama
pelanggan lain di situ. Wan yang menyedari akan kehadiran sahabat karibnya itu,
tersenyum kearah mereka.
“Hye Wan. Busy nampak?” tegur Feyras sebaik mereka menghampiri cashier counter yang dijaga oleh Wan.
“Biasalah kalau weekends. Tambah-tambah pulak musim cuti
sekolah. Lagi berkali-gandalah customernya.
Hah, nak makan apa hari ni?”
“Kitaorang nak try burger yang baru tu,” jawab Tun
sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah poster yang terpapar gambar KFC Double Zinger Burger di belakang
Wan.
“Oh, ok. Lagi?” tanya Wan lagi
untuk kepastian.
“Macam biasalah. Snack plate dengan ayam spicy, air tukar Milo..Tambah Chezzy Wegges dengan air Cruchers Oreo,” jawab Feyras.
"Ok. Nanti kauorang makan dulu.
Bila dah kurang sikit customer aku join kaourang,” Feyras dan Tun hanya
tersenyum. Mereka faham akan kesibukan Wan. Setelah makanan yang di pesan siap,
mereka menuju ke ruangan tempat makan.
**********
“Lepas ni, nak ke mana?” soal
Tun sebaik sahaja mereka meninggalkan tempat parking Sungei Wang Plaza.
“Entah. Awak ada nak
kemana-mana?” soal Feyras kembali.
“Tak ada nak ke mana-mana pun.
Balik rumah sajalah,”
“Siapa ada kat rumah?”
“Sorang saja. Yang lain-lain
semua balik kampung. Awak, kat rumah sapa yang ada?”
“Eh, samalah kita. Kat rumah
saya pun tak ada orang. Sebab itulah saya ajak awak keluar,”
“Iya-iyalah tu. Maknanya kalau
ada orang kat rumah, awak tak akan ajak saya keluarlah?”
“Mana ada. Kalau boleh, tiap-tiap
hari saya nak ajak awak keluar. Nak awak bersama dengan saya setiap masa,”
“Iyalah tu,” jawab Tun sambil
mencebik.
“Betul, Tun. Saya tak tipu pun,”
Feyras cuba menyakinkan Tun. Suasana senyap seketika apabila Tun tidak
memberikan sebarang reaksi akan percakapan Feyras tadi. Feyras meneruskan
pemanduannya menuju kembali ke Federal
Highway.
“Kita balik rumah saya, ya,”
Feyras bersuara sebaik sahaja menghampiri masjid bulat – salah satu masjid yang
besar yang terdapat di Petaling Jaya. Ianya dinamakan masjid bulat kerana
bangunannya berbentuk sfera.
“Buat apa?”
“Temankan saya. Iyalah, dah awak
pun tak ada nak kemana-mana. Lagipun balik rumah nanti nak buat apa. Rumah saya
pun tengah tak ada orang. Mama saya balik kampung dengan Mak Long,”
“Suka hatilah,” sebaik
persetujuan diberikan oleh Tun, Feyras terus membelok ke simpang menuju ke
rumahnya. Sebaik memarkir keretanya di halaman dan pintu pagar utama dikunci
kembali, mereka beriringan masuk ke dalam rumah. Sifat kejiranan yang
sememangnya tidak suka mencampuri hal orang lain menyebabkan Feyras berani
untuk membawa Tun pulang ke rumahnya. Bukan sekali dua, tapi sudah berulang
kali Tun tidur di situ.
“Saya ke bilik air kejap. Dari
tadi saya tahan kencing,” Tun laju menuju ke tandas yang terletak di bahagian
dapur rumah Feyras. Setelah selesai, dia kembali ke ruang tamu. Kelihatan
Feyras sedang berbaring di atas sofa berbentuk ‘L shape’ yang terdapat di
ruang tamu sambil menonton siaran television. Tun mengambil tempat di sofa yang
sama cuma dipenjuru yang berlainan. Menyendari akan kedudukan Tun yang jauh
darinya, Feyras bangun dari pembaringan lalu duduk disebelah Tun. Kemudian dia
berbaring dimana kepalanya diletakkan di atas paha Tun.
Tanpa dipaksa mahupun disuruh,
Tun membelai rambut Feyras sambil matanya terus tertancap pada skrin
television. Menyedari Feyras sudah terlelap, dengan perlahan Tun bangun sambil
tangannya mengalihkan kepala Feyras lalu pahanya digantikan dengan bantal. Tun
duduk bersimpuh diatas lantai. Kepalanya dilentokkan di atas sofa. Dipandangnya
Feyras yang terlena. Saya terlalu
sayangkan awak, Feyras. Dan tanpa disedari, Tun akhirnya turut terlelap.
Feyras terjaga dari tidurnya.
Dia mengeliat seketika. Suasana ruang tamu samar-samar. Kedengaran hujan yang
lebat sedang membasahi bumi. Dijelingnya jam tangan di tangan kanan. Sudah
menunjukkan hampir jam 5 petang. Patutlah
tak tersedar, hujan lebat rupanya kat luar. Matanya kemudian tertacap pada
satu wajah polos yang sedang nyenyak dibuai mimpi dihujung kepalanya. Feyras
bangun perlahan-lahan, enggan diganggu tidur Tun yang begitu lena. Feyras
merenung wajah Tun. Kemudian tangannya mengusap ubun-ubun rambut Tun. Timbul
rasa kesian melihatkan kedudukan Tun ketika itu, Feyras perlahan-lahan
mendukung Tun lalu dibawa masuk ke dalam biliknya.
Hujan yang masih lebat di luar,
menyebabkan apa yang dilakukan Feyras tidak disedari Tun. Bahkan sebaik sahaja
dibaringkan diatas tilam, Tun kelihatan makin nyenyak. Feyras berbaring
disebelahnya. Direnung lama wajah Tun. Tangannya menyentuh lembut pipi Tun.
Kemudian dia mencium ubun-ubun rambut Tun. Perbuatan Feyras mencium ubun-ubun
rambut kali ini, menyebabkan Tun terjaga. Dipandangnya muka Feyras, separuh
mamai.
“Sorry, ganggu awak tidur,”
“Emmm...tak ada apalah,” Tun
mengeliat kemudian Tun terpaku seketika, cuba mengamati bunyi di luar rumah.
“Kat luar hujan ke?” soal Tun kembali.
“A’ah, hujan lebat. Sebab
itulah, seronok awak tidur sampai saya angkat masuk bilik pun tak sedar,”
“Sorry,”
“Untuk apa?”
“Sebab saya tertidur,” jawab Tun
jujur.
“Tak ada apalah. Ke sini sikit,”
arah Feyras. Tangan kanannya didepakan. Tun yang memahami akan perlakuan Feyras
hanya menurut. Kepalanya kemudian dilentokkan ke dada Feyras. Hangat badannya
dipeluk oleh Feyras. Tun memandang Feyras dan mata mereka bertaut. Feyras
tersenyum kemudian mencium dahi Tun. Betullah kata orang-orang agama, akan wujudnya
orang ketiga diantara dua manusia bukan muhrim. Dari dahi, ciuman Feyras
menurun ke kening, ke pipi, ke telinga dan akhirnya ke mulut. Bibir mereka
bertaut. Lama. Dan akhirnya mereka berdua hanyut dalam dunia sendiri.