Thursday, 26 January 2012

DIY - Mee Goreng style Meksue

Salam Diaries..

Disebabkan kebosanan yang selalu sgt dialami kat tempat kerja nie, terasa nak kongsi satu masakan dengan kauorg semua...tapi masakan nie comfirm2 kauorg suma dah pandai wat..bukan susah pun...kalau kauorang kata kauorg tak tahu, memang aku tak dapat nak tolonglah...tapi tak apa dengan resepi nie, kauorg comfirm dapat wat masakan nie...Masakan apa???Jeng2..masakan Mee Goreng style Meksue... hehhehehhehe...Ececeh...cam nak jadi tukang masak pulak...saja jerlh nak kongsi pengetahuan...

Bahan-bahan :
Minyak
3 ulas bawang putih (suka hati nak tumbuk@hiris halus)
Cili padi + cili api (cili merah+hijau yang kecil2 tue) ditumbuk - *kalau tak suka pedas abaikan bahan ini
Isi ayam (ikut suka), Udang, Fish Ball@Fish Cake
Sos Cili
Sos Tomato
Kicap (kalau suka mee warna gelap, lebihkan kicap. begitulah sebaliknya)
Sepeket mee kuning
Sayur Sawi
Lobak (hiris halus) - *kalau tak suka sayur abaikan bahan ini
Cili merah@hijau (cili yang besar)
Tomato
Garam, Gula, Ajinomoto
Sedikit air

Cara-cara :
*Panaskan minyak didalam kuali. Bila minyak panaskan, masukkan bawang putih
*Kacau sehingga naik bau. Masukkan cili padi+cili api yang ditumbuk (kalau tak suka pedas, abaikan step ini)
*Masukkan isi ayam, udang, fish ball@fish cake. kacau sehingga isi ayam tersebut masak
*Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau sehingga sekata. sekiranya pekat, tambahkan sedikit air
*Masukkan mee, gaul sehingga sekata
*Masukkan sawi, lobak, tomato dan cili merah@hijau. Kacau sehingga sekata. (jangan kacau terlalu lama, takut sayur 'layu')
*Akhir sekali, masukkan garam, gula dan ajinomoto mengikut selera anda


Selamat mencuba..

See Ya...

Monday, 23 January 2012

Gong Xi Fai Cai

Salam Diaries,

Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat kaum Cina yang ada di Malaysia..Wishing all of you good health, good luck, happiness and prosperity in the new year..


See Ya...

Friday, 20 January 2012

Siti Nurhaliza in History Channel

Salam Diaries,

Kali nie nak kongsi pasal penyanyi kegemaran aku iaitu Dato Siti Nurhaliza...pada 11 Jan 2012 hari tu, satu biografi khas Dato Siti Nurhaliza telah disiarkan di saluran History Channel @ Astro...pasti sesapa yang ada astro kat umah dah tengok pasal biografi nie...kat umah aku kat kampung adalah astro tapi kat PJ nie tak ada... maknanya aku xberpeluanglah nak tengok awal2...

Apapun, ada satu hari tue aku terbukalah satu website tentang kisah2 artis kat Malaysia dan juga luar negara iaitu Oh Bulan!!...Rasanya kauorang mesti pernah melayari website tu (wah!! begitu skema ayat itu..huhuhuhu)..dalam website tue adalah cerita pasal biografi tersebut...rupa2nya biografi tue dah di upload kat dalam youtube...ketinggalan zaman betul aku nie...hehehhehhehe...

Jadi kepada orang yang belum lagi tengok biografi tue, kat sini aku uploadkan utk kauorang semua...tak membosankan pun...enjoy :-


See Ya...

Thursday, 19 January 2012

Love You Like A Love Song



[Verse 1]
It's been said and done
Every beautiful thought's been already sung
And I guess right now here's another one
So your melody will play on and on, with best of 'em
You are beautiful, like a dream come alive, incredible
A centerfold miracle, lyrical
You've saved my life again
And I want you to know baby

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hittin' re-peat-peat-peat-peat-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hittin' re-peat-peat-peat-peat-peat

[Verse 2]
Constantly, boy you played through my mind like a symphony
There's no way to describe what you do to me
You just do to me, what you do
And it feels like I've been rescued
I've been set free
I am hyptonized by your destiny
You are magical, lyrical, beautiful
You are...I want you to know baby

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hittin' re-peat-peat-peat-peat-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hittin' re-peat-peat-peat-peat-peat

[Bridge]
No one compares
You stand alone, to every record I own
Music to my heart that's what you are
A song that goes on and on

[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

And I keep hittin' re-peat-peat-peat-peat-peat

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby

I love you...like a love song...

Tuesday, 17 January 2012

Geram!!

Salam Diaries...

Hari nie memang aku geram sangat...Geram dgn siapa???geram dgn kakitangan kerajaan @ goverment worker...kauorg pernah tak deal dgn kakitangan kerajaan???agak2 mcmana layanan diaorg kat kauorg??? ok ke tak ok???

Nak dijadikan cerita, aku diminta oleh my boss utk tel jabatan kerajaan nie utk dapatkan surat approval dari diaorg...dahlah dari semlm aku tried called tapi hampeh...langsung x berjawab...jadi hari nie pagi2, sampai2 jer aku kat office terus aku telefon...akhirnya berjawab tapi xmembantu jugak...diberinya aku nombor lain utk didail...dail punya dail, langsung xberjawab jugak...asyik tranfer ke operator...aku rasa operator tue pun dah malas nak layan sebab aku asyik telefon jer...last2 aku tinggal pesanan kat operator tu..

Tapi aku tetap dail nombor pegawai tue dan nasib baik - berjawab...yang wat aku geram sangat - nama jer pegawai tapi xfaham bahasa!!!...mana taknya, aku telefon cuma untuk minta dia faxkan surat approval tue kat aku...itu jer...yang dia pergi membebel panjang lebar sampai tanya aku balik samada aku faham ke tak dgn perjelasan dia tue, apa kes???seolah2 dia nak marahkan aku balik...kalu ikut hati, nak saja aku tengking pegawai yang xfaham bahasa tue...nama jer pegawai tapi hampeh!!!

Yang wat aku lagi bengang, bila aku bagi no fax dept aku kat dia - minta dia faxkan kat nombor tue...dia boleh bantai tanya - kalu dia fax kat nombor yang aku bagi, adakah surat tue akan sampai dekat orang yang tulis surat ni (maksudnya my boss lorr..)??apa kejadah soalan tue dia tanya???kalu aku xder kaitan dgn surat tue, xder maknanya aku bersusah payah dok mendail nombor dia the whole...

Memang susahlah kalu berurusan dgn orang kerajaan nie...dahlah malas wat kerja, banyak songeh pulak tue...patutlah kakitangan kerajaan nie xmaju, xberkembang..mana taknya, masuk kerja kul 8am, kul 9am kuar minum kat kafetaria@mana 2 kedai kopi yang berdekatan, lepak2, gosip2...bila kerja nak siap...politik jer lebih...

P/s : Maaf kalu ada kakitangan kerajaan yang baca blog nie terasa dgn kenyataan aku nie...Memang ada yang ok, rajin, xbanyak songeh tapi xramai n susah nak jumpa...Nie komen ikhlas berdasarkan dari pemerhatian aku selama berurusan dgn kerajaan...

See Ya...

Monday, 16 January 2012

Overtime tak bergaji

Salam Diaries...

Permulaan utk umur yang baru...hehehehhe...nak kongsi 1 pengalaman dgn kauorg...pernah tak kauorg keje overtime tapi xbergaji???utk pertama kalinya sejak aku dok keje kat HQ Guardian nie, mlm besday aku hari tue aku balik keje lambat...pukul berapa???pukul 10.00mlm...kauorg pernah tak balik keje time mcm tue???kalu yang keje shift lain citerlah..ini utk org2 yang keje time office hours...

Sumanya gara2 kami punya GM of operation...Memang kalu ikutkan kerja tue dah siap dah aku wat...tapi rupa2nya dia xpuas hati dgn kerja aku tue... kauorg nak tahu keje apa yang dia suruh aku wat???keje matching store Guardian dgn Watsons - which is yg mana nearby antara sati sama lain...benda nie kalu ikutkan aku dah pernah wat masa aku mula2 start keje kat HQ (awal tahun 2011)..tup2 tahun nie kena wat lagi...same thing!!!comfirm tahun depan aku kena wat benda sama...argghhhh...tension tahu...

Berbalik pada kisah balik kul 10 mlm...aku terpaksa siapkan benda tue mlm tue jugak sebab esoknya aku on leave (semata2 nak celebrate birthday with MIS)...dat whylah...kalu tak xder maknanya...dan gara2 benda nie nak kena siapkan mlm tue jugak, boss aku pun turut sama stay dgn aku...kesian kay boss - sebab aku she's miss her dinner with her family...sorry boss...lain kali tak wat lagi...

P/s : Pengajaran utk diri sendiri...:((

See Ya...

Friday, 13 January 2012

Happy Birthday Mek Sue...

Salam Diaries...

Yang paling2 utama sekali aku nak wish utk diri aku sendiri - Selamat Hari Jadi, Happy Birthday...Semoga panjang umur, murah rezeki, senantiasa dilimpahi Rahmat olehNya, semoga cepat dapat naik pelamin...May God bless me always...

Memang statement syok sendiri...hahahahhahah...lantaklah kauorg nak cakap yang aku nie syok sendiri ke apa, suka hati akulah....yang penting aku xkacau hidup orang...hiihihihihiih....hari nie 13 Januari 2012, umur aku bertambah lagi satu angka (mana ada umur berkurang angka...kalau ada pun al-jawabnya dah nak mampus!!!) Berapa umur aku ekk???hehehehhe...rahsia...

Apa2pun, aku cuma berharap aku akan lebih berjaya pada masa2 akan datang...xder apa sangat pun yang aku nak pohon dariNya...Amin...



P/s : Selamat Hari Lahir juga utk MIS yang mana besday dia jatuh 2 hari sebelum hari jadi aku...dan untuk Dato SitiNurhaliza jugak...(diaorg kongsi tarikh yang sama)

See Ya...

Tuesday, 10 January 2012

JJCM - Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr

Salam Diaries...

Ini salah satu antara entry2 yang terbengkalai untuk dipublishkan...Macam biasalah, disebabkan kemalasan nak transfer gambar ke komputer - jawabnya tertangguhlah dia...

Ok2...berbalik pada entry kali nie iaitu JJCM atau nama penuhnya - jalan jalan cari makan...kali nie aku nak kongsi pengalaman aku makan kat satu gerai makan yang boleh kata agak popular dikalangan orang2 yang dok kat area UiTM Shah Alam...apa nama gerai tue???

-Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr-

Gerai nie terletak betul2 kat sebelah KFC yang dekat dgn pintu masuk UiTM tu..Kalu kauorg budak UiTM tapi kata tak tau pasal gerai nie, memang xpanjang umurlah kauorg...huhuhhuhuhu...gurau jerr...jangan marah yer... kalu ikutkan aku pun xtau pasal kewujudan gerai nie...hehehhehehe (xpelh, aku bukan student UiTM & aku pun xdok kat Shah Alam..)aku tahu pasal gerai nie masa tengok rancangan JJCM kat TV3...

Kat gerai nie, dia xbanyak menu pun...ada 4 menu je dan yang penting kauorg tak perlu nak melilau cari menu sebab menu dah siap ditampal atas meja...

-Menu-
Masa aku dgn MIS pergi gerai tue - hari Jumaat malam...memang penuhlah orang...terpaksa tunggu meja plak...tambah plak tempat dia memang kecil...ala2 gerai yang ada kat hentian puduraya tu...dan mungkin disebabkan gerai nie dah kuar dlm JJCM TV3, maka ramailah orang yang datang untuk mencubanya termasuklah aku...Ikutkan malam tue, nak order jer keempat2 menu yang ada tapi tup2 -- "Bang, yang ada cuma Mee Goreng Sotong jer..Yang lain2 suma dah habis..."--huhuhuhuuu...xder rezeki aku...Maka aku dgn MIS pun order jelh Mee Goreng Sotong Powerrr tue...

- Mee Goreng Sotong Powerrr - 
Kat dalam mee dia cuma ada tauhu jer..Sambal sotong dia boleh tahan pedas jugaklah....Air plak, lebih kurang sama jer dgn gerai 2 makan yang lain...cuma yang special kat cni - ABC (lupa nama daa...)

ABC + ais krim
Overall, oklah...bukan nak kata makan kat sana xsedap tapi sok paginya aku dgn MIS - dua2 cirit birit... Penangan sambal sotong dgn ABC...Tapi kalu kauorg rasa nak try, digalakkan..mcm aku cakap tadilah, maybe sebab gerai nie dah masuk tv, semua org nak try - maka adalah yang terkurang & terlebih...

See Ya...



Monday, 9 January 2012

JJCM - Restoren Rasamas

Salam Diaries...

Dah lama rasanya aku tak update pasal kedai2 makan kat dlm blog nie...bukan xnak update tapi kemalasan nak update pasal hal ini melanda diri...tue yang banyak jer entry yang terperak kat dalam kepala aku nie...sumanya gara2 kemalasan nak transfer gambar2 makanan yang diambik dari phone@camera kedalam komputer...huhuhuhuu...

Sebagai permulaan tahun baru 2012 - aku dgn MIS menjengah ke Restoren Rasamas di Giant Hypermarket Kota Damansara...Giant nie boleh kata tempat kegemaran aku dgn MIS bershopping2... kalu ikutkan dah lama dah MIS ajak aku masuk restoren nie tapi aku yang x nak...keinginan nak makan kat situ belum wujud lagi dlm diri aku...Dan pada 01 Jan 2012 hari tue, aku pun tunaikanlah permintaan MIS yang dah banyak kali diutarakan..Masa sampai tu, ada lebih kurang 1 jam jer lagi nak tutup...Tapi kejap...kauorg tau tak pasal restoren nie???Kalu xtau, nie logo dia -

-Nie logo diaorg-
Kalu kauorg nak tahu, Rasamas nie adik-beradik dgn KFC, dgn PizzaHut..mereka ada lebih kurang 26-28 outlet kat 10 buah negeri...kalu nak tahu lebih2, pandai2lah kauorg check website dia - www.rasamas.com.my... berbalik pada hal aku dgn MIS - mlm tue kitaorg order Family Special yang mengandungi 1/2 ayam panggang (boleh pilih antara pepper/percik - kitaorg ambik pepper), 2 nasi, 2 sup (sup dia boleh tahan) dgn 3 hidangan sampingan (suka hati kauorg nak pilih apa) iaitu Coleslaw, Tofu Goreng Rangup & Sayur Campuran (dgn kata lain - sayur goreng)...Coleslaw dia sejibik2 sama mcm yg Pizza Hut punya..
Sayur Campur & Coleslaw

1/2 Ayam Panggang Pepper

Tofu Goreng Gangup





Bab air plak, mlm tue aku dgn MIS order ais blended iaitu vanilla oreo (utk MIS) & mochacinno (utk aku)..air dia sama jer mcm ais blended kat mana2...Keseluruhannya puas hatilah makan kat sana...hampir terlupa - sos pencicah@sambal lada@air lada diaorg memang sedap..ayam panggang memang xpayah cakaplah...even kitaorg ambik 1/2, tuepun xdapat dihabiskan...Servis dia pun boleh tahan cepat jugaklah...tapi xtaulah kalu time peak hours@siang hari...sebabnya kitaorg dtg dah malam, xder customer - maybe sebab tu cepat kot...



Jadi, kalu rasa nak makan ayam panggang bolehlah makan kat restoren nie...digalakkan utk datang dgn family sebab family set dia lagi murah berbanding single set...

See Ya...

Wednesday, 4 January 2012

New Year Started

Salam Diaries...

Rasa macam dah lama jer tak menulis kat dalam blog nie...kauorg suma rindu tak??? (ayat paling poyo dalam dunia...hhohohohooho...) lantaklah kauorg nak cakap apa..yang penting aku memang nak sangat menulis kat blog nie tapi masa tak mengizinkan...

Start2 je New Year, dah kena kerja...orang lain semua sibuk dok rehat2 kat umah, kuar jalan2 shopping, tengok wayang, dating tapi aku dan sebahagian staff yang seangkatan dengannya kena kerja pada 01 Januari 2012...mungkin dengan RELA tetapi PAKSA RELA...tuelah risiko kalu kerja dengan company retailer nie...kalu yang dah memang kerja kat kedai lain cerita...nie yang HQ kena turun padang sekali...

ek'eleh kau nie, mentang2lah dok HQ dah malas nak kerja kat store plak??

Aku bukan nak berlagak ker apa...kalu kerja dibayar@berbayar, tak perlah jugak...nie dengar citer duma dapat replacement leave jer...tue yang sadis tue...dahlah tue, gara2 kena kerja pada 1 Jan - terpaksalah aku balik PJ awal (seminggu seblm new year, aku ambik leave - WHOLE WEEK)..tapi yelah, namanya pun kerja, tambah plak sekadar 'anak kuli' jer terpaksalah ikut arahan...sebabkan dah lama tak kerja kat store, sekali balik rumah malamnya kaki sakit giler...nasib2...

Balik2 office jer, kerja berlambak2, bertimbun2...(ambik kau!!Selalu komplen xder kerja..hhhuhuhuhu) Sebab tuelah aku xsempat nak update blog nie...Nie pun curi masa kejap...nak hilangkan tension + bosan dengan kerja2 yang berlambak2, bertimbum2 nie...

Nielah manusia - tak pernah bersyukur dengan apa yang ada...Bila time xder kerja, komplen xder kerja tapi bila ada kerja, komplen kerja kerja berlambak2, bertinbum2...Emmm...

Nampaknnya aku dah memburukkan diri aku sendiri...baik aku berhenti sebelum lebih lagi aku mengarut2..

See ya...